TNKP | 40
Rayyan merenung laut biru yang terhampar indah di hadapannya. Dalam diam, dia menghela nafas berat. Sungguh berat hatinya untuk membiarkan dirinya berada dalam Kerajaan Duyung di bawah laut biru itu.
"Fikir apa lagi tu, Rayyan?" tegur Permaisuri Sandra. Wajah anak tunggalnya dipandang dengan riak lucu.
"Anakanda tidak mahu ke sana, bonda," rungut Rayyan. Dia menyumpah seranah Kerajaan Duyung yang tiba-tiba mahu bertemu dengan bondanya.
"Apa-apa sahajalah. Mari ikut bonda." Tangan anaknya ditarik lembut. Saat mereka melangkah ke dalam air, tubuh mereka bercahaya dan bertukar.
Kalian ingat mereka bertukar menjadi duyung? Ternyata kenyataan itu salah sama sekali. Mereka bertukar menjadi naga air. Sisik biru yang bercahaya dan berkilat sungguh menawan hati. Para duyung yang terlihat mereka menunduk hormat, sedia tahu bahawa itu kerabat Kerajaan Naga. Naga laut yang turut berada di situ menundukkan tubuh gergasinya.
Setibanya Permaisuri Sandra dan Putera Rayyan ke dasar laut, mereka berubah menjadi kecil. Kalau mereka berada dalam saiz gergasi itu, pastinya Kerajaan Duyung musnah begitu sahaja.
"Mengumumkan ketibaan Permaisuri Sandra Henley Alexander dan Putera Rayyan Alexander dari Kerajaan Naga!"
Para dayang menunduk hormat. Kerabat diraja duyung bangun dari kerusi mereka, lantas menyambut kehadiran tetamu kehormat mereka. Mata Rayyan meliar mencari seseorang. Atau... Seseekor?
"Selamat datang, Permaisuri Sandra dan Putera Rayyan. Sila beristirahat terlebih dahulu. Makan malam akan dihidangkan pada jam lapan malam nanti." Raja Yvuott, raja puak duyung berkata.
"Terima kasih, tuanku." Permaisuri Sandra dan Putera Rayyan mengucap terima kasih biarpun mereka adalah antara keturunan yang disegani.
"Dayang, tunjukkan bilik khas untuk tetamu kita. Pengawal, iringi tetamu kehormat kita. Pastikan mereka sentiasa selamat!" titah Raja Yvuott.
"Tuanku, bolehkah patik berlatih pedang terlebih dahulu? Patik tidak rasa patik mahu berehat." Rayyan bertutur dengan penuh sopan.
"Dengan berbesar hati, tuanku," balas Raja Yvuott. Sekali lagi dia menitahkan pengawalnya membawa dan mengiringi putera itu ke gelanggang latihan.
Di sana, para pengawal duyung menunduk apabila ternampak dirinya. Ah, baru Rayyan. Belum 'kembarnya', Ray.
"Sesiapa mahu mencabarku berlawan pedang?"
Diam. Kesemua pengawal mendiamkan diri.
"Kalau begitu, biar aku sahaja yang memilih salah seorang daripada kamu." Rayyan tersengih sinis. Jumpa sahaja lawannya, terus dia ajak beradu. "Gunakan segala kekuatanmu, duyung."
••••
Rayyan mengelap wajahnya. Kini, dia sedang bersenang-lenang dengan tubuh manusia dalam laut itu. Ah, apa yang perlu dikisahkan. Dia mampu bernafas di dalam air kerana dia juga mampu menjadi naga air.
"Tuan putera!" Suara nyaring seseorang mengejutkan Rayyan. Jejaka itu dapat merasakan bulu romanya tegak. Alamak, bala sudah sampai!
Baru sahaja dia mahu melarikan diri, tubuhnya sudah didakap erat oleh seekor duyung. Rayyan hanya mampu menjeling dari ekor mata.
Puteri Eryua.
Cantik.
Sayangnya, gedik.
Tubuh Puteri Eryua ditolak kasar. Jangan risaulah, dalam air. Tak jatuh punya. Rayyan memejam matanya. Ekor Puteri Eryua yang berkilat dan bersinar dek sinaran cahaya sungguh mengganggu penglihatannya.
"Tuan putera... Sampai hati tuan..." rengek Puteri Eryua. Lengan Rayyan didakap erat. Malang buatnya sekali lagi, dahinya ditunjal. "Hei!"
Rayyan mengabaikan gadis duyung itu. Entah mengapa dia teringatkan siren. Erk? Tegak bulu romanya. Tapikan, Puteri Eryua lebih menakutkan berbanding siren.
Puteri Eryua yang tidak berpuas hati kerana ditolak terus mendakap dan cuba mengucup pipi Rayyan. Tolakan Rayyan tetap tidak menjadikan ia alasan untuk gadis itu berputus asa.
BUMMMMM!!
Puteri Eryua tersentak. Dia memandang kawasan di sekitarnya. Mata biru lautnya memandang wajah Rayyan. Tidak berani dia mahu menatap anak mata lelaki itu.
Rayyan meninggalkan Puteri Eryua yang masih terkaku. Keadaan di situ langsung tidak diambil tahu. Letupan berapi tadi mungkin sudah cukup untuk memberi amaran terhadap Puteri Eryua.
Malam itu...
Ketika itu, para kerabat duyung, Permaisuri Sandra dan Putera Rayyan sedang bersantap di meja makan. Keadaan di situ sangatlah sunyi.
"Ehem..." Raja Yvuott berdehem bagi menghilangkan perasaan sunyi itu. "Tujuan beta menjemput tuanku berdua ke sini bukan sahaja untuk makan malam bersama."
Permaisuri Sandra dan Putera Rayyan memandang wajah Raja Duyung itu. Kerabat duyung sudah tersengih-sengih.
"Sebenarnya... Beta mahu melamar Putera Rayyan Alexander dari Kerajaan Naga untuk menjadi suami kepada puteri bongsu kami, iaitu Puteri Eryua dan menjadi bakal raja untuk Kerajaan Duyung. Kami sungguh berbesar hati untuk mengadakan perkahwinan ini." Raja Yvuott tersenyum lebar.
PAP!
Meja makan itu ditepuk kuat. "Beta membantah!" Tiada panggilan 'patik'. Rayyan menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang putera.
Permaisuri Sandra menepuk perlahan bahu anakandanya. Dia mengelap mulutnya dengan lemah lembut. Tetapi... Ianya sementara sahaja. Pandangan tajam dilemparkan kepada Raja Yvuott.
"Beta tidak bersetuju." Permaisuri Sandra kelihatan menakutkan.
"Tapi mengapa?" Riak wajah Puteri Eryua tampak kecewa.
"Beta sudah mempunyai calon menantu buat keluarga beta," tegas Permaisuri Sandra.
Kerabat duyung terkejut. Rayyan usah ditanya. Hampir terkena serangan jantung. Eh, gurau gurau...
"Apa?!"
Puteri Eryua menjerit kuat.
"Dan... Itu salah satu sebabnya. Gedik, tiada adab..." Pedas Permaisuri Sandra menyindir.
"Erk?" Tersentap gadis itu. Terus dia duduk dengan sopan.
"... Hipokrit...." sambung wanita itu.
Prakk...
Dengar tak? Itu bunyi hati si puteri yang retak berderai.
"... Ratu drama..."
Dia seperti mahu menangis.
"... Cengeng..."
Rayyan ternganga. Kerabat duyung tidak dapat berkata apa. Kenyataan, tak dapat dibangkang.
Puteri Eryua benar-benar menangis kali ini.
Rayyan terkedu. Eh, ini sepatutnya dia yang ucapkan, kenapa bonda pula?
"Dan beta tidak suka seorang puteri, wanita atau gadis menjatuhkan maruah demi lelaki dengan cara menggoda."
Tamat.
Kerabat duyung menangis tak berlagu.
Putera Rayyan tersenyum kemenangan.
Permaisuri Sandra tersenyum senang. Dia tahu, inilah tujuan kerajaan ini menjemput kerabat naga.
Oh, sedihnya.
Hahaha bahagianya.
Dua kata hati yang berbeza.
Nampak sangat tidak secocok.
Wahai Permaisuri Sandra, sebagai penulis watakmu, aku berasa bangga. Hohoho...
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top