TNKP | 36

Meh Rys selesaikan kekeliruan anda. 😂

Rys - Me (author)
Ryssa - Demon
Leo - Guardian
Zodiak Leo - Zodiak bintang Leo

Okay dah faham? 😂Maaflah ya..

••••

  Para kerabat Demon Kingdom terduduk. Ada yang berbaring, ada yang berguling, ada yang tergolek. Tak lain tak bukan Kai, Rez dan Ray. Para gadis pula terduduk, bersandar di sebatang pokok. Kini, mereka sedang berehat selepas menjalani latihan ketenteraan.

  Selepas lama berdiam diri, akhirnya Ryn membuka mulut memecahkan kesunyian.

  "Korang, ingat lagi tak tentang 'mereka'?" soalnya.

  "Hah? Siapa tu?" soal Lisya dan Ryssa dengan polos. Okay bukan.. Lupa sebenarnya.

  "Puteri?" teka Ray.

  "Yup!"

  "Oh, puteri! Kenapa?" Kai tertanya-tanya.

  "Agak-agak mereka di mana? Puak cahaya cari mereka tak?"

  Semua berdiam diri. Masing-masing mengangkat bahu.

  "Nak lindungi mereka ke?" Soalan maut terluah dari bibir Ryssa.

  Terdiam, terpempan, terkedu, terpana—. Semualah!

••••

  "Kita perlu dapatkan hak kita, Syakila!" marah Kayla.

  Syakila menepuk meja dengan kuat. "Aku tahulah! Sabarlah! Aku tengah fikir rancangan.."

  "Kita keturunan pemerintah dunia. Kembar puteri yang dicari-cari!" bidas Kayla.

  Syakila mengusutkan rambutnya. Stres dengan si adik! Eh, adik eh? Ke kakak? "Kita perlu ilmu magis lagi! Supaya kita boleh lindungi penduduk dunia ini!"
 
  Kayla tersenyum. "Betul tu! Tu yang aku nak dengar dari tadi.. Jadi kita akan ke akademi. Nak akademi yang mana?" Kata-kata Kayla umpama ujian masuk ke akademi mudah seperti petik jari.

  "Entah.. Akademi yang bagus..?"

  Kayla berfikir sejenak. "Hah! The Magical Academy, terletak di Kerajaan Pari-pari!"

  Syakila bersetuju. Mereka mula mengemaskan barangan. Mahu bersiap sedia untuk ke kerajaan itu. Mahu menuntut ilmu demi keturunan dunia! Dunia memerlukan mereka.

  Usai berkemas, pasangan kembar itu keluar dari rumah pula. Mereka mahu membeli barangan yang sudah habis. Takkanlah nak ke sana macam tu je.

  "Syakila, tengok ni! Lawa!" Kayla tersenyum teruja. Sepasang sarung tangan yang dihiasi permata dan corak-corak yang menawan menjadi perhatian. Nenek tua di hadapan mereka berkerut dahi.

  "Hmm.. Permata yang cantik.. Tidak terlalu sarat. Corak halus yang menawan.. Nek, berapa harga sarung tangan ni? Ada sepasang je ke?" soal Syakila.

  Nenek itu menggeleng. "Gnuras nagnat ini nakub kutnu laujid!" (Sarung tangan ini bukan untuk dijual!)

  "Erk.. Bahasa apakah.." Syakila dan Syakila menggaru kepala. "Lantaklah.." Kedua mereka berlalu meninggalkan nenek tua itu.

  Dalam diam, nenek tua itu menggelengkan kepala. Senyuman sinis terukir cantik di bibirnya. Penduduk di sekelilingnya berkerut dahi melihat gadis cantik yang tersenyum macam orang gila.

  Benar, pandangan pasangan itu membuatkan gadis cantik itu kelihatan tua. Tandanya..?

••••

  "Star~" Suara Aurora mendayu-dayu memanggil si kembar yang dikelilingi cahaya kekuningan.

  Star yang sedang fokus mula terganggu. 'Tch.. Tak guna kau, Aurora..' desisnya tatkala suara rayuan Aurora semakin menjadi-jadi. Akhirnya, Star mencelikkan mata dan memandang si kembar dengan renungan membunuh.

  Aurora tersengih. "Aku lapar. Teringin nak makan arnab goreng. Jom!" Gadis itu menarik tubuh Star agar bangun dan mengikutinya ke pekan.

  "Aku nak tingkatkan kuasa aku, Aurora.." tegur Star.

  "Alah.. Nanti kita ke akademi.. Eh? Hah, apa kita ke akademi di kerajaan ni! Akademi elit kan? Kita berpangkat pendamping puteri dan pendamping guardian!" Aurora tersengih teruja.

  Star mengerutkan dahi. "Tak cukupkah kita ke akademi biasa?"

  "Cukup tapi... Ramalan mengatakan akan berlakunya peperangan besar antara puak kita dan puak... Syaitan. Tak nak tingkatkan kuasa? Star, ingat. Kita berketurunan yang berkaitan dengan puteri. Kalau kita lemah, macam mana nak lindungi puteri? Lindungi keturunan kita?" Aurora berhujah panjang lebar.

  Star terpana. "Pertama kali kau sokong puteri.."

  Aurora tersengih. Wajahnya memerah. "Err.. Hehe.. Jomlah ke pekan, kita makan arnab bakar!"

  "Eh, tadi kau nak arnab go—"

  "Selera boleh tukar, sis!" gurau Aurora.

  Star menggelengkan kepalanya. Mereka bertukar saiz kepada saiz pari-pari kecil. Tidak mahu menyesakkan jalan. Sayap dikepak lalu mereka terbang pantas ke pekan.

  Sebaik sahaja tiba di sana, Aurora terus menerjah masuk ke dalam restoran kegemarannya. Si gadis pelayan yang sudah tahu akan meja kegemaran pasangan kembar itu tersengih.

  "Kamu bernasib baik, Aurora. Meja kamu tidak ditempah kerana saya tidak memberi sesiapa duduk di situ."

  "Hehe.. Macam tahu-tahu sahaja yang saya dan Star akan ke sini.." balas Aurora.

  "Kamu lupakan, Aurora? Saya mempunyai kuasa memanipulasi masa.. Saya selalu melihat masa depan untuk menguruskan restoran ini dengan lebih mudah.." Si pelayan tersenyum. Dia mempunyai kuasa masa dan healer. Sesuai dijadikan pasangan lebih-lebih lagi pasangan hunter. Gadis ini juga cantik dan lemah-lembut.

  "Gracia, kamu tahu apa yang kami mahu?"

  "Tentulah.. Dua pinggan daging arnab bakar, dua mangkuk sup, secawan teh dan segelas susu. Betulkan?" Gracia tersenyum manis.

  "Bingo!" Star dan Aurora berkata serentak. Tawa tiga gadis itu meletus.

  Gracia berlalu pergi apabila dipanggil oleh rakan sekerjanya. Star dan Aurora kembali berbual-bual dengan ceria.

  "Aurora.."

  Aurora berpaling. "Ya?"

  "Aku setuju.. Kita akan ke akademi itu. The Magical Academy!"

  Aurora terngadah seketika. "Serius?!"

  Star mengangguk. Tangan si adik digenggam erat. "Walau apa pun yang terjadi, aku tak nak kehilangan kau. Kau.. Satu-satunya keluarga yang aku ada.."

  Aurora menitiskan air mata. "Hm! Kita akan belajar bersama-sama! Tingkatkan kemahiran dan saling melindungi!"

  Semua orang.. Er... Semua pari-pari di dalam kafe bersorak. Kedua kembar itu terkedu. Walaupun status, pangkat dan darjat mereka tidak diketahui dan kekal menjadi rahsia, mereka tetap disokong ramai. Kedua mereka menangis kegembiraan.

Rys : ...

••••

  Rien dan Violet jatuh terduduk. Mereka merasakan perasaan yang sukar ditafsir dan perasaan itu sangat tidak menyelesakan! Aura kegelapan.. Semakin menghampiri. Mereka memegang dada.. Jantung berdegup pantas. Sakit mula menyerang! Mereka berdua terbatuk. Kedua gadis itu berpegangan tangan. Tangan yang sebelah menekup mulut. Kelihatan darah di tapak tangan mereka.

  "Uhuk!"

  Rise dan Leo yang kebetulan lalu di situ terkejut. Mereka memapah kedua gadis itu ke bilik rawatan. Pegangan tangan mereka berdua terlerai. Sebaik sahaja ikatan itu terputus, keduanya rebah dalam pelukan guardians disaksikan Light Power.

  Di saat itu juga, para pelajar akademi agak terkejut. Ada yang memendam rasa melihat adegan itu. Beberapa pelajar berbisik-bisik. Ada yang mengatakan gadis-gadis itu berlakon sakit. Ada yang mengatakan jejaka-jejaka itu menunjuk hero.

  Dan ketahuilah, di saat itu ada yang memendam bara dendam dan api cemburu.








To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top