TNKP | 63

  Seorang gadis berjalan tanpa memandang kiri kanan. Dengan yakinnya, dia melangkah masuk ke dalam sebuah hutan. Semakin lama, semakin gelap keadaan hutan tersebut.

  Dia tersenyum apabila melihat sebatang pokok dari jauh. Pokok itu sangat besar dan tampak seperti berusia ratusan tahun. Dengan pantas dia berlari ke arah pokok itu.

  Di sana, dia langsung tidak terkejut melihat sebuah rumah. Sebuah kebun turut berada di situ. Ianya seperti diduduki orang, langsung tidak kelihatan usang atau terbiar. Dengan perlahan, gadis itu menghampiri rumah itu.

  Dia terjatuh ke belakang sebaik sahaja melangkah ke hadapan. Dengan hairan, dia menyentuh kembali sesuatu di hadapannya.

  Sebuah kubah berbentuk hemisfera terbentuk dan menghasilkan gelombang yang membuatkan gadis itu tercampak sekali lagi.

  Gadis itu bangun. Dia menggenggam tangannya dan membaca mantera. Dengan senang hati dia berjalan masuk ke dalam pelindung itu. Rupanya sudah berubah seperti seseorang.

  Seseorang bergelar Tuan Puteri Alexa.

  Pintu ditolak dengan berhati-hati. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia langsung tidak dapat menafikan kekagumannya terhadap dekorasi rumah itu.

  Biarpun terletak di dalam hutan, ia langsung tidak menjejaskan dekorasi rumah itu. Gadis itu mula meneroka rumah itu.

  Terdapat sebuah bilik mandi, dua buah bilik, sebuah dapur yang luas dan ruang tamu yang juga luas.

  Tiba di sebuah bilik yang dirasakan bilik utama, dia terlihat sebuah kotak yang sangat cantik. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu.

  Gadis itu tidak terkejut apabila melihat sebuah bebola cahaya keluar dari kotak itu. Dengan tenang, dia menyentuh bebola itu.

••••

  "Kamu sudah tiba..." Satu suara menyapa.

  Gadis itu membuka matanya. Dia terperanjat apabila seseorang persis dirinya sekarang ini berdiri di hadapannya dengan senyuman.

  "Kamu sudah besar... Anakandaku.." Wanita itu tersenyum ceria.

  "Bon... Bonda?" Terketar-ketar dia menyebut.

  "Iya, sayang. Permataku, Puteri Qrienshes Relveyn.." Wanita itu mengusap lembut rambut anak gadisnya.

  Air mata Rien bertakung. Dia memeluk bondanya, Puteri Alexa, sekuat hati. Dia menangis di situ.

  "Rien..." Alexa tersenyum lembut.

  "Bonda!' Semakin kuat tangisan Rien.

  Lelaki di sebelah Alexa tergelak kecil. Dia terus menarik tubuh dua perempuan itu ke dalam pelukannya.

  "Anak ayahanda sangat cantik. Kamu seperti bonda kamu suatu ketika dahulu." Lelaki itu tersenyum.

  "Ayahanda.." Rien mendakap erat tubuh bonda dan ayahandanya. Setelah beberapa ketika, tangisannya berkurangan.

  "Mana puteri kami yang seorang lagi? Mustahil kamu masih belum jumpa.." Alexa berkata dengan nada risau.

  "Violet ada di Dunia Fantasi. Rien ke sini seorang diri bagi menyiasat perkara ini," jawabnya pantas.

  Alexa dan Zeilian mengangguk perlahan.

  "Err... Rien di mana ni?" Rien tersengih.

  "Rien ada di dalam bebola cahaya itu. Kami pula hanyalah roh."

  Rien terkejut. "Bonda dan ayahanda sudah mati?!"

  Alexa dan Zeilian tersenyum kecil. Alexa membelai rambut anak gadisnya.

  "Itu tidak penting. Sekarang ini, bonda mahu kamu—"

••••

  Rien mengesat air matanya. Bebola cahaya itu dipegang. Ia hilang ke dalam tubuh gadis itu. Dia membuka portal semula ke Dunia Fantasi.

  Sebaik sahaja dia tiba di sana, dia semakin terkejut melihat Rayyan sedang bertarung dengan Ray. Lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati. Walaupun tanpa sayap, lelaki naga itu tetap bersungguh-sungguh mahu menumpaskan Ray.

  Membulat mata Rien apabila Rayyan menikam Ray apabila lelaki itu leka mempertahankan diri daripada serangan tentera lawan. Ray tidak dapat menggunakan kuasanya kerana dia semakin lemah.

  Rien terus berlari ke arah Ray. Terus tubuh itu didakap erat. Rayyan yang tergamam diabaikan. Wajah Ray ditepuk-tepuk.

  "Bodoh, Ray! Aku nak jawab apa nanti?!" tengking Rien.  Tangannya mengeluarkan satu cahaya. Disebabkan dia tiada ilmu perubatan dan kuasa berkaitan perubatan, Rien meneleport lelaki itu ke istana. Dia tahu di sana ada Violet, dia sempat telepati gadis itu ketika di bumi tadi.

  "Ah! Aku terlupa peredaran masa di dunia ini dan di bumi berbeza! Aku terlalu lama di sana!" Rien menumbuk tanah.

  Buk!

  Satu tubuh rebah di hadapan gadis itu. Jejaka itu memegang dadanya yang terasa sangat sakit bagaikan ditikam. Sayapnya juga seperti dirobek dan dipisahkan daripada tubuh.

  "Sayapnya patah menunggu pemilik hati..."

  "ARGHHHH!!"

  Rien memandang sepi lelaki itu. Dia hanya memandang. Dan memandang. Sebelum berlalu pergi tanpa menolehkan kepalanya.

  Air mata menitis di atas tanah. Sumpahan Ryssa kembali. Dia langsung tidak dapat mendekati gadis bernama Rien.

  "Cinta yang buta memakan diri. Kerajaan musnah tiada pengganti. Sayapnya patah menunggu pemilik hati. Maaf dipinta tiada lagi yang mengasihani. Sumpahan dahulu kini kembali. Kerajaan agung ku rampas kini. Bantuan dicari tiada pemberi. Kehidupannya sehina kehidupan syaitan yang dicaci. Ku turunkan sumpahan ini sehingga mati!" Ryssa mengungkap lafaz dengan aura kegelapan mengelilingi dirinya.

  Di saat itu, hanya Kerajaan Naga dan Kerajaan Angel sahaja yang bertungkus lumus menentang Kerajaan Demon. Hal ini kerana Crya sudah berjaya menyedarkan pemerintah kerajaan lain. Mereka mengundurkan tentera mereka secara senyap-senyap dan dibawa ke sebuah kerajaan.

  Di sana, Dark Knight menunggu dengan penuh sabar.

  Permaisuri Naga sudah mati dibunuh Ryssa. Gadis itu langsung tidak memberi belas kasihan. Terus dipancung kepala wanita itu. Biarpun wanita itu tergolong dalam kalangan Light Knight generasi ke-99, gadis itu tetap tidak ambil peduli.

  Ray pula dibawa ke sana dengan bantuan Delisya. Rez dan Ryn sudah kembali. Mereka terus ke tempat itu sebaik sahaja menerima arahan daripada Ray melalui telepati.

  Crya juga menerima arahan yang sama. Oleh itu, dia membawa pemerintah dan tentera ke tempat yang sudah diberitahu. Kai juga yang sudah menyedarkan diri dibawa oleh Ryn dan Rez ke tempat itu. 

  Kini, mereka semua berkumpul di hadapan hutan Kerajaan Diamond. Sihir halimunan besar-besaran dikenakan ke atas mereka. Ada yang terbang di udara oleh kerana kepadatan di darat.

  Setelah sesi perbincangan, para tentera kembali pulang ke kerajaan masing-masing kecuali para raja atau wakil pemerintah kerajaan. Apabila Ray mahu bersuara, satu suara lain menyampuk.

  Semua terkejut apabila memandang pemilik suara. Kecuali mereka yang terlibat dalam rancangan Ray.

  Dua orang gadis berdiri sambil berpeluk tubuh manakala dua orang lelaki memandang penuh angkuh. Mereka berdua menyarung cloak dan penutup kepala dipakai menyebabkan para raja dan wakil mahupun Crya mampu mengenali siapa mereka. Hanya bibir kelihatan.

  Gadis-gadis itu melangkah ke dalam hutan dengan tenang, diikuti jejaka berdua tadi.

  “Siapa mereka ni, Putera Ray?” soal raja dari Kerajaan Beast dengan sopan. Jangan ingat dia beast, dia ni jahat!

  “Mari ikut mereka.” Ray tidak menjawab soalan si raja sebaliknya meneruskan langkah.

  Raja-raja atau wakil kerajaan hanya akur. Mahu melawan, takut dipancung. Ahli Dark Knight berada di sekeliling mereka sambil memandang tajam. Agak tidak selesa kerana pandangan itu menakutkan.

  Sampai di kawasan tengah hutan, mereka berhenti. Semua berpandangan kecuali dua gadis dan dua jejaka itu.

  Kedua-dua gadis meneruskan langkah tanpa keraguan begitu juga dua jejaka. Dark Knight mengikuti langkah mereka. Para raja dan wakil berjalan setapak ke hadapan dan terus mengaduh kesakitan. Termasuklah Puteri Crya sendiri. Crya diarahkan untuk bersama dengan mereka kerana dia juga ada dalam rancangan Ray.

  Dua gadis misteri itu tersenyum sinis. Tangan dihala ke hadapan dan sebuah gerbang terbuka. Pelindung yang menyebabkan mereka terhantuk juga kelihatan.

  Para raja dan wakil masuk ke dalam dengan cepat apabila menangkap renungan maut dua gadis itu.

  Semua orang kecuali Dark Knight dan empat orang misteri tadi berasa terkejut melihat dua ekor makhluk gergasi memandang mereka dengan pandangan membunuh.

  'Selamat kembali, tuanku puteri.'

  'Selamat kembali, Dewa Guardians.'

  Ternganga. Terkejut. Terkedu.

  Entah bagaimana mahu mengungkapkan perasaan mereka yang bercampur-baur itu.

  “Perkenalkan, Dryel, salah satu guardian naga dalam Kerajaan Diamond dan juga Wynde, salah satu guardian burung di sini.” Gadis misteri serba biru keunguan berkata dengan senyuman sinis.

  Tiba-tiba, ada sebuah portal terbuka di tepi Kai. Semua memandang dengan rasa curiga.

  Keluarlah sepasang kembar pari-pari dan sepasang kembar angel. Seorang lagi gadis pula muncul di sisi Delisya, ahli Dark Knight merangkap kerabat diraja Demon dan juga seorang dewi.

  Gadis misteri serba kuning memetik jarinya dan serta-merta, mereka berada di dalam sebuah dewan besar. Dewan itulah tempat Rien, Violet, Star dan Aurora ‘diseksa’ dua jejaka kacak. Mohon muntah berjemaah. Baldi percuma disediakan.

  Mereka berjalan perlahan ke bangunan utama istana. Bilik takhta dituju. Sebaik sahaja pintu yang bertatahkan berlian dan permata, diukir dengan emas dan sebagainya dibuka, semua ternganga. Kecuali dua gadis misteri, dua jejaka dan sepasang kembar pari-pari itu.

  Gadis berdua serba biru dan kuning berjalan terus ke arah dua buah kerusi takhta yang tersedia. Mereka mengambil tempat dengan senyuman kecil. Dua jejaka misteri berdiri di sisi kerusi takhta, begitu juga dengan pasangan pari-pari itu.

  Dark Knight berdiri dengan keadaan tiga di kiri dan tiga di kanan. Harap maaf, Rys tak tahu macam mana nak terangkan… Adeh!

  Gadis yang muncul di sisi Delisya tadi memandang para raja dan wakilnya. Seekor burung dan seekor anak naga terbang masuk ke dalam ruangan itu. Kalau mahu mereka berjalan, entah bila mahu sampai.

  Sang burung, Wynde dan si naga, Dryel, mula berkicau dan mengaum kuat. Tidak lama kemudian, pelbagai makhluk mula memenuhi ruangan itu. Mereka menunduk dan mula mengeluarkan suara.

  ‘Selamat kembali, tuanku puteri.

  Gadis serba kuning tersenyum. Dia mengangguk perlahan. Tangannya diangkat dan dia berdiri.

  “Biar beta perkenalkan. Di sisi beta, Dewa Guardian ataupun Raja Guardian, iaitu Leo. Di sebelah gadis di sisi beta pula bernama Rise, juga Dewa Guardian. Di sebelah mereka adalah pasangan mereka sendiri iaitu Star dan Aurora, guardian fairy dan juga Puteri Cahaya.

  Enam orang di hadapan beta digelar Dark Knight. Pelindung beta dan adik beta. Gadis pertama di hadapan beta bernama Puteri Delisya, sang Dewi Penggoda. Puteri Ryn, sang Dewi Sumpahan dan gadis serba ungu di sisinya pula, Puteri Ryssa, kembar Puteri Ryn. Juga Dewi Sumpahan. Mereka juga dikenali sebagai kerabat diraja Demon.” Gadis serba kuning menerangkan panjang lebar.

  Gadis serba biru keunguan juga berdiri.

  “Dan di hadapan beta, Putera Kerajaan Demon, Putera Ray merangkap Dewa Kematian. Dewa Masa, Putera Rez dan juga Putera Kai merangkap Dewa Kegelapan. Dan di hadapan beta berdirinya gadis misteri bergelar Dewi Riane, Dewi Bunga.” Dia tersenyum.

  “Kami pula…”

  “Pewaris utama Kerajaan Diamond. Pasangan kembar puteri pahlawan malam ke-100. Dan waris Puteri Alexa bersama Putera Zeilian.”

  “A… Apa?” Semua gagap. Ada yang hampir rebah tetapi sempat disambut para guardians Diamond Kingdom yang ada di situ.

  Gadis yang berdri megah di takhta kerajaan itu membuka cloak yang dipakainya dan dicampakkan ke tepi. Semua terpana melihat kecantikan mereka berdua.

  “Nama beta, Qrienshes Relveyn zendryes.”

  “Dan beta, Violet Zendryes.”

  Pap!

  Rien menepuk tangannya dan satu cahaya terang muncul. Kali ini, tiada sesiapa yang tahu apa  yang Rien mahu lakukan.

  Apabila cahaya itu menghilang, semua terpana apabila melihat gerangan yang berdiri megah di tengah-tengah ruangan takhta. Para guardians  terkejut. Mereka cepat-cepat menyedarkan diri dan terus menundukkan kepala.

  “Beta kembali.”








To be continued

It’s getting hambar and hambar. Whatever.. Rys baru perasan, dekat blurb Rys kata yang lari tu puteri ke-98. Dekat sini Rys tulis yang lari puteri ke-99.

Lantaklah. Malas dah. Takde kerja Rys nak edit. Kalau edit habis satu TNKP kena edit. Semestinya TIDAK AKAN hehehehe…. Harap maaf.

Pesanan ikhlas daripada penulis kekacang,
i_am_kacang
Rys


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top