TNKP | 39

  Lisya mengepal penumbuk apabila dia dituduh oleh seorang pelajar bahawa dirinya telah mencuri sepasang anting-anting milik si pelajar. Wajahnya merah padam, menunggu masa mahu 'meletup'.

  "Cikgu, inilah pelajar yang mencuri anting-anting saya! Dahlah ianya hadiah daripada bapa saya! Hikss... Keji sungguh perbuatan dia ini!" kata pelajar perempuan itu dengan gedik dan penuh emosi. Matanya dilap perlahan umpama terdapat air mata yang mengalir. Eh eh dia ni... Lempang juga karang.

  "Delisya, saya harap awak boleh pulangkan semula anting-anting milik pelajar ini! Kamu baru masuk tetapi sudah mencari masalah dengan pelajar tahap tiga tahun tiga. Apa ini?" marah si guru tanpa usul periksa.

  Delisya sudah tidak tahan. Tuduhan ini sudah berlarutan selama lebih dari satu jam! Dia sangat geram ketika itu! Di kala dia mengangkat tangan, mahu menampar wajah pelajar itu dan menumbuk wajah si guru, hadirnya seseorang dan bersuara, mempertahankan dirinya.

  "Delisya tidak bersalah! Del tak curi anting-anting tu!" bidas si jejaka. Matanya mencerlung tajam, menikam anak mata si pelajar perempuan yang tidak sedar diri.

  Pelajar itu menggeletis gedik melihat Ray, antara jejaka kacak yang harus dimiliki! "Hai, sayang."

  "Pergi matilah dengan sayang kau tu! Hei, aku nak ingatkan kau! Ingat ni semula!!" Ray mengangkat kedua belah tangan. Kedua jari telunjuknya diletakkan di dahi pelajar perempuan dan guru itu. Serta-merta masa di akademi itu berhenti.

  Rez tersedar bahawa masa terhenti, begitu juga pengguna kuasa masa yang lain. Mereka berkumpul di pusat utama masa terhenti iaitu di tempat perbalahan antara Lisya dan guru yang mempertahankan si pelajar.

  Selepas beberapa saat, masa kembali seperti sediakala. Guru itu dan pelajar perempuan itu terpinga-pinga. Mereka memandang sekeliling dan ternampak beberapa orang pelajar berkumpul. Mereka berasa seperti masa dihentikan. Malahan, kepala mereka berdua berasa pening seperti ada sesuatu yang masuk ke dalam peti memori.
  "Apa kau buat hah?" marah si guru.

  "Aku hanya membawa kalian ke memori silam." Singkat balasan Ray.

  "Huh, entah-entah kau pengguna kuasa ilusi!" tuduh si perempuan.

  Ray mengepal penumbuk. Dengan pantas, Rez mengusap bahu sahabatnya.

  "Dia pengguna kuasa masa," sampuk salah seorang daripada mereka yang berkumpul.

  "Kami dapat lihat memori silam itu. Ternyata, kau yang bersalah!" tengking lelaki yang berada di sebelah Delisya.

  "Huh? Mana ada!!" nafi pelajar itu.

  Guru itu terdiam. Jarang... Salah. Tidak pernah lagi dia melihat seorang pengguna kuasa masa dapat mengumpulkan pengguna kuasa masa yang lain hanya dengan memberhentikan masa. Dia dapat merasakan bahawa pelajar lelaki di hadapannya itu bukanlah calang-calang orang. "Siapa kamu?"

  Ray tersenyum sinis. "Tak perlu tukar topik. Kau, perempuan! Ikut aku!" Ray menarik kasar tangan perempuan itu.

  Gadis itu meronta-ronta mahu melepaskan diri. Guru itu sekadar mendiamkan diri. Panahan mata Delisya seolah-olah membekukan dirinya. Delisya terus meninggalkan tempat itu, mengekori Ray dan pelajar perempuan itu.

••••

  "Woi!" Ryn terjerit tatkala begnya dirampas oleh sekumpulan lelaki. Dia merengus. 'Sekolah elit yang bermasalah!' desisnya.

  Kalau bukan kerana misi, takkan dia jejakkan kaki ke akademi ini. Akademi di kerajaannya lebih baguslah! Disiplin terkawal! Sejahat atau sekejam mana pun mereka, disiplin, nombor satu!

  Oh, pernahkah mereka beritahu apa misi mereka? Misi mereka sama sahaja dengan kumpulan cahaya, iaitu mencari pewaris seterusnya. Untuk rampasan guardian itu semua, ianya sekadar misi sampingan. Demi kebaikan negaralah katakan. Ahaha...

  "Pulangkan beg aku." Ryn berkata dengan nada yang tegas. Tangannya diseluk ke dalam poket hoodie.

  Kumpulan nakal itu ketawa sinis.

  "Perempuan macam kau nak arahkan kitorang? Tch, sedarlah diri tu sikit!" ejek salah seorang daripada mereka.

  "Entahnya. Eh, apa kata kita jual je dia kepada pasaran gelap! Nak?" cadang rakannya.

  "Hmm... Okay."

  Ryn merasakan bahawa kumpulan itu terdiri daripada puak vampire. Yang memberikan persetujuan pula ialah ketuanya.

  "Dapatkan dia." Si ketua tersengih.

  Ryn melorek senyuman sinis. Hoodie di kepala diperkemaskan dan topeng mukanya dibetulkan. Kasut but bertumit dihentak perlahan ke lantai.

  Lawannya sudah bersedia. Kekuda mereka dibuka dan dalam kiraan tiga, mereka menyerbu ke arah Ryn.

  Ryn melompat tinggi dan berlari pantas. Pergerakannya tidak dapat ditangkap mata kasar. Kali ini, dia tidak bermain dengan sihir. Kelebihannya sebagai ahli Demon Power a.k.a Demon Knight juga tidak digunakan. Ryn sekadar berlawan dengan apa yang dia belajar dan berlatih selama ini. Pergerakan vampire itu tidak dapat menandingi kepantasannya.

  Kuasa, langkah, kelajuan dan kekuatan langsung tidak menyamai dirinya sebagai tentera elit Kerajaan Demon. Satu demi satu lawannya tumbang. Lawannya mulai gerun kerana pergerakan Ryn tidak dapat dilihat sekaligus menyebabkan mereka berasa seperti nyawa mereka bakal ditarik pada saat itu juga.

  Tidak sampai sepuluh saat, sembilan orang lawannya tumbang. Si ketua terkedu. Dia menapak perlahan ke belakang.

  "Cari aku?"

  Ketua itu terkejut. Dia cuba melarikan diri dan mahu menukar rupa kepada kelawar. Sayangnya,

  "Kau takkan dapat lari daripada malaikat maut."

  ZASS!!

  Sepuluh kepala bergolek di atas tanah. Darah memancut dan terpercik di sana-sini. Ryn melorek senyuman. Begnya dicapai dan dia berjalan pergi.

  "Dia... Pembun—"

  ZASS!!

  Kepala itu tergolek dalam keadaan matanya terbeliak. Ryn sekali lagi tersengih.

  ••••

  Sementara itu, Putera Rayyan, Putera L dan Putera Hanz sedang bertarung di medan latihan di istana.

  "Apa pendapat kau tentang kehadiran kumpulan kegelapan itu?" soal Hanz secara tiba-tiba. Pergerakannya semakin perlahan dek kepenatan.

  Akhirnya, ketiga-tiga mereka terduduk kepenatan. Manakan tidak, mereka berlatih sejak pagi tadi sehinggalah tengahari. Hari ini, mereka tidak hadir ke akademi memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai urusan rasmi di bandar Angel.

  "Hmm... Mereka itu menyemak sahaja di Kerajaan Cahaya."

  L mengangguk setuju dengan pendapat Rayyan. Hanz tersengih.

  "Agak-agak apa tujuan mereka ke sini?"

  Rayyan dan L mengangkat bahu. Malas mahu berfikir di saat mereka kepenatan.

  "Eh, tu Rien dan Vio kan?" Mata Rayyan meruncing melihat dua sahabat itu bersiar-siar di bandar.

  "Bukan sekarang waktu belajar ke?" soal Hanz, hairan.

  "Star dan Aurora pun ada?" L terkejut.

  Putera-putera itu terus memandang langit. Eh, sudah gelap? Dah nak masuk waktu maghrib. (Lol)

  "Eh, aku balik dululah. Aku kena teman bonda ke majlis di Kerajaan Duyung. Argh, aku benci duyung," rungut Rayyan.

  Terus Hanz dan L ketawa terbahak-bahak. Siap menepuk bahu Rayyan lagi.

  "Semoga tahan dengan Puteri Eryua tu..." kata L disambung dengan tawanya yang masih bersisa.

  Rayyan menggeliat tatkala terdengar nama 'Puteri Eryua' itu. Puteri duyung yang gedik! Dia benar-benar tidak tahan!

  "Sebagai ahli sihir, takkan kau tak mampu lakukan sesuatu?" sindir Hanz.

  Rayyan berfikir sejenak. Kemudian dia memetik jari. "Aku tahu!"

  "Apa?" Serentak Hanz dan L menyoal.

  Rayyan tersengih sinis.











To be continued

Ramadhan tiba... Ramadhan tiba... Ramadhan tiba... Marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan, marhaban ya Ramadhan...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top