TNKP | 43

  "Hei..."

  Rien dan Violet mengangkat wajah, melihat pasangan kembar Dark Knight.

  "Aku dan yang lain bakal meninggalkan kerajaan cahaya. Kau berdua... Nak ikut?" pelawa Ryn.

  Kedua mereka berpandangan.

  "Ba... Bagi kami... Masa.." balas Rien, gagap.

  "Okay tapi cepat sikit. Kami bakal meninggalkan tempat puaka ini pada petang esok. Kalau korang ikut, jumpa di taman akademi pada jam dua petang," pesan Ryssa pula.

  "Baik." Rien dan Violet berpandangan. Mereka akur. Entah apa keputusan yang paling bagus ketika itu.

  Ryn dan Ryssa melemparkan senyuman nipis kepada mereka sebelum berlalu pergi. Nafas berat dihela. Masing-masing berpandangan.

  "Vi... Vio nak ikut mereka... Ke Demon Kingdom?" soal Rien dengan serba-salah.

  "Emm... Vio tak tahulah... Vio keliru..." Violet tersenyum hambar. Fikirannya sungguh berserabut tika itu.

  "Hei..."

  Sekali lagi dua gadis itu mengangkat wajah. Rise, Leo, Aurora dan Star tersengih.

  "Kami dengar... Perbualan kalian berempat. Emm..." Star berhenti daripada terus meluah kata.

  "Kalau kau nak ikut mereka, kami okay je. Lagipun... Mungkin kebebasan kau ada di sana..?" sampuk Leo.

  "Kitorang tak tahulah..." rungut Violet.

  "Ikut sahaja gerak hati kau," nasihat Rise. Dia mengusap kepala Violet, bagaikan mengusap kepala adiknya sendiri.

  "Erm.. Vio?"

  "Hmm..?"

  "Ka... Kalau aku ikut diorang..." Kata-kata Rien terhenti.

  "Aku ikut!" sambung Violet dengan tegas.

  "Tapi... Kalau kau tak suka..."

  "Aku tetap akan ikut! Kau sahaja satu-satunya keluarga aku sekarang ni!" Suara Violet bertukar lirih.

  "Hei, korang. Aku ada satu tawaran. Korang mesti nak tahu bukti juga kan? Jumpa di tempat biasa tepat jam tiga petang. Okay?" tawar Rise dengan sengihan.

  Rien dan Violet mengangguk. Okaylah tu.

  "Jadi... Keputusan..?" sampuk Aurora.

  "Erm... Petang nantilah," putus Rien dan Violet.

••••

  Tepat jam tiga petang, keenam-enam mereka berkumpul di tempat biasa. Yang sebenarnya tempat biasa kepada Leo, Rise, Rien dan Violet berkumpul sebelum ke Secret Kingdom. Tentang Star dan Aurora pula, mereka berdua diheret oleh kembar demon beast itu. Err... Demon-Guardian-Beast..?

  Mereka duduk di tengah-tengah halaman yang lapang itu. Rise dan Leo berpandangan sebelum membacakan satu mantera. Entah mantera magis atau sihir.

  Cahaya kecil bersinar. Sebaik sahaja Rien, Violet, Star dan Aurora membuka mata, mereka agak terkejut melihat halaman kosong tadi dipenuhi dengan pentagram dan semestinya pentagram terbesar berada di tengah-tengah di mana ia menjadi tempat mereka berenam berdiri.

  Rise dan Leo mengundur diri dari pentagram. Sempat mereka menarik Star dan Aurora bersama, meninggalkan Rien dan Violet sahaja dalam pentagram itu.

  "Rien, Violet. Bawa pisau?" soal Rise.

  Kedua gadis itu mengangguk. Pisau lipat dikeluarkan dari poket. Rise sering berpesan agar membawa ia sebagai perlindungan.

  "Kelar sedikit tangan korang dan titiskan darah ke atas pentagram itu. Bacakan mantera yang aku ajar pagi tadi," terang Leo.

  Rien dan Violet berusaha menenangkan diri. Pisau yang tajam itu dirapatkan ke tangan lalu dikelar sedikit. Titisan darah dua gadis itu jatuh dan membentuk satu cahaya berwarna keemasan.

"Bangkitnya kami dengan hadirnya nyawa,
Terputusnya ikatan kami dengan sang keluarga,
Mencari kembali satu-satunya darah yang sama,
Dititiskan darah dan dibacakan mantera,
Demi mencari sebuah kebenaran,
Tulus dan ikhlas hati diukir,
Kini kembali dengan harapan."

  Cahaya emas itu mula mengelilingi tubuh Rien dan Violet. Mereka hilang di sebalik cahaya emas itu. Dan apabila ia menghilang, Rien dan Violet elok berdiri di saling berhadapan. Di hadapan mereka terdapat dua bebola kecil berwarna merah yang dikelilingi debu kuning dan biru lalu bercantum dan menghilang ke dalam tubuh dua gadis itu.

  Leo dan Rise bertepuk tangan.

  "Korang memang kembar." Rise tersengih.

  Rien dan Violet melepaskan nafas lega. Akhirnya, segalanya terbukti.

••••

  Sesekali mata Ryn dan Ryssa melirik ke arah gerbang utama taman itu. Mana tahu jika Rien dan Violet muncul. Malangnya, tiada. Tawaran mereka kepada kembar itu pagi semalam masih jelas di ingatan.

  "Hei, kau pasti mereka akan ikut?" soal Kai yang sedang memeluk tubuh.

  "Aku pasti. Ada sebab mengapa kami berdua pelawa mereka bersama dan aku tahu kalian tahu tentang sebabnya," jawab Ryssa. Hood di kepala dibetulkan. Dia turut memakai topeng muka yang melambangkan makhluk mitos, phoenix walaupun topeng itu sepatutnya dipakai oleh Ryn.

  "Ma.. Maaf..." Muncul Rien dan Violet selepas hampir lima minit menunggu.

  "Tak mengapa... Rez, Ray dan Lisya masih belum tiba," ujar Ryn. Kata-katanya sedikit-sebanyak menghilangkan gusar di hati kembar itu.

  "Adakah kalian bersetuju dengan kehadiran kami?" soal Violet, lurus.

  "Semestinya. Kalau tidak, kami akan biarkan sahaja kalian berdua di sini, menghadap kumpulan itu." Kai pula bersuara.

  "Hei, semua." Satu suara menyampuk.

  Mereka berlima berpaling ke belakang. Kelihatan kembar pari-pari, Leo dan Rise di situ.

  "Aku cuma nak cakap... Boleh tolong jaga dua orang ni sekali?" soal Rise dengan sengihan. Oh, okay lah tu daripada Leo yang wajahnya ketat dan dingin sahaja.

  "Oh... Okay." Ringkas balasan Ryn.

  "Maaf kami terlewat." Kini, Lisya, Ray dan Rez tiba di taman akademi itu. Mereka berpandangan.

  "Setahu aku hanya Rien dan Violet sahaja yang ikut. Korang kenapa?" soal Rez.

  "Star dan Aurora akan ikut," putus Ryn.

  Mereka akur sahaja.

  "Aku dan Leo tak tinggal di Kerajaan Demon, tapi setiap minggu kami akan datang melawat jika tiada hal," kata Rise.

  "Okay..."

  Mereka berdua belas berdiri membentuk bulatan. Lisya, Ryn dan Ryssa berdiri dengan jarak tiga orang di sisi. Dan yang lain berdiri di setiap jarak tiga orang. Tak faham?

  Ryn, Ray, Leo, Star, Ryssa, Rise, Aurora, Violet, Lisya, Rien, Kai dan Rez. Mereka membentuk bulatan mengikut nama itulah.

  Tangan dihala ke hadapan. Tenaga ditumpukan kepada tangan. Ryn diam sahaja. Ryssa dan Lisya sahaja yang menggunakan sihir teleport memandangkan Ryn memiliki kuasa itu. Sebuah portal muncul di tengah-tengah hasil gabungan sihir dan kuasa mereka. Tidak mahu membuang masa, Rez mendahului masuk ke dalam portal dan diakhiri dengan Ryn. Sebaik sahaja gadis itu melangkah ke dalam portal, maka hilanglah cahaya portal itu.

  Dan kini, mereka mempunyai kehidupan baharu di sebuah kerajaan kegelapan.








To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top