TNKP | 64
“Beta kembali.”
Kaku. Suasana sepi.
“Bangkitlah wahai penjaga kerajaanku. Angkatlah wajahmu, menghadap pemerintahmu.” Si dia bersuara. Dia berjalan ke arah takhta yang diduduki dua gadis. Matanya melirik kepada ahli Dark Knight.
Rien dan Violet cepat-cepat berdiri di sisi Leo dan Rise. Wanita tadi duduk di takhta Rien dan lelaki di sisinya pula melabuhkan punggung di takhta Violet.
“Tuanku Puteri Alexa.” Rien membuka mulut, memecah kesunyian.
“Ya, anakandaku?”
Violet terduduk. Air matanya mengalir perlahan. Rise memandang sepi. Tidak tahu mahu buat apa.
Lelaki yang duduk di takhta gadis itu menarik Violet lalu memeluknya. Rien dan wanita tadi mendekati mereka berdua.
“Kami kembali. Bonda dan ayahanda sudah pulang, permataku…” Puteri Alexa tersenyum manis. Dahi Rien dan Violet dikucup penuh kasih sayang.
Sementara itu, yang lain masih kaku, tidak percaya.
Pasangan yang hilang kini kembali?
Hampir lima minit berpelukan, barulah Puteri Alexa melepaskan pelukan. Dia dan suaminya kembali duduk di kerusi takhta.
“Pasti kalian tidak menjangkakan kepulangan beta, bukan?”
Sepi.
Putera Zeilian ketawa kecil. Dia memetik jarinya. Beberapa buah kerusi dan meja muncul. Terus semua yang berdiri terduduk di atas kerusi itu. Mereka memandang Putera Zeilian.
"Itu adalah salah satu kuasa beta iaitu ilusi,” jelasnya apabila melihat kekeliruan pada wajah mereka. Anakandanya dan juga guardians mereka juga terduduk di sisi kerusi takhta.
“Beta tahu kalian bakal menghadapi peperangan.”
Ray sebagai wakil mengangguk.
“Boleh terangkan apa rancangan kamu?” soal Puteri Alexa.
Ray sekadar mengangguk. Dia berdiri. Kali ini, beberapa hidangan makanan dan minuman muncul di atas meja. Tak lain tak bukan, kerja si Putera Zeilian, si putera kelahiran Kerajaan Werewolf.
Ray menerangkan tentang rancangannya bagi menentang puak syaitan itu nanti. Habis menerangkan, Puteri alexa membenarkannya duduk.
“Tuanku tidak menyertai peperangan ini?” soal Rez.
“Tidak. Beta dan kembar beta, Puteri Diandra merupakan titik permulaan bagi peperangan dan anakanda kami akan menjadi pengakhirannya,” jelas Puteri Alexa.
“Jadi, kami memerlukan pengorbanan Puteri Rien dan Puteri Violet?” soal Hanza dengan berhati-hati. Dia memanggil Rien dan Violet dengan gelaran puteri kerana status mereka.
“Ah… Tidak semestinya. Rien dan Violet hanya melawan sang syaitan, bukan mengorbankan diri mereka.” Puteri Alexa ketawa kecil. “Maaf, maaf. Kami lupa mahu perkenalkan diri.” Puteri Alexa tersenyum menawan.
“Nama beta ialah Alexa dari Kerajaan Diamond. Beta merupakan puteri pahlawan malam yang ke-99 dan digelar sebagai permulaan cabaran kalian.”
“Nama beta pula ialah Zeilian Zendryes. Beta dari Kerajaan Werewolf. Beta ialah suami kepada Alexa.” Putera Zeilian tersenyum. “Qrienshes Relveyn dan Violet adalah permata kesayangan kami yang dihantar ke bumi dan dibesarkan di sana demi keselamatan mereka.”
Crya mengangkat tangannya. “Jadi… Tuanku ialah ayah saudara saya?”
Putera Zeilian ketawa. “Tidak.”
Semua mengerutkan dahi.
“Beta ialah putera Kerajaan Werewolf. Sepatutnya beta naik takhta dan menjadi raja Kerajaan Werewolf tetapi disebabkan beta berkahwin dengan Alexa, beta mengikutnya memerintah Kerajaan Diamond. Beta ialah anak tunggal, maka takhta diserahkan kepada Geoxans yang merupakan waris terdekat takhta Kerajaan Werewolf,” jelasnya panjang lebar.
“Jadi, ke manakah tuanku menghilang selama ini?” Raja Duyung yang bertukar menjadi manusia menyoal. Dia menggelarkan Putera Zeilian sebagai tuanku kerana pangkat Putera Zelian lebih tinggi berbanding mereka semua.
“Beta membawa Alexa, Rien dan Violet ke bumi untuk menyembunyikan diri daripada makhluk yang menyerang kita semua. Kehidupan kami di sana baik-baik sahaja. Hanya kerana satu serangan pemburu dalam hutan, beta membawa Alexa ke sebuah dimensi lain dan tinggal di sana. Rien dan Violet terpaksa ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu.” Putera Zeilian melepaskan keluhan berat.
Puteri Alexa memandang Rien dan Violet. Wajah Rien sangat seiras dengannya manakala Violet benar-benar persis Diandra. Mereka berdua langsung tidak mewarisi sifat fizikal suaminya, tetapi mereka mewarisi sikap Putera Zeilian.
Dalam diam, Alexa tersenyum kecil. ‘Aku rindu kau, Diandra…’
“Ah ya… Kalau kalian di sini dan sudah membincangkan tentang rancangan kalian, bagaimana dengan tentera kalian? Jangan pandang rendah terhadap puak naga dan puak angel. Kebolehan mereka sehingga mampu memusnahkan satu armada kalua mereka mahu.” Puteri Alexa mengingatkan.
Ternganga semua yang ada di situ. Terus Raja Kerajaan Sihir (Witch and Wizard) membuka sebuah portal yang besar.
“Masuk sahaja ke dalam. Portal ini akan bawa kalian ke tempat kalian mahu selagi tidak merentas dimensi!” pesannya sebelum menghilang pergi ke dalam portal itu.
Para pemerintah dan wakil berlari masuk ke dalam dan menghilang pergi. Ryn memegang tangan Rez dan teleport pergi. Delisya menggunakan kuasa sihirnya dan turut membawa Ray pergi selepas membuka portal. Begitu juga dengan Ryssa dan Kai.
Sempat Ryssa dan Delisya merungut kerana asyik mereka sahaja yang perlu membuka portal. Padah kerana tiga ahli Dark Knight tidak belajar sihir!
Hanz dan Hanza sudah pergi dengan kuasa teleport mereka. Rien dan Violet sempat memeluk dan mengucup pipi bonda dan ayahanda mereka sebelum ke Kerajaan Demon dengan kuasa milik Rien.
Aurora dibawa pergi oleh Star menggunakan kuasa teleport Star. Rise dan Leo berpandangan sebelum membuka portal. Para guardians yang ada turut menghilang, mahu menjaga Kerajaan Diamond.
Ruangan takhta akhirnya kosong. Puteri Alexa dan Putera Zeilian ketawa kerana terhibur dengan gelagat mereka.
••••
L memerhati sahabatnya yang cedera agak parah itu.
“Kau kenapa ni?” soal L dengan perlahan. Kembar itu langsung tidak dapat ditemui.
“Semasa aku berlawan dengan Ray… Rien datang…”
L mengerutkan dahi. “Jadi?”
“Rien selamatkan lelaki tu. Aku…. Aku tiba-tiba rebah dekat situ juga. Jantung aku bagaikan disiat-siat dan ditikam bertubi-tubi. Aku takt ahu kenapa… Bila dia tinggalkan aku macam tu je… Aku rasa sakit sangat..” Rayyan memegang dadanya. Dia masih ingat akan rasa itu.
Klak…
Mereka memandang pintu bilik yang terbuka. Pasangan kembar Syakila dan Kayla muncul di situ.
“Hai…” Mereka tersenyum hambar.
“Kenapa ni?” soal L kepada Syakila dengan senyuman. Tangan gadis itu dipaut.
“Saya…. Saya…” Syakila memejam erat matanya. Butiran mutiara jernih mengalr perlahan.
“Syakila?” panggil L lagi.
Gadis itu hanya menggeleng. Kayla memandang Rayyan yang memandangnya pelik.
“Ma… Maaf, Rayyan… Bonda awak telah mati dibunuh,” katanya lalu menangis teresak-esak. “Saya tak sanggup mahu beritahu awak kerana awak sedang sakit… Tapi saya tahu, makin lama kami sorok bend ani, makin sedih awak nanti…”
Rayyan terpana. Tubuhnya kaku. “A…. Apa?”
“Saya ternampak bonda awak dibunuh oleh gadis yang menyumpah awak dan L dahulu. Dia langsung tidak berbelas kasihan. Sudah berkali-kali bonda awak merayu-rayu, dia langsung tidak ambil kisah. Dia… Dia…” Kayla menangis teruk.
“DIA APA?!” tengking Rayyan, menahan geram.
“Dia pancung bonda awak dan sepak badan bonda awak. Lepas itu, dia terus terbang pergi…” Tangisan Kayla semakin kuat.
Rayyan menarik tubuh Kayla ke dalam pelukannya. Bahunya basah dek tangisan Kayla. Tangannya mengepal penumbuk.
“Tak guna kau….”
••••
“Weh budak kecik!” panggil Kai.
Ryssa mendengus geram. “Apa, badak?”
Kai menjelingnya. “Aku dengar kau bunuh si Permaisuri Naga, Permaisuri Sandra… Kau buru dia sebab dia cuba bunuh aku? Awww sweetnya kau!” Kai berpura-pura terharu.
“Kau kalau tak perasan dalam sehari memang tak sah eh? Aku buru dia sebab—“ Kata-kata gadis itu dipotong.
"—sebab dia cederakan kekasih kau kan?” Satu suara menyampuk lalu ketawa terbahak-bahak.
Kelihatan empat orang ahli lain Dark Knight di belakang mereka. Kai, Rez dan Ray ketawa besar manakala Ryn dan Delisya tersenyum-senyum.
“Adik aku dah besar dah…” Ryn buat-buat sedih sebelum ketawa. Leher adik kembarnya dipaut.
Buk!
Wajah Ryssa masam sahaja.
“Okay dah dah… Hah, Ryssa. Ceritalah apa jadi masa kau nak bunuh minah Sandra berpasir tu…” usik Delisya pula.
Makin masamlah wajah gadis itu.
“Okay okay gurau. Hah… Ceritalah.” Ryn tersenyum sinis.
“Alkisahnya….”
Flashback
Matanya tajam memerhati kawasan sekliling. Di tangannya terdapat sebilah sabit yang sangat tajam.
Sayap hitamnya yang lebar dikepak apabila dia terlihat seseorang yang terhendap-hendap. Dia terbang tinggi di langit. Tangan kanannya dihala ke hadapan.
Sebilah pedang halilitar muncul. Pedang bervoltan sangat tinggi itu dibaling ke atas. Semakin banyak pedang halilintar muncul dan jatuh ke tanah. Hujan halilintar yang terbentuk itu menyebabkan naga-naga di sekitar terbang pergi.
Bebola berwarna merah gelap dan berkilat terapung di hadapannya. Sabit itu terapung di sisi gadis bersayap hitam itu. Tangan disilang ke dada dan semakin banyak bebola halilintar terhasil.
Hujan pedang halilintar dan hujan bola halilintar mendatangkan rasa gerun. Kilat sambar-menyambar. Di bahagian barat Kerajaan Naga, salji turun dengan lebatnya.
Gadis itu mengambil semula sabitnya dan sayap lebarnya dibuka luas. Semua yang melihat berasa takut. Dia menjunam ke bawah dan terus menghala sabitnya ke bawah. Halilintar menyambar hutan-hutan di kerajaan itu.
Matanya berubah warna. Mata kirinya berwana biru manakala mata kanannya berwana merah. Beberapa suara mengerang dan mengaum kedengaran.
Kerajaan Naga menghadapi ancaman mengejut. Makhluk hitam yang muncul terpaksa dihapuskan dengan bilangan naga yang sedikit. Kebanyakan tentera naga telah dikerah ke Kerajaan Demon.
Mata gadis itu meliar mencari kelibat tadi.
“Jumpa.”
Seorang wanita berasa terkejut melihat seorang gadis bersayap hitam dan mempunyai tanduk kecil di kepalanya terbang megah di hadapannya.
Sabit di tangan gadis itu dilibas sehingga mengenai tubuh wanita itu. Wanita itu sempat mengelak tetapi lengannya luka teruk.
Wanita itu mengeluarkan pedangnya. “Apa yang kau mahu?”
“Kenapa kau serang dia?!” Suara memetir. Halilintar menyambar pokok di belakang si gadis.
Wanita itu menapak ke belakang. Dia tersadung sebiji batu dan terjatuh. Apabila dia memandang ke hadapan, kilatan sabit sudah berada di lehernya.
“Kau layak mati.”
“KAU DAN PUAK KAU YANG PATUT MATI!” Wanita itu menjerkah kuat. Tangan gadis itu disepak dan sabit itu tercampak jauh.
Wanita itu membuka kekuda dan terus menyerang gadis bersayap hitam itu.
“Kau bukanlah seorang pemain pedang tetapi berlagak mahu menggunakan pedang. Dasar bodoh!”
Wanita itu berdecit. Tangannya ditetak secara mengejut oleh gadis itu. Pedangnya juga tercampak jauh.
Tangannya dihayun ke hadapan dan sebatang tongkat sakti muncul. Sihir angina dihantar kepada gadis itu.
Gadis itu tergelak sinis. Dia memetik jari. Makhluk hitam muncul dan mengepung wanita itu. “Aku juga tahu sihir.”
Wanita tadi menghasilkan golem tanah dan golem-golem itu menyerang makhluk hitam itu. Dia pula berlari ke hadapan dan menghasilkan bebola api lalu dicampak ke arah gadis bersayap hitam.
“BEBOLA API, BERTUBI-TUBI!!!”
Gadis itu menghasilkan bebola ais dan dibaling ke arah bertentangan. Kedua-dua bebola bertembung dan menghasilkan letupan.
Apabila asap itu menghilang, wanita tadi tersentak apabila dikelilingi puluhan bebola halilintar. Tangan gadis itu dihala ke hadapan dan bebola itu terus menyambar wanita itu.
Baru sahaja dia mahu mengelak, seutas tali yang diperbuat daripada air mengikatnya. Dia juga dikurung dalam kurungan air dan bebola halilintar terus menyambarnya.
Dia mengerang kesakitan.
Sebilah pedang dimunculkan. Pedang itu kelihatan sangat cantik kerana ianya hasil gabungan antara ais dan halilintar. Pedang itu berwarna biru dan merah. Ianya berkilat.
Hulu pedangnya berwana biru, bilahnya berwarna merah. Antara hulu dan bilah pedang itu pula gabungan kedua warna itu. Ukirannya sangat cantik dan halus.
Pedang itu diletakkan di leher wanita itu.
Wanita itu membuka matanya perlahan-lahan.
“Huh.. Pembunuh yang hina!”
Gadis itu langsung tidak peduli. Pedangnya diangkat dan dia terus menghayun laju pedang itu. Kepala Permaisuri Sandra terpisah daripada badannya. Mayat itu dipandang sepi. Dia membuka sayap hitamnya dan terbang pergi.
Kerajaan Naga hampir musnah dikerjakan makhluk hitam seruan si gadis. Akhirnya, Kerajaan Naga tumpas di tangan gadis bersayap hitam.
End of the flashback
“Fuh.. Seram juga kau mengamuk…” Rez menggeleng.
“Tapi…. Aku tak pernah diajar dan mengajar pasal sihir seru makhluk hitam. Aku tak perah jumpa pun sihir itu,” sampuk Delisya dengan ragu-ragu.
Kai memandang Ryssa, lama. “Itu bukan sihir…”
“Hah?” Semua memandangnya.
“Itu kuasa baru.” Kai menatap tajam anak mata Ryssa yang berwarna merah dan biru berkilat itu.
••••
Di sebuah dunia….
“Yang mulia tuanku puteri….”
Dia memandang angkuh ke hadapan. Pengawal syaitan itu dipandang sombong. Dia dan adik kembarnya telah kembali ke Alam Syaitan.
“Apa?”
“Komander Adudu dan Komander Probe tiada di dalam kamar mereka..” lapor pengawal itu.
“Huh?”
“Selepas menyelongkar bilik milik Komander Adudu, kami menemui segulung kertas mengenai rancangan untuk menyerang Dunia Elemen.”
Syakila mengangguk faham. Dia meneliti gulungan kertas itu.
“Komander Probe pula telah membawa satu per tiga tentera kita ke Dunia Elemen untuk menyerang dunia itu. Komander Adudu telah menggunakan portal yang sering digunakan tuanku berdua untuk ke Dunia Fantasi bagi kegunaan mereka ke Dunia Elemen,” lapornya lagi.
Syakila menggenggam tangannya. Dia mengetap gigi. “Selepas kita tawan Dunia Fantasi, kita akan ke Dunia Elemen untuk takluk dunia itu. Kedua komander yang membelot akan dihukum!”
“Baik, tuanku!”
“Sekarang, arahkan tentera kita unuk bersedia.”
Pengawal itu mengangguk faham.
“Keluar!”
Sempat pengawal itu menunduk hormat sebelum meninggalkan ruangan takhta itu.
To be continued
KENAPA ADUDU DAN PROBE ADA DALAM NI?!
Nantikan; Rise of The Elemental Kingdom!
Rys sebenarnya taip sambil tengok Boboiboy Galaxy Season 1 HAHAHAH! Sebab tu terbayang aksi Boboiboy Halilintar hohoho
Rys sambung chapter 63 dan siapkan chapter 64 hari Khamis. Ingatkan hari Khamis ni hari Jumaat. Punyalah struggle siapkan, rupanya hari Khamis. Adeh!
Teruja sangat agaknya nak tunggu animasi Papa & Pipi hari Jumaat ni HAHAHAHA!
Siapa dah tengok BBBM2 dekat astro first? Hmmmm....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top