TNKP | 47
Dunia Fantasi semakin pelik. Cahaya ungu seperti aurora di kutub menyinari langit tidak kira siang mahupun malam. Yang menarik, cahaya berwarna-warni yang terhasil dari sebuah kerajaan bakal menyinari dunia tepat jam 12 tengah malam. Cahaya itu jelas dan terang sehingga mampu menenggelamkan cahaya ungu di dunia itu.
Para kerabat diraja di seluruh Dunia Fantasi melakukan mesyuarat. Tidak terkecuali, para ahli sihir dan pari-pari juga bermesyuarat. Mesyuarat para ahli sihir diketuai oleh Vladeric manakala mesyuarat para kerabat diketuai Raja Zach dan Raja Zion.
Ramai kerabat mempersoalkan kedudukan dua raja itu kerana mereka sedia mengetahui bahawa keturunan mereka berdua merupakan keturunan pelindung puteri pahlawan malam. Seringkali juga mereka mempersoalkan tindakan kedua raja itu yang tidak menjemput putera mahkota Kerajaan Demon.
"Di mana putera mahkota Kerajaan Demon, Putera Ray, Zach?" Raja dari Kerajaan Vampire menyoal keras.
Raja Zach terdiam.
"Kau tak patut buat macam ni, Zach! Mereka juga sama dengan keturunan kau! Mereka juga pelindung puteri kembar itu!" jerkah Raja Pari-pari.
"Apa ni, Zion?"
Raja Zach dan Raja Zion tertunduk malu. Mereka langsung tidak mampu untuk menatap kesemua kerabat yang ada.
"Mereka tidak sama! Mereka kegelapan, kita cahaya!" bidas Rayyan yang baru tiba. Dia dengan selambanya bersabar pada dinding sambil memeluk tubuh. Kali ini dia menyarung pakaian rasmi seorang putera, bukan lagi pakaian kegemarannya, hoodie mahupun cloak.
"Anak kau semakin kurang ajar, Zion... Aku kecewa.. Kami kecewa..." Seorang raja dari Kerajaan Kucing Jadian memandangnya tajam.
"Kau jangan sampai raja dari seluruh dimensi bersatu, Zion, Zach! Kau tahukan, hanya dunia kita yang 'ditakdirkan bermasalah' dengan Alam Syaitan! Dan dunia kita juga yang ditakdirkan untuk menentang mereka! Seluruh dimensi sudah maklum akan perkara itu!" Ayahanda Crya, Raja Kerajaan Werewolf mula mengamuk.
"Kau juga tahu, setiap dunia mempunyai lagenda mereka yang tersendiri. Takdir mereka yang tersendiri. Kau jangan libatkan mereka dalam masalah kita! Apa kita nak jawab kalau mereka memandang rendah kepada dunia kita?!"
"Kita balas sahajalah!" L menjawab selamba.
"Entahnya..." Rayyan menjungkit bahu. Apa yang susah, balas jelahkan?
"JANGAN MASUK CAMPUR, RAYYAN, L!" Raja Zach dan Raja Zion menengking serentak. Bergema dewan mesyuarat itu dengan tengkingan dua raja itu.
Kedua putera itu terdiam.
"Jangan masuk campur dalam hal dunia, Rayyan, L! Jangan bebankan lagi masalah ini! Biarkan kami, para raja yang mengetuai hal ini!"
"Habistu, kenapa kalian bersungguh-sungguh mahu menjemput Ray? Putera hina itu?"
BUM!
PANG!!
Terdiam semua orang. Mata mereka tertancap kepada dua figura yang berdiri di hadapan Rayyan dan L yang baru sahaja mengucapkan kata-kata lancang itu.
"Kau. Jangan. Hina. PUTERA KAMI!" Ryn menjerkah kuat. Perit hatinya mendengar hinaan Rayyan dan L! "kau tiada hak untuk berkata sedemikian! Dasar tidak mengenang budi!"
"Oh, kau berdua hadir? Heh... Baguslah! Inilah dia, keturunan yang hina itu! Terjerumus dalam kegelapan. Membela keturunan syaitan yang mahu memporak-perandakan dunia! Betapa kejamnya mereka! Gadis kembar ini, tak guna! Lihat kembar gadis ini!" L menghala jarinya ke arah Ryssa yang berdiri di hadapannya.
"Gadis ini, berketurunan syaitan! Seperti sahabatnya, Kai! Lihat, syaitan!" Rayyan menyambung. Wajah Ryn dan Ryssa dipandang jijik. Perit juga pipinya ditampar tadi.
Perlahan-lahan, aura gelap menguasai dewan itu. Semua orang terdiam termasuklah putera-putera itu. Aura merah, biru dan hitam bercampur. Aura kejam, dingin dan sadis menyebabkan mereka gerun. Pandangan mereka ditundukkan. Tidak berani mahu menatap dua gadis itu.
"Hahah.... Syaitan..? Syaitan...? Hahahah...." Ryssa ketawa kecil. Dia langsung tidak menyedari bahawa sayap hitamnya semakin membesar, lebih besar daripada saiz sayap hitam kembarnya! Tanduk syaitannya tumbuh sedikit. Gigi taring yang sangat tajam kelihatan bersinar dalam kegelapan. Sesekali kedengaran bunyi sesuatu bergerincing. Sepertinya gigi Ryssa berlaga apabila dia mengetap gigi, kuat.
Ryn pula berasa gerun. Apatah lagi yang lain. Raja Vampire kaku. Dia juga takut melihat perubahan gadis separa syaitan itu.
"Kau mahu tahu siapa syaitan? Ya, aku. Ya, Kai juga. Tapi kau tahu siapa lebih teruk daripada kami? Kau. Dan keturunan kau. Kau, tak layak langsung hendak menghina kami. Ingat kau lahir dalam cahaya, kau itu semulia dewa? Heh, jangan merepek. Dua orang gadis kau lukai, seluruh puak kau sakiti, janji manis kau mungkiri. Jangan sampai sumpahan keluarga kau memakan diri. Seburuk-buruk kami, sekurang-kurangnya kami menepati janji!" Ryssa menggenggam tangannya. Terdapat satu bola kuasa di tangannya. Bola itu gelap, malap. Langsung tiada cahaya.
"Dengan kuasa ini, aku kembalikan sumpahan keluarga kau! Dengan kuasa ini, aku merampas kembali Kerajaan Guardian daripada pegangan keturunan kau! Aku bersumpah, kerajaan kau tidak akan menerima sebarang bantuan. Aku akan pastikan kau hidup menderita! Cinta kau terlalu buta! Kau, hidup dalam kehinaan!"
"Cinta yang buta memakan diri. Kerajaan musnah tiada pengganti. Sayapnya patah menunggu pemilik hati. Maaf dipinta tiada lagi yang mengasihani. Sumpahan dahulu kini kembali. Kerajaan agung ku rampas kini. Bantuan dicari tiada pemberi. Kehidupannya sehina kehidupan syaitan yang dicaci. Ku turunkan sumpahan ini sehingga mati!" Ryssa mengungkap lafaz dengan aura kegelapan mengelilingi dirinya.
Ryn terkaku. Adiknya memberi sumpahan?
Para kerabat terduduk tegak. Bulu roma mereka berdiri. Mereka berpandangan. Mata mereka akhirnya tertancap kepada kelibat Rayyan dan L yang sudah jatuh terduduk. Mereka memegang dada mereka menahan perit. Seperit apa yang telah Dark Knight lalui. Cuma kesakitannya lebih mendalam. Bebola hitam yang berada dalam genggaman Ryssa memasuki tubuh Rayyan dan L. Perlahan, tubuhnya lesap.
Ryn turut pergi meninggalkan bilik mesyuarat itu. Semua orang masih kaku bak patung. Tiada apa yang dapat mereka katakan. Seolah-olah ada satu suara memukau mereka agar kekal kaku di kerusi tanpa bangun membantu dua putera itu.
••••
Hari ini, Rien, Violet, Star dan Aurora bakal mempelajari tentang sejarah dimensi. Daripada segi peperangan, takdir, lagenda dan sebagainya.
Mereka berpandangan.
Sememangnya mereka tidak berasa selesa memandangkan Dark Knight sangat dingin semenjak dua hari yang lalu. Kedinginan mereka sepertinya mempengaruhi semua orang. Cahaya unyu di langit kerajaan luar hilang sebaliknya cahaya hitam menjadi pengganti. Bayangkanlah, aurora berwarna hitam. Tidakkah itu menakutkan?
Kerajaan Angel turut 'memiliki' aurora hitam itu di langit kerajaan mereka. Mereka tidak berkata apa walaupun semua orang tertanya-tanya. Hanya kerabat diraja seluruh Dunia Fantasi yang mengetahui puncanya. Sehingga kini, Rayyan dan L sedang cuba dirawat walaupun mereka tahu, ianya mustahil.
Vladeric sendiri berputus asa sebelum mencuba apabila diceritakan kisah bagaimana ia berpunca. Katanya;
"Putera mahkota mencari masalah dengan seseorang yang tidak layak dilihat sisi gelapnya."
Semua orang hairan, mengapa?
Bila ditanya, Vladeric membalas bahawa Dark Knight bukan sahaja demon. Mereka berpangkat tinggi di Alam Syurga mahupun Neraka.
"Ray seorang Dewa Kematian. Rez seorang Dewa Masa manakala Kai ialah Dewa Kegelapan. Delisya pula Dewi Penggoda. Ryn dan Ryssa merupakan Dewi Sumpahan. Ryn sebagai penarik sumpahan manakala Ryssa sebagai pemberi sumpahan."
Jelas riak terkedu seluruh kerabat apabila diberitahu hal itu. Mereka langsung tidak menjangka bahawa mereka berpangkat Dewa dan Dewi. Patutlah sibuk semacam. Sepanjang L 'bekerja' sebagai angel kematian, dia langsung tidak tahu siapakah Dewa Kematian.
Vladeric turut mengatakan bahawa sekiranya mahu sesuatu sumpahan itu hilang atau ditarik, mereka perlu berjumpa dengan Ryn. Itupun kalau dia mahu tarik semula sumpahan itu.
Permaisuri mereka menangisi kesakitan anakanda mereka. Raja Zach dan Raja Zion gusar. Mahu meminta sumpahan ditarik? Masih jelas di ingatan mereka riak dingin kembar itu. Mustahil Ryn bakal menarik sumpahan yang kembarnya berikan.
Semakin cemas mereka apabila raungan Rayyan dan L sering memecah kesunyian istana. Hanz dan Hanza tidak berputus asa mencari penawar walau hakikatnya perit untuk ditelan.
••••
"Rien... Mereka menyeramkan.." adu Star, Violet dan Aurora kepada gadis itu.
Tiada dicalit senyuman langsung di wajah enam orang makhluk kejam itu. Sekurang-kurangnya wajah mereka tidaklah sepucat dua hari lepas. Cuma yang menyeramkan apabila mereka tidak senyum, tidak bersuara, dingin, beku dan sayap hitam mereka langsung tidak disimpan. Kau rasa? Senyuman memang langsung tiada! Walau senyuman sinis! Mereka seperti patung! Mujur masih boleh bergerak.
Oh, mereka juga sepertinya langsung tidak makan. Nak kata diet, kau fikir lawaklah di saat serius macam ni mereka diet? Tampar kang. Sudahlah gigi taring mereka seperti memberi ancaman. Star dan Aurora pun takut. Sepanjang hidup mereka, sekalipun mereka bertemu dengan vampire, mereka tidaklah menakutkan seperti mereka berenam!
BUM!
Pintu terhempas kuat. Dark Knight langsung tidak berkutik, masih kekal kaku di kerusi mereka tanpa menghiraukan bunyi pintu yang terhempas dek angin. Aura dan suasana itu menyebabkan dua pasangan kembar itu hampir koma! Hah, tiada pengsan dah, koma terus!
Kriuk~
Rien menepuk dahi. Kenapalah di masa itu juga perutnya berbunyi? Perlahan-lahan dia menoleh memandang Pahlawan Kegelapan. Okay.... Nampaknya mereka masih kaku. Rien menghela nafas lega.
"Kenapa kau tak makan?" Ray membuka suara. Suaranya sedingin suhu di Kutub Utara! Eh?
Rien menggaru kepala. Dia memandang Violet, Star dan Aurora, meminta bantuan. Malangnya ketiga mereka sekadar memandang simpati. Alahai nasib...
••••
Mesyuarat khas antara ahli sihir diadakan buat kali kedua. Apa yang berbeza untuk mesyuarat kali ini ialah tabib juga dijemput. Mereka bertungkus-lumus mencari penawar buat dua orang putera mahkota yang terbaring kaku dalam kamar mereka. Usahkan magis cahaya, sihir kegelapan turut dicuba. Malangnya ia memberi impak besar.
Masing-masing merungut. Semua orang tertanya-tanya bagaimana Vladeric boleh menampung kesan sampingan mempelajari ilmu cahaya dan kegelapan serentak. Hendak buat macam mana, keturunannya mampu. Takkan nak bantah pula kan?
Klak...
Pintu besar itu dibuka perlahan. Semua orang berpaling. Wajah seorang gadis yang jelita menyapa pandangan. Semua orang tertanya-tanya.
"Hai, semua. Maaf mengganggu. Nama saya Driane Vledea Flamr. Kalian boleh panggil saya sebagai Riane." Riane tersenyum manis. Aura yang dibawanya mampu menenangkan semua orang yang ada. Bauan bunga yang harum menusuk deria. Sememangnya menenangkan.
"Siapa kamu? Kamu dari keturunan mana? Kerajaan mana?" soal seorang tabib dengan kerutan di dahi.
Tabib yang lain mulai berbisik-bisik. Para ahli sihir terdiam. Secara tiba-tiba ahli sihir yang ada berdiri lalu menunduk hormat.
"Selamat datang, Dewi Bunga!"
To be continued
Ahah, to be honest Rys terlupa yang chapter 46 dah siap. Rys ingatkan belum so Rys biar jelah. Eheh maaf.
If you found any typo in my story, don't mind them and I know you understand it. Ehek...
(๑و•̀ω•́)و Amacam dengan pangkat Dark Knight? Terkejut? Hah Riane ni kenapa pula digelar Dewi Bunga? Bukan angel pangkat rakyat biasa je ke? (๑¯ω¯๑)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top