TNKP | 68
"Aku."
Syakila dan Kayla mengetap gigi. Mereka menjeling gadis angel itu.
"Kau—! Ergh! Kayla! Kau uruskan yang lain! Aku nak bermain sekejap dengan perempuan ni!" arah Syakila.
Kayla mengangguk. Dia mengepak sayap hitamnya ke arah yang lain sementara si kakak mahu berseronok.
Syakila menghala tangan kanannya ke hadapan. Ribut pasir terhasil sekali lagi. Tangan kiri pula digenggam, hanya jari telunjuk yang digerak-gerakkan seolah-olah sedang bermain dengan sesuatu.
Hanza agak terkejut apabila dia terapung dan tubuhnya kini terperangkap di dalam ribut pasir. Dia leka!
Hanza mengeluarkan busurnya. Apabila tali mahu ditarik, busurnya melayang ke tempat lain dan terus lenyap. Hanza tidak terkejut kerana Syakila menyerangnya dengan bebola pasir.
Syakila menguatkan lagi ribut pasir itu. Dia mencipta beberapa jenis batu yang sangat keras dan dicampak ke arah Hanza yang kini terkapai-kapai dalam ribut buatannya.
Membulat mata gadis angel itu. Dia pantas mengelak tetapi semakin lama semakin banyak batu menuju ke arahnya. Hanza tiada pilihan lain. Dia menghala tapak tangan kanannya ke hadapan dan cahaya terhasil.
Cahaya itu terus meletupkan batuan yang dicipta Syakila. Tidak berputus asa, Syakila menghasilkan lumpur pula. Lumpur itu dicampur ke dalam ributnya.
Angin bertiup kencang. Hanza sukar untuk menstabilkan dirinya. Dia tidak berani mahu membuka sayap kerana risau sayapnya akan tercedera.
"Lawanlah aku," cabar Syakila seraya tersenyum sinis. Syakila melompat tinggi dan awan dicipta. Awan itu terus dilempar ke arah Hanza.
Hanza tidak sempat mengelak, bahkan tidak mampu mengelak. Dia jatuh melutut apabila awan itu terkenanya. Siapa sangka, Syakila mencampurkan batuan dan pasir ke dalam awan itu, menyebabkan ia keras.
Hanza terbatuk sehingga mengeluarkan cecair darah. Dia menekup mulut apabila semakin banyak awan keras terkenanya.
Buk!
"Jangan ganggu kawan aku!"
Kali ini, Syakila pula membuntangkan matanya melihat seorang gadis terbang megah di hadapannya. Pandangan gadis itu sangat tajam, setajam pedang yang dia pegang.
"Ini antara kita, puteri syaitan."
"Heh, kau muncul juga, puteri pahlawan malam."
••••
Star mengeluarkan katananya. Dia merenung tajam gadis bersayap hitam di hadapannya. Para pemerintah sudah pulang ke kerajaan. Kini, hanya ada dua putera kerajaan bersamanya dan si adik.
Aurora sudah menghilangkan ilusi terhadap Rayyan dan L. Tetapi mereka berdua masih tidak sedarkan diri.
Star tidak mahu adiknya cedera, jadi Aurora disuruh menjaga dua putera sementara dirinya menentang gadis berhati busuk di hadapannya.
"Pulang ke dunia kau." Keras nada Star.
"Tidak selagi dunia ini belum kutawan."
"Pulang!" Sekali lagi Star bersuara. Wajahnya tegang sekali.
"Kukata tidak! Tidaklah!"
Eh eh, bahasa lamakah?
"Pulang ke duniamu atau mati sahaja di sini! Kubur kalian takkan kelihatan walau secebis! Akan kami bakar mayat kalian kerana kalian tidak layak dikuburkan di dunia yang mahu kalian tawan!" Star mula mengangkat katananya.
Kayla mengetap giginya. Dia ada kuasa magnet dan angin. Tetapi apa gunanya? Gadis di hadapannya lebih berkuasa!
Dia juga bukanlah seorang yang begitu arif dengan teknik mempertahankan diri. Selama ini, dia puteri. Puteri kan ayu?
Pfft! Jangan buat lawak dalam cerita aku, Kayla. Kalau kau tak mahu lawan, pergi mati sahajalah. Aku pun bahagia. Tak perlu aku susah-susah fikir cara membunuh kau dan tentera kau.
"Diamlah!" Kayla menjerit lantang.
Gadis pari-pari yang juga Puteri Cahaya itu mengerutkan dahi. Dah kenapa minah ni?
"Grr...." Kayla mengeluarkan pedang angin. Pedang itu dilibas ikut suka.
Star lincah mengelak serangan angin yang terhasil akibat libasan suka hati gadis syaitan itu. Dia turut membalas tetapi kali ini Star berjaya mencederakan pipi Kayla.
Apa lagi? Menjeritlah perempuan itu. Hmm....
“Senyaplah gila!” marah Star. Naik meluat dia mendengar jeritan nyaring perempuan ini. Kalah Cik Ponti mengilai huhu…
“Grrr… Habis pipi mulus aku ni! Siap kau, perempuan!” Meluap-luap kemarahan Kayla terhadap Puteri Cahaya yang seorang itu. Semakin geram dia melihat gadis itu sedang membelek kukunya dengan katana yang sudah disarung di belakang Star.
Para gadis yang menggunakan pedang dan katana lebih selesa meletakkan sarung senjata di belakang mereka sementara lelaki pada pinggang mereka.
“Pipi? Kau ingat kau comel sangat macam Pipi Zola, anak kebenaran, saudara kecomelan? Yucks, mohon bagi aku baldi.” Star membuat wajah jijik. Tangan ke bahu, mata ke atas.
Aurora dengan senang hatinya menghulur sebuah baldi yang entah dari mana muncul. Em, tak penting pun baldi tu. Yang penting adalah—
“APA?!” Bergegar tanah peperangan itu dengan suara musuh abadi Cik Ponti dan Cik Lang. Cik Ponti beranak dan Cik Lang jahit langsir. Pffft! Bagi Rys berguling kejap. HAHAHAHAHA!
All casts from all stories : Sekali kali depa keluar datang ‘melawat’ kau baru tahu. Taip sensorang dalam bilik yang gelap tanpa lampu bertemankan lagu dan cahaya ruang tamu… Huhuhu
Rys : //hempuk sekor-sekor// PI BALIK DUNIA KOME SEMULA!
All casts : Sikit-sikit nak marah //merungut//
Rys : //evil smile//
Maka, semua watak-watak Rys berjaya sampai ke galaksi, planet, bintang dan blablabla dengan jayanya atas hasil usaha Rys. Tepuk sikit. Bangga ni.
Eh dah-dah. Merepek je! Casts TNKP, balik!
Star menekup telinganya. Aurora sempat mengeluarkan pelindungnya selepas menghulur baldi kepada kakaknya. Terima kasih kepada kuasa premonition, dia dapat melihat masa hadapan di mana puteri syaitan itu melalak.
Eh, kalau takde kuasa premonition pun, dia dah dapat jangka perempuan itu akan menjerit. Hmmm…
Star mencebik. “Perempuan ni ada kuasa sonic ke apa?”
Bagai minyak disimbah ke api, makin membara Puteri Kayla. Tidak berfikir apa, dia menghasilkan pedang angin dan dilibas. Star masih belum menyedari serangan itu.
“Argh!” Gadis serba kuning jatuh terduduk. Bahunya dipegang. Darah membuak-buak keluar.
Kayla tersengih sinis. Kedudukannya dibetulkan. Kedua tangan yang memegang pedang dihala ke hadapan. Kaki dibuka dan tanpa membuang masa dia meluru ke arah Star yang sedang disembuhkan oleh Aurora.
Ting!
Sebilah pedang menghalang pedang si syaitan. Dia mengangkat wajah dan terpana melihat wajah itu. Wajahnya bengis, langsung tiada senyuman. Si misteri itu mengangkat tangan, Kayla tercampak jauh.
“Leo…”
Leo tidak berkata apa. Dia mengeluarkan perisai emasnya. Perisai itu melindungi Star, Aurora, Rayyan dan L. lelaki itu mengerling pasangannya sekilas. Seakan-akan faham pandangan lelaki itu, Star mengumpul tenaga dan dia teleport pergi bersama si kembar dan dua putera itu. Aduh, bilalah nak sedar. Penat yang lain lawan, korang sedap-sedap je pengsan?
Mata Leo yang berwarna kuning keemasan itu kelihatan bersinar. Dia memandang Kayla dengan tajam sebelum memandang Rise di sisi. Rise angguk dan berlari pergi.
Leo perasan, pasangannya cedera parah kerana Kayla menggunakan kuasa syaitan ketika menyerang Star dengan pedang angin. Memikirkan itu, dia menjadi marah. Pedang emas dihilangkan dan jarum emas pula muncul.
Pedang emasnya jarang digunakan, begitu juga dengan Rise.
Jarum itu meluru ke arah Kayla yang berusaha mahu bangun. Gadis itu menekup dadanya. Perit. Dia terasa ada sesuatu yang menolaknya tepat pada jantung. Ianya kuat, jadi dia tercampak jauh.
Apabila dia berdiri, membulat matanya melihat jarum emas yang sangat banyak di sekelilingnya. Tidak berfikir apa, gadis itu mengeluarkan pusaran angin sekaligus menerbangkan semua jarum itu.
Leo mendengus geram. Dia mengeluarkan lagi jarum emas. Semakin lama semakin banyak. Langsung tidak berhenti.
Di satu tempat lain, seorang lelaki memandang pertempuran hebat antara seorang puteri pahlawan dan seorang puteri syaitan. Lelaki itu mengeluarkan api berwarna biru terang. Blue flame. Kuasa yang jarang dijumpai.
Di tangan kanan, bebola api berwarna biru. Di tangan kiri, bebola kegelapan yang segelap-gelapnya. Dia melempar bebola itu ke arah dua gadis. Rien tersentak, dia terus teleport ke tempat yang tidak jauh dari medan pertempurannya dengan Syakila.
Syakila juga lincah mengelak. Dia mencari-cari kelibat yang berani masuk campur dalam pertarungannya dengan pahlawan itu.
“Rise?” Rien mendekati lelaki iu. Di tangan lelaki itu ada kuasa api biru dan kegelapan, sah!
“Bawa kawan kau pulang ke istana. Di sana ada Star, Aurora, Rayyan dan L. jangan risau, Dark Knight dan Crya akan datang membantu.” Rise berkata tenang.
White Warrior ‘dianggotai’ Star, Aurora, Rise dan Leo. Crya dan Riane tidak mahu mengganggu merpati sejoli itu. Hmph! Rien dan Violet sudah tentunya The Night Knight Princesses. Hanz dan Hanza masih dalam kumpulan mereka, Light Knight. Pakcik Vlad sudah mati hoho.
“Mana Leo?” Rien bertanya apabila tidak melihat kelibat guardiannya. Malah, Rise juga tidak menyebut nama si guardian singa itu.
“Kayla.”
Rien mengangguk faham. Tahulah dia guardian singa itu sedang bertarung dengan kembar puteri syaitan di hadapan mereka.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Mana Syakila?!
Zzap!
Rien menarik nafas lega apabila dia sempat mengelak serangan mengejut daripada Syakila. Dia tidak risau dengan Rise kerana lelaki itu juga sempat melompat ke tepi.
Rien terkejut melihat banyak raksasa sedang mengelilinginya dan Rise. Jantungnya berdegup kencang.
Raksasa itu menghasilkan air liur yang berwarna hitam. Apabila menyentuh tanah, ia terhakis. Membuntang mata Rien.
“Asid.” Satu patah perkataan daripada Rise yang masih tenang. Tangannya diseluk ke dalam poket kerudungnya.
“Kau tak takut ke?” bisik Rien.
“Kenapa pula aku kena takut?” soal Rise selamba.
Rien tersengih. Tiba-tiba debu berterbangan. Sesuatu muncul di sisi Rien.
“Eh, Leo?” Rien menggaru kepala yang tidak gatal.
“Musuh ponti beranak tu campak aku ke sini. Nasib baik tempat yang betul.” Leo tersengih. Kemudian, dia mengerutkan dahinya. “Hoi, apahal dengan Hanza tu?”
Terus Rise dan Rien menepuk dahi. Lupa, Hanza masih di situ, terbaring tidak sedarkan diri. Satu tubuh muncul di sisi Leo.
Gadis itu tersengih. Tubuh Hanza diangkat dengan menyeru pari-pari kecil. Dia terus teleport pergi. Leo menggeleng melihat telatah pasangannya. Rise dan Rien tergelak.
“Groahhhh!!”
“Ah ya…. Kita masih dikelilingi makhluk ini…” Rise teringat.
Rien menepuk dahi. Bengapnya guardian Violet.
"Eh haahkan? Aku pun lupa…”
Rien terlongo. Sekali lagi dia menepuk dahi. Guardiannya pun dua kali lima.
“Hoi! Berangan apa tu?!” jerkah Syakila dan Kayla apabila musuh-musuh mereka sempat bergelak tawa.
Mengucap si tiga ketul tu. Eh pandai ke mengucap? HAHAHAHA! Jkjkjk!
Syakila dan Kayla pantas mengarahkan makhluk hitam dari Alam Syaitan itu menyerang mereka bertiga sementara sahabat musuh mereka berada di tempat lain.
“EHHHH?” Ya, itu Rien. Tangannya laju sahaja memegang pedang yang tersisip di belakang namun ditahan Rise.
Rise dan Leo tersenyum kecil. Rien terlopong. Di kala ini juga mereka mahu buat tidak endah? Grrr geramnya!
“Hiyyarghhh!!” Satu suara menyentakkan mereka semua.
Cahaya bersinar terang dan kini keadaan bertukar.
To be continued
The table is turning //wink//
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top