TNKP | 32

  Rise tersengih. Perlawanannya akan diadakan pada waktu petang. Jadi, dia mempunyai masa untuk ber—

  "Hai, Rise! Perlawanan awak dengan Rayyan berlangsung pada petang ini kan? Kami berdua esok. Jom berlatih bersama-sama!" ajak Violet dengan bersungguh-sungguh.

  Rise menggeleng melihat keletah Violet yang terlebih hyperactive pada tengahari itu. Dia menguap seketika. "Malas. Aku nak berehat," ucapnya lalu beredar. Dia sempat menggosok kepala Violet dan menyebabkan gadis itu terkebil-kebil.

  Violet mengetap bibir. Rambut dia!! "RISEEEE!!" jeritnya kuat. Malangnya, Rise sudah pun menghilang. Ah, lantak dialah! Malas mahu menunggu dan melayan, Violet pun berjalan pergi. Menuju ke taman, mahu release stress. Stres juga layan Rise tu!

••••

  Rise menguap seketika. Pandangannya dilemparkan ke bawah sebelum dia berbaring memandang langit. Kini, dia di bumbung sekolah. Riaknya seperti langsung tidak risau akan perlawanan petang nanti. Dia merancang mahu menggunakan kuasa jarum emas milik Leo nanti. Mesti korang tertanya-tanya kan? Yelah, Leo guna kuasa api biru sedangkan dia memiliki kuasa lain. Sebenarnya, Rise dan Leo 'bertukar' kuasa.

Flashback

  "Rise.."

  Rise menoleh. Dia memandang Leo yang sedang menghampirinya. "Apa?"

  "Salurkan tenaga kuasa api kau kepada aku," pinta Leo.

  "Kenapa? Guna jelah kuasa jarum emas beracun kau tu," bidas Rise.

  "Aku bercadang mahu ber'tukar' kuasa. Kau guna kuasa jarum aku. Aku guna kuasa api kau. Kita tukar," cadang Leo.

  "Kau buang tabiat ke apa? Merepek!" balas Rise dengan bentakan.

  "Saja. Rasa nak cuba 'bermain-main'," ujar Leo.

  Mereka berdua memandang pemandangan yang menghiasi ruangan mata. Pokok yang menghijau dapat merehatkan minda.

  "Okay." Rise hanya bersetuju.

  Rise dan Leo menggenggam tangan. Dua bola cahaya muncul di telapak tangan masing-masing. Cahaya itu terapung di antara Leo dan Rise lantas bergerak masuk ke dalam tubuh Rise dan Leo. Tenaga kuasa mereka dapat dirasakan. Kini, kuasa api biru turut mengalir dalam tubuh Leo dan begitu juga sebaliknya. Inilah sebab mengapa Leo dapat menggunakan kuasa milik Rise.

  Tentang magis ini? Ouh, ini bukanlah magis larangan. Dan ini bukan magis. Ini keistimewaan. Keistimewaan milik guardian puteri pahlawan itu. Hanya mereka. Ya.. Hanya mereka. Dapat bertukar kuasa. Walau bukan dengan persetujuan si pemilik kuasa. Hanya meminjam, bukanlah milik selamanya.

End of the flashback

  Rise tersengih. Dia menggenggam tangannya lalu telapak tangan itu dibuka tatkala cahaya bersinar. Sebatang jarum emas bersinar. Rise mengangkat tangan lalu dihalakan ke langit. Beribu jarum emas muncul.

  Tatkala itu, Leo yang berada di kafe mencarut ketika melihat langit. Hanya dia sahaja yang dapat melihat 'pemandangan' itu.

  'Rise...' Leo memberi amaran melalui telepati.

  Rise mencebik. Kuasa itu dihilangkan. Dia berbaring berbantalkan lengannya sendiri di bumbung akademi itu. Cahaya matahari yang tidak terlalu terik itu menambahkan lagi keselesaan jejaka itu.

  Tap.. Tap..

  Bunyi tapak kaki seseorang menarik perhatian Rise. Rise menoleh ke tepi. Siapakah dia?

  "Aku takkan biarkan kau masuk kelas elit!" ujarnya dengan senyuman sinis.

  Rise mengerutkan dahi. "Kau siapa?"

  Si 'dia' terngadah. "Kau tak kenal aku?!"

  "Bodohnya kau. Aku pelajar baru. Macam mana nak kenal kau," sindir Rise. Hah, dah kena setepek. "Lagipun aku lawan dengan Rayyan."

  "Kau dah tukar pihak lawan. Kau akan lawan dengan aku. Heh... Bersedia untuk kalah!" Si 'dia' ketawa jahat.

  Rise mendudukkan diri. Dia duduk bersila, menghadap 'dia'. "Kau ni bukanlah kuat sangat. Kuasa tahap satu? Kuasa tanah dan air? Hmm.. Senang je nak lawan kau ni," balas Rise dengan pedas.

  Apa? Bukan nak riak, tapi kuasa dia dan Leo sudah mencapai tahap lima! Tahap paling tinggi adalah tahap enam. Mereka on the way ke tahap itu. Tak lama lagi, berjayalah!

  "Aku tahap enam okay! Kau jangan nak berlagak! Entah-entah kau pun tahap satu!!" marahnya.

  Rise tergelak sinis. "Aku tahap satu? Kau tahap enam? Ahahahaha! Kau baru je mengaku kau tahap satu! 'Entah-entah kau pun tahap satu!' Ahahaha!!"

  'Dia' mengetap gigi.

  "I wonder how.... Macam mana kau boleh masuk kelas elit dengan kuasa tahap satu eh? Emm..." Rise berpura-pura berfikir. Kemudian dia memetik jari. "Aku akan bongkaran rahsia kau sekaligus membuang pangkat keagungan kau. Jangan cabar aku, Amilase."

Rys : Hehehe... Sains form two tersesat..

  Amilase mengepal penumbuk.

  "Tak nak mengalah? Then, let me.." kata-kata Rise digantung. Dia bangun lalu berjalan mendekati Amilase. Kuasa jarum emas milik Leo digunakan seketika.

  Jarum itu bersaiz jarum peniti. Tetapi, ia berlainan. Digabungkan dengan kuasa api biru milik Rise lalu dicucuk ke dada Amilase. Perlahan-lahan, tubuh Amilase menghilang bagaikan debu.

  "Adios!"

  Jarum emas beracun dan api biru milik dua guardian itu mampu membunuh seseorang. Heh..

  "Semoga 'berbahagia' di 'syurga' dengan semua 'pahala' kau sebagai 'angel'." ejek Rise.

  Lelaki bernama Amilase tadi sebenarnya seorang angel tahap satu yang memiliki kuasa tanah dan air. Sayangnya, dia pembelot! Rise dapat melihat aura kegelapan di tubuh Amilase. Apa lagi? Bunuhlah!!

  ••••

  Rise menggeliat seketika. Dia memandang sekeliling. Oh, dia tertidur! Segera dia melompat turun dan lincah melompat ke sana-sini. Dia berlari ke colloseum. Ternyata, pertandingan sudah hampir bermula. Rise membuat muka tembok.

  "Hai!" sapanya selamba.

  Pap!

  Rise memandang tajam di pengetuk. Tanpa berfikir panjang, dia mengetuk kembali kepala si pengetuk.

  "Sudah! Pergi sana!" halau Violet.

  Rise berjalan selamba, keluar dari pintu masuk ke tengah gelanggang. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar akademi. Wajahnya dialihkan, memandang si lawan.

  Oh, siapakah beliau? Mana Rayyan?

  'Rayyan terpaksa pulang ke kerajaannya. Jadi kau akan lawan dengan dia. Namanya Protease.' Suara Leo muncul di kotak fikiran.

  Rise hanya mengangguk. Eh, kelakar pula. Tadi Amilase, sekarang Protease. Nama enzim? Lol.

  "Bersedialah kau untuk kalah! Aku merupakan pahlawan nombor satu di Academy of Magic!" jerit si lawan.

  Rise memandangnya kosong. Tak lama itu, dia mendengar bunyi 'boo' daripada penonton.

  "DASAR TAK SEDAR DIRI! KAU TU DARI KELAS KETIGA JE! ADA HATI NAK MENGAKU PAHLAWAN PERTAMA! KALAHKAN PUTERA LOUIS DULULAH!" jerit salah seorang daripada mereka.

  Rise tersengih kambing. Eh? Maaf maaf.. Rise tersengih sehingga menampakkan taring harimaunya.

  Protease masih berdiam diri. Tak lama itu, Crya muncul di tengah gelanggang.

  "Perlawanan antara Rise, dari Guardian Kingdom dan Protease, pelajar kelas ketiga dari Fairy Kingdom! Rise, adakah anda bersedia?!" soal Crya dengan kuat.

  Rise mengangguk.

  "Protease, adakah anda bersedia?!".

  Protease menganggukkan kepala dengan yakin.

  "TIGA! DUA! SATU! PERLAWANAN DIMULAKAN!!"

  Crya melompat semula ke kerusi penonton. Pelajar kelas elit, termasuk Crya, mencipta pelindung seperti biasa. Terleka nanti, fuh! Mati! Lompatan Crya itu tidak menghairankan memandangkan dia seekor serigala jadian. Oh, Crya ialah Puteri Werewolf Kingdom. Maaflah ya, kalau terlupa atau sudah beritahu pangkat dia. Rys sudah terlupa sama ada pangkat Crya sudah diberitahu atau tidak, tetapi, ini dia!

  Princess Crya Geoxans of Werewolf Kingdom. Dia turut mempunyai kuasa ketiga, tetapi bak kata peramal di negaranya, kuasa ketiganya terkunci. Berbalik kepada perlawanan...

  Rise meliarkan pandangan ke seluruh kawasan. Protease dengan perasaan geramnya terus melangkah ke hadapan.

  Sebilah pedang dikeluarkan dari sisi pinggangnya. Pedang itu bersinar tatkala terkena cahaya matahari. Cukup menyilaukan.

  Rise tersenyum nipis. Dia rasa seperti mahu bertarung tanpa menggunakan kuasa pula. Hehehehe..

  Protease semakin mara ke hadapan. Langkahnya semakin laju. Tiba di hadapan Rise, yang berada di tengah gelanggang, dia berhenti. Protease tersenyum sinis.

  "Aku beri peluang untuk kau melarikan diri. Sebelum aku belasah kau cukup-cukup," ugut Protease dengan nada yang dibuat-buat menakutkan.

  Heh, malangnya, Rise langsung tidak gentar. Sebaliknya dia ketawa. Seekor harimau demon tidak mungkin akan takut dengan seekor vampire golongan bangsawan itu.

  "In your dream," bisik Rise di telinga Protease. Dia berpusing 360° lalu menyepak kuat perut Protease.

  Lelaki itu terpelanting jauh. Dia bangkit lalu memetik jari. Awan mula berkumpul di tengah-tengah gelanggang. Malah, ada yang menyembunyikan matahari di sebaliknya.

  Rise tersengih. Kuasa cuaca.

  Kenapa kuasa cuaca? Kenapa bukan awan? Sebab tadi ada angin yang agak kencang dan kilat yang mengelilingi tubuh Protease.

  "Don't play with me," ujar Protease dengan serius.

  Rise ketawa lagi. Tiba-tiba dia mendiamkan diri. Perubahan mendadak Rise sedikit sebanyak menakutkan pelajar lain.

  "I don't play. But I fight." Rise menghilang. Kepantasannya sebagai harimau digunakan.

  Si vampire mulai berjaga-jaga.

  "Watch out, vampire. Remember.. You're not a werewolf," Rise memberi peringatan sinis. Dia menghilang bagaikan angin. Sekejap dia muncul, sekejap dia menghilang.

  "Keluarlah kalau kau berani!" jerit Protease.

  "A brave man will never say like that to his enemy."

  Protease memalingkan wajah ke kanan memandangkan dia mendengar suara Rise dari arah kanan. Eh, tiada?

  "Careful."

  BUK!
 
  Satu tendangan sudah mampu melayangkan tubuh Protease ke udara.

  BUK!

  Dan tumbukan itu mampu mengembalikan dirinya ke tanah semula. Eh?

  "Erghh," rungut Protease.

  "Don't play, but fight. Never fight, but play." Rise muncul dan menghilang.

  Protease sudah muak. Dia terus menggunakan kuasa keduanya. Dirinya turut menghilang.

  Rise tersengih. Kuasa halimunan.

  Pelajar lain sudah mengeluh. Sudahlah dari tadi mereka tidak dapat melihat Rise, sekarang ini mereka tidak dapat melihat Protease pula.

Daniel Rayyan (TWIN) : Nak sangat tengok protease, pergilah tengok enzim sendiri.

Rys : Boleh ke? //poker face//

Daniel Rayyan (TWIN) : //angkat bahu// Cau! //menghilang//

Rys : //menggeleng// Apa-apa sahajalah..

  Perlawanan menjadi sengit apabila kedua-duanya menggunakan kuasa halimunan.

  Persoalannya, benarkah Rise ada kuasa tu? Salah. Jawapannya, dia gunakan kelebihan sebagai harimau. Pergerakannya terlalu pantas dan sukar dilihat.

  Bunyi dentingan pedang menambahkan lagi rasa ingin tahu mereka semua. Lebih-lebih lagi kerana Rise dan Protease tidak dapat melihat antara satu sama lain. Pasti menerujakan!

  Para pelajar hanya dapat mengesan kedudukan Protease kerana jejaka itu menggunakan kuasa cuacanya, iaitu kilat. Tetapi kedudukan Rise langsung tidak diketahui. Jejaka itu sangat misteri! Malah, dia langsung tidak meninggalkan jejak kuasa! Nampaknya, Rise memang tidak gunakan kuasanya mahupun kuasa Leo. Ceh!

  Perlawanan berakhir apabila Leo bangun lalu mencipta sesuatu. Oh, busur dan panah yang diperbuat daripada api biru. Leo menyasarkan anak panah itu ke satu arah. Apabila anak panah itu dilepaskan, ia dengan pantas meluru ke satu arah.

  Semua orang terkejut kerana anak panah itu dengan mudah melepasi pelindung yang tercipta!

  "Argh!" jerit seseorang.

  Semua orang berpaling.

  Kelihatan Rise yang sedang mengusap bahunya kerana ditusuk anak panah berapi itu dan Protease yang sudah terduduk kerana terkejut dengan kehadiran anak panah itu.

  Eh eh.. Dia yang melebih! Leo sekadar menyasarkan ke arah Rise untuk menamatkan perlawanan ini, tetapi Protease boleh pula muncul di laluan anak panah itu. Nasib sempat mengelak. Lantaklah.

  Rise tidak tercedera kerana anak panah itu kuasanya. Jadi, ia hanya meresap ke dalam tubuh. Don't worry.

Rys : Siapa je nak risau dekat kau?

Rise : Soulmate aku.. Nama dia A—

Rys : Pergi sana! Shuh! (。ì _ í。)

Rise : //pasrah//

  Crya melompat sekali lagi ke gelanggang apabila dia melihat Rise yang sedang mengacukan bilah pedang ke leher Protease. Jelas lagikan nyata, pemenangnya ialah—

  "PERLAWANAN INI DIMENANGI OLEH RISE DARI GUARDIAN KINGDOM!" ujar Crya dengan ceria.

  Jangan tanya kenapa...










To be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top