TNKP | 44

  Ternganga pasangan kembar pari-pari dan pasangan kembar manusia-fantasi itu. Entahlah mereka berdua keturunan apa. Katanya syaitan. Ya eh? Hehehe...

  Sebuah istana kegelapan tersergam indah di hadapan mereka. Seperti yang dijangka, langit itu gelap. Tiada cahaya matahari langsung. Sekadar bergantung kepada cahaya bulan. Bintang yang berteraburan di angkasa sedikit sebanyak menambahkan lagi kecantikan angkasaraya itu.

  "Selamat datang, semua," ucap Delisya dengan senyuman. Okay.... Ini kali pertama Delisya berkata tanpa nada sarkastik. Ahaha...

  "Wow, cantik!" puji Rise. Dia berasa kagum akan keindahan alam itu. Walaupun sudah beberapa kali dia ke sini, eh kantoi! Tapi dia masih duka dan kagum setiap kali menjejak kaki ke sini.

  "Jadi... Mereka tinggal di istana?" soal Leo. Mata orennya tajam melihat demon yang berada di sekeliling mereka.

  "Yup!" jawab Ryssa dengan sengihan. Tubuh Rien dan Star dirangkul erat. Eh eh sesuka hati je budak ni.

  "Tuanku!" Seekor demon jenis ayam datang menghadap Putera Ray. Apa, nak gelak? Ingat ayam ni lemah ke? Sekali dia cakar dan patuk kau, meraung cari orang nak mengadu. HAHAHAHA.

  "Perintahkan para dayang menyediakan enam buah bilik buat mereka berenam," titah Ray.

  "Ehhh... Takpe-takpe. Saya dan Rien kongsi bilik sahaja," pintas Violet.

  "Kami berdua pun!" sahut Aurora dan Star.

  Ray memandang mereka. "Enam buah bilik."

  "Baik, tuanku!"

  Rien, Violet, Star dan Aurora memandang Ray dengan tajam.

  "Istana ni banyak bilik. Apa kau ingat depan sahaja? Istana ini besar kau tahu!" Ray memuji istana kerajaannya.

  "Dan kadangkala boleh tersesat," sampuk Kai. Aha, jangan tanya berapa kali dia tersesat semata-mata mahu mencari biliknya. HAHAHAHAHA.

  "Dah tu, kenapa beri enam bilik?" soal Aurora tidak berpuas hati.

  "Saja." Ray memasukkan tangannya ke dalam kocek. Ketibaan para dayang mengalihkan pandangannya. "Bawa mereka ke bilik."

  "Menjunjung perintah, tuanku!" Eh eh, kenapa macam lain eh? Oh ni bahasa istana Tanah Melayu! Eh Tanah Melayu atau Alam Melayu? Ehhhh sudah sudah.

  ••••

  Sudah seminggu dua hari mereka berempat tinggal di Kerajaan Demon. Rise dan Leo tidak dapat melawat pada minggu itu kerana mereka sibuk dan Rien serta Violet memahaminya. Star dan Aurora pula okay sahaja.

  "Ah, penatnya!" Star merebahkan tubuhnya ke atas katil empuknya.

  Dia, kembarnya, kembar syaitan itu dan Dark Knight baru sahaja pulang dari sebuah akademi yang digelar Dark Shadow Academy. Walaupun dirinya dan Aurora berasal dari puak cahaya namun mereka terpaksa menipu dengan memberitahu bahawa mereka ialah pari-pari kegelapan. Rien dan Violet pula tidak menyebut keturunan mereka. Kata mereka, rahsia.

  Hendak digelar syaitan, takut diusir. Hendak digelar puak cahaya, tang mana datangnya? Jadi dua gadis itu diam sahajalah. Nak kata manusia, mereka ada kuasa. Takkan datang dari Dunia Qyran? Setahu mereka, puak Dunia Qyran tidak belajar tentang dimensi mahupun teleport. Kesedihan!

  Tok... Tok....

  Star memandang pintu biliknya. Perlahan dia melangkah mendekati pintu itu lalu dibuka.

  "Ya?"

  "Cepat sikit, ada latihan," kata Ryn dengan dingin.

  Oh ya! Satu lagi perkara. Dark Knight ni memang dingin ya? Hari kedua mereka di situ, usah ditanya! Menggeletar lutut mereka menghadap Dark Knight!

  "Baik..." Star terus menuju ke bilik air, mahu membersihkan tubuh. Di sini, dia dan kembarnya belajar tentang sihir. Ada juga belajar tentang magis. Kalau boleh mereka mahu mencontohi Vladeric Neflos!

••••

  "Hiyyargh!"

  Star tersenyum melihat kesungguhan Rien dan Violet berlatih.

  "Rehat!" kata Ray. Semua bersorak riang. Siapa kata tidak penat menentang sesama sendiri?

  Star akui, Dark Knight mempunyai kebolehan yang setanding dengan Light Knight. Memang patut mereka digelar The Great Knights!

  "Hei, minggu ni kami semua agak sibuk. Korang tidak kisah... Kan?" soal Rez.

  Ah, walaupun Dark Knight sebeku air batu, namun mereka memiliki sisi baik. Seperti yang diamanahkan Leo dan Rise, keselamatan mereka berempat, Rien, Violet, Aurora dan dirinya, Star, dijaga dengan baik.

  Star, Aurora, Rien dan Violet belajar di kelas elit bersama Dark Knight. Bukan tidak mahu belajar di kelas lain, tetapi Dark Knight tidak membenarkan. Mereka ada membisikkan sesuatu yang menyebabkan dirinya dan Aurora berasa gentar. Rahsia yang tersimpan rapi dibongkar dengan satu petikan memori? Sedangkan mereka telah mengunci setiap memori agar tiada sesiapapun dapat membaca minda mereka!

  "Termenung apa tu?" soal Delisya.

  Star memuji Delisya dalam diam. Gadis itu bersifat seperti seorang kakak. Sepanjang dia di istana itu, sering kali dia melihat gadis itu mendidik pasangan kembar Ryn dan Ryssa tentang ilmu sihir. Kadangkala, dirinya dan Aurora turut serta.

  Bak kata Delisya, "Sihir dan magis adalah sama. Hanya niat dan tujuan yang membezakan."

  Siapa kata sihir itu hitam sahaja? Ada sihir putih juga! Jadi, Delisya mengajar mereka sihir putih. Malah, sihir putih itu dapat menangkis serangan magis mereka!

  (Psst, dalam kisah ni adalah eh. Sihir di alam realiti itu syirik. Kau jangan salah faham pula, aku tendang ke Pluto kang! Silap-silap masuk galaksi lain!)

  "Eh, takde apalah.." balas Star dengan senyuman. "Korang ada hal apa?"

  "Biasalah. Seorang dengan hal kerajaan. Seorang meronda kerajaan. Seorang melawat kerajaan. Seorang ke luar kerajaan. Seorang jaga beast guardians. Seorang uruskan akademi," balas Ryn ringkas. Er.. Ringkas ke?

  Ray dengan hal kerajaan. Rez melawat kerajaan. Delisya meronda kerajaan. Kai ke luar kerajaan. Ryssa jaga beast guardians. Ryn pula jaga akademi.

  "Err... Apa beza lawat dan ronda?" soal Violet hairan. Bukan sama je ke?

  "Memang sama pun cuma pada kami berbeza. Kalau tugas lawat, kau kena tinjau satu-satu rumah apa semua. Kalau ronda, kau jaga kerajaan. Tu ke. Agak leceh jugalah lawat kerajaan. Pfft..." Ryssa ketawa mengenangkan nasib Rez.

  "Apa gelak-gelak?!" marah Rez. Pipinya dikembungkan, tidak berpuas hati.

  Ryn menunjal pipi Rez. "Fikir comel?"

  Semua ketawa besar. Wajah Rez cemberut. Elelele...

  "Leceh lagi kerja aku tahu! Kena lihat satu demi satu laporan!" bebel Ray. Geran juga dia, mujur yang lain ada membantu kalau dia terlampau penat.

  "Kerja siapa paling senang?" soal Rien.

  "Kalau ikutkan, semua sukar dan leceh. Ray kena lakukan tugas sebagai putera mahkota dan bakal raja. Rez kena tinjau satu demi satu bangunan atau apa-apa yang wujud dalam kerajaan ni. Delisya ronda dan jaga kerajaan ni daripada sebarang ancaman.

  Aku kena ke luar kerajaan untuk memastikan beberapa hal dan kena pastikan kontrak perdamaian okay tanpa masalah. Ryssa kena jaga beast guardians yang ganas tapi bagi dia mudahlah. Ryn pula jaga akademi. Bukan satu je, tapi semua akademi di Kerajaan Demon. Jaga tu daripada segi memantau, tengok disiplin, prestasi akademi dan macam-macam lagi. Jadi, semua susah..." kata Kai dengan panjang lebar.

  "Wow... Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" tawar Star.

  "Ada! Tolong jangan buat masalah!" balas mereka serentak.

  Empat orang gadis itu membuat muka sebelum mereka tertawa.

  Hailah, hujung bulan memang sibuk bagi Dark Knight!










To be continued

Promote :
Lord Empero' | Heartbreaker
elvrosethrone

Seriously, story tu sumpah heavy gila tapi nice. Hiks, jemput baca guys.

Oh ya, salam tendang-menendang dan bunuh-membunuh khas daripada cik Lukary9703 kepada Rayyan dan L. Sekian....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top