TNKP | 69
Cahaya itu menyebabkan semua yang ada terpaksa menutup mata. Apabila mata dibuka, semua terkedu.
Selepas beberapa ketika, Leo dan Rise tersenyum sinis semula. Mereka berpeluk tubuh. Rien mengusap matanya berkali-kali.
“Hanz…. Dan..?” Rien tidak menyambung kata. Dia ternganga melihat kelibat persis kala jengking dan juga centaur di sisi jejaka itu. Malah, ada sepuluh lagi makhluk mengelilingi makhluk hitam, Syakila dan Kayla.
Keadaannya kini adalah Leo, Rise dan Rien dikelilingi makhluk hitam serta puteri syaitan. Malangnya, mereka semua dikepung oleh makhluk aneh yang kelihatannya seperti diseru oleh Hanz.
“Kau tak kenal Scorpio dan Sagittarius? Sedihnya…” Hanz memonyokkan wajah sebelum kembali tersenyum.
“Ah! Kau dan Hanza pengguna kuasa zodiak!” Mata Rien bersinar.
“Grrr!” Syakila mengepal penumbuk. Dia tidak menjangka perkara ini.
Pengguna kuasa zodiak bukan sahaja dapat menyeru zodiak bintang kelahiran malah zodiak cina dan juga zodiak bintang yang lain. Mereka tingga di dunia sendiri yang tidak dijumpai makhluk lain walaupun dewa dewi. Hanya makhluk atasan berkaitan sahaja yang mampu ke sana. Contohnya Komander Angel iaitu Xyn. Eh dah!
Kayla menjeling satu-persatu haiwan zodiak yang diseru Hanz. Tangannya mula mengeluarkan aura kegelapan. Sayap hitamnya dibuka perlahan-lahan. Tangannya terawang-awang ke udara.
Hanz, Crya, Violet, empat orang Dark Knight, Leo, Rise dan Rien tersentak.
“SERANG!!”
Apa lagi, Dark Knight terus terbang ke arah gunung. Di atas gunung itu ada sebuah gua yang tidak dapat dilihat dari bawah tetapi dapat melihat ke bawah. Hehe tak faham? Padan muka muahahahah! – Adudu
Rise dan Leo ditarik oleh Rien dan dia teleport keluar dari bulatan itu. Violet membuka sayap dan terbang mengekori puteri serigala. Mereka berlima duduk diam di kaki gunung sobsob.
Hanya tinggal Hanz yang mahu menguruskan makhluk hitam dan syaitan itu.
“Kau. Sentuh. Adik. Aku.” Sepatah-patah Hanz membuka bicara. dia mengeluarkan bebola cahaya.
Para zodiak bintang kelahiran memandang ke arah pengguna kuasa zodiak. Hanz mengeluarkan lebih banyak bebola cahaya. Cahaya itu terapung di belakangnya. Hanz terapung dan sayap putihnya dibuka.
Pedangnya muncul di tangan kanannya. Dark Knight di atas gunung itu duduk bersila sambil mengunyah makanan yang diteleport oleh Ryn. Berkelah katakan hmm… Sedap je berkelah sambil ‘menonton wayang’.
Rien, Violet, Rise, Leo dan Crya di kaki gunung sibuk memerhati ‘filem percuma’ yang di’lakon’kan oleh Hanza sebagai protagonis, Syakila dan Kayla sebagai antagonis utama serta makhluk hitam sebagai watak tambahan.
Plot pula adalah protagonis yang mahu membalas dendam dek adik protagonis yang dicederakan oleh antagonis. Pengakhiran cerita pula… Entahlah eheh..
“Serang!” Hanz dan puteri syaitan melaung serentak. Burger! Burger! Burgermbira! Eh? Hmm dasar wabak biskut Yaya. Aduh makin merepek!
Makhluk hitam dan zodiak bintang kelahiran menyerbu sesama sendiri. Mereka mula menyerang dan bertarung.
Pertarungan antara mereka lebih hebat apabila ada tentera syaitan yang masuk campur. Jangan lupa, pertarungan masih berlangsung!
“Jangan masuk campur!” Leo mengeluarkan perisai emas.
Tentera syaitan dan tentera demon terpaksa akur. Mereka tidak lagi mencampuri urusan pihak atasan sebaliknya menyambung perlawanan yang ‘tertangguh’.
Makhluk hitam dan tentera syaitan semakin berkurangan dan kebanyakannya sudah tumpas. Syakila dan Kayla semakin geram. Syakila terus menyerbu ke arah Hanz yang semakin lemah dek kerana tenaganya yang banyak digunakan untuk menyeru makhluk zodiak.
Gemini meluru ke arah pengguna kuasa zodiak. Gemini sedaya-upaya melindungi lelaki itu. Malangnya, ia dan rakannya yang lain juga semakin lemah. Akhirnya, mereka lenyap dan kembali ke dunia asal mereka.
Hanz akur dengan kekalahannya. Walau bagaimanapun dia tetap yakin yang kegelapan syaitan itu akan tumpas di tangan mereka semua.
Syakila dan Kayla tersenyum sinis. Kali ini mereka mengeluarkan kuasa syaitan mereka. Baru sahaja mahu melekapkan tapak tangan mereka, mereka berdua sudah tercampak jauh.
Hanz dihantar ke Istana Demon oleh seseorang. Semua yang ada ternganga.
“Hai.”
••••
Suasana sunyi sepi. Pertarungan antara mereka semua terhenti. Rise, Leo, Rien, Violet, Crya dan Dark Knight ternganga.
Dua orang berkerudung yang menghalang Syakila dan Kayla dijeling oleh puteri-puteri syaitan itu.
“Siapa kau?” soal Syakila, garang.
“Kau tak kenal kami? Tsk tsk tsk…” Suara gadis menyapa telinga. Kedengaran sinis.
Dark Knight tersenyum kecil. Sangat mengenali dua orang itu.
“Siapa?!” Kayla pula menyampuk. Wajahnya sangat tidak berpuas hati.
“Hm?” Seseorang yang lebih tinggi daripada gadis tadi berpeluk tubuh.
“Apa tujuan kau halang kami tadi?” Mata Kayla mencerlung tajam. Walaupun tidak dapat melihat wajah mereka berdua, namun dia tetap tidak gentar.
Err… Okay tipu. Seramlah juga. Persis berhadapan dengan Dark Knight. Eh?
“Kau…. Ryssa dan Kai?” Syakila memandang mereka berdua.
“Heh…” Gadis tadi tergelak kecil.
“Nak cederakan keluarga aku? Maaf, langkah mayat kau dahulu,” sampuk Kai.
“Kalau macam tu macam mana aku nak hapuskan kalian?” soal Kayla apabila terasa diperbodohkan.
Ryssa ketawa. Ayat Kai tadi sangat difahaminya. “Dah tu?”
Syakila mengetap gigi. Dia menyerang gadis itu tetapi dihalang Kai. Tubuh Syakila disepak jauh. Kayla pula meluru ke arah Ryssa.
Syakila terbang laju ke arah mereka. Kembarnya menyerang Ryssa sementara dia berlawan dengan lelaki itu.
Syakila menggunakan kuasa syaitannya apabila Kai menggunakan kuasanya sebagai Dewa Kegelapan. Agak sukar mahu menyerang lelaki iu kerana Kai sering menggunakan kuasanya yang lain. Sekejap-sekejap dia menyerangnya dengan api. Sekejap-sekejap dia memberi ilusi dan memanipulasi minda Syakila.
Syakila kembali fokus. Kai itu licik. Sama sahaja dengan kumpulannya. Alangkah bertuahnya mereka kerana Dark Knight malas mahu masuk campur. Hmph!
Ryssa pula bertarung dengan Kayla menggunakan kuasa halilintar. Dia seronok berlawan dengan Kayla kerana gadis itu juga berlawan dengan kuasa angin. Mereka sukar dilihat dek kepantasan mereka. Hanya nampak kesan serangan sahaja. Orangnya entah di mana.
Ryssa dan Kai mengeluarkan pedang dan sabit mereka. Semakin sukarlah Syakila dan Kayla mahu menyerang.
Tiba-tiba ada angin lalu. Rupanya itu ialah Dark Knight. Mereka mula masuk campur.
“Apasal ni?” marah Ryssa kepada kakak kembarnya, Ryn.
“Aku rindu nak lawan sama-sama dengan kau.” Ryn tidak memandang adiknya, sebaliknya dia terus berlawan dengan Kayla.
Ryssa mengangguk. Dia teringat sesuatu. “Kau dengan Delisya uruskan minah ni. Aku nak selesaikan makhluk hitam tu,” katanya apabila melihat semakin banyak makhluk hitam muncul.
“Hmm??” Ryn mengangkat kening. Ryn membina kubah api di sekelilingnya. Dia memandang sahaja kelibat si adik yang sudah mendekati makhluk hitam.
“Aku kan mampu menyeru beast…” Ryssa tersenyum kecil. Sayap hitamnya dibuka.
Dark Knight terpana. Kemunculan gadis bersayap hitam?
Ryssa membaca mantera dan makhluk buas muncul di belakangnya. Dark Knight dan yang lain ternganga. Ray meneliti makhluk yang diseru gadis itu.
“Itu… Itu.. Itukan makhluk neraka?!”
Semua tersentak mendengar kata-kata Putera Demon itu. Begitu juga dengan syaitan.
‘Ergh! Kenapa dia mampu menyeru makhluk neraka?’ desis Syakila. Habislah mereka jikalau keadaan ini berterusan. Dia langsung tidak menyangka bahawa salah seorang daripada mereka mampu menyeru makhluk neraka.
Ray memetik jari. Serentak dengan itu, salah satu kumpulan syaitan yang dipimpin salah satu pegawai tinggi syaitan hancur begitu sahaja. Mati.
Terkedu Puteri Syaitan. “A… Apakah..” Mereka gagap.
“Kau lupa aku ni Dewa Kematian?” Ray tergelak sinis.
Terbuntang mata dua puteri itu. Ya, mereka lupa ada dewa dan dewi dalam kalangan mereka. Mencarut dua puteri itu. Ish ish ish….
“Tapi… Aku tak mahu permainan aku dihabiskan begitu sahaja…” Ray tergelak lagi.
Seram sejuk para syaitan.
“Jangan mengalah!” Satu suara menjerit lantang. Semua memandangnya.
“Ketua….” Syaitan yang dipimpinnya tergamam. Yang menjerit itu ialah syaitan kanan yang sangat dipercayai Puteri Syaitan.
“BAIK!” Semua menyambut seruan syaitan itu.
Dark Knight ketawa. Begitu juga Rise dan Leo. “Kami kagum… Tapi..”
ZZAP!
Kepala pegawai-pegawai tinggi bergolek. Tubuh itu rebah.
Semua tergamam.
"Jangan lupa..”
ZZAP!
“Kami…”
BUK!
“Siapa.”
BOOMMM!!
Letupan besar terhasil. Rien dan Violet mengarahkan tentera mereka pulang dan berehat. Tentera beast, vampire dan werewolf akan mengambil alih peperangan.
BUK!
Pipi Syakila ditumbuk. Padu.
Ryn mengusap tangannya. Dia seronok.
Syakila terus menarik kembarnya. Mereka mahu pulang ke Alam Syaitan. Bukan mahu mengalah sebaliknya merancang sesuatu.
“Nak lari?” Sinis.
ZZAP!
Sayap Puteri Syaitan ditoreh laju. Mengerang kesakitan dua puteri itu. Mereka jatuh ke tanah dari udara.
“Heh…” Rien dan Violet tersenyum. Kedua-dua syaitan yang terhempas ke tanah itu dipandang sekilas sahaja.
Syakila tiada pilihan lain. Dia terus menyembuhkan dirinya dengan kuasa syaitan. Tanpa membuang masa, dia mengambil tangan adiknya dan terbang ke portal.
Malang sekali lagi, dia diserang oleh Dark Knight dan The Night Knight Princesses. Lebih parah apabila setiap kali mereka jatuh ke tanah, Crya mencakar mereka dengan kuku tajamnya. Puteri serigala itu bertukar menjadi serigala jadian.
“AH!”
Kali ini, Delisya melempar mereka ke langit dan puteri pahlawan malam menendang mereka ke dalam portal. Portal itu tertutup, meninggalkan tentera syaitan di dunia itu.
Tiada pilihan, tentera syaitan terpaksa menyerang dengan saki-baki tenaga yang ada. Tanpa mereka sedari dan tanpa mereka jangka, tentera werewolf, vampire dan beasts keluar dari belakang gunung.
Siang melabuhkan tirai, malam pula menjelma. Pertarungan tadi tidak menyedarkan mereka tentang masa.
Tentera di pihak mereka mendapat kelebihan. Akhirnya, tentera syaitan yang tinggal di Dunia Fantasi tumpas begitu sahaja.
Dark Knight, Crya, Rise, Leo, Rien dan Violet kembali ke istana. Mereka mahu berehat. Sementara itu, tentera bersekutu menjalankan tugas dengan berkawal. Risau sekiranya puteri syaitan tadi kembali mahu menuntut bela.
••••
Di Alam Syaitan…
Hening… Sepi…
Hanya itu yang mampu diungkap. Suasana ruang takhta itu tegang sekali. Wajah pewaris utama, Puteri Syakila, kelihatan sangat marah. Tangannya digenggam dan dahinya berkerut-kerut.
“ARGH!”
Berdesing telinga mereka yang ada dalam ruangan takhta. Sungguh Syakila marah. Manakan tidak, kebanyakan pegawai tingginya sudah mati di sana. Mahu dihidupkan semula dengan sihir hitam, itu adalah mustahil.
Sekalipun Syakila dan Kayla menghidupkan mereka, Ray dengan mudah dapat membunuh mereka. Itu tidak melanggar tugas Ray kerana pegawainya sememangnya sudah mati. Mereka pula yang akan dihukum nanti.
Membuang masa dan tenaga sahaja nanti. Syakila menghentak kerusi takhtanya. Si Adudu dan Probe yang tak guna itu sudah ke Dunia Elemen bersama sebahagian tenteranya. Dasar!
“AH! TAK GUNA KALIAN!!”
Kayla yang duduk di sisi kembarnya pun berasa seram. Uh…
••••
“Urgh…” Rayyan bangun perlahan-lahan. Dia mendudukkan diri di atas katil itu. Putera Naga itu memandang ke luar. Dia tersentak.
“Di… Di mana aku?” Rayyan menenangkan dirinya. Jangan gelabah, jangan gelabah. Dia memejam matanya sebelum satu memori menerjah fikirannya.
Memori tentang kejahatan bondanya. Tidak disangka, bondanya sebenarnya ahli sihir dari Alam Syaitan. Darah syaitan mengalir dalam tubuhnya. Dia terus berdiri.
BAM!
Rayyan memandang mereka yang menyerbu biliknya. Eh?
“Ini istana kami. Aku rasa kau dah tahu. Hm?” Ray tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh dan bersandar di dinding.
Rayyan mengangguk perlahan. Dia kecewa sebenarnya. Di sebalik kelembutan bondanya…
“Disebabkan darah syaitan mengalir dalam tubuh kau… Aku tak rasa kau sesuai. Maka, aku menyuruh dua orang ini untuk…” Ray tidak menyambung kata. Dia memandang dua ahli Dark Knight yang sudah sebati dengan darah syaitan.
Ya, Kai dan Ryssa.
Ryn memandang kembarnya dengan risau. Iyalah, Ryssa itu sahajalah keluarga sedarah sedaging yang dia ada. Memanglah Dark Knight yang lain boleh dikira sepupu, tetapi itu lain.
“Aku okaylah…” Ryssa tersengih. Bahu kakak kembarnya dirangkul.
Kai dan Ryssa merapati putera kacak itu. Malangnya Kai masih lurus dan Ryssa tidak akan jatuh kepadanya. Ehek!
“Duduk diam,” arah Kai, dingin.
Rayyan akur. Dia tidak mahu darah itu. Dia akan tetap menyayangi bondanya walaupun bondanya syaitan. Namun, darah itu tidak sesuai untuknya.
Kai menjeling Rayyan sekilas. Dia menarik lengan Ryssa agar tidak terlalu rapat dengan lelaki itu. Semua yang ada dalam bilik itu tersengih-sengih.
Rayyan menahan senyum.
“Toreh lengan kau dan titiskan darah kau.” Sekali lagi Kai memberi arahan.
Rayyan akur sahaja. Pisau cahaya dimunculkan. Baru sahaja bilah pisau itu didekatkan ke lengan, perlakuannya pantas dihalang.
“Bukan pisau tu. Sabarlah sikit aduh kau ni…” Ryssa merungut. Dia mengangkat tangan separas bahu dan sebilah pisau muncul.
Pisau itu berwarna silver keemasan pada hulunya. Corak tulisan pelik itu kelihatan cantik sekali. Ada lambang sayap pada hulunya.
“Tulisan purba?” soal Rien dengan pelik.
“Bukanlah…” Rez membalas dengan gelengan.
Ryssa dan Kai hanya diam. Itu tulisan syaitan purba. Mereka faham dengan tulisan itu, tetapi bukan mereka yang lain.
Ryssa menyerahkan pisau itu kepada Rayyan yang sedang mengerutkan dahi. Kai yang melihat terus merampas pisau itu dan dicampak selamba kepada Rayyan.
Perlakuan itu membuahkan tawa semua orang.
“Berterima kasihlah kepada kembar aku yang sudi tarik semula sumpahan aku itu. Tapi… Dia tidak menarik sumpahan tentang kerajaan. Jangan harap akan dipulangkan semula.” Ryssa mencebik.
Rayyan mengangguk. Pisau itu didekatkan ke lengan dan terus ditoreh laju. Darah menitis, tetapi tidak jatuh sebaliknya terapung di hadapan Kai dan Ryssa. Tangan kanan mereka didekatkan dengan darah itu dan ia terus meresap masuk.
Kai, Ryssa dan Rayyan merasakan sesuatu yang lain. Rayyan rasa agak lemah dan kehilangan tetapi Kai dan Ryssa rasa semakin kuat. Keadaan itu berterusan sehinggalah tubuh mereka bertiga rebah.
Ryn pantas menangkap tubuh kembarnya sementara Ray, Rez, Leo, Rise dan Hanz hanya membiarkan sahaja Kai jatuh ke lantai. Dasar kawan. Ceh!
Rayyan pula pengsan kerana tenaga yang terhasil daripada darah syaitan sudah tiada dalam tubuhnya. Dia tidak lagi dapat menggunakan sihir bertaraf tinggi kerana itu akan memakan banyak tenaga.
Lainlah kalau dah berlatih lama dan mereka ada sihir atau magis macam Star, Aurora dan Delisya. Ryn dan Ryssa dah berlatih lama.
“Biarkan mereka berehat.” Leo berkata ringkas dan terus keluar. Rise mengekorinya, begitu juga Star dan Aurora.
Ryn teleport dirinya ke bilik si adik. Delisya hanya menggeleng dan kembali ke pergunungan bersama dengan Ray. Mahu meninjau keadaan pada jam dua pagi ini.
Ray, Rez dan Hanz membiarkan sahaja Kai pengsan di situ. Pandai-pandailah kau. Hahahaha!
Violet keluar diikuti kakak kembarnya. Hanza sudah lama keluar mengikut si abang kembar. Baru beberapa tapak Rien keluar, dia menoleh kembali ke belakang.
“Buang perasaan kau kepada aku,” tutur Rien perlahan sebelum menyambung langkah. Kuasa mindanya membolehkan dia tahu apa yang berada dalam fikiran lelaki itu.
Di dalam bilik yang diduduki L…
L memandang ke luar balkoni. Entah apa yang mahu dia ungkapkan sekarang ini. Perasaannya bercampur-baur.
Dia… Keliru. Mengenali seorang Violet yang berkeperibadian tinggi dan cantik persis puteri sebenar, membuatkan hatinya jatuh. Jatuh lemas ke dalam lautan cinta buat seorang Violet.
Sejak kemunculan Syakila, entah mengapa dia keliru. Entah mengapa perasaan buat Violet bertukar. Api amarahnya keluar buat gadis itu. Cintanya beralih arah.
“Salah siapa?” bisiknya sendiri.
Dia sedar. Dia mahukan gadis itu. Tamat peperangan ini, dia akan melamar gadis itu bagi menyempurnakan takhta sang permaisuri buat si raja.
“Aku pasti… Dia ada perasaan yang sama kepadaku.”
••••
Sedang mereka bersarapan, termasuklah tentera, mereka dikejutkan dengan jeritan Ryssa dan Kai. Sekali lagi.
“Dia datang lagi!”
Rez mengetap gigi. Dia menarik Ryn bersamanya mahu menenangkan para tentera. Tentera mereka akan disuruh menghabiskan makanan supaya bertenaga. Lagipun peperangan hari ini akan disertai oleh pari-pari, angel dan ahli sihir. Tentera demon disuruh berehat sahaja.
Delisya mengeluarkan penyapunya. Aduhai… Dia terbang bersama Ray, mahu melihat keadaan di langit. Ada pusaran terbentuk. Mereka berdua pantas menyediakan perangkap. Mereka yang ada kuasa masa menyediakan sebuah portal betul-betul di hadapan portal Alam Syaitan.
Semua terbang ke langit. Banyak portal dan perangkap dihasilkan sekaligus.
Kilat sabung-menyabung. Dengan elemen itu, Ryssa menyediakan sebuah bulatan yang terhasil daripada elemen kilat, petir dan halilintar bervoltan tinggi. Di belakang bulatan itu ada bulatan air.
Sekali pandang dari langit, dah macam sarkas pula adeh.
Sebaik sahaja portal syaitan terbuka, tentera syaitan meluru laju. Jeritan terus berkumandang.
Dark Knight, White Warrior dan Light Knight tersenyum berpuas hati. Ada bulatan dipenuhi air, halilintar, api, cahaya, bayang dan pelbagai lagi. mereka yang termasuk ke dalam portal masa sangat tidak bernasib baik kerana mereka dihantar terus ke masa hadapan.
Dalam portal masa ada perangkap yang disediakan sebelum tiba ke destinasi. Kalau mereka hidup di masa hadapan, hiduplah. Kalau sudah tiada, makanya mereka akan mati begitu sahaja.
Untung ada Rez sebagai Dewa Masa huhu…
“Tak guna!” Syakila terpaksa mengundurkan tenteranya semula. Menyedihkan…
Portal itu tidak dapat dialihkan ke mana-mana. Dia dan Kayla perlu menggunakan kuasa syaitan tahap tinggi lalu memusnahkan segala perangkap yang dicipta.
Dark Knight, Light Knight dan White Warrior tidak kisah kerana agak ramai juga yang sudah dihapuskan tadi.
Syakila memetik jarinya. Kayla menepuk tangan. Kini, langit kelihatan semakin gelap kerana angkatan tentera bersayap hitam yang sangat ramai kini berterbangan di langit.
Lagi-lagi langit di Kerajaan Demon itu tiada matahari. Kalau pernah cakap ada tu, maaflah. Pasal siang berganti malam pun, takde beza. Sebab tu tak sedar heheh…
“Lancarkan serangan!” Kali ini, Syakila tidak mahu mengorbankan tenteranya. Mereka akan menyerang dengan sihir sahaja.
Dark Knight, Light Knight, White Warrior, The Night Knight Princesses dan Crya hanya tergelak. Mujurlah hari ini tentera menggunakan magis yang akan berperang. Angel akan berlawan dengan kuasa. Pilihan yang tepat!
Kali ini, Rien dan Violet mahu berhadapan dengan Syakila dan Kayla namun dihalang yang lain. Kata mereka, esok jelah. Akur sahajalah mereka berdua.
Rayyan dan L pula yang berhadapan dengan mereka.
“Hai…” sapa Syakila dan Kayla dengan gedik sebelum tertawa sendiri. Gila kot.
Tidak mahu membuang masa, kedua mereka memunculkan senjata. Senjata yang sama, kuasa yang berbeza.
Pedang Rayyan mampu menghantar seseorang ke dimensi lain dan juga mengeluarkan api hitam beracun. Semasa bertarung, Rayyan mampu mengawal minda atau memasuki minda seseorang dengan mudah.
L memegang pedang yang menghantar serangan cahaya. Jika diam mahu, dia boleh sahaja menggunakan kuasa kematiannya tetapi malas. Dia lebih suka menggunakan kuasa mata kematiannya seperti biasa. Hendak berlawan dengan orang yang mempunyai kuasa minda perlulah mengosongkan fikiran atau pergerakan akan dapat dibaca.
Huhu tak perlu guna I. R. I. S. Eh eh… Ejen Ali? Ah sudah!
“Kuasa sahaja…” tawar Syakila.
“Tidak.” Rayyan dan L menolak mentah-mentah tawaran gadis itu.
Rayyan mahu memunculkan tongkat saktinya sebelum teringat, dia sudah tiada darah sihir.
“Aku rasa kau dah tahu tentang ketua sihir… Hmm?” Kayla tergelak sinis.
“Diamlah!” bentak Rayyan. Dia melibas pedangnya. Namun pantas ditahan oleh L.
“Aku tak sangka kau diperbodohkan dengan mudah. Ayah dengan anak sama sahaja!” Kayla terus-menerus mengejek lelaki itu.
Pang!
L pula tersenyum sinis. Dengan mudah sahaja gadis berhati busuk itu menerima tamparan padu. Dengan wajah yang menjengkelkan, dia membuka mulut. “Sedap?”
“Uh…” Kayla memegang pipinya. Luka semalam masih belum sembuh. Malahan, berparut!
L mendekati Syakila. Dagu gadis itu dipegang. Bibirnya didekatkan ke telinga Syakila. “Menyerah kalah sahajalah.”
"Jangan harap!” Syakila menolak lelaki itu. Wajahnya memerah.
Di satu bahagian lain…
“Ceh, dia suka mamat tu rupanya,” bisik Ryn kepada si adik.
Rez yang terdengar terus berkerut dahi. “Kau suka dia ke?”
Wajah Ryn berubah. Dia menepuk dada. “Dia? Euw, memang taklah!”
Ryssa tergelak. Dia menyambung menyerang.
Kembali kepada empat ketul tadi…
Zzap!
Syakila berlawan dengan L. Rayyan pula dengan Kayla.
Syakila terbang tinggi ke langit. Dia terlupa akan kuasa L. Dengan laju dia membaling pasir. Mujur L sempat mengelak dengan bantuan kuasanya atau matanya akan dimasuki pasir.
Syakila berpusing 360°. Sambil berpusing, dia melepaskan aura kegelapan. Tangannya juga laju sahaja melempar batu dan pasir. Awan pun dia baling sesuka hati. Ada yang terkena ada yang tidak. Yang tidak terkena itu pula terkena tenteranya sendiri ataupun tentera lawan.
Sabar sahajalah….
"LIGHT EXPLOSION!" Letupan cahaya yang tidak diduga Syakila menyebabkan gadis itu terpelanting jauh.
Lebih mengasihankan... Mungkin? Dia terseret dek kerana ada tenteranya yang terlanggar tubuhnya ketika dia melayang. Ish ish ish.
Sudahlah pedang tentera itu terkena bahunya. Syakila menekan luka tikaman itu. Syaitan itu dijeling.
"Devil's fire." Tangan kiri mengeluarkan api syaitan. Terbakar tentera yang terlanggarnya tadi.
L yang melihat tersenyum sinis. Dia mendapat satu akal. Eh baru ada akal? Ok gurau.
L menendang Syakila lebih jauh. Kali ini, Syakila bergolek-golek bagai bola boling ke arah tenteranya yang menunggu untuk berguling sama.
Mengamuk gadis itu di situ. Semburan api syaitan yang dihasilkan membakar tenteranya tanpa dia sedar.
"Sah. Bongkak," bisik L. Dia mendekati Syakila.
BUK!
L pula melayang apabila tubuhnya ditendang dari sisi. Fuh...
Satu bilah pisau elok didekatkan pada lehernya. Luka kecil terhasil menyebabkan L berdesis sedikit.
BUK!
L ditumbuk sekuat hati pada perutnya. Tumbukan padu yang disertakan dengan tangan besi itu menyebabkan putera itu semakin parah. Darah tersembur dari mulutnya.
Rayyan datang mendekat. Riak wajahnya risau. Putera Naga memandang tajam ke arah gadis bertangan besi.
Dia juga menerima hadiah itu tadi. Ya, Kayla menggunakan kuasa magnetnya dan mengumpul zarah besi(?) lalu menghasilkan sarung tangan besi.
Padu beb.
Kini, keempat-empat kerabat itu kembali ke udara dan mula menunjukkan diri yang sebenar.
Cahaya dan kegelapan bertembung di situ.
Mereka muncul.
Pahlawan Naga.
Angel Bermata Kematian.
Puteri Syaitan.
Siapa bakal memenangi pertarungan kedua?
To be continued
Rasa macam nak tamatkan TNKP before my birthday lah. Or masa my birthday. Hmm...
Well... Rasanya two or three more chaps before epilogue? Sorry if this story isn't interesting as what you thought. Dahla merepek panjang pula tu adeh
😩❤ Have fun EATM. Fighting Malaysia's Animations!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top