TNKP | 71

  Hari baru memunculkan diri. Baru subuh, tetapi keadaan sudah sibuk. Semua bertungkus-lumus menyediakan diri demi pertarungan terakhir. Iyalah, pertarungan semalam entah siapa menangi. Ramai yang menyampuk.

  “Korang dah sedia?” soal Ray dengan tegas.

  Kalau tegas bertempat takpelah, ini tidak. Dalam dapur pun jadi?

  "Sarapan dululah!” sampuk Delisya. Kedua belah tangannya penuh dengan hidangan. Di belakangnya ada Ryn yang memegang minuman panas.

  “Mana Ryssa?” soal Kai yang baru tiba. Rambutnya basah menandakan dia baru lepas mandi. Aww hot!

  “Aik, pagi-pagi dah cari kekasih ke?” usik Rez. Dia memandang Ryn dan menjongketkan keningnya.

  “Aku restu.” Dua patah perkataan daripada si kakak gadis yang diperkatakan membuatkan habis riuh dapur itu.

  “Apa bising-bising ni? Tuanku Puteri Alexa dan Tuanku Putera Zeilian sudah tiba.” Seseorang muncul.

  “Lama kau blah, dik?”

  “Hehe… Nampak abang hot dekat taman tadi.” Ryssa tersengih. Tidak sedar ada aura gelap di sisinya.

  Semua menggeleng.

  “Selamat pagi!” Dua suara menjerit ceria.

  “Vio! Rien!”

  Di belakang dua gadis itu ada dua kerabat yang dihormati. Semestinya Puteri Alexa dan Putera Zeilian. Mereka tersenyum manis.

  “Hei, tak nampak kitorang ke?” sampuk beberapa suara.

  Semua menjenguk ke belakang merpati sejoli Alexa dan Zeilian itu.

  “Light Knight?”

  Hanza tersenyum dan melambai. Dia lantas berlari ke arah Rien dan Violet dan memeluk mereka erat. “Rindu!” 

  “Hehe, kitorang pun rindu kau!”

  “Peluk tak ajak!” Para gadis terus menyertai sesi berpelukan mereka.

  “Perempuan…” Para jejaka menjulingkan anak mata mereka ke atas. Termasuklah Putera Zeilian sendiri.

  “Apa awak cakap hmm?” Puteri Alexa tersenyum manis. Dia laju sahaja menarik telinga suaminya.

  “Eh eh lepaslah! Malu saya depan budak-budak ni!”

  “Perempuan apa tadi?” Puteri Alexa masih belum melepaskan telinga suaminya malah senyuman di bibir semakin melebar.

  Semua membuat wajah gerun.

  “Seramnya bonda korang…” bisik Hanza dengan perlahan ke telinga dua puteri itu.

  “Ah, mari makan sebelum makanan sejuk!” cadang Delisya dengan pantas. Aura seram Puteri Alexa membuatkannya terfikir satu idea agar dapat melepaskan diri daripada keadaan itu.

  “Jom.”

  Semua menarik kerusi.

  “Makan makan…” Hidangan pagi itu sangat banyak, maka tiada sesiapa yang kisah jika ada yang mahu menambah dua atau tiga kali. Bagi para tentera, makanan mereka juga disediakan oleh Delisya, Ryn dan Ryssa dengan bantuan Star dan Aurora serta tukang masak yang lain.

  Begitu juga para wanita yang ada di istana. Semestinya menggunakan bantuan magis agar cepat sedikit. Kalau tak kebulurlah. Iyalah ingat tentera demon sedikit? Mujurlah tentera bersekutu sudah kembali ke kerajaan mereka sendiri.

  Suasana pagi itu membuatkan mereka asyik tersenyum macam orang gila. Dengan karenah mereka, layanan keibubapaan Puteri Alexa dan Putera Zeilian dan macam-macam lagi, sakit perut mereka bergelak ketawa. Terubat kerinduan mereka kepada ibu bapa dan dapatlah mereka merasakan layanan keluarga bahagia. Habis makan, semua berkumpul di belakang gunung-ganang. Para pemerintah dan tentera mereka juga ada di sana. Mereka hanya diam apabila melihat pasangan di sisi puteri pahlawan malam.

  Pemerintah menundukkan kepala mereka. Pada mulanya semua ingatkan pemerintah mereka tunduk kepada The Night Knight Princesses, The Great Knights dan White Warrior. Oh ya, juga Crya yang baru tiba.

  “Perkenalkan. The Night Knight Princesses yang ke-99, Puteri Alexa dan pasangannya Putera Zeilian, pewaris asal Kerajaan Werewolf.” Ray membuka mulut.

  Semua tentera terkejut dan terus memberi tunduk hormat. Apabila disuruh bangun oleh Puteri Alexa, barulah mereka bangun.

  Sedang Ray memberi arahan, Delisya ternampak dua ahlinya berasa tidak selesa. Dia menepuk bahu Ray. Ray yang baru sahaja mahu marah terus diam. Dia memandang Delisya lama.

  “Kau nak apa, Del?”

  “Kai dan Ryssa.”

  “Oh.” Ray malas mahu mengambil tahu, dia menyambung memberi arahan.

  Delisya membuat muka.

  Sedang semua fokus, angin berpusar di udara. Ray menjerit lantang dan kawasan itu terus sunyi. Apabila Syakila dan Kayla keluar dari portal, mereka mengerutkan dahi. Dah kenapa sunyi semacam?

  “Mustahil mereka mahu menyerah macam tu je…”

  Kayla mengangguk setuju mendengar pernyataan kakaknya. Dia sudah mengeluarkan racun semalam menggunakan kuasa syaitannya. Tubuhnya lemah hari ini kerana racun Violet sangat kuat.

  Mereka terbang di udara, berdekatan portal. Syakila yang tidak berpuas hati terus memekik memanggil tenteranya. Semua tenteranya keluar dari portal.

  Langit yang hitam dan semakin gelap itu dipenuhi hampir 68% tentera syaitan. Namun, keadaan masih sunyi.

  “Seriuslah?” Syakila mengepal penumbuk. Benar-benar tidak percaya yang rakyat jelata Dunia Fantasi mahu menyerah begitu sahaja. Dia bukannya bodoh.

  Syakila terbang rendah berdekatan hutan. Dia memerhati kawasan sekeliling dengan teliti. Dia mengerutkan dahi apabila melihat bayang-bayang hitam melintas laju.

  Syakila berasa tidak sedap hati. Dia tersentak apabila bahunya ditepuk dari belakang. Nafas lega dihela apabila melihat Kayla yang terbang di sisi.

  “Kau tak rasa apa yang aku rasa?” soal Syakila tanpa memandang wajah Kayla.

  “Hah?” Kayla pula yang terkejut. “Apa?”

  Syakila mencebik. Malas mahu melayan adik kembarnya.

  “Argh!”

  Kedua puteri kembar itu berpaling. Mulut mereka melopong apabila melihat ada tentera mereka bergelimpangan jatuh. Namun, tiada kesan-kesan serangan. Aneh betul.

  “Hati-hati,” pesan Syakila. Dia terbang tinggi ke udara. Syakila menatap wajah tenteranya dengan tajam.

  “Takkan devil’s beast buat hal?” bisik Syakila sendirian.

  ZZAPPP!!

  Tubuh Syakila ditolak ke tepi. Senjata persis shuriken yang dihasilkan daripada daun kini elok terpacak di bahu Kaya. Gadis itu berdesis sakit. Sudahlah shuriken itu terkena pada bahu yang cedera semalam.

  Lebih memeritkan shuriken itu juga bersalut racun malahan lebih kuat daripada semalam. Kayla memejam matanya rapat dan memegang bahunya yang mula mengalirkan darah.

  Syakila mendengus geram. “Kau ingat aku tak boleh elak ke?” marahnya dengan lantang. Semua tentera memandang mereka semacam.

  ZZAPPP!

  Kali ini lebih banyak shuriken meluru ke arah mereka. Syakila langsung tidak perasan. Kayla sekali lagi mendekati kakaknya. Sayap hitam dilebarkan menutupi tubuhnya dan Syakila. Disebabkan dia memegang erat tubuh kakaknya, Syakila tidak dapat mengepak sayap sekaligus membuatkan mereka jatuh menjunam.

  Kayla bukannya tidak mahu menggunakan kuasanya, tetapi tubuh dan tenaganya terlalu lemah. Sayapnya semakin banyak luka dan calar. Dengan kudrat yang dia masih ada, Kayla menghasilkan angin kuat. Syakila mencipta awan agar mereka tidak sakit apabila terhempas nanti.

  Apabila terjatuh ke atas awan yang lembut, Syakila terus bangun. Dia merenung tajam adik kembarnya yang sudah ‘tidur’. “Aku boleh elak,” katanya dingin dan terbang tinggi meninggalkan gadis yang sudah cedera parah.

  Namun Kayla sempat menggunakan kuasa syaitannya agar dapat menyembunyikan kesakitannya daripada Syakila. Pada mata kakak kembarnya, dia baik-baik sahaja. Kayla sempat menguntumkan senyuman sebelum pengsan.

  Syakila mengangkat tangannya dan sebiji bebola kegelapan dilempar ke atas. Bebola itu mula berganda dan meresap ke dalam tubuh setiap tenteranya.

  Namun, apabila dia terbang, dia terkejut melihat tenteranya semakin berkurangan. Lebih pelik apabila ada tentera syaitan yang…. Pelik? Pelik dan lain daripada yang lain. Malah dalam kalangan devil’s beast juga ada beast yang tidak sepatutnya ada iaitu hydra dan pegasus.

  Lebih tepat, pegasus kacukan unicorn? Iya ke? Entahlah, sebab pegasus tu ada sayap dan tanduk. Hmm…. ‘Hydra’ berkepala tiga itu sedang mengeluarkan sesuatu bercahaya putih.

  “Kejap… Putih?” Syakila terdiam sejenak. “TANGKAP HYDRA TU!”

  Para tentera syaitan mula bergerak mahu menangkap hydra itu. Suasana yang hening dan tidak kelam-kabut memudahkan pencarian. Hydra biru terus hilang.

  “Hydra boleh terbang ke?” soal Syakila sendirian. Ah lantak. Dia memerhati pegasus putih itu pula. Entah mengapa dia rasa aneh. Tenteranya semakin banyak yang jatuh ke tanah.

  Cahaya berwarna merah keluar daripada tanduk pegasus itu. Kira pegasus jelah ya? Tapi kenapa pegasus itu menyerang tenteranya?

  Syakila menghala tapak tangannya ke hadapan. Satu cahaya kegelapan terhasil. Ianya satu perintah kepada makhluk syaitan agar menuruti arahannya sebagai pemerintah.

  Tetapi ia tetap kaku di situ. Malahan, pegasus itu dengan laju terbang ke arah bertentangan dan menyerang tenteranya.

  “Tak boleh jadi ni…” Syakila terbang laju ke arah pegasus yang sedang mengganas di antara tenteranya.

  Tangannya tiba-tiba direntap seseorang. Wajah Kayla menyapa.

  “Kau nak apa? Lebih baik kau kejar pegasus atau hydra itu!” jerkah Syakila dan menarik semula tangannya. Dia mahu terbang mengejar pegasus yang semakin menjauh tetapi dia disepak kuat oleh Kayla.

  “Kau ni kenapa?!” Syakila mula geram. “Kalau bukan disebabkan kau ni adik aku, dah lama aku bunuh kau!”

  “Eh, pandai pula mengaku adik?” soal Kayla, sinis.

  Syakila terpana. Adiknya seorang yang mendengar kata dan tidak pernah ingkar arahannya, tetapi ini?

  “Terkejut?” Perlahan-lahan tubuh dan wajah Kayla berubah. Dia menjadi seseorang yang berpakaian gaun serba kuning keemasan dan bersulamkan warna putih. Rambut didandan cantik manakala pedangnya tersisip di belakang. Gadis itu memakai sarung tangan berwarna putih dan terdapat logo bercorakkan permata yang di atasnya ada mahkota. Corak pedang bersilang di belakang permata itu.

  “K-Kau?!” Syakila terus ke belakang. “Mana adik aku?”

  “Heh, baru nak kisahkan dia?” Rien tersenyum sinis.

  “Yalah, dia adik aku!” Syakila menjerit kuat. Dia terbang mendekati Rien. Tangannya menghasilkan pasir dan ditekan ke bahu gadis itu.

  Rien pula terkebelakang. Ada sedikit calar pada gaunnya. Dia menghela nafas. Sempat Rien menoleh ke belakang memandang adiknya yang sedang ‘berseronok’ di atas Qinny, sang pegasus.

  Violet dengan senang hatinya mengeluarkan kuasa api sementara Qinny menghasilkan bebola ais pada tanduknya.

  Rien lebih kepada berlawan dengan tubuh badan. Kuasanya menambahkan lagi kehebatannya dalam pertarungan lebih-lebih lagi ketika berlawan pedang. Kelebihan Violet lebih kepada kuasanya. Macam-macam betul.

  “Hoi! Kau nak lawan ke berangan!” Syakila menghala penumbuknya ke pipi Rien. Mujur sempat mengelak atas habislah wajah mulusnya. Syakila yang tidak berpuas hati melayangkan kakinya untuk menyepak kepala Rien.

  Rien sempat memegang kaki Syakila dan gadis itu dicampak ke bawah. Gila ke apa nak lawan dekat udara?

  Syakila yang terjatuh itu memandang sekeliling. Kenapa hanya ada The Night Knight Princesses je? Mana yang lain?

  Awan dimunculkan. Syakila selamat di atas awan gebu itu. Dia melihat tentera syaitan yang sedang menunggu arahannya. Mata dikecilkan. Tenteranya dibunuh? Kalau tak mula sekarang, syaitan akan tumpas.

  “SERANG!” #takdeayatlainke?

  Senjata yang mereka pegang diangkat ke udara. Riuh ruangan udara dengan sorakan syaitan. Tapi masing-masing terpinga-pinga. Nak serang apa? Kalau hancurkan dunia ni, apa guna diorang takluk Dunia Fantasi? Tak ke bangang namanya tu?

  BOOOMM! BOOM! SWOOOOSH!

  Raungan mengambil alih. Serangan itu tidak diduga. Apa yang mengejutkan, syaitan menyerang sesama sendiri. Syakila menarik nafas dalam-dalam.

  “Kalau aku boleh menyamar jadi adik kau, kenapa tidak bagi tentera demon menyamar jadi tentera kau?” Satu suara halus menyindir.

  Syakila terpana. Patutlah ada tenteranya yang lain semacam!

  Tiba-tiba tanah dirasakan bergerak. Api yang marak muncul tiba-tiba. Bangkai (what?) tentera syaitan terus hilang meninggalkan abu. Mujur gadis itu sempat terbang ke atas.

  Selepas itu, tenteranya yang terbang di udara ditarik sesuatu. Syakila memandang ke bawah. Dia pantas mengelak apabila ada akar yang menjalar mahu menarik kakinya.

  Syakila memandang tajam gadis di sisinya. “Apa kau buat hah?!”

  Rien memeluk tubuhnya. “Aku? Aku tiada kuasa tumbuhanlah. Heh…”

  “Aku.” Syakila dan Rien memandang seseorang yang duduk sopan di atas sekuntum bunga gergasi. Keadaan di tanah itu sesak dengan tumbuh-tumbuhan liar. Tetapi, tumbuhan itu langsung tidak mengganggu Kerajaan Demon dan Kerajaan Werewolf yang berdekatan. Ia membentuk kubah hemisfera bagi melindungi dua kerajaan itu.

  “Kau…?” Syakila diam. Dia mengorek memorinya bagi mengingati siapa gadis di hadapannya.

  “Hai, aku Dewi Riane, Dewi Bunga atau dikenali sebagai Driane Vledea Flamr di Dunia Fantasi. Aku tak ingat kalau kita pernah berjumpa atau tidak tapi… Jangan main-main dengan aku.” Riane bertegas. Dia bangun dan mula mengapungkan diri.

  “Serang tumbuhan bodoh ni!” Syakila mengarahkan beastnya agar menyerang tumbuhan milik Riane.

  “Kau nak serang ‘anak-anak’ aku? Rasakan ini dahulu!” Riane memejam matanya erat dan menyeru kesayangannya. Kuasanya semakin meningkat, terima kasih kepada Dewi Elemen yang sudi menumpangkannya di istana mereka.

  Sementara itu, Rien mengundur perlahan-lahan. Dia mahu meninjau keadaan persekitaran dan mencari kembarnya.

  Syakila pula sibuk bertarung dan mencantas akar tumbuhan yang mendekatinya. Malangnya, setiap kali Syakila mencantas, ia akan tumbuh kembali.

  Syakila semakin geram. Dia terus mengeluarkan kuasa syaitan dan auranya dilepaskan ke sekeliling. Tumbuhan di sekelilingnya terus mati. Riane mengetap gigi.

  “Grrrr!!” Riane mengangkat tangan. Satu raungan yang kuat membuatkan semua syaitan memandang ke bawah. Tak, bukan satu. Tapi…. Banyak.

  “Mustahil hanya ada tentera demon dan tentera tumbuhan je.” Syakila berfikir logik. Dia menghantar devil’s beast untuk menentang tentera tumbuhan.

  Beast itu menyerang raksasa pokok hidup. Dedaunan berterbangan. Angin melintang yang dihasilkan seseorang menambah rasa.

  “GROAHHHHH!!”

  Sementara itu, agak jauh dari kawasan pergunungan, berdekatan Kerajaan Werewolf…

  The Great Knights, White Warrior, The Night Knight Princesses dan Puteri Serigala berkumpul. Begitu juga para raja dan permaisuri dari seluruh kerajaan.

  Ada makhluk yang menyebabkan mereka semua ternganga.

  “An…. Ancient beasts…?” Pemerintah gagap.

  Makhluk dari Guardian Kingdom pun berasa aneh.

  Leo dan Rise tersengih sinis. Rien dan Violet juga begitu. Kesemua makhluk itu berasal dari Secret Kingdom. Kerajaan milik Leo dan Rise di dunia itu.

  “Sedia untuk serangan?” soal Ray dengan wajah tenang. Tak tahulah kenapa kalau dalam perbincangan, mesti dia yang jadi ketua. Tak kiralah ada pemerintah yang lagi tua ke tak?

  “Semua tentera patik sudah sedia,” lapor Crya dengan bahasa formal.

  “Tentera naga sudah bersedia, tuanku.”

  “Tentera angel sedia menurut  perintah.”

  Aik reti pula bersopan dan dengar arahan? Dulu bukan main sombong dan angkuh dua ekor ni? – Pesanan ikhlas daripada Rys ><

  “Tentera patik juga begitu,” sahut raja yang lain.

  Ray menghela nafas. Peperangan di luar sana sedang dikawal oleh sahabat dewinya, Riane. Tentera lain menunggu arahan daripadanya. Dia dilantik oleh Rien dan Violet untuk menjadi panglima perang antara dua dunia ini.

  Semestinya pangkat-pangkat tinggi banyak diberikan kepada Dark Knight dan White Warrior serta demon lain. Iyalah, kalau bab perlawanan ni, demon nombor satu kerana mereka sangat tegas di akademi.

  “Tuanku?” tanya Ray kepada Rien dan Violet, meminta kepastian.

  Rien tidak menjawab, hanya sekadar menggangguk. Dia ada misi sebentar lagi. Violet pula hanya merenung kawasan pergunungan.

  “Kembali  ke tentera kalian. Bersedia seperti perancangan,” titah Ray. Dia tidak risau akan ahli kumpulannya, White Warrior dan juga Riane kerana mereka boleh dikatakan immortal atau abadi. Err… Selagi belum melanggar peraturanlah.

  Star dan Aurora ditakdirkan bersama Leo dan Rise malah mendapat pangkat Puteri Cahaya. Anak buah kepada Dewi Seul, Dewi Cahaya. Jadi… Mereka juga bakal jadi abadi. Huhu makin merepek!

  Kembali ke medan peperangan…

  AWOOOOOOOO!!!

  Lolongan serigala menyentakkan Syakila. Bukan itu sahaja, ada suara mendayu-dayu menyebut nama adiknya, Kayla.

  Cakap pasal Kayla. Mana dia? Grrr menyusahkan!

  Itulah yang bermain di fikiran Syakila. Tiada perasaan simpati dan risau walau sekelumit sekalipun.

  Syakila terbang ke tengah-tengah medan. Tumbuhan Riane sudah hilang? Syaitan-syaitan di udara dan tanah berkumpul di hadapan Syakila dengan perasaan aneh. Peperangan hari ini sangat pelik…

  “Ada sesiapa lihat adinda beta?” soal Syakila dengan nada puterinya.

  Semua menggeleng. Syakila mengeluh berat.

  Tanah tiba-tiba bergegar. Tumbuhan tadi muncul lagi?

  Bukan itu sahaja, lolongan serigala kembali. Raungan demon dan beasts turut menjadi soundtrack.

  Cahaya bersinar terang. Aura magis dan aura sihir terhasil.

  Syakila dan syaitan-syaitan terkejut. Mereka sendiri masuk perangkap dengan berkumpul beramai-ramai!

  Semakin banyak makhluk memunculkan diri. Akhir sekali adalah hydra gergasi dan seekor pegasus yang terbang di langit. Ada seseorang yang menunggang haiwan itu.

  Syakila berdecit. Sangat mengenali.

  Di sisi mereka ada Star dan Aurora serta The Great Knights. Leo, Rise dan Crya berdiri di gua tempat Dark Knight sering berehat dahulu. Mereka sendiri bertukar menjadi singa, harimau dan serigala.

  Riane berdiri di atas bunga gergasinya. Senang cerita macam tumbuhan yang Fang munculkan dalam episode nyamuk amuk tu. Aish, entah macam mana nak eja adeh.

  “Terima kasih kerana sudi bekerjasama, tuanku puteri.” Lantang Rien membuka bicara. Dia memandang hydra berkepala tiganya yang terbang. #jangantanya

  “Beta dan tentera beta sangat mengalu-alukan kehadiran tuanku puteri dan Angkatan tuanku puteri ke sini. Beta dan tentera beta sangat tidak sabar mahu menamatkan kewujudan spesies kalian dari Alam Syaitan.” Violet menyambung. Tangannya mengusap lembut kepala Qinny, si pegasus kesayangan.

  Syakila mengetap gigi geram. “Jangan ingat kau ramai, kau dah menang!”

  “Tuanku puteri, mohon jaga pertuturan tuanku,” tegur Ryn dengan nada sinis. Dia berpeluk tubuh di sisi Delisya.

  “Grrr….”

  “Setahu beta, dunia tuanku puteri mempunyai seorang lagi pewaris. Di manakah beliau?” soal Ryssa dengan bahasa istana yang tunggang-langgang. Harap maaf.

  “Kau tahu kebolehan kau. Kau tahu kelebihan kami. Jadi?” Delisya pula menyerang. Dia pun apa kurangnya mahu menyakitkan hati gadis itu. Eh ada hati ke?
 
  “Perempuan memang…” Serentak Ray, Rez dan Kai menyampuk. Mereka mendapat jelingan maut daripada tiga gadis tadi.

  Rien dan Violet menepuk dahi.

  Tanpa amaran, tentera bersekutu Dunia Fantasi terus meluru ke arah tentera syaitan. Jeritan dan lolongan riuh sedunia. Eh?

  Syakila menoleh. “Argh!” Dia meringis sedikit apabila rambutnya ditarik kuat. Syakila mencederakan tangan si penarik dengan pasir kasar.

  “Heh…” Rambut Syakila  dilepaskan. Bunyi petikan jari membuatkan Syakila teranya-tanya sebelum dia membuntangkan mata. Rupanya si penarik menyalakan api.

  “Ryn memang suka main api. Aku pula suka main ais! Hei ambil ni!” Ryssa membaling sebiji bebola salji ke langit. Perlahan-lahan, kepingan ais (snowflakes?) mula turun dan menghasilkan salji.

  Dia tahu beberapa kelemahan syaitan, antaranya tidak tahan sejuk. Dia? Dia okay kerana dia sendiri memiliki kuasa itu. Kai pula berelemen api. Kan senang…

  Rez menyerap tenaga syaitan dan dilempar ke arah dua ‘adiknya’, Kai dan Ryssa. Kalau dia yang serap tenaga tu, habislah. Di samping menyerap tenaga, dia juga menghantar beberapa syaitan ke masa hadapan. Malah mengeluarkan haiwan bayang dan raksasa bayang  berbantukan cahaya bulan dan cahaya makhluk lain.

  “Hai, kakak ipar!” sapa seseorang dengan agak ceria. Api di tangan dicampak dan membantu ‘kakak iparnya’ menambah api. Er? Minda syaitan dia manipulasi agar dapat mencampakkan mereka ke dalam api secara ‘baik’.

  Sesekali ilusi terhasil sehingga melalaikan tentera syaitan. Walau bagaimanapun, tentera bersekutu mereka tetap tumpas satu demi satu

  Ray menyeru pelbagai jenis senjata. Kuasa kegelapannya digunakan untuk menghasilkan makhluk persis guardians dan ancient beasts. Masa diperlahankan dan dilajukan sesuka hati. Dasar….

  Ryn menjeling lelaki di sisinya. Api yang marak dipandang kosong. Dia teleport untuk membakar lebih banyak syaitan. Walaupun di atas salji, apinya dan salji Ryssa tidak terjejas. Ingat tak Rys pernah bagitahu kuasa api dan ais mereka boleh bergabung? Ryn membuat klon dirinya dengan banyak dengan kuasa barunya. Seronok! Ryn berleluasa!

  Selain daripada salji, Ryssa membuat hujan halilintar dan kubah bervoltan tinggi juga. Siapa kena padan muka! Dia dan kembarnya, Ryn, yang original (ufufufu), sesuka hati sahaja menyumpah syaitan. Dasar tak guna.

  Delisya muncul dan pergi di mana-mana sahaja. Kuasa bayang dan halimunan memudahkan segalanya. Suaranya berlagu di telinga dan minda syaitan yang ingin digoda.

  Hanz dan Hanza membaca minda mana-mana syaitan yang dimahukan. Kalau ada rancangan berbahaya, mereka akan segera memberitahu mana-mana ahli. Anak panah dan libasan cahaya ada di mana-mana sahaja. Berkat kuasa teleport mereka.

  “Zodiak?” Syaitan di sekeliling mereka agak terkejut melihat haiwan zodiak bintang kelahiran. Mereka terus dipancung Sagittarius dan diserang Taurus.

  Si kembar Gemini dan Pisces berseronok bagai anak kecil. Capricorn dan Leo si zodiak menerkam sesiapa yang berada di hadapan mereka. Aries, Cancer, Virgo, Libra, Scorpio dan Aquarius turut menyertai pertarungan.

  Rayyan menjadi Pahlawan Naga dan Pengawal Dimensi. Api hitam yang beracun disembur kuat. Minda syaitan-syaitan dikawal sekaligus. Tidak sukar kerana dia juga Pengawal Minda. Dimensi dibuka dan ditutup. Ah, hantar mereka ke Alam Roh sahaja huks.

  Manakala L menggunakan kelebihannya sebagai angel kematian selepas mendapat keizinan daripada ketuanya, Dewa Kematian iaitu Ray.

  Leo, Rise dan Crya menerkam dan menggigit. Selepas memastikan mangsa mereka mati barulah dicampak ke tepi. Mereka membentuk timbunan mayat dan bertanding siapa lebih banyak. Ah, serigala lain pun menyertai. Lantaklah.

  Star menyeru pari-pari. Kuasa pari-parinya boleh tahan hebat. Star terbang dan berlawan tanpa henti. Mujurlah ada pari-parinya yang setia melindungi. Kembarnya, Aurora memanah(?) menggunakan crossbow. Anak panah itu diperbuat daripada kristal. Jika ada tentera bersekutu yang tercedera, Aurora akan memanah menggunakan anak panah yang sama tetapi mempunyai kuasa healer birunya.

  SLASHHHHH!!

  Star mengelak tipis anak panah milik Aurora. Gadis itu dijeling. Katananya didekatkan ke leher si gadis. “Kau nak mati ke, gila?” soal Star dengan nada menyeramkan.

  Aurora mengangkat tangannya. “Maaflah. Belakang kau ada demon dan angel yang cedera. Kau semak situ buat apa?” sindirnya.

  Star menjeling Aurora. Dia terbang pergi ke sisi Rien yang sibuk memerhati kawasan sekitarnya. Dari tadi kau perhati Rien oi!

  “Aku nak berhadapan dengan dia.” Ringkas dan padat sekali kata-kata Rien. Star hanya mengangguk dan menunjukkan ke satu arah. Api yang marak itu dipandang sekilas puteri itu. “Apahal si kembar main api dan ais pula ni?”

  “Entah. Nak berseronok kata mereka,” jawab Star, selamba. Dia membulatkan matanya apabila ternampak si adik dikelilingi banyak syaitan dan beasts. “Aku nak tolong Aurora kejap. Jumpa nanti!”

  Rien mengangguk. Dia dan Star adalah sama. Kuasa mereka lebih kepada kuasa pasif dan kelebihan mereka berlawan berbanding adik mereka.

  Kepala Hyn ditepuk lembut. Hyn, Zyn dan Wyn terbang ke arah api yang marak itu. Api itu menjulang tinggi dan mana-mana makhluk yang terbang di udara pasti merasa bahangnya.

  “Hell’s fire!” Terdengar pekikan Ryn dan Kai dari jauh.

  “Pemanasan global. Pembakaran terbuka,” rungut seseorang.

  Rien menoleh. “Kau buat apa ni?”

  Violet tersengih. “Star melaporkan diri. Katanya kau dah bersedia. Jomlah!”

  Rien mengeluh berat. “Mana Kayla?”

  Violet menjungkit bahu. “Nanti aku nampak aku lawanlah. Sekarang ni pergi bunuh Syakila si Fumakila tu.” Sesuka hati dia je tolak Rien. Nasib Rien sayang.

  Rien masuk ke dalam api itu dengan bantuan Violet. Laluan yang dibuka itu membentuk jalan ke arah Syakila. Kurang ajar punya Ryn dan Kai. Ada ke patut mereka bina pagar sesat berapi? Logik ke tak main benda tu kat tengah medan perang?

  “Hai.”

  Syakila menoleh. Dia mengepal penumbuk dan menerpa ke arah Rien bersama sebilah pisau di tangan. Rien mengelak tipis. Pisau itu diteliti.

  “Hati-hati dengan pisau buatan alam sana.”

  Rien teringat pesanan Kai dan Ryssa yang dititipkan khas buat seluruh dunia. (lol)

  “MATI KAU!!”

  Rien melompat ke belakang. Dia menghela nafas lalu mengeluarkan sebilah pedang. Tangan yang berbalut sarung tangan putih memegang erat hulu pedang.

  Syakila menyepak pinggang Rien. Rien tercampak agak jauh. Dia teleport ke hadapan Syakila dan mengetuk kepala Syakila menggunakan hulu pedang. Kemudian, dia teleport agak jauh.

  Syakila pula muncul di hadapannya dengan lingkaran pasir yang mengelilingi tubuh. Apabila tangan dihala ke hadapan, pasir itu laju meluru ke arah Rien. Ianya berwarna hitam.

  Rien menggunakan pedangnya untuk mempertahankan diri. Dia melompat tinggi melepasi ‘lautan pasir’ dan menikam bahu Syakila. Syakila yang perasan terus membalas dengan menghadang serangan Rien menggunakan pisau belatinya.

  Bunyi bingit terhasil. Berdesing telinga mereka mendengarnya.

  PRAKKK!!

  Kedengaran bunyi tulang patah apabila Rien memijak kaki Syakila selepas menyadungnya. Bilah pedang dihala ke leher Syakila. Kasut butnya memijak perut Syakila pula.

  Syakila menghiraukan kesakitannya. Dia memegang bilah pedang itu dan dicampak ke tepi. Tangan yang berdarah dibiarkan sahaja. Kaki kirinya menyepak betis Rien dan apabila Rien tidak stabil, dia menyepak pelipat lutut Rien pula.

  Rien yang jatuh melutut diam apabila dia pula yang diacukan pisau. Dengan mudah Rien mengambil segenggam tanah dan menoleh ke belakang lalu mencampak tanah itu ke muka Syakila.

  Syakila tidak bersedia dan apabila tanah itu hampir masuk matanya, pisau belati terlepas jatuh. Rien mengambil kesempatan itu dengan melempar pisau itu ke arah Kai yang berdekatan.

  Rien menghalimunankan diri. Dia berdiri di sisi Syakila. Tangan diangkat dan pedangnya kembali kepadanya.

  Baru sahaja Rien mahu memenggal kepala Syakila yang sibuk mencarinya, sebilah pedang halilintar jatuh dan terpacak elok di hadapannya. Rien membuat muka geram.

  SWOOOOSHH!

  Segumpal awan gebu lalu di sebelahnya. Mujur tidak mengena atau keberadaannya akan terbongkar. Apabila Syakila menoleh ke arah lain, Rien memunculkan diri dan menyamar menjadi seseorang.

••••

  Violet tersengih melihat seseorang yang terbaring di atas tanah. Setelah sekian lama mencari, barulah dia terlihat kelibat ‘dia’ yang terbaring lemah di atas tanah.

  “Penat?” soal Violet. Dia mencangkung di sisi gadis itu. Rambut gadis itu diselak.

  Gadis itu diam.

  “Sedap tak racun aku semalam?” sindir Violet dengan senyuman lebarnya. Dasar menganjing sungguh.

  “Ma…. Mana kakak aku?” soalnya  perlahan.

  Daripada bunyi nafasnya yang tidak teratur, Violet sudah tahu gadis di hadapannya ini sangat lemah. “Kau masih ingat dia?”

  “Dia…. Kakak aku…” jawab Kayla.

  Violet tergelak sinis. “Kakak kau dah nak mati. Eloklah, aku hantar kau pergi neraka. Kakak kau pula bakal mati di tangan kakak aku. Lahir sama-sama, mati sama-sama. Suka tak?”

  Kayla diam.

  “Aku rasa nak pamerkan kepala kakak kau. Tapi macam tak elok pula sebab setan macam dia mana layak.” Itu dia mulut puaka Violet kembali!

  Kayla mendengus. Dia bangun perlahan-lahan.

  “Sayangnya…. Kau lembab. Tapi takkan aku nak sembuhkan pula, kan? Aku tak sebodoh tu.” Violet berdiri sambil memeluk tubuh. Iya, Violet sangat menganjing. Masa ‘kawan’ dia baring, dia mencangkung. Masa budak tu duduk, Violet berdiri. Jahatnya kau….

Violet : Aku yang jahat ke Rys yang jahat?

All casts : Err….

Boys casts : Dua-dua…

Rys : Okay korang mati. Cau!

  Sedang Violet asyik membebel, Kayla bangun dan terus menerkam gadis itu. Violet yang terkejut terus menumbuk perut Kayla.

  Dia bertambah terkejut melihat sesuatu pada wajah Kayla. Corak hitam menguasai wajah bahagian kanannya. Kayla mengeluarkan bilah angin dan menikam perut Violet. Violet menepis dengan semburan api yang besar.

  Gadis itu diam apabila Kayla terperangkap dalam api yang besar itu. Apabila ia hilang, seseorang meluru ke arahnya. Violet tahu, Kayla tidak mudah dikalahkan jadi dia sudah menjangka pergerakan Kayla.

  “Ice wall!!

  PAP!

  Sudah terbakar terlanggar dinding ais. Kasihan…..

  Violet tidak dapat menggunakan busurnya kerana senjata itu lebih sesuai untuk pertarungan jarak jauh atau serangan hendap. Jadi dia mengeluarkan haladie ais. Haladie adalah senjata berbentuk pisau bergigi bermata dua. Terdiri daripada dua bilah melengkung, yang masing-masing lebih kurang 8.5 inci panjang. Terdapat pemegang di antara dua bilah pisau itu.

That's the so called haladie
which is an ancient weapon from
Syria and India purba
 

  Dengan kemahirannya selama ini, Violet melompat dan mendarat di belakang Kayla. Disebabkan haladie adalah pisau dia mata, Violet dapat menikam walaupun dia membelakangi gadis itu.

  Tetapi, Violet hanya dapat mencalarkannya dek kerana Kayla si Kaya yang semakin pantas itu.

  “Hei, kakak kau dah mati.” Violet mencuba nasib.

  Tepat sangkaannya, Kayla semakin mengganas. Nampaknya Kayla berubah menjadi sesuatu kerana sindiran pedasnya tadi.

  Kayla kini seolah-olah dikawal sesuatu. Dia membuat sesuatu tanpa berfikir. Violet mengambil kesempatan dengan mencalarkan lengan Kayla. Darah melimpah keluar. Pisau bergigi, kau rasa?

  Apabila Kayla mahu terbang, Violet membekukan sayap gadis itu kecuali pada pangkalnya. Pisau haladie tidak cukup jika mahu memotong sayap itu. Violet mengeluarkan pedang pula.

  Pedang itu bersalut racun. Luka yang ditambah racun? Hmm….

  Namun begitu, sayap Kayla tidak dapat dipotong. Violet tidak terkejut. Dia hanya memandang gadis yang merenungnya tajam.

  'Guna pisau belati dia.’ Satu suara muncul.

  Violet tertanya-tanya. ‘Pisau belati?'

  ‘Setiap kerabat ada satu pisau khas. Pisau tu selalunya digunakan untuk menghukum syaitan yang perlu dijatuhkan hukuman.’ Ryssa menjelaskan.

  ‘Mana nak dapat?’ soal Violet dalam minda.

  ‘Carilah dekat dia! Aku sibuk ni!

  Violet menepuk dahi. Link ditutup!

  ‘Aku ada!’ Satu suara lagi masuk.

  ‘Apa?'

  ‘Pisau belati tu. Ada dengan aku! Aku duduk berdekatan Rien. Datang sini!’ Kai memberi arahan.

  ‘Apahal pula?’ tanya Violet, tidak berpuas hati.

  ‘Aku kena seranglah!!

  Violet akur. Dia mengeluarkan tali api. Tali itu dililitkan ke tubuh Kayla. Entah kenapa gadis itu tunduk dan diam je.

  Violet membuka sayap dan terbang ke udara. Kedudukan Kai dicari. Sebelum terbang, Violet sempat menekup tangannya ke luka di bahu Kayla. Racun dihasilkan dan disalurkan ke luka Kayla yang masih belum sembuh itu.

  “Mana?” soal Violet apabila tiba di sisi Kai.

  Kai menoleh dan mencampak sebilah pisau belati. Violet mendengus. Mujur mereka dikelilingi syaitan. Kalau tak, habis Kai dia penggal.

  “Gunalah kuasa dewa kau!” marah Violet.

  “Malas,” jawab Kai sepatah.

Violet mengerutkan dahi. Seriuslah? Apa-apa pun, dia mengutip pisau itu dan terus mendekati Kayla yang masih… Menunduk?

  Bilah pisau didekatkan ke sayap Kayla. Apabila dia mahu memotong sayap itu, Kayla tiba-tiba bangun dan menyerangnya dengan sebilah pisau belati.

  Membulat mata Kai dan Violet. Violet sempat menepis pisau itu. Tangan Kayla disepak dan pisau milik Kayla tercampak jauh. Mereka berdua memandang Kayla yang meringis kesakitan dek kerana sayapnya yang hampir dipisahkan daripadanya.

  Semasa dia bangun, pisau milik Syakila yang berada di tangan Violet terguris pada pangkal sayapnya. Darah melimpah keluar.

  Violet dan Kai memandang kosong.

  “HIYYARGHHH!!!”

  Salah seorang tentera syaitan meluru ke arah Violet dengan pedang di tangan. Violet tidak sedar akan kehadirannya, begitu juga dengan Kai.

  Segalanya berlaku dengan pantas, Kai tidak sempat membantu. Begitu juga dengan Rien yang baru tiba dan The Great Knights yang lain. White Warrior ternganga. Crya kaku sebagai serigala.

  Syakila tersenyum puas.

  “Urgh….”






To be continued

Hei guys. Nak pair-kan Rayyan-Rien dan L-Violet tak? Ufufufu comment cepat!

4610 words? Wew! I’m sick!

Guys, why do I feel like these 4500+ words aren't even enough and still nampak macam pendek?! Sedangkan author lain 3000+ pun dah panjang!

AM I CRAZY?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top