TNKP | 33
Holla guys! Ehek... Rya nak bagitahu something ni. Okay, actually Rys pening dengan cerita sendiri. Ehekk.. Jadi, Rys nak 'restart' semula cerita ni. I mean jalan cerita.
Sebelum ni Rys kata L dari Kerajaan Kilat right? And Kerajaan Angel dan Diamond Kingdom tu milik puteri kembar, kan? Okay, just anggap Kerajaan Kilat tak wujud.
Maksud Rys, anggap, Angel Kingdom tu kerajaan asal kerabat L. And, diorang (kerabat Dragon dan kerabat Angel) hanya jaga Kerajaan Diamond.
So, anggap je Kerajaan Kilat tak wujud, cuz ni bukan Dunia Elemen. Hehehe... Oh, rakyat Diamond Kingdom ni merupakan rakyat kacukan angel dan fairy. Perkara ni tak salah but kalau diorang nekad nak kahwin, kena mulakan kehidupan baharu di Diamond Kingdom. Rakyat di situ pun tak ramai sangat since kebanyakan kahwin dengan puak sendiri. Oh, ada juga kacukan fairy-guardian.
Pasal tempat tinggal Star dan Aurora.. Mereka tinggal di Fairy Kingdom. Dimensi tu pula dimensi ciptaan kembar pari-pari tu. Kadang-kadang mereka tinggal di sana.
Faham? Ehehehe...
••••
Violet melakukan sedikit regangan. Dia bakal berlawan dengan Hanza. Ketika Violet melakukan lompat bintang, kakinya terseliuh menyebabkan Violet terjatuh. Gadis itu berdecit.
Kakinya diurut perlahan. Jeritan kecil daripada Violet kedengaran. Violet mengomel perlahan.
"Adeh. Macam mana nak lawan Hanza ni? Dia tu dahlah kuat.." rungut Violet. Kakinya dilunjurkan ke hadapan. Kemudian, dia berdesis sakit.
"Hmph! Payahlah!" Kaki kirinya diusap perlahan. Tak lama selepas itu, cahaya biru keunguan keluar dari tapak tangannya. Bengkak pada kaki kirinya mulai surut.
Violet ternganga. "Ah.. Ni mesti ada orang heal aku dari jarak jauh," ucapnya, cuba menyedapkan hati yang gelisah.
Takkanlah dia salah seorang penduduk dunia itu... Kalau Rien bukan sebahagian daripada mereka?
Violet menutup matanya. Hatinya cuba ditenangkan. "Tarik nafas... Hembus... Fuh.."
••••
Hanz memandang gelagat kembarnya yang sedang berlatih bersungguh-sungguh.
"Hanza! Kau tak perlulah belasah habis-habisan bila berlawan nanti! Nanti habis si Violet kau belasah!" Hanz memberi peringatan.
Hanza sekadar menjeling jejaka kacak itu. Hanz terdiam. Sejak kebelakangan ini, perangai gadis itu sudah berubah. Lain daripada kebiasaan.
Dia dingin. Dia kejam. Dia pendiam. Dia menakutkan.
Tadi, salah seorang pelajar yang membulinya 'ter'langgar dia, terus dia mengamuk. Aura kuasanya dilepaskan. Hanz, si kembar dapat merasakan satu aura.
Aura kejam yang semakin bercambah dalam diri Hanza.
Dia tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Kalau tidak.. Hanza akan dibunuh, atas dasar tidak mahu ada pembelot.
Oh, hanya Demon Kingdom je yang tahu tentang cara kedua merawat devil. Campak dalam hutan suci. Itupun hasil eksperimen. Ehek.. Err.. Lebih tepat, kerabat Demon Kingdom. Memang mereka je yang tahu, sebab Lisya, Ray, Rez dan Ryn sanggup campak diorang dalam hutan tu semata-mata nak sembuhkan Rys dan Kai. Malangnya, darah demon sudah pun sebati dalam tubuh. Redha jelah.
"Hanza, berhenti! Kau akan jadi syaitan!" jerit Hanz. Dia berlari lalu menahan tubuh Hanza.
Hanza meronta mahu melepaskan diri. "Lepaskan aku!"
"Berhenti!!" jerkah Hanz apabila rontaan Hanza semakin kuat.
Hanza semakin lemah. Dia jatuh terduduk, menarik Hanz bersama. Air matanya mengalir. Hanz membuka kaca mata adiknya.
"Kenapa... Kenapa..." rintih Hanza. Air matanya yang mengalir tidak dihiraukan. Tubuh kembarnya dipeluk erat.
"Lepaskan segalanya, Hanza. Aku sentiasa ada dengan kau.." pujuk Hanz. Wajah gadis itu ditatap seketika. Air matanya dilap dengan ibu jari.
"Tsk... Hikss... Kenapa..? Kenapa mereka ejek kita? Hina sangat ke kita ni? Kerabat diraja angkat? Tsk... Hikss.." Tangisan Hanza pecah sekali lagi. Dia menangis di bahu Hanz.
Hanz menggeleng. "Kita bukan kerabat angkat. Ingat tu.. Darah keluarga diraja tetap mengalir dalam tubuh. Kita keturunan angel. Ibu kita ialah adik Uncle Zach.. Dia pakcik kita." Hanz mendedahkan rahsia sebenar.
Hanza terkaku. "Ayahanda... Pak cik kita..?"
Hanz mengangguk. Belakang Hanza ditepuk lembut. "Abaikan hinaan mereka. Walaupun kita ni orang biasa, kita tak bersalah. Kenapa perlu takut? Lagipun kita keturunan The Great Light Power. Perlu berani untuk melindungi The Night Knight Princesses. Kan?"
Hanza tersenyum. "Em!"
Mereka berbaring di atas rumput yang menghijau itu.
"Hanza.. Selama Hanza menghilang.. Hanza ke mana?" soal Hanz dengan perasaan ingin tahu.
"Hanza ke rumah Aurora dan Star.. Si kembar pari-pari.." Hanza tersenyum.
Dia langsung tidak tahu bahawa kembar pari-pari itu mempunyai kaitan dengan mereka. Adeh..
"Erm... Hanz..." suara gadis itu meleret-leret memanggil abang kembarnya.
"Apa?" soal Hanz.
"Nama keluarga kita..?"
"Nama penuh Uncle Zach ialah Zach Lionest. Nama ayahanda kita pula Ash Vloudy," ujar Hanz.
"Jadi.. Kau Hanz Vloudy.. Aku Hanza Vlody? Nama bonda?" soal Hanza dengan teruja. Jangan ditanya, masa kecil dia langsung tak ambil tahu tentang nama keluarga. Ceh!
"Nama bonda Gloria Lionest," jawab Hanz.
Hanza mengangguk. "Nama L ialah Louis Lionest..? Rayyan pula?"
"Kenapa kau banyak tanya?" soal Hanz, menyampah.
"Hehehe..."
"Rayyan Alexander. Hmm.. Nama dia je paling cool antara kita," balas Hanz dengan 'tangisan'.
Pap!
"Bersyukurlah kau ada nama daripada orang panggil kau, 'Hoi, setan!' atau.. 'Hoi, angel!" sindir Hanza.
Hanz tersengih.
••••
Violet mengeluh berat. Tadi dia melakukan perkara yang sama buat kali ketiga. Ulang sekali lagi.. KETIGA!
Entah macam mana, dia terpegang sayap seekor burung yang tercedera dan serta-merta sayap burung itu sembuh!
Kali pertama, dia menyembuhkan tumbuhan di rumah pokok di Light Forest. Kali kedua, dia menyembuhkan kaki kirinya yang terseliuh dan kali ketiga, dia menyembuhkan sayap seekor burung!
Apa sebenarnya yang terjadi? Atau dia yang berimaginasi? Ergh! Oh, baik dia tanya seseorang...
"Hei, Rien. Ingat tak masa kita di rumah pokok?" soal Violet dengan sengihan. Ah, semestinya sengihan itu palsu semata-mata!
"Kenapa?"
"Aku ada sembuhkan pokok ke? Ke, aku yang 'gila'?" soal Violet. Wajahnya serius.
"Ada.. Ken—. Kejap kejap... Maksudnya, kau salah seorang penduduk Dunia Fantasi! Wahhh!!" Rien tersenyum ceria.
Wajah Violet berubah. Rien yang terperasan wajah sahabatnya itu menyoal.
"Kenapa kau sedih? Tak ceria ke kau dah pulang ke dunia asal walaupun benda ni macam gila?" soal Rien. Bahu sahabatnya ditepuk perlahan.
"Kalau aku salah seorang daripada mereka... Kau pula macam mana?" soal Violet dengan risau.
"Eheh.. Takpe.. Aku boleh teruskan hidup. Aku kan berbakat dalam berlawan!" balas Rien dengan bersemangat.
Namun, ia tetap tidak berjaya memggembirakan sahabatnya. Rien mengeluh.
"Jangan risau. Aku kan kuat! Ke... Kau tak percaya?"
Violet tersenyum semula. "Mestilah aku percaya!"
Mereka bergelak ketawa sebelum perlawanan bermula. Namun... Ia hanyalah seketika.. Sebelum sesuatu bermula.
"Ketawa sebelum menderita. Kebahagiaan kau bukanlah selamanya, Gabriella!!" jeritnya kuat. Suaranya cukup menggegarkan bangunan yang didiami.
Err... Gabriella tu siapa? Maaflah, tiada OC Rys yang bernama Gabriella. Kalau cerita fantasy yang ada watak nama Gabriella tu.. Pernahlah Rys baca. Err... Salah musuh kot dia ni..?
••••
Wajah serius Hanza dipandang kosong. Dia mahu menang pertandingan itu!
"Pertandingan antara Puteri Hanza dari Angel Kingdom dan Puteri Violet dari Angel Kingdom!"
Violet tersengih apabila melihat reaksi para pelajar yang berbagai-bagai. Ada yang ternganga, ada yang pengsan, ada yang jatuh gaya anime dan banyak lagi!
"Puteri Hanza, bersedia? Puteri Violet, bersedia? Tiga, dua.. Satu..PERLAWANAN DIMULAKAN!"
Violet dan Hanza meluru ke arah satu sama lain. Pedang di pinggang ditarik keluar lalu dilibas. Mereka berlawan dengan penuh semangat.
Rien terpaku. Perlawanan dua gadis itu itu sangat sengit. Pergerakan mereka seperti sedang menari. Mereka berdua sangat tangkas!
Hanza mengeluarkan bebola cahaya dari tangannya lalu ditekap pada perut Violet. Violet tercampak jauh. Tanah meretak akibat Violet. Violet mengerang kesakitan.
Hanza meluru pantas lalu pedang dilibas kuat. Libasan cahaya terkena pada tubuh Violet. Violet tersentak. Kakinya terasa kebas.
Dia cuba fokus. Mahu mengeluarkan kuasa healer yang selama ini digunakan tanpa sedar. Namun, tiada apa yang berlaku.
BOOM!
Letupan cahaya berlaku di sekeliling Violet. Violet terjatuh buat kali ketiga. Dia memegang lukanya yang semakin parah. Matanya mulai tertutup. Dia lemah.
"Hadapi aku, Violet," keras sekali nada suara Hanza.
Hanza memejam mata, lingkaran seperti ombak mengelilingi tubuhnya. Ah, gadis itu mahu menyeru zodiak Aquarius!
Violet pengsan. Dia terlalu lemah mahu melawan. Tekanan cahaya pada kali pertama tadi berada dalam tahap tinggi. Dia tidak dapat melawan!
Hanza terdiam. Seruan zodiak Aquarius terhenti. Portal tadi menghilang. Gadis itu mendekati Violet dengan langkah kecil. Setapak lagi mahu mendekati tubuh Violet, dia terhenti.
Pusaran air mengelilingi tubuh si gadis. Air itu mula bercahaya lalu berhenti berpusar dan bertukar kepada ceracak ais.
Hanza terkejut, begitu juga dengan The Great Light Power! Rien sekadar tersenyum nipis melihat kejadian itu.
Tubuh Violet yang dipenuhi luka mulai sembuh dengan sendiri. Mata yang terkatup terbuka perlahan-lahan. Pemandangan yang kabur menjadi sajian deria melihat Violet. Violet mendudukkan diri, matanya digosok. Kemudian dia terkaku. Dia berada di gelanggang colosseum!
Hanza mula melangkah ke belakang setapak demi setapak. Cahaya yang seperti api dihala ke tubuh Violet. Violet sekadar menahan serangan itu dengan tangan.
Hanza terpana! Ceracak ais muncul secara tiba-tiba dan melindungi Violet. Violet terkedu namun dia pantas mengawal riak wajahnya. Dia bangun lalu tangannya diangkat ke atas. Seiring dengan itu, air mengikuti gerakan tangan si gadis! Air itu bertukar kepada ais lalu menyerang Hanza. Hanza segera melindungi tubuhnya.
Hanza cuba membaca data Violet. Namun, kosong! Tiada apa-apa! Seolah-olah data gadis itu dirahsiakan. Dia mengetap gigi. Penumbuk dikepal lalu dihadiahkan buat sahabatnya.
Violet turut memberi hadiah yang sama. Ais melawan cahaya. Sayangnya, kedua-duanya kalah dek kerana kekuatan yang sama. Ais milik Violet pecah berderai manakala cahaya milik Hanza meletup seperti bom.
Penonton menepuk tangan persis sedang melihat bunga api kerana cahaya itu meledak dan serpihan ais turut serta. Cahaya matahari menyebabkan ais itu berkilau. Sungguh cantik!
PRANGGG!!
Ais itu jatuh dan pecah kerana sempat dielak oleh Hanza.
"Jangan lupa. Aku pahlawan di istana. Pahlawan angel! Jangan pandang rendah kepadaku!"
Violet terdiam. Dia terlupa hakikat itu. Hanza merupakan pahlawan elit di istana. Tiada sesiapa yang tahu melainkan pihak tentera dan pihak istana. Violet mencari akal mahu mengalahkan sahabatnya.
Violet terus menyerang menggunakan kuasa aisnya secara tembakan rambang. Di saat Hanza terleka, Violet terus meluru dengan pedang ais di tangan. Perut Hanza ditikam. Darah berwarna biru diraja mengalir. Itu warna darah angel kerabat diraja. Buktinya sebagai seorang kerabat. Para pelajar tergamam. Lebih-lebih lagi si pembulinya.
Hanza tersengih sinis. Dalam kesakitan ada kepuasan. Perutnya ditekup kuat, mahu mengelakkan darah daripada terus mengalir. Darah seorang angel berwarna biru. Rakyat biasa dan bangsawan berdarah biru pekat manakala darah angel kerabat berwarna biru diraja.
Dalam diam, Hanz tersengih. "Kebenaran sudah terbongkar. Ayahanda dan bonda usahlah risau lagi," bisiknya sendirian. Pandangan ditala kepada adik kembarnya.
Hanza sudah menyerah kalah apabila ditikam dan diserang bertubi-tubi. Violet turut menyerang Hanza dengan ais yang dicairkan. Air itu disimbah ke tubuh Hanza. Mengamuk gadis itu. Ketika itulah, Violet menyerang.
Hanza cedera. Tetapi tidak terlalu parah. Dia dibawa oleh para healer ke bilik rawatan. Sementara itu, Violet telah dipanggil oleh Rayyan dan L untuk soal siasat.
To be continued
Rys minta maaflah cerita ni slow sangat. Chap 32 baru nak adakan perlawanan masuk ke akademi. Hahahaha.... Maksudnya.. Mungkin cerita ni panjanglah. Insya Allah Rys cuba siapkan tahun ni. Heheheh... Tu pun kalau Rys kekalkan kerajinan menaip banyak-banyak. Haha.. Bubyeee!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top