TNKP | 49
Sedang asyik puak cahaya bersuka-ria, di kerajaan kegelapan itu sebenarnya mereka sedang membuat persiapan perang. Rakyat atau tidak, semua orang bersatu-padu!
Flashback
"Peperangan..."
Semua terdiam mendengar kata-kata Ray.
"Kita akan menghadapi sebuah peperangan tidak lama lagi. Dan kali ini... Beta mahu memberitahu bahawa... Kita akan berlawan dengan mereka... Sendirian..."
Semua orang tergamam. Berlawan dengan syaitan sendirian?!
"Kita tidak akan bergabung dengan puak cahaya."
Kata-kata Delisya disokong oleh mereka semua. Masing-masing tidak dapat melupakan hinaan Rayyan dan L! Sungguh, mereka melampau!
"Biarlah kita tentang perjuangan kali ini bersendirian! Asalkan bukan dengan puak cahaya yang bodoh itu!" laung satu suara.
Laungannya mendapat jeritan sokongan ramai. Bergema jugalah kerajaan itu.
"Beta tidak mahu memaksa sesiapa sahaja untuk menentang mereka. Sesiapa yang sukarela, beta setuju sahaja. Tetapi, beta tidak mahu sesiapa yang sakit terlibat," tegas Ray. Lihatlah, dia pemimpin yang sangat mengambil berat tentang puaknya biarpun dia jahat.
"Saya mahu turut serta!"
Lebih banyak suara yang melaungkan perkara yang sama. Ia membuatkan Dark Knight terharu. Sungguh, puak mereka saling mengambil berat! Sungguh, mereka terharu!
Dan di saat itu, semua orang tersenyum gembira. Dengan kehadiran Dewa Kematian, Dewa Kegelapan, Dewa Masa, Dewi Penggoda, Dewi Sumpahan, Dewa Guardians, Dewi Bunga dan lain-lain mampu membuatkan mereka berasa lega. Malah, kehadiran keturunan Neflos membuatkan mereka semakin ceria!
Eh, Dewa Guardians? Dewi Bunga? Keturunan Neflos?
Benar... Leo dan Rise ialah Dewa Guardians. Oleh kerana itulah mereka mampu menundukkan para guardians di Kerajaan Guardians. Dewi Bunga? Riane bersetuju mahu bekerjasama. Dia sudah menyediakan tentera tumbuhannya dan Neflos? Semestinya Vladeric.
Kini, kekuatan Kerajaan Demon bertambah secara mendadak!
Dan kali ini, Rien, Violet, Star dan Aurora dilatih dengan semakin hebat. Latihan mereka bukan seperti latihan sebelumnya. Pernah sekali, mereka perlu duduk bertapa selama tiga hari dua malam di atas sebuah gunung kegelapan yang menempatkan seekor naga kegelapan yang sukar dijinakkan.
Dan kini.... Dark Knight mempunyai satu rancangan rapi. Untuk membantu Rien dan Violet.... Mendapatkan diri sebenar mereka.
End of the flashback
Rien mengeluh kepenatan. Kelas latihan mereka semua berbeza. Andai seorang belajar magis, seorang lagi bakal belajar ilmu ketenteraan. Mereka tidak belajar berpasangan sebaliknya secara individu.
Sekarang giliran Rien mempraktikkan ilmu ketenteraan bersama Kai. Violet sibuk belajar magis dengan Ryn manakala Star pula belajar magis dengan Delisya. Aurora sedang berlatih dengan Ryssa dalam ilmu berlawan. Agak memenatkan.
Selain daripada ilmu magis, mereka turut belajar sedikit ilmu sihir daripada Delisya. Sedikit sahajalah. Cukuplah sekadar untuk menumpaskan magis cahaya.
"Penat?" soal Kai yang melabuhkan punggung di sisi Rien. Mata mereka asyik memerhati perlawanan antara Aurora menentang Ryssa. Sesekali gadis syaitan itu membebel apabila Aurora membuat kesalahan.
Alahai budak... Aurora itu pari-pari. Dia lebih kepada magis. Sudahlah dia itu lebih muda daripada Aurora. Nampak kelakar pula.
"Penatlah juga..." balas Rien perlahan. Pedang di sisi dipandang sekilas. Mujurlah dia pandai berpedang.
"Kau okay ke tinggal di sini?" soal Kai tanpa memandang wajah gadis itu.
"Saya okay je," jawabnya.
"Aku tak kisah kau nak guna 'aku-kau'. Aku pun lagi selesa," kata Kai. Sememangnya Dark Knight jarang menunjukkan ekspresi.
"Ehehe...." Rien sekadar ketawa kecil.
BOOM!
Satu letupan yang berlaku langsung tidak mengganggu konstrentasi Ryssa dan Aurora. Manakala Kai dan Rien berpandangan lalu menggeleng. Semestinya ianya angkara Violet. Mohon Ryn tidak mengamuk. Hahahaha!
"Saya tengok hubungan kerabat diraja dengan rakyat sangat rapat dan akrab. Jelas terlihat kemesraan antara kalian semua. Saya agak cemburu," jujur Rien. Wajahnya didongak memandang langit yang gelap. Bulan dan bintang yang menghiasi angkasa. Hailah Dewi Hara, Dewi Izù....
"Kami tidak mahu berpecah-belah. Cukuplah satu ketika dahulu. Selepas itu, keturunan kami mengambil iktibar dengan merapatkan hubungan rakyat dan raja. Boleh dikatakan, dahulu keturunan kami agak sombong. Bukan sombong kerana pangkat, tetapi..." Kai tidak menyambung kata. Malaslah dia mahu bercerita.
Rien menepuk dahi. Apalah!
"Eh sekejap, siapa latih kuasa korang?" soal Kai dengan serius.
"Kuasa? Kami?" Rien menghala jari telunjuknya ke arah dirinya sendiri.
Kai mengangguk. "Kau tak sedar ke? Dalam tubuh kau mengalirnya kuasa... Aku dapat rasakan aura kau..."
Rien terkedu namun dia tersenyum. Dia sedar... Mungkin? Dia bersyukur...
"Sudahlah, mari teruskan latihan..." Kai bangkit lalu berjalan ke tempat mereka berlatih tadi. Pantas, Rien mengekori.
••••
Tercungap-cungap Violet mengambil nafas. Matanya memandang segala jenis buku yang ada. Penat dia belajar magis!
Kadangkala dia tertanya-tanya, mengapa Ryn mengajar magis dan bukannya ilmu perlawanan seperti kembarnya, Ryssa?
"Aku boleh ngam dengan magis. Adik aku tu kurang sikit. Dia lembap," kutuk Ryn selamba. Tangannya sibuk menyusun segala jenis barang.
"Oh...." Violet tersengih.
"Kau tu, boleh tak belajar cepat sikit? Jangan lembap macam adik aku..." rungut Ryn.
Violet menggaru kepala. Nampaknya Ryn tidak sedar kehadiran Ryssa di belakangnya. Err... Nak bagitahu ke tak?
Buk!
Ryssa meluku kepala di kakak kembar. Ryn dijeling sebelum dia berjalan pergi meninggalkan Ryn dan Violet mahu menuju ke entah ke mana. Bukan masalah dia.
"Ish!" Ryn merengus. Tepuk juga si Ryssa tu nanti!
"Kau tak penat ke?"
Ryn memandang Violet. "Penat?"
"Penat belajar magis sambil menuntut ilmu berlawan," jelas Violet.
Ryn mengangguk. "Tipulah kalau kata tak penat. Tapi, kemenangan takkan datang dengan mudahkan?"
Violet mengangguk setuju. Mereka berdua ternampak kelibat Delisya dan Star yang baru sahaja habis belajar ilmu sihir. Okaylah, Delisya ajar ilmu sihir dan Ryn ajar ilmu magis.
"Hai!" sapa Violet dengan senyuman.
"Hai," balas Star.
Delisya tidak membalas sebaliknya memandang Ryn. "Aku ada hal kejap," beritahunya.
Ryn mengangguk sebelum berjalan meninggalkan Delisya yang turut pergi. Tinggallah Star dan Violet yang menggaru kepala.
Mereka berpandangan. "Jomlah tengok Aurora dan Rien," kata mereka serentak.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top