TNKP | 7
Setelah The Great Knights membunuh Raja Willys dan Raja Virl dari Dunia Fantasi milik SyuhadaNr, kedua kumpulan itu kembali dingin. Keadaan di dunia itu usah ditanya, kecoh dengan kes pembunuhan dua raja itu. Ahaks, Rys kejam.
"Uit, termenung jauh, Hanza. Fikirkan apa tu?" usik Violet dengan sengihan.
"Haih, aku rindukan bonda dan ayahanda..." keluh Hanza. Bonda dan ayahanda yang dimaksudkan ialah ibu dan ayah L dan Rayyan.
"Kami pun..." keluh L, Rayyan dan Hanz juga.
"Aik, bukankah korang kata korang pulang ke kampung cuti minggu lepas?" soal Rien pula.
"Memanglah tapi kami tak sempat melawat mereka," jelas Hanz. Selepas membunuh, dua kumpulan itu pulang ke Dunia Fantasi mereka. Mereka tidak sempat pulang ke istana kerana sibuk. Mahu sahaja mereka tidak pulang ke bumi namun ia akan menimbulkan tanda tanya. Aik? Sejak bila mereka kisah tentang yang lain?
"Habis tu bila lagi nak pulang?"
"Hujung minggu!" Serentak Hanz, Hanza dan Rayyan menjawab soalan L. Agaknya mereka terlupa kehadiran Rien dan Violet sedangkan mereka baru sahaja menjawab soalan dua gadis itu.
"Kampung korang di mana?" Soalan maut daripada Violet.
Terdiam Light Knight.
'Kita nak jawab apa?' soal Hanz dalam telepati.
'Jawab jelah mana-mana pun!' pintas Rayyan.
'Kalau mereka nak ikut?'
'Bawa jelah!'
Kata-kata Hanza ditentang hebat oleh jejaka-jekaka kacak itu.
'Alah, kita bukannya kawan mereka pun! Buat apa nak bawa?' soal L dengan sinis.
Terdiam Hanza. 'Bukan kawan? Jadi... Korang anggap mereka ni palsu sahajalah?'
'YA!'
Air mata Hanza mengalir. Rien dan Violet tergamam. Ketiga jejaka itu juga terkedu.
'Pertama kali aku ada kawan. Pertama kali weh pertama kali. Di sana aku langsung tiada kawan! Hanya dibuli! Ini kawan perempuan aku! Korang bertiga lelaki, memang takkan faham sampai mati!' bentak Hanza. Dia pantas berdiri lalu berjalan meninggalkan meja itu.
L, Rayyan dan Hanz terdiam, terpana, terkedu, tergamam, ter... Ah semua ter!
"Haih.." Terlepas keluhan berat dari mulut mereka bertiga.
Rien dan Violet diam. "Maaf andai soalan kami membebankan.." Mereka berlalu pergi.
••••
Setelah dua minggu berlalu, akhirnya hujung minggu menjengah lagi. Kali ini, mereka akan pulang ke Dunia Fantasi sekali lagi tetapi kali ini dengan Rien dan Violet bersama.
Aik, macam mana boleh ikut?
Flashback
"Hanza..."
Hanza mengendahkan panggilan tiga jejaka itu. Sungguh, dia terasa. Mereka tidak merasai perasaan dibuli di akademi dahulu! Hanz merasainya juga, tetapi tidaklah seteruk dirinya! Dicaci, dihina, dimaki, dibuli, dipukul!
"Hanza!" Kali ini tangan Hanza dipegang.
"Tepilah bodoh!"
Terdiam mereka bertiga. Pertama kali Hanza memaki mereka. Nampaknya, Hanza benar-benar kecewa.
"Hanza... Kami minta maaf.." kata Hanz lirih. Dia sudah tiada sesiapa di dunia kecuali Hanza!
"Kau, dengan maaf kau, boleh pergi mati!" jerkah Hanza dengan nada tinggi.
"Hanza! Jangan kurang ajar!" marah Rayyan.
"Dengar sini! Aku, dekat akademi. Pernah ke korang ambil tahu? Dan kau bertiga, di kelas elit! Pernah ke kau ambil tahu apa jadi pada aku! Walaupun sekelas, pernah ke kah lihat dan pertahankan aku semasa aku dibuli! Dipukul! Diperbodohkan macam aku langsung tiada akal!!"
"Kenapa kau tak pertahankan diri kau? Boleh tak kau jangan tuding masalah kau pada kami?" L berkata geram.
"Oh... Pertahankan... Baik! Mulai hari ini, jangan sesekali muncul depan aku!!" Hanza menengking nyaring. Nadanya digunakan setinggi yang mampu.
Pada mulanya, Rayyan, Hanz dan L menganggap amarah Hanza sebagai satu perkara biasa. Bagi mereka, "Alah, nanti sejuklah tu."
Tetapi, mereka perasan, setiap pagi Hanza sudah tiada. Dia juga pulang lebih awal tetapi tiada di rumah. Jejaka-jejaka itu terpaksa makan di luar kerana ketiadaan Hanza seperti biasa. Lima hari tanpa Hanz membuatkan mereka hampir gila lebih-lebih lagi Hanz!
"Hanza.."
"Kalau kau orang datang hanya kerana mahu pujuk aku kembali seperti biasa, lupakan. Aku penat diperhambakan." Hanza berlalu pergi.
Hampir dua minggu, akhirnya Hanza berjaya dipujuk oleh Hanz. Rayyan dan L turut meminta maaf. Mereka berjanji akan berkawan dengan Rien serta Violet dengan ikhlas malah mereka juga berjanji akan melindungi gadis itu. Mereka akui mereka langsung tidak menyedari penderitaan Hanza.
End of the flashback
Pagi itu, Hanza menyediakan mi goreng dan air teh. Dia menjemput Rien dan Violet yang turut hadir di rumah Light Knight.
"Jadi... Kampung korang di mana?" soal Rien dengan senyuman. Dalam diam, dia memuji kecomelan Hanza yang memakai kaca mata bulat.
"Kami cuma minta korang percayakan kami walau korang anggap ia fantasi. Boleh?" pinta Hanza.
Rien dan Violet berpandangan sebelum mengangguk.
"Terima kasih..."
Usai makan, Rayyan, Hanz, Hanza, Rayyan, Rien dan Violet berdiri di ruang tamu sambil berpegangan tangan membentuk bulatan mengikut arahan Rayyan. Mereka tidak memerlukan teleport jika Rayyan membenarkan mereka merentas dimensi tapi itulah... Hanz dan Hanza rajin menghabiskan tenaga mereka. Ish ish ish...
Sebuah portal yang dibuka membuatkan Rien dam Violet melorek senyuman. Dunia Fantasi, kami datang!
••••
Dark Knight mengeluh.
"AH AKU BENCI KERJA SEKOLAH!!" bentak Ryn. Dia memandang buku di hadapannya dengan pandangan benci. Di akademi dahulu, kerja sekolahnya tidak terlalu banyak.
"ERGH, SUBJEK UNTUK SPM INI MENYUSAHKANLAH!" rungut Ray. Dia mencampak buku latihannya ke atas meja dengan geram.
"GRRR....!"
Semua memandang Ryssa. Okay, dia paling teruk. Dia sudah membekukan buku-buku latihan dan buku-buku rujukannya.
Kai, Rez dan Delisya tersengih. Kasihan... Untung mereka berumur 16 tahun.
Ray terpaksa mendaftar SPM manakala si kembar terpaksa mendaftar PT3. Tapi, macamlah mereka akan ambil peperiksaan itu. Kisah apa mereka.
"Aku lebih rela bertempur..." rungut Ray.
"Aku sanggup belajar sihir dengan Lisya..." sambung Ryn.
"... Dan aku rela berlatih berpedang atau memanah..." ujar Ryssa.
Mereka melepaskan keluhan berat.
"Minggu depan peperiksaaaan~" Rez menganjing.
PAP!
Buku-buku milik Ray, Ryn dan Ryssa selamat mendarat di atas kepala dan di tubuh Rez. Kai dan Delisya menggeleng.
••••
"Wah!" Rien dan Violet menjerit teruja.
"Selamat datang ke dunia asal kami! Dunia Fantasi!" jerit Hanza ceria.
Rien dan Violet berasa terpukau melihat keindahan dunia itu. Beberapa angel berterbangan di langit. Haiwan bergurau senda, berlari sana sini.
"Kita di Kerajaan Angel yang terletak di atas langit!" kata Hanza lagi.
Rien dan Violet ternganga sebelum menjerit teruja.
Rayyan, Hanz dan L menjongket kening. Mereka tidak hairan dan terus percaya? Pelik...
"Biar kami perkenalkan diri dengan lebih tepat. Hai, aku Louis merangkap putera kerajaan ini. Aku dilahirkan dalam keturunan kerabat diraja angel. Aku memiliki kuasa membaca minda, mata kematian dan cahaya," terang L dengan senyuman kacaknya.
"Aku Rayyan merangkap putera Kerajaan Naga. Semestinya berketurunan naga. Tapi ada campuran dengan ahli sihir. Aku digelar Pahlawan Naga. Kuasa aku adalah api hitam yang mempunyai racun. Selain daripada itu, aku dilantik menjadi pengawal dimensi dan penjaga minda. Kalau nak rentas dimensi, aku akan menerima maklumat itu dan aku akan memberi kebenaran atau tidak. Bergantung jugalah..." jelas Rayyan pula. Kuasanya sebagai pengawal dimensi diterangkan agar jelas di fikiran gadis itu.
"Aku pula Hanz. Merupakan sahabat baik mereka berdua. Bergelar pahlawan elit istana. Aku berketurunan angel dan seperti yang korang tahu, aku kembar Hanza. Kuasa aku adalah cahaya, membaca minda dan teleport. Aku ni dikira sebagai anak angkat kepada bonda dan ayahanda Rayyan dan L." Hanz berkata tenang.
"Aku tak perlu bercakap banyak memandangkan aku mempunyai persamaan dengan Hanz. Aku, Hanza. Kaca mata aku bukan kaca mata sebarangan. Aku boleh mendapatkan maklumat tentang seseorang melalui kaca mata ini. Tetapi, bukan semua oranglah. Kaca mata itu dikatakan pemberian ibu dan bapa kami." Hanza tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.
"Ah...."
"Jadi, sila panggil kami seperti biasa. Tiada istilah putera-patik-beta atau apa-apa sahaja berkaitan bahasa istana," tegas Rayyan.
"Baik..."
"Kami berketurunan dalam kumpulan pahlawan lagenda, pelindung Puteri Pahlawan Malam iaitu The Great Knights. Kami dilahirkan dalam kumpulan cahaya iaitu Light Knight," jelas L pula. Dia dan yang lain bergilir-gilir menerangkan tentang segalanya.
Entahlah tetapi firasat hati mengatakan mereka perlu memberitahu mereka tentang sejarah silam itu.
Mereka berjalan ke istana sambil bercerita. Agak kelakar tetapi menyeronokkan.
"Selamat kembali, tuanku!" Para pengawal menunduk hormat.
"Bonda dan ayahanda ada?" soal L.
"Raja Zach tiada kerana beliau pergi ke Kerajaan Serigala Jadian atas urusan persahabatan diiringi para pengawal manakala Permaisuri Andria sedang berehat di taman istana ditemani dayang beliau," ujar pengawal, panjang lebar.
Hei, Rys gantikan dengan 'beliau', bukan 'baginda' eh? Rys tidak selesa menulis 'baginda'. Ehek...
"Terima kasih..." Mereka menuju ke taman istana.
"Bonda!" L memeluk tubuh bondanya.
Permaisuri Andria menoleh. Wajah anakanda kesayangannya menjadi tatapan sebelum dia memeluk erat tubuh L. Dia rindu!
"Eh, kalian pun ada?" Permaisuri Andria tersenyum. Dia tidak hairan kerana Light Knight umpama belangkas. Cuma yang menghairankannya adalah kehadiran dua orang gadis cantik bak bidadari.
Menyedari dan memahami pandangan Permaisuri Andria, pantas Violet dan Rien menundukkan badan.
"Nama patik Qrienshes Relveyn. Panggil patik Rien..."
"Patik pula Violet..."
"Ah, usahlah gelarkan saya begitu. Panggil sahaja saya, bonda." Permaisuri Andria tersenyum senang. "Kalian berdua merupakan rakan mereka di dunia manusia?"
"Benar... Bonda..."
"Ah.. Terima kasih, Rien, Violet. Cuma... Adakah kalian percaya kepada mereka?"
"Semestinya, bonda." Rien dan Violet tersenyum.
"Bagaimana keadaan ibu bapa kalian?" soal permaisuri dengan ramah.
Riak gadis itu berubah mendung dan muram. "Kami tidak tahu siapa mereka tetapi mereka telah tiada..."
Permaisuri tersentak. Dia pantas memeluk Rien dan Violet. "Maaf..."
Mereka berdua menggeleng. Light Knight menonton drama itu dengan sengihan. Hailah, bonda...
"Err... Boleh kalian jadi anakanda bonda...?" soal Permaisuri Andria dengan sengihan comelnya. Dia memahukan anak gadis lagi!
"Er..." Rien dan Violet memandang Light Knight. Melihat anggukan mereka, gadis berdua itu mengangguk.
Permaisuri bersorak gembira.
To be continued
Edited ✔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top