TNKP | 66
Kai dan Ryssa yang sedang meninjau kawasan sekeliling pelindung mula berasa sakit di jantung mereka. Semakin lama semakin sakit dan mereka jatuh terduduk.
Sayap hitam mereka terbuka luas dan tanduk mereka kelihatan kerana kesakitan itu. Mereka berpandangan sebelum sayap dikepak menuju ke istana. Dengan cemas mereka menjerit lantang.
"PORTAL ALAM SYAITAN AKAN TERBUKA!!"
Kecoh semua orang apabila terdengar jeritan kuat daripada pasangan itu.
Ahli Dark Knight yang lain tersentak. Begitu juga dengan Hanz, Hanza, Crya, Leo, Rise, Star, Aurora, Rien dan Violet. Err... Panjang sangat, kita gelar mereka... White Warrior? Erm... Okaylah kut. Berbalik kepada situasi...
Dark Knight dan White Warrior terus meluru ke arah dua ahli Dark Knight yang sudah bertukar kepada syaitan dan kini terduduk di halaman istana. Para tentera sudah pun membentuk kumpulan mereka seperti yang diarahkan berdasarkan kumpulan.
Mereka berkumpul di belakang sebuah gunung yang tidak jauh dari belakang istana.
"Kau biar betul?" soal Ray dengan cemas.
"Kau... Kau ingat kami menipu?" Kai marah dalam sakitnya. Dadanya dicengkam kuat, seolah-olah mahu mencampak keluar jantungnya.
Tubuh Ryssa yang terkulai didakap erat oleh kembarnya. Gadis itu menangis-nangis kerana tidak mahu ditinggalkan sendirian.
"Bawa mereka ke istana!" arah Delisya.
Leo menghalang. "Kesakitan ini disebabkan mereka adalah salah satu daripada syaitan. Aku mahu mereka tenangkan diri terlebih dahulu supaya mereka tidak terpengaruh dengan panggilan syaitan, jadi, biar aku dan Rise hantar mereka ke kerajaan kami di Dunia Fantasi ini," katanya panjang lebar.
Semua berpandangan. Kai dan Ryssa sudah pengsan. "Maksud kau... Kerajaan Guardian?" soal mereka.
Leo dan Rise menggeleng. Gelengan itu membuatkan si kembar puteri pahlawan malam tersenyum. Hanya satu yang terlintas iaitu... Secret Kingdom.
"Kami dah tiada masa. Mereka semakin menghampiri." Rise terus menarik Kai dan mendirikannya sementara Leo mencempung tubuh kecil Ryssa. Sebuah portal terbuka dan mereka terus masuk ke dalam, mengendahkan yang lain yang masih tertanya-tanya kecuali si puteri kembar.
"Ke mana mereka pergi?" soal Ryn dengan risau.
"Jangan risau. Mereka akan dibawa ke tempat yang selamat. Aku dan Vio pernah ke sana. Mereka pasti selamat di sana. Sekarang, mari kita ke gunung di belakang. Para tentera sedang menunggu arahan kita semua. Crya, kembali semula ke kerajaan kau dan beri amaran," arah Rien dengan tegas.
Puteri serigala itu mengangguk dan terus bertukar kepada serigala jadian. Dia berlari pantas menuju ke kerajaannya yang agak dekat. Ray menyuruh Delisya dan Ryn ke Alam Syurga bagi memastikan si Dewi Bunga sudah bersedia dengan angkatan tenteranya. Hanz dan Hanza diarah pulang kembali ke Kerajaan Angel.
Kini, hanya Rez, Ray, Star, Aurora, Rien dan Violet sahaja yang tinggal. Dengan perlahan, mereka membuka sayap mereka lalu terbang ke gunung di belakang istana.
Sayap? Ya, Rien dan Violet memiliki sayap yang sangat cantik. Sayap mereka persis sayap angel. Cuma ianya berwarna kuning keemasan dan biru keunguan. Debu-debu magis yang berkilauan terhasil apabila sayap mereka dikepak.
Dari jauh, kelihatan angkatan tentera yang sudah bersedia. Ray pantas memberi arahan kepada pasukan Kumpulan Darat Tiga agar melindungi orang ramai yang tidak terlibat dalam peperangan.
Kumpulan Darat Satu berada di kawasan peperangan manakala Kumpulan Darat Dua menyerang secara sembunyi iaitu dengan menyorokkan diri dan menyerang di sebalik tempat persembunyian.
Kumpulan ini dibentuk kembali. Kumpulan Darat Dua menggunakan tombak, busur, crossbow dan senjata yang boleh menyerang dari jauh. Kumpuan Darat Satu pula dibentuk berdasarkan tentera yang mahir menggunakan senjata yang memerlukan mereka berlawan berhadapan musuh.
Seperti biasa, Kumpulan Magis Satu dipertanggungjawabkan melindungi pelindung kerajaan sementara Kumpulan Magis Dua dan Tiga menyerang dengan sihir atau kuasa.
Tentera udara hanya mengarahkan Kumpulan Udara Satu dan Dua untuk menyerang di udara manakala Kumpulan Udara Tiga akan menjadi tentera bantuan.
Tentera dari Kerajaan Sihir dan Pari-pari pula kebanyakannya akan menyembuhkan para tentera. Tentera Kerajaan Werewolf hanya menjadi tentera yang bakal menyerang secara mengejut. Begitu juga tentera Kerajaan Beasts.
Di sebalik perlawanan itu, tentera laut dianggotai Kerajaan Duyung semestinya. Kerajaan lain juga menghantar tentera, ada yang dijadikan tentera bantuan, ada yang dihantar terus ke medan perang.
"Semua faham peranan masing-masing?!" soal Ray, lantang.
"FAHAM, TUANKU!" Bergema atmosfera dunia itu dengan laungan jeritan para tentera.
Sebuah portal muncul di sisi Star. Gadis itu membiarkan sahaja. Beberapa pemerintah keluar dari portal itu.
"Benarkah syaitan bakal menyerang sekarang?" soal Raja Vampire dengan risau. Tenteranya diarahkan untuk menyerang pada waktu malam, begitu juga tentera werewolf kerana waktu malam waktu yang sangat sesuai memandangkan mereka sangat aktif tika itu.
"Iya." Rez tukang jawab.
"Eh, kenapa ahli kalian sedikit sangat? Setahu saya, hari itu ramai..." Raja Elf mengerutkan dahi. Tenteranya pula bakal dihantar untuk merawat.
"Semuanya ada tugas masing-masing," jawab Ray, dingin. Bahunya ditepuk Rien. Gadis itu menggeleng agar jangan mencari gaduh. Ray mendengus.
Tangannya diangkat paras bahu. Sayap hitam terbuka luas.
Tiba-tiba, langit bertukar gelap. Empat orang yang ke sebuah kerajaan tadi muncul semula.
"Mereka tidak dapat dikawal. Kai dan Ryssa bertindak ganas dan terus teleport ke sini dengan sihir Ryssa," ujar Rise dengan risau.
Kai dan Ryssa meraung kesakitan. Sayap dan tanduk mereka tidak dapat disembunyikan. Peluh menitik ke lantai, penat.
"Dia dah datang..." bisik Ryssa.
"Huh?" Aurora menjongket kening.
"DIA DAH DATANG!" ulangnya kuat.
BOOM!!!
Sebuah portal bersaiz gergasi muncul di langit. Dua makhluk bersayap hitam dan bertanduk merah terbang di udara. Tiara hitam terletak elok di atas kepala.
"HAHAHA!" Tawanya pecah.
Kai menarik Ryssa ke dalam pelukan dan mereka hilang sekali lagi.
Star dan Aurora mulai risai.
"Mereka telah menyertai syaitan?" soal Raja Beast, terkejut.
Leo menggeleng. "Mereka ada di kerajaan aku. Jangan risau."
Yang lain melepaskan keluhan lega. Tidak lama kemudian, Dark Knight dan White Warrior yang lain memunculkan diri.
Hanz dan Hanza menggari Rayyan dan L dengan kuasa cahaya.
"Kami dah bawa mereka."
Ray mengangguk. Dia memandang Aurora. Gadis itu meletakkan jari telunjuknya di dahi dua jejaka itu.
Kedua putera menjerit kesakitan. Ray mengangkat tangannya sekali lagi. "SERANG!" jeritnya lantang apabila tentera syaitan memunculkan diri.
GROAHHHH!!
Ngauman syaitan tidak diendahkan. Para tentera Dunia Fantasi terus menyerbu dan melawan tanpa ketakutan.
"ARGHHH!!"
Ngauman syaitan dan jeritan putera itu bergabung.
Para raja berpandangan. Dark Knight dan White Warrior terus melompat ke dalam medan perang. Kecuali Aurora yang masih memulihkan memori sambil ditemani kembarnya dan para raja.
Perang... Kini bermula.
To be continued
..... Ah I'm dead.
Wait.. Are you guys happy with those four updates this week?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top