TNKP | 61

  Di saat mereka bertempur sesama sendiri, ada yang memerhati. Dia membetulkan topeng di wajahnya. Tangannya naik ke muka, lalu cahaya bersinar kecil.

  Sepasang topeng mata muncul menutupi wajah atasnya. Wajahnya kini terlindung sepenuhnya. Hoodie di kepala dinaikkan.

  Kakinya berlari ke satu arah. Sesekali dia menyorok apabila terlihat kelibat anggota Kumpulan Magis Satu yang bertanggungjawab melindungi pelindung kerajaan itu.

  "Tch." Dia berdecit apabila kakinya terpijak ranting kayu. Bunyi kecil itu menarik perhatian ramai.

  Mereka semua menggunakan deria mereka untuk mencari arah bunyi itu.

  Dia pantas bertindak. Tangannya bersinar dan sebatang tongkat sihir muncul di tangan. Serta-merta jejaknya hilang.

  Mereka yang mendengar bunyi itu terkaku lalu kembali melindungi pelindung kerajaan.

  "Nasib baik..." Dia menghela nafas lega. Matanya tajam melihat sesuatu yang jernih di hadapannya. Dia mahu menyentuh pelindung itu namun—

  "Argh!" Dada ditepuk. Bibirnya dilap, cecair merah mengalir likat. "Tak guna!" Dia memaki.

  Bibir diketap dan penumbuk dikepal. "Macam mana mereka tahu sihir ni?!"

  Dia berpatah semula ke belakang dan kembali ke medan pertempuran. Di sana, dia melihat anakandanya menentang beberapa pengawal Kerajaan Demon.

  Dan dia terlihat wajah seseorang yang dia benci. Sayapnya dibuka dan dia meluru pantas ke arah gadis itu dengan pedang di tangan. Apa yang dia tahu, dia perlu cepat kerana sihir sayapnya hanya bertahan buat sementara.

  "MATI KAU!!"

  "RYSSA, ELAK!" Satu tubuh menolak gadis itu daripada ditikam.

  Ryssa yang ditolak terpinga-pinga.

  "ARGH! SINI KAU!" Permaisuri Naga menerpa lagi sekali.

  Otak Ryssa yang baru sahaja berfungsi terus menghantar isyarat ke tangannya. Tangan Ryssa bercahaya lalu satu letupan terhasil.

  Permaisuri Sandra mengetap gigi. Dia menghilang di sebalik debu. Sementara itu, Ryssa membawa penyelamatnya, Kai, ke istana.

  "Selamatkan Kai!" Sempat dia berpesan kepada Ray sebelum menghilang, mahu memburu wanita tadi. Dendam tersemat sekali lagi.

  Ray pula tercengang. Datang menghantar Kai dan menghilang macam tu je? Dasar...

  ••••

  Seorang gadis melihat pemandangan di Kerajaan Demon dari langit. Dia bersembunyi di sebalik awan hitam. Sesekali dia terbang ke awan lain kerana takut disambar kilat.

  "Ergh, aku kena cepat!" Sayap sementaranya dikibas dan dia membuka sebuah portal, ke sebuah tempat.

  Buk!

  Gadis tadi mengusap punggungnya yang sakit kerana salah mendarat. Matanya tajam memerhati sekeliling.

  Apabila terlihat pasangan yang dicari, dia menggunakan kuasanya untuk menarik mereka.

  "EHHH APAHAL NI?!"

  Buk!

  "Adeh... Sakitnya..." Terhenti rengekan mereka apabila terlihat satu kelibat di hadapan mereka.

  "Ri... Riane?"

  "Aku, Riane. Dewi Bunga. Sekarang ni, aku nak sedarkan semula kalian, siapa pemberontak yang sebenar!" Tangan dihala ke hadapan, cahaya bersinar dan meluru ke arah mereka.

  Baru sahaja mahu mengelak, cahaya itu sudah pun terkena kepala mereka. Mata mereka turut bersinar dan sekeliling mereka dilindungi pelindung jernih.

  Riane memanggil tumbuhan di sekelilingnya untuk melindungi mereka daripada tatapan orang lain.

••••

  "Bila kita hendak berperang?" soal seorang gadis.

  "Secepat yang mungkin. Aku dah sediakan angkatan tentera. Latihan juga sudah memadai bagi mereka." Gadis yang hampir serupa dengannya membalas. Dia memandang ke luar.

  Tiada apa yang dapat dilihat dari istana kegelapan itu. Hanya kegelapan sahaja yang menerangi dunia itu.

  "Kita kena cepat."

  "Ya, aku tahu!" Syakila mendengus kegeraman. Mahu sahaja dia hempuk si Kayla.

  "Aku sudah penat berlakon mahu merampas semula takhta kita. Lagipun, pasangan kembar tak guna itu sudah mula menunjukkan belang!" bentak Kayla.

  "Huh? Kembar? Yang mana?" soal Syakila dengan kerutan di dahi. Rasanya dia patut gelaran adik kembarnya, bodoh, kerana bukan ada sepasang kembar sahaja!

  "Si Rien dengan Violet itulah! Oh, Ryn dan Ryssa pun sama! Tak lupa, Hanz dan Hanza juga Star dan Aurora. Semuanya serupa! Menyusahkan!" bebel Kayla sendirian. Dia langsung tidak menyedari bahawa kakak kembarnya sudah berangin.

  PAK!

  "TADI KAU KATA SEPASANG JE, INI SEMUA KAU SEBUT!" marah Syakila. Dia terus banyun dan meninggalkan tempat itu.

  Kayla termangu-mangu. "Apa salah aku?"

••••

  Seseorang menyelinap masuk ke dalam sebuah bilik. Sebilah pisau perak di tangannya digenggam kemas. Baru sahaja dia mahu menikam orang yang terbaring lena di atas katil itu, dia terdengar derapan langkah. Terus dia melarikan diri melalui portal.

  "Haih, bilalah kau nak sedar ni.." Hanz mengeluh perlahan. Dia melawat Rayyan yang masih belum menyedarkan diri. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu.

  "Eh? Apa ni?" Disebabkan kemalasannya, dia mengangkat pisau itu dengan kuasanya. Pisau itu mula mengeluarkan aura kegelapan. Hanz yang terkejut terus melempar pisau itu ke luar balkoni.

  "Fuh menyeramkan..."

••••

  "Bunuh semua yang ada dalam istana. Kalau tak dapat, pastikan kita dapat kawal mereka semua," arah Syakila kepada Kayla.

  Kembarnya mengangguk faham. Masing-masing berpecah mencari mangsa. Apabila terlihat dayang istana mahupun pengawal, mereka cuba menyerang namun sesuatu menghalang.

  Tidak mahu membuang masa dengan mereka yang tidak berguna, Syakila dan Kayla bergerak mencari kerabat diraja.

  Kayla ternampak kelibat Hanza. Dia terus menggunakan kuasa syaitannya malangnya sesuatu menghalang lagi. Dia mendengus. Dia berlari ke arah bertentangan dan ternampak Raja Zach. Kini, dia dan kembarnya berada di Kerajaan Angel. Dia dan Syakila mencuri dan membunuh angel untuk memasuki kerajaan itu.

  Aura kegelapan berkumpul di tangan Kayla. Dia terus menyerang Raja Zach. Belum sempat dia mahu mendekati dari arah belakang, dia tercampak ke luar tingkap. Sadis...

  "Grrr!"

  Apa yang syaitan itu tidak tahu, Dark Knight telah melindungi kerabat diraja Angel dan Naga supaya Syakila dan Kayla tidak dapat mencederakan mereka mahupun mengawal mereka.

   ••••

  Pasangan itu tersedar. Mereka memandang Riane, keliru.

  "Itulah hakikat sebenarnya..." Dia tersenyum manis. Cahaya tadi hilang. Itulah salah satu kuasanya, mengawal minda. Dia memiliki kuasa pukau, mengawal minda dan tumbuhan.

  Hanz dan Hanza kelu. Mereka kaku di situ sehinggalah Riane terpaksa menepuk kepala mereka. Hanz dan Hanza disuruh membuka portal ke Kerajaan Demon untuk bertemu dengan Dark Knight.

  "Aku kembali," kata Riane. Pintu bilik kerja Ray dibuka dan dia meninggalkan kembar itu di situ.

••••

  Puteri itu memandang ke luar. Taringnya muncul. Dia melompat dari balkoni biliknya dan berubah kepada serigala. Puteri itu berlari ke dalam hutan, mahu berjumpa dengan seseorang.

  Dia tahu akan peperangan itu, tetapi dia tetap mahu menemuinya di sana.

  Beberapa puluh minit berlari dan menyembunyikan diri, dia tiba di hadapan pelindung kerajaan. Dia ternampak kelibat seseorang yang sudah lama tidak dilihat.

  "RYN!!"

  Gadis itu berpaling. Kelihatan Puteri Serigala, Crya Geoxans berdiri di luar pelindung itu. Matanya membulat melihat sesuatu.

  "JAGA-JAGA!!"

  BOOMMMM!!

  Mujur Ryn sempat teleport ke arah Crya dan kembali ke dalam pelindung dengan selamat. Buat masa ini, hanya di dalam sahaja tempat paling selamat. Luar kerajaan itu dipenuhi dentingan besi, letupan kuasa dan sebagainya.

   "Apa kau buat dekat sini?!"

  "Aku—. Aku hanya mahu tahu perkara sebenar." Crya meluahkan rasa.

  Ryn melepaskan keluhan. Dia berjalan ke istana. Crya mengekori gadis itu.

  "Aku bukan orang yang patut kau cari untuk mendapatkan jawapan. Sepatutnya kau cari Kai, Ryssa ataupun seseorang yang memiliki kuasa minda atau masa." Ryn berkata tanpa memandang.

  "Contohnya?"

  "Star, Aurora, Rien, Rez, Ray dan Riane. Mungkin di pihak kau ada ramai lagi pemilik kuasa minda tetapi mereka bukanlah orang yang patut dicari. Cari antara lapan orang tersebut dan kau akan dapat jawapan," pesan Ryn sebelum menghilang. Dia langsung tidak meninggalkan kesan. Portal juga tidak dibuka.
 
  "Erh?" Crya menggaru kepala.

  Di sebalik dedaunan pokok, seseorang tersenyum. Lupakah gadis itu dia memiliki kuasa teleport?







To be continued

Halu semua! Hehe sorry tak update haritu. Imma lazy girl huehue... Besides no internet because Rys balik kampung HAHAHAHA. Okay pai!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top