TNKP | 65
Dark Knight sekadar memerhati para ahli sihir dan pari-pari mahupun healers melakukan kerja mereka bagi menyembuhkan tentera demon dan bersekutu yang cedera.
Mereka mengarahkan tentera mereka pulang apabila tentera naga dan tentera angel mengundurkan diri. Hal ini kerana menghormati kemangkatan Permaisuri Sandra, mengatur strategi yang baharu serta membaiki kerosakan dan membina semula Kerajaan Naga dek serangan gadis bersayap hitam hari itu.
“Kau rasa bila mereka akan menyerang?” soal Ryn sambil menongkat dagu. Matanya asyik melihat Aurora dan Violet yang bertungkus-lumus menyembuhkan mereka.
“Entahlah.”
“Daripada kita mencongok dekat sini, baik kita pergi tolong yang lain dekat bawah,” bebel Delisya. Dia dengan selambanya menarik penutup kepala pada hoodie yang disarung Ryn dan Ryssa.
Ryn dan Ryssa memuncungkan bibir mereka. Sakit telinga mendengar bebelan Delisya sepanjang perjalanan ke halaman istana. Para tentera berehat di sana kerana lebih mudah. Sambil gadis sihir itu mengheret si kembar, sambil itulah dia membebel.
Ahli Dark Knight lelaki ketawa terbahak-bahak melihat gadis-gadis itu diheret pergi. Tiba-tiba kepala mereka dihempuk dari belakang. Mata mereka mencerlung tajam melihat dua jejaka bergelar Dewa Guardians itu.
“Ikut kitorang.” Leo mengarah dengan nada beku.
“Pergi mana?” soal Rez dengan kerutan di dahi.
“Jumpa tentera kami,” jawab Rise, ringkas. Tangannya dihala ke hadapan seperti yang Leo lakukan.
Ahli lelaki Dark Knight berpandangan. Sebaik sahaja sebuah portal terbuka, mereka melangkah masuk ke dalam tanpa ragu.
Sementara itu, di halaman istana pula, kelihatan para ahli sihir, pari-pari dan healers sedang berkumpul. Delisya, Aurora dan Violet mengetuai kumpulan besar itu.
Mata mereka terpejam rapat. Tangan dihala ke hadapan dan sebuah mantera dibaca oleh pari-pari dan ahli sihir. Para healers hanya fokus sehinggalah cahaya terhasil.
Cahaya itu sangat menyilaukan menyebabkan semua yang ada terpaksa memejam mata. Tiba-tiba para tentera yang cedera termasuklah yang sihat berasa segar serta-merta. Tenaga mereka seolah kembali penuh.
“Uh…” Ada yang pengsan sebaik sahaja melancarkan sihir besar-besaran. Tenaga mereka hampir habis.
Para tentera terus mengangkat mereka dan diletakkan dalam dewan istana yang besar. Di sana sudahpun dihamparkan tilam yang sangat banyak sehingga terbentuknya tilam gergasi.
Manakala Delisya, Ryn, Ryssa, Aurora, Violet dan Ryn dihantar ke bilik masing-masing. Hanz dan Hanza telah kembali ke Kerajaan Angel kerana tidak mahu disyaki Raja Zach, Permaisuri Andria dan Putera Louis. Crya juga kembali ke kerajaannya. Riane sudah pulang bagi mengumpul tenaganya di Istana Ketua Dewi-dewi Elemen.
••••
“Selamat datang ke Kerajaan Guardian.” Leo berkata perlahan.
Ray, Rez dan Kai memandang dengan kagum. Begini rupanya keadaan di dalam kerajaan yang selama ini mereka kehendaki.
“Bukan kerajaan ni di bawah kuasa Kerajaan Naga dan Kerajaan Angel ke? Macam mana korang boleh masuk sesuka hati?” soal Kai, polos.
“Aku tak tahu kau nak kata kau bodoh ke apa. Aku dan Leo ialah Dewa Guardian. Lagipun kekasih kau tu dah ambil semula kerajaan ni daripada mereka sejak dia turunkan sumpahan tu dulu. Kau lupa?” sindir Rise.
“Bila masa pula aku bercinta ni? Dengan siapa?” Kai mengerutkan dahi.
Buk!
“Ryssa tulah!” marah mereka.
“Bila masa aku bercinta dengan monyet tu hah?!” Kai mula mengamuk.
Malangnya, dia diabaikan oleh empat lelaki itu. Kai menahan marahnya.
"… Kerajaan agung ku rampas kini…”
Terngiang-ngiang suara ‘merdu’ gadis itu pabila mengembalikan sumpahan terhadap keturunan itu. Barulah Kai faham, apakah maksud ‘kerajaan agung’ itu.
Tiba di satu kawasan yang lapang, Rise dan Leo membuka telapak tangan mereka. Cahaya berbentuk kunci itu terapung. Ia tersebar ke seluruh kawasan. Tidak lama kemudian, satu lembaga muncul.
Semakin lama semakin banyak makhluk memunculkan diri. Mata Ray, Rez dan Kai membulat.
“Inilah semua guardians yang ada. Daripada guardian beasts sehinggalah half guardian(?).” Rise tersenyum kecil.
Ray memandang ketua guardian itu. Dia dapat melihat mata si ketua membulat.
‘Kau lagi?!'
“Hai si ketua…” Ray tersenyum sinis.
Si ketua mengeluh berat. ‘Aku bukan lagi ketua. Aku sudah berusia puluhan ribu tahun.'
“Habis itu siapa ketua sekarang?” soal Rez. Dia membuka sayap hitamnya dan terbang di udara bagi melihat keadaan persekitaran.
Rise dan Leo menepuk dahi.
‘Dewa Guardian kan ada. Buat apa kami perlu ketua lain…’ jawab semua guardians.
Ray dan Kai merenung tajam mata Leo dan Rise.
“Sejak bila kau naik takhta, hah?” soal Ray dengan geram.
BOOOM!!
Sebuah bebola api berwarna biru selamat mendarat mengenai dua lelaki itu termasuklah seketul lagi yang sedang terbang.
“KAMI BAWA KORANG KE SINI BUKAN UNTUK MEREPEK!”
Kasihan….
••••
Dalam kepekatan malam, kelihatan seorang gadis menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik dengan senyuman sinis. Dia memakai sehelai gaun berwarna hitam paras lutut yang dipadankan dengan sepasang kasut tumit tinggi.
Setiap langkahnya menghasilkan bunyi berdetak. Dia menghampiri sebuah bekas kaca. Tangannya menari-nari di atas bekas kaca dan perlahan-lahan, dia membuka bekas itu dengan penuh elegan.
“Kau boleh cepat sikit tak?” marah seorang lagi gadis yang memakai pakaian serba ungu.
“Sabarlah, Kayla. Benda ni sangat diperlukan oleh kita untuk masuk ke dalam Kerajaan Diamond nanti,” katanya sambil membelek permata berwarna biru itu.
Mereka kini berada di Kerajaan Pari-pari untuk mencuri sebutir permata yang sangat berharga. Mereka langsung tidak sedar yang pihak lawan sudahpun masuk ke dalam kerajaan itu terlebih dahulu. Malahan, puteri yang sebelumnya sudah kembali untuk memerintah dan menjaga kerajaan itu.
Untuk masuk ke dalam kerajaan itu, mereka memerlukan seseorang yang berdarah puteri pahlawan malam ataupun mengumpul permata dari semua kerajaan. Sebab itulah Leo dan Rise mampu masuk ke dalam bagi menjalankan latihan dahulu.
Tap… Tap…
“Ada orang datang!” Pantas dua gadis itu melarikan diri melalui balkoni.
BAM!
“Huh…” Raja Pari-pari melihat kotak kaca yang sudah kosong itu. Dia menggelengkan kepala. “Sia-sia sahaja usaha kalian. Sekalipun tuan puteri dan tuan putera tiada di istana Kerajaan Diamond, kalian tetap memerlukan permata dari Kerajaan Demon yang sudah semestinya tidak dapat kalian cerobohi.” Dia melangkah pergi.
Dia terus kembali ke kamarnya dan melihat permaisurinya yang sedang beradu. Sebuah bekas kaca di sisi katilnya dipandang sekilas sebelum dia membaringkan diri di sisi kesayangannya.
Perlahan-lahan, dia kembali semula ke alam mimpi. Dia tahu bahawa dua gadis itu akan ke kerajaannya malam ini berdasarkan laporan pemerintah kerajaan berdekatan.
Dan tanpa dia sedari, bekas kaca berisikan permata yang sebenar itu bercahaya terang.
••••
Keadaan menjadi sangat riuh apabila semua berkumpul. Bilik mesyuarat itu bising dengan suara Dark Knight, Leo, Rise, Star, Aurora, Rien dan Violet. Lebih-lebih lagi apabila Crya, Hanz dan Hanza sudah tiba.
“Mana Riane?” soal Star apabila tidak melihat si Dewi Bunga tiada di situ.
“Aku ada lawat dia tadi di istana ketua dewi-dewi elemen. Dia sedang berehat dengan riang-ria. Dewi-dewi nakal kacau pun dia tak endah. Katanya bahagia sebab bukan selalu dapat tinggal di sana. Dia dapat rehat di sana pun sebab pujukan kita, para dewa dan dewi…” rungut Ryn. Dia sempat menyuruh dewi-dewi yang nakal untuk menganggu rehat si Riane. Sebaik sahaja sedarkan diri, dia mengajak si kembar Ryn dan Ryssa ke Alam Syurga.
Biarpun mereka bertugas di Alam Roh dan Alam Neraka, tetapi mereka tidak dilarang ke Alam Syurga. Mereka jarang ke sana kerana rasanya tiada apa yang perlu dilakukan di sana.
Sempat mereka bertiga bersiar-siar di istana itu dengan Dewi Izù, Dewi Qiza dan Dewi Crystal sebagai penunjuk arah.
“Sudahlah! Sekarang ini aku nak kalian keluarkan senjata kalian,” arah Ray dengan tegas.
Semua berpandangan. Masing-masing memunculkan senjata mereka.
Ray memiliki pedang kegelapan, Rez pedang bayang manakala Kai pula sabit berapi hitam. Senjata mereka bertiga berwarna hitam, hanya corak dan warna pada ukiran sahaja berbeza. Pedang Ray bercorak naga dan dihiasi warna ungu. Hujung bilah pedang itu berwarna ungu gelap. Pada hulunya terdapat beberapa butir permata. Rez pula mempunyai pedang bertulisan purba dan mempunyai warna biru langit sementara sabit Kai bercorak api dan mempunyai warna jingga sedikit.
Tulisan purba pada pedang Rez bukan tulisan biasa sahaja, ianya mampu mengembalikan seseorang yang terkena bilah pedang ke masa silam malah mampu menyerap tenaga. Sabit Kai boleh menghasilkan ilusi dan kuasa api menyamai sebuah bukit.
Delisya memiliki busur berwarna hitam keunguan dan mempunyai garisan halus. Anak panahnya akan muncul apabila Delisya menarik tali busur. Bunyi-bunyian juga akan terhasil sehingga mampu melalaikan ataupun merosakkan pemikiran seseorang.
Ryn pula memegang seutas tali berduri yang mempunyai corak api pada pemegang tali itu. Corak apinya berwarna kuning, jingga dan merah. Ukiran corak itu sangat halus dan menawan. Tali itu mampu mengeluarkan kuasa api dan ianya juga disalut racun.
Pedang Ryssa adalah hasil gabungan antara ais dan halilintar. Pedang itu berwarna biru dan merah. Ianya berkilat. Hulu pedangnya berwana biru, bilahnya berwarna merah. Antara hulu dan bilah pedang itu pula gabungan kedua warna itu. Ukirannya sangat cantik dan halus. Pedang itu bercorakkan sayap.
Crya memiliki dua bilah pedang yang mana hulunya diperbuat daripada permata dan bilahnya ditempa dengan besi dan perak berkualiti tinggi. Setiap kali dia menghayun pedangnya, kristal akan terhasil dan menyerang pihak lawan. Pedangnya berwarna kelabu dan putih. Corak serigala kelihatan pada hulu pedang.
Pasangan kembar Hanz dan Hanza memiliki pedang dan busur. Pedang Hanz dan busur Hanza berwarna putih dan kuning terang. Ianya terhasil dengan gabungan kuasa teleport dan cahaya. Serangan daripada mereka bukanlah satu sahaja sebaliknya berganda dan akan muncul di mana-mana sahaja.
Senjata milik Rien dan Star hampir sama iaitu pedang dan katana. Senjata mereka lebih ringan berbanding pedang dan katana biasa, namun mampu menerbangkan sepuluh orang sekali hayun. Dengan corak permata serta mahkota pada pedang Rien dan sayap pari-pari pada katana milik Star, ianya menunjukkan status mereka. Bilahnya berkilat dan bercahaya. Hulu senjata pula berwarna kuning keemasan. Kuasa mereka dapat digunakan ke atas pedang dan katana seperti senjata milik yang lain.
Violet lebih selesa menggunakan busur berwarna biru keunguan miliknya manakala Aurora suka dengan crossbow yang baru sahaja dia munculkan. Senjata yang berwarna sama itu dihiasi permata kecil yang berkilau pada pemegangnya. Anak panah mereka turut memiliki corak yang sama seperti pada hulu pedang Rien dan Star iaitu mahkota serta permata dan sayap pari-pari. Seperti senjata milik Delisya, anak panah akan muncul apabila mereka mahu menggunakan senjata.
Leo dan Rise sekadar memandang mereka tanpa senyuman. Mereka tidak memerlukan senjata. Mungkin? Sementara itu, Riane yang sedang berehat di istana ketua dewi elemen bermain-main dengan senjata barunya yang berbentuk daun. Bentuknya seperti senjata daun milik Boboiboy Daun, juga persis shuriken.
Senjatanya mampu muncul seperti teleport dan akan berganda jika dia mahu. Dalam diam, Riane tersenyum.
Berbalik kepada mereka di Kerajaan Demon…
“Waaa! Cemburunya aku tengok senjata korang!” Mata Aurora seperti bersinar-sinar melihat semua senjata.
Delisya, Hanza dan Violet membelek-belek crossbow milik gadis pari-pari itu.
“Aku tak sangka kau minat crossbow,” tegur Star. Tangannya lincah bermain-main dengan katananya yang sangat tajam.
“Dan aku tak sangka kakak kembar aku minat katana,” sindir Aurora semula.
Leo dan Rise terus merampas katana dan crossbow pasangan mereka. Delisya, Hanza dan Violet menghantar renungan maut kepada Rise dan kepala Leo dihempuk kuat oleh Star.
Dark Knight menggeleng.
“Pergilah buat senjata sendiri!” marah mereka berlima.
“Leo dan Rise kan tak suka berlagak,” sampuk satu suara. Wajahnya jelas menyampah.
“Diamlah kau!” marah dua jejaka itu terhadap Rien.
“Eh dah dah…” Ryn pantas menghalang sebelum tercetusnya pergaduhan.
“Sekarang ni, apa kata kita cuba bertukar senjata?” cadang Ryssa. Dia menggaru pipinya apabila semua memandangnya seperti mahu menelannya.
“TAK BOLEH!”
“Erk?”
“Penat-penat reka cipta senjata, nak main tukar-tukar? Memang taklah!” rungut Crya.
Semua bersetuju. Ryssa pasrah apabila cadangannya ditolak mentah-mentah. Leo dan Rise menepuk kepalanya perlahan tanda “Bertabahlah..” Selepas itu….
“LEO! RISE! PULANGKAN BALIK!!” Dua suara bergabung. Star dan Aurora mengejar dua jejaka yang melarikan senjata mereka.
“Memang padan pun jadi pasangan,” bisik Rien perlahan tetapi mampu didengari yang lain.
Semua tergelak kecil.
To be continued
Rys dah takde idea so Rys describe senjata diorang based on my imagination hehe. Maka chapter ini pun jadi panjang.. Yet, I don't have the pictures as those things are my imaginations only lol. I wish I have those things hiks.
Nah, I should start the war lah. See ya in the war, dude! I don’t wanna make TNKP too long. I’m gonna give ya a big war in next chap. Love ya!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top