TNKP | 58

  Leo dan Rise berpandangan sebelum melepaskan keluhan. Senyuman cuba diukir walau hanya secebis.

  "Baiklah... Aku... Nak ucapkan tahniah sebab latihan kalian bakal tamat." Leo memulakan bicaranya. Dia merenung sepasang mata keemasan milik seseorang.

  "Kali ini... Kalian akan menghadapi cabaran terakhir." Rise tersenyum hambar.

  Violet tersenyum ceria manakala kembarnya memandang hairan. Hatinya seperti dirobek.

  Dan kembar pari-pari itu pula berpandangan.

  "Cabaran sebelum kalian menghadapi peperangan sebenar."

  Senyuman Violet mati.

  "Dan latihan ini, bukanlah latihan sebaliknya penamat acara ini. Kalian akan..."

  "Mengembalikan semula..."

  "Semangat..."









  "Semangat guardian kalian."

  Rien dan violet kelu. Star dan Aurora menunduk memandang lantai kaca istana itu.

  "Rien dan Violet akan cuba bersatu dengan kami berempat sebelum sekali lagi kami hantar kamu berdua ke hutan belantara di belakang istana," jelas Leo, perlahan.

  "Apa maksud kau?"

  "Seperti yang kalian berdua tahu, kalian adalah pewaris ke-seratus Puteri Pahlawan Malam, puteri-puteri yang bakal menamatkan segalanya. Dan kami berempat adalah pelindung kalian, termasuk juga Dark Knight dan Light Knight.

  Selain daripada kami, terdapat juga guardian beast milk keturunan-keturunan sebelumnya yang bakal disatukan kembali dengan kalian sebelum peperangan bermula.

 
  Dan segalanya harus bermula sebelum kita yang ditamatkan mereka. Berdasarkan maklumat yang aku terima daripada pasangan kembar Ryn dan Ryssa, keadaan di kerajaan yang bersekutu dengan Kerajaan Naga dan Angel semakin memburuk.

  Pada pandangan mereka, segalanya baik-baik sahaja. Akan tetapi, hakikat yang sebenarnya jauh lebih meloyakan.

  Si kembar puteri syaitan itu sudahpun merosakkan minda penduduk cahaya sekaligus menghancurkan pekan dan bandar." Leo berhenti berkata seketika. Dia mengambil nafas.

  "Istana yang indah dan megah yang pernah kau lihat kini indah khabar daripada rupa. Istana di sana persis istana sepeninggalan ribuan tahun.

  Tumbuhan meliar di merata tempat. Aku sendiri tak tahu bagaimana mereka dapat mengawal seluruh dunia kecuali kerajaan yang bersekutu dengan kita.

  Malah, Rez telah memberitahu bahawa ada satu pergerakan aneh yang menjadi tanda tanya.

  Ia seolah-olah portal penuh magis yang langsung tidak diketahui puncanya. Setiap kali mahu mendekat mereka akan tercampak jauh dan berasa seperti disiat kulitnya," jelas Rise dengan hiperbolanya yang tidak berkesudahan.

  Rys tak sangka pun dia cakap macam tu....

  "Eh sudah merepek. Buat pening kepala je! Ingat aku tak tahu kalian mereka-reka cerita, hah?!" amuk Star. Matanya mencerlung tajam menikam anak mata keemasan milik Leo.

  Leo tersengih manakala Rise tersenyum kecil.

  Puteri Pahlawan Malam itu terpinga-pinga.

  "Kalian percaya?" soal Aurora, tidak percaya.

  "Err..."

  "MARI SINI KAU!!" Leo dan Rise pantas membuka langkah seribu.

  Dan....

  Sesi latihan mereka tertangguh...

  //tepuk dahi//

••••

  Kayla berjalan dengan bangga bersama senyuman bongkaknya. Kakinya melangkah penuh elegan bagai dunia itu dia yang punya.

  Buk!

  Kayla menarik nafas, dalam. Tangannya laju memijak tubuh tua yang jatuh menyembah tanah kerana dirempuh dirinya.

  Tetapi... Ada dia kisah? Dia puteri, dialah pemerintah! Seharusnya dia dihormati!

  "Argh! Ma—Maafkan patik, tuanku!" Lelaki tua itu memohon maaf berkali-kali. Dia bersujud dengan tubuh yang menggigil.

  Pandangan orang sekeliling tidak Kayla hiraukan. "Hei! Kau tahu tak pakaian aku ni mahal! Langsung tidak setaraf dengan pakaian kau tahu tak!!" tengkingnya kuat.

  Bisikan-bisikan halus menerpa halwa telinga Kayla. Gadis itu melorek senyuman sinis sebelum berpaling menghadap 'rakyatnya'.

  "Wahai rakyat yang beta kasihi, apakah hukuman yang patut sekali beta jatuhkan kepada pengkhianat bodoh ini?" soal Kayla dengan senyuman manis.

  "Bunuh sahaja dia!"

  "Ah, rejam sahaja dia dengan lembing tuanku! Berani dia melanggar tuanku yang mulia! Dasar syaitan tidak berguna!"

  "Kita bakar dia hidup-hidup!"

  Pelbagai lagi caci-maki yang Kayla dengari.

  Lelaki tua itu mengalirkan air mata. Dunia sudah tidak seaman dahulu. Apakah semua ini?

  "Pengawal!" Kayla menjerit.

  "Ya, tuanku!" Semua yang berpakaian seragam lengkap menyahut.

  "Ikat lelaki tua ini di tengah padang sana. Akanku hukum dia kerana berani melanggarku sekaligus cuba meracuniku," titah Kayla dengan fitnahnya.

  "Baik, tuanku!" Dua orang pengawal bertubuh sasa mula memegang lengan lelaki tua itu dengan kasar. Tubuh tua itu dibangunkan dengan perasaan jijik apatah lagi melihat tanda berbentuk lembing bermata tiga di tengkuknya.

  Apa nama lembing tu?

  Lelaki tua itu meronta mahu melepaskan diri. Dia sudah menjadi mangsa gadis licik itu!

  Dia tahu gadis itu syaitan. Umurnya yang sudah menginjak dua abad cukup baginya untuk mengetahui siapa cahaya siapa kegelapan dan siapa syaitan.

  Dia juga tahu bahawa gadis itu akan memunculkan logo persis di tengkuknya untuk membuatkan orang ramai mempercayainya.

  "Lepaskan aku!" jerit lelaki itu.

  "Diamlah!" Pipi lelaki itu ditampar kuat.

  Dia terdiam sebelum tersenyum sinis. Tiba-tiba pegangan lelaki-lelaki sasa itu terlepas.

  Cahaya menyinari sekeliling lelaki tua itu sebelum dia menjelma menjadi seorang gadis.

  "Heh..." Dia tersenyum sinis.

  Semua terkaku, lebih-lebih lagi lelaki.

  "Cantiknya..." puji seseorang.

  Mata Kayla mencerlung tajam menatap gadis di hadapannya.

  Gadis itu memetik jari. Seiring dengan itu, suara merdu bagaikan berputar seperti radio rosak dalam minda penduduk kerajaan itu.

  "Kalau kau rosakkan kami, biar kami hancurkan kau," ucapnya sebelum debu di tangan yang muncul ditiup tepat ke muka pemerintah palsu itu.

  Dan dia menghilang sebegitu sahaja.

  Kayla terduduk lemah. Dia menutup telinganya. Suara merdu yang diselangi suara pekikan seseorang menjadi alunan minda.

  "Ahhh!!" Kayla menjerit perit. Mindanya bercelaru.

  Rakyatnya masih kaku, tergoda dengan alunan minda itu.

  "Argh! Dasar penggoda tidak guna!!" Kayla menjerit lagi sebelum rebah....

  Rebah, tidak sedarkan diri.

  Dan 'dia' tersenyum sinis. "Permainan baru bermula." 'Dia' lesap bagaikan debu.

••••

  "Mana kau pergi, Delisya?" soal Ray, tegas.

  Delisya menjulingkan anak matanya. "Cakap macam dia tu ibu bapa aku pula. Ceh!" kutuknya perlahan.

  "Apa kau cakap?" Ray mengerutkan dahi.

  "Takde apa. Kau nak apa ni? Bukan ada banyak lagi ke persiapan untuk perang nanti?" soal Delisya pula.

  "Hmm... Aku berehat sekejap. Lagipun tentera dan sukarelawan sesi petang sudah berada di tapak untuk memulakan kerja. Ahli sihir dan pari-pari pun semakin ramai untuk membantu," jelas Ray.

  Sejak dua menjak ini, semakin ramai bantuan daripada kerajaan cahaya dan sekutunya 'berpaling tadah' dan membantu mereka.

  "Oh sekejap." Delisya memetik jarinya. Tubuh tua seorang lelaki yang hampir rebah pantas dipaut.

  "Lelaki ini antara wizard yang diseksa oleh Kayla. Mujur aku sempat menyelamatkan dia," kata Delisya.

  Ray mengangguk perlahan. Seorang pengawal yang berada berdekatan dipanggil lalu diarahkan untuk menghantar lelaki tua itu ke pusat rawatan.

  "Terima... Kasih..." ucap lelaki tua itu sebelum betul-betul tidak sedarkan diri.

  "Apa jadi sebenarnya?"

  "Entah."

  Pap!

  "Sakitlah!"

  Ray tersenyum kecil apabila dia mendengar segala jenis sumpah seranah yang Delisya lemparkan.

••••

  Hanz berpeluk tubuh memandang adik kembarnya yang sedang termenung memikirkan sesuatu.

  Bahu adiknya ditepuk perlahan.

  "Eh? Maaf tak perasan kau masuk tadi..." Hanza memohon maaf.

  "Tadi? Aku dah masuk lebih daripada 30 minit tahu..." Hanz mengecilkan anak matanya, memandang Hanza, semacam.

  Hanza tersengih. "Apa kau nak?"

  "Eloklah tu. Kita lawat dia, senang-senang sahaja dia cakap macam nak halau kita." Hanz membuka lembaran bebelannya.

  "Dah, dah. Kalau kau nak membebel, baik tak payah. Aku dah tahu semua bebelan kau. Siap bukukan lagi tau!" Hanza melempar senaskhah buku yang boleh tahan tebalnya kepada si kembar.

  Hanz menyambut buku itu seraya menghela nafas lega. Kalau tak tangkap tadi sudah masuk kubur pastinya.

  Hanz yang ingin mengetahui isi buku itu terus menyelak helaian demi helaian buku. Dia mengerutkan dahi.

  "Apa kau merepek?" Hanz mengangkat wajah.

  Hanza mengangkat bahu. "Entahlah. Setahu akulah, itu semua bebelan seseorang yang aku dah bukukan. Baikkan aku?" Hanza tersenyum nakal.

  Hanz mengetuk kepala gadis itu. Apalagi? Muncunglah bibir Hanza. Dia mengomel perlahan.

  "Nak ketuk lagi?" ugut Hanz.

  Hanza menggeleng pantas. "Apa kau nak ni?"

  "Ah ya... Aku sebenarnya nak..."

  "Nak?"

  "Aku lupa. Kaulah ni!"

  "Bangang!" maki Hanza.

  Hanz tersengih.

  "Okay gurau. Macam ni... Aku perhatikan tindak-tanduk Bonda Sandra dan Bonda Andria. Mereka macam—"

  "Nak balas dendam?" soal Hanza, sinis.

  "Haah."

  Hanza mengetuk dagunya perlahan. Hanz pula mengambil tempat di sisi adiknya. Penat, berdiri!

  "Manakan tidak... Rayyan dan L tu anak emas mereka. Mestilah marah.." kata Hanza berdasarkan logiknya.

  Hanz mengangguk. "Aku rasa kita kena beritahu ayahanda. Benda ni memang patut dilaporkan."

  "Tak rosakkan hubungan mereka?" Hanza memandang kembarnya.

  "Semoga tidak. Lebih teruk jadinya kalau bonda bertindak sebelum ayahanda tahu. Sebaiknya kita beritahu dahulu," ujar Hanz.

  "Bila nak beritahu?"

  "Entah tapi lebih cepat lebih bagus. Cuma bukan sekaranglah sebab semua nampak sibuk uruskan persiapan peperangan dan hari pertabalan Syakila dan Kayla.

  Lagipun Rayyan dan L pun perlu diberi perhatian. Ayahanda juga sedang bersiap sedia untuk menghantar tentera bagi mengawal Kerajaan Diamond," terang Hanz, panjang lebar.

  "Aku sebenarnya.... Tak yakin dengan Syakila dan Kayla." Hanza meluahkan keraguannya.

  "Aku pun.."

  Mereka berpandangan.



























To be continued

Halu halu! I'mma so sorry sebab lambat update. Yelah selalunya seminggu sekali en? Hiks I'm lazy ಥ‿ಥ

See ya and goodluck for your exams! ಥ_ಥ

Psst... I've tried to make it longer but seems like I can't. Ideas in the trash sobsob....

Yeet, I'll try for the next chap.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top