TNKP | 38

  Dua hari selepas itu...

  The Magical Academy menerima lagi enam orang pelajar baru. Mereka dipindahkan masuk ke dalam kelas pertama manakala pelajar-pelajar kelas pertama kebanyakannya... Atau lebih tepat, semuanya kecuali Rien, Leo, Star dan Aurora berpindah ke kelas kedua. Sebab mereka tidak selesa. Lebih-lebih lagi apabila Violet dan Rise berpindah ke kelas pertama. Syakila dan Kayla juga naik ke kelas pertama.

  Kini, kelas pertama diduduki oleh para pelajar yang tidaklah mereka ketahui bahawa mereka saling berkaitan.

  Rien, Violet, Star, Aurora, Leo, Rise, Louis, Rayyan, Hanz, Hanza, Ray, Rez, Kai, Lisya, Ryn  Ryssa, Syakila dan Kayla. 18 pelajar yang saling berkaitan.

  Identiti Dark Power a.k.a Dark Knight disembunyikan sebagai puak vampire di akademi itu tetapi dengan selambanya dibongkarkan sebagai half devil di hadapan Light Knight.

  "Apa tujuan kau ke mari?" soal Rayyan dengan nada suara yang keras dan dingin.

  Kai bermain dengan ilusinya yang menyebabkan orang lain melihat kumpulannya sebagai puak puntianak. Tiada masalah bagi mereka. Ilusinya cukup kuat dan hebat kerana lelaki itu setanding dengan puak cahaya di mana mereka juga di tahap empat.

  "Kalau kami beritahu tujuan kami, tidakkah ia akan memperlihatkan kebodohan kami," balas Rez dengan selamba.
  "Kau sudah pun bodoh, tonjolkan sahajalah kebodohan kau itu. Perkara boleh dibongkaran, buat apa untuk disembunyikan." L tersenyum sinis.

  "Tuanku Louis, tidak terlalu kasarkah bahasa tuanku sebagai seorang bakal pemerintah Kerajaan Angel?" sindir Ray yang sedang berpeluk tubuh.

  Rien, Violet, Star, Aurora, Syakila, Kayla, Leo dan Rise sekadar diam memerhati. Ia bukanlah urusan mereka, tidak perlu masuk campur.

  "Diamlah kau! Dasar pengkhianat!" jerkah L tanpa segan-silu.

  "Malangnya.... Cahaya yang suci menuduh tanpa bukti? Kasihan..." Kai menggeleng kepala sambil berdecit. Sungguh menganjing. Hahaha...

  "Empat melawan enam?" sindir Ryn. Dia ketawa sinis. Baginya, ia sungguh kelakar.

  "Cahaya mampu menewaskan kegelapan!"

  "Tetapi jangan lupa. Kekuatan dan kebijaksanaan turut memainkan peranan... Aku dapat rasakan cahaya di tubuh kalian tidaklah begitu kuat. Sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kegelapan... Siapa ya?" Ryssa juga ketawa sinis. Jarinya diketuk-ketuk di meja.

  Star dan Aurora terdiam. Begitu juga dengan Hanz dan Hanza. Pasangan-pasangan kembar itu sedikit tersinggung lebih-lebih lagi Star, Aurora dan Hanza. Hanz menepuk belakang Hanza bagi menenangkan gadis itu.

  Para pelajar yang melalui kelas pertama berasa gerun melihat aura yang keluar. Aura yang berwarna-warni, aura putih dan juga aura kegelapan. Bercampur-campur kesemua aura itu. Guru-guru juga tidak mahu tampil ke hadapan sebaliknya bersembunyi di sebalik kuasa.

  BUM!

  Pintu kelas itu dihempas kuat. Tingkap tertutup rapat. Kuasa para pelindung bersatu untuk mengunci bilik itu.

  Pap!

  Rayyan memetik jari seraya memejam matanya. 17 pelajar yang lain turut memejam mata. Apabila mereka membuka mata, pemandangan indah menjadi tatapan. Mereka berada di tengah-tengah hutan yang di mana terdapat sebatang sungai, sebuah kolam yang agak besar, sebuah air terjun dan beberapa lagi perkara yang menenangkan jiwa.

  "Selamat datang ke dimensi ini." Rayyan tersengih di sebalik cloak yang dipakai.

  Kini, Kai pula memetik jari lalu sebuah meja bersaiz agak besar dan beberapa buah kerusi yang cukup-cukup 18 buah muncul. Dia turut memejam mata membayangkan sesuatu. Beberapa pinggan makanan dan beberapa gelas serta teko minuman turut muncul. Ah gabungan yang bagus.

  Rayyan dan Kai tersenyum sendiri. Dalam fikiran Rayyan, dia agak kagum dengan kuasa ilusi Kai yang berjaya direka di dimensi itu.

  "Apa kita buat di sini?" soal Rien dan Violet serentak.

  Leo dan Rise sudah pun duduk di kerusi yang tersedia lalu 'membaham' makanan yang dicipta. Kuasa ilusi Kai sangat istimewa di mana dia boleh menjadikan ilusi itu sebagai perkara yang nyata. Seperti makanan itu, sekadar ilusi tetapi telah dimunculkan sebagai makanan yang sebenar.

  "Hmm... Aku nak cabar kalian untuk bertarung dengan kumpulanku. Bagi mencukupkan ahli, Leo dan Rise akan menyertai kami..." kata L tanpa ragu-ragu.

  Saat L menghabiskan kata-katanya, terus tawa Leo dan Rise meledak. Light Power atau lebih dikenali iaitu Light Knight sebagai pahlawan elit kerajaan mengerutkan dahi. Dark Knight juga melepaskan tawa sinis. Mereka semestinya memahami mengapa Leo dan Rise ketawa. Malangnya, Rien, Violet, Star, Aurora Syakila dan Kayla terpinga-pinga melihat mereka.

  "Kenapa korang gelak?" soal Light Knight, serentak.

  "Jangan polos sangat boleh? Kau nak kami berdua tolong korang kalahkan kumpulan kegelapan ni? Ah, maaflah. Aku tak berminat." Leo tersenyum sinis. Walau dia tahu akan hakikat sebenar, memang taklah nak lawan sekarang!

  "Eh, kau ke—"

  "Pewaris pelindung puteri pahlawan malam meminta dan merayu bantuan entah siapa-siapa? Memalukan..." Rise mengukir senyuman kecil.

  "Tch.. Korang ni penge—"

  "Fikir sebelum bercakap. Siapa pengecut yang sebenar? Aku atau kau? Meminta 'bantuan' untuk kalahkan ahli kegelapan seramai enam orang sahaja. Kata cahaya boleh kalahkan kegelapan. Jadi, apa masalah kau orang untuk kalahkan mereka berenam? Heh, kalau lawan enam orang pun dah takut, macam manalah korang nak hadap perang dunia nanti," sindir Leo dengan sinis. Cukup untuk meninggalkan bekas di hati ahli cahaya.

  "Korang ni kerabat kan? Bakal pewaris kerajaan. Fikirlah. Aku tak tahu apa akan jadi dekat kerajaan korang, dekat dunia ni. Kalau sikap korang, masih macam ni!" marah Rise.

  Hanza diam. Dia tiada kaitan langsung. Ahah... Kasihan tiga putera itu, dimarahi Leo dan Rise.

  "Dan korang. Aku puak cahaya atau kegelapan, itu tak penting. Yang pasti, aku nak dunia ni selamat. Ingat ya, sekali dunia ni dalam bahaya,  aku tak jamin korang boleh selamatkan. Usaha diperlukan. Jangan fikirkan ego. Pertaruhkan dunia demi ego antara dua puak? Heh, tak matang."

  Kata-kata Leo dan Rise bukan sekadar perkataan biasa. Setiap patah perkataan membawa satu maksud tersirat. Hanya akal sahaja dapat memahami.

  Puak cahaya dan kegelapan itu tertunduk.

  "Err... Janganlah jadikan keadaan tegang sangat. Mari kita berseronok sementara masih boleh. Kalau bukan sekarang, Star pasti kita akan sibuk di akademi nanti," sampuk Star dengan suara lembut.

  Rez yang kebetulan berdiri di sebelahnya menggosok kepala gadis pari-pari itu. Mata Star terbuntang.

  "Hei!"

  Rez dan ahlinya yang lain ketawa berdekah. Ceh, dasar kek keju!

••••

  Satu gerangan yang memakai cloak hanya berdiam di atas bumbung akademi yang umpama istana itu. Matanya tajam memerhatikan satu tempat. Tak lain tak bukan, kelas pertama tahun satu.

  "Tch..." Dia berdecit. Matanya dipejam, mahu berkomunikasi dengan seseorang.

  'Kau ingat senang mahu pecah masuk?!'

  '....'

  'Heh, walau ke mana pun mereka, aku pasti dua orang keturunan penyihir itu akan bawa tongkat sakti mereka ke mana-mana sahaja.'

  '....'

  'Ah, aku buat lain kali sahajalah. Ketiadaan diorang tidak memberi maksud aku mampu pecah masuk kelas itu. Satu tapak aku cuba dekat, seratus langkah aku tercampak jauh!'

  '....'

  "ARGH!" Telepati diputuskan. Dia berasa agak tertekan. Misinya adalah untuk memecah masuk kelas pertama tahun satu itu untuk mendapatkan tongkat sakti milik dua orang penyihir terhebat itu. Tapi, malang. Kelas itu seolah-olah telah 'dijaga'. Dia langsung tidak mampu mendekati! Setapak ke hadapan membawa erti kesakitan! Sepuluh tapak ke hadapan membawa erti kematian! Bukan sahaja melayang, malahan ada satu aura yang menyerap tenaganya. Sudahlah dia bukannya kuat sangat. Silap-silap, dia yang bakal mati!

  "Hei, siapa kamu?" tegur seseorang.

  Si dia tersentak lalu pantas melompat pergi. Pelajar itu termangu-mangu. Ah, lantak.

••••

  Kembali ke dimensi Rayyan...

  Keadaan yang tegang dan tidak menyelesakan itu bertukar. Kini, mereka sedang berseronok. Kecuali pasangan kembar perempuan angel iaitu Syakila dan Kayla. Mereka sekadar merenung yang lain bermain-main dan melakukan aktiviti.

  "Erm... Syakila, kau tak bosan?" soal Kayla.

  "Bosan juga..." balas Syakila.

  "Kalau bosan, jangan membatukan diri macam kau tak wujud," sindir Ryssa yang kebetulan melalui kawasan itu. Dia mahu menuju ke kolam air panas yang berada di dimensi itu.

  Kembar itu berdecit.

  "Hui, marilah berseronok juga!" panggil Violet. Dia merenjis air ke arah Aurora.

  Nampaknya, Hanza, Rien, Violet, Star, Aurora, Ryn dan Ryssa serta Lisya semakin rapat. Kecuali Syakila dan Kayla yang seperti menjauhkan diri. Tidak selesa kata mereka.

  "Takpelah, Violet. Kami mahu bersantai seketika." Kayla tersenyum manis.

  Violet tersengih. "Baik! Ryssa, marilah!"

  Ryssa mengangguk. Dia berlari lantas melompat ke dalam kolam dan menyebabkan air itu berkocak mengenai yang lain. Habis dia dibuli selepas itu. Tidak kiralah puak cahaya atau kegelapan. Benarlah kata Star, itu sahaja peluang mahu berseronok. Sekembalinya mereka ke Dunia Fantasi, pasti mereka sibuk.

  Di kolam air panas lelaki...

  Keadaan di sana agak rumit dan... Pelik..? Oh, tidak selesa juga. Masing-masing bertatapan tajam antara satu sama lain.

  Leo dan Rise menepuk dahi.

  "Hoi, gay ke hah?" soal Rise dengan ayat yang meminta penumbuk itu.

  "Choiii mulut kau!!" marah Ray, Rez, Kai, Rayyan, L dan Hanz.
  Leo dan Rise tersengih. "Yelah, pandang macam nak makan!" kata mereka serentak.

  "Bodoh!" Mereka berenam terus membelasah kedua jejaka kacak itu.

  Ceh....




















To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top