TNKP | 27

  Keesokannya, Kai, Rez dan Ray demam panas. Mereka bertiga bukanlah demon yang senang jatuh sakit. Tapi, kalau dah kena belasah umpama latihan tempur dengan Kapten Kaizo... Hmm... Dalam hujan lagi tu. Ahakss..

  Ryn, Ryssa dan Lisya hanya mengeluh. Agak menyesal bersikap sedemikian. Kini, mereka perlu menjaga 'pasangan' masing-masing.

  "Macam mana nak tentukan?" soal Ryn dengan malas.

  "Kau dengan Ray. Lisya dengan Rez dan aku dengan Kai. Mudah sebab ada persamaan," jelas Ryssa.

  Lisya dan Ryn membuat wajah toya. "Apa yang sama?"

  Buk!

  "Adeh.. Dah tu. Salah sorang daripada korang nak jaga Kai? Kalau sifat devil dia keluar, tahu ke korang nak selesaikan?" soal Ryssa dengan sinis.

  Lisya dan Ryn terdiam. Benarlah pernyataan itu. Mana pernah mereka menjaga Kai. Beberapa kali juga Kai mengeluarkan aura dan sifat devilnya tetapi Ryssa seorang sahaja yang menyelesaikan memandangkan dirinya juga mempunyai sifat itu.

  "Aku tak nak jaga Ray!" bentak Ryn. Wajahnya cemberut.

  "Takkan Lisya? Kau ada kuasa teleport. Kalau Ray mengamuk dan guna kuasa penyeru senjata dia, kau boleh hentikan dia. Lisya pula ada kuasa bayang, macam Rez," jelas Ryssa.

  "Macam lagi teruk je.. Teleport? Sihirkan ada.." komen Lisya.

  "Okay kalau macam tu Ryn jaga Rez dan Lisya jaga Ray! Tiada bantahan!" putus Ryssa.

  Lisya dan Ryn terdiam. Mereka akur sahaja.

  "RYYYYNNNNNNNN!!" jerit seseorang.

  Ryn menutup telinga. Lisya dan Ryssa berpandangan. Telinga mereka turut ditutup.

  "KAU NAK APA, REZ?!!" laung Ryn dengan kuat. Dia terus teleport ke bilik Rez.

  "LISYA!"

  Lisya mengeluh. "Menyusahkan," desisnya sendirian.

  ••••

Ryn's P. O. V. and Rez's P. O. V.

  Ryn mengeluh. Haisy, Rez ni! Banyak pula kerenah dia!! Grrr...

  "Ryn.. Suapkan aku~" pinta Rez dengan suara mendayu-dayu.

  "Kau. Demam. Bukan sakit tangan. Bukan patah tangan," balas Ryn dengan amarah yang masih cuba disimpan. Lebih-lebih lagi dia pengguna kuasa api.

  "Kau juga yang buat aku jadi macam ni," rungut Rez. Dia mencebik.

  Ryn memandangnya datar. Dengan pantas, bubur di tangan disuap ke mulut Rez dengan tergesa-gesa, sengaja mahu mencomotkan lelaki itu.

  Terbuntang mata Rez. "HOI!" Rez terus bangun daripada duduknya.

  Ryn ketawa melihat wajah Rez yang sangat comot itu. Tawanya mengundang kemarahan Rez. Secara tiba-tiba, aura bayang dilepaskan oleh Rez. Ryn terdiam. Mujurlah aura itu hanya dipenuhi emosi geram. Kalau marah? Silap hari bulan, melayang dia ke bulan nanti!

  Rez duduk membelakangi Ryn. Mahu merajuklah! Kononnya. Ceh.

  Tawa Ryn yang sudah hilang kembali memunculkan diri. "Re.. Rez.. Kau.. Kau merajuk. Pfft—. HAHAHAHA!!"

  Rez menjeling Ryn dengan tajam. "Atas perintah aku, aku nak kau bawa aku jalan-jalan di sekeliling kota."

  Ryn menggeleng. "Jangan harap."

  Rez memandangnya dengan pandangan membunuh. "Tiada pilihan. Hanya ada 'ya' atau 'ya'."

  Buk!

  "Auch!" Rez mengaduh.

  "Tak payah nak mengarutlah," bentak Ryn.

  Wajah Rez dirapatkan ke wajah Ryn. Hembusan nafas hangat terasa. "Aku cuma minta kau bawa aku jalan-jalan. Bukannya aku sedang melamar kau sebagai isteri aku. Atau... Kau suka aku?" usik Rez.

  Ryn bengang. "Dasar demon perasan!!"

  "Perasan apa? Perasan hensem? Aku dah lama sedar yang aku ni hensem. Pujaan wanita. Hahaha.." Rez ketawa.

  Ryn menumbuk bahu Rez dengan agak kuat. Rez meringis kesakitan memandangkan bahunya cedera sedikit.

  "Hurm.. Tiada bantahan! Aku nak kau bawa aku pusing bandar!!" arah Rez.

  Ryn terpaksa akur. Sabar jelah...

End of The P. O. V.

••••

Ryssa's P. O. V. and Kai's P. O. V.

  Kai memandang Ryssa yang sedang asyik membebel. Geram pula dia ni. Dah dekat lima minit dia membebel. Bosan tau!

  "Boleh berhenti tak?" sampuk Kai. Dia sudah tidak tahan. Boleh bernanah telinganya. Mungkin masa baru lima minit tapi ayat dia menusuk jiwa.

  "Berhenti? Jangan harap!" bidas Ryssa dengan amarah. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, mulutnya disumbat dengan sesudu kek chocolate moist. Ryssa terdiam. Dia mengunyah kek itu perlahan-lahan. Matanya bersinar-sinar. "SEDAPNYAAA!!"

  Kai menggaru kepala. Adakah dia tersalah percaturan? "Kalau sedap makan diam-diam!"

  Ryssa mengangguk. Dia menjamah kek coklat dengan sengihan. "Mana kau dapat?" soalnya dengan perasaan ingin tahu.

  "Air tangan Kai." Kai mengangkat keningnya, acah hebat. Sedangkan ia membuatkan dirinya nampak poyo!

  "Hah?!" Ryssa terjerit. Dia tersedak. Jus oren dihadapannya diteguk rakus.

  "Kenapa? Tak percaya?"

  Ryssa menggaru kepala yang tidak gatal. Kai merengus. Ryssa mencebik.

  "Yelah, kau tu jarang—. Eh, bukan jarang. Tak pernah pun nak masak!" marah Ryssa. Rambut yang menutup wajah dibiarkan.

  Kai menoleh. Eh eh, salah aku pula?! Kai merentap hoodie yang dipakai Ryssa. Tercekik gadis itu. "Aku nak kau buat balik kek yang kau habiskan tu." Kai berkata dingin.

  Ryssa terkebil-kebil. Habiskan? Dia melihat pinggan. Terus dahinya ditepuk. Dia dah makan semua potongan kek atau lebih tepat, sebiji kek bersaiz kecil itu! Dia tersengih. "Aku tak pandai." Ryssa menjawab selamba.

  "Pandaikanlah. Jangan bengap sangat," sindir Kai.

  "Kau—! GRRR..." Aura halilintar menyelubungi tubuh Ryssa. Serta-merta, pakaian Ryssa yang serba hitam berubah sedikit. Jalur-jalur merah menghiasi hoodie gadis itu.

  "Kalau kau pandai sangat, aku nak kau bakar kek untuk aku. Sebiji-sebiji macam yang ni," cabar Kai.

  Tidak tahan dicabar sedemikian, amarah yang menggunung dan akan meletus cuba dipertahankan. "BAIK! AKU AKAN BUKTIKAN AKU MAMPU BAKAR KEK!" tekad Ryssa.

  Korang agak-agak apa jadi?

End of The P. O. V.

••••

Lisya's P. O. V. and Ray's P. O. V.

  Ray memandang Lisya yang asyik menyiapkan laporan kerajaan. Benar, dia sedang membuli Lisya. Ehehehe..

  Lisya menghentak meja. Wajahnya masam bak buah lemon. "Aku bosan!!" jeritnya.

  Ray menggeleng. "Kau patut hentikan sikap kau yang serupa kanak-kanak ni," tegurnya. Sikap matangnya terserlah di kala itu. Eh ayat aku kalah karangan.

  Tok.. Tok..

  "Masuk," arah Ray dengan nada dingin.

  Seorang pengawal demon memasuki ruangan bilik kerja putera itu. "Tuanku, utusan dari vampire Kingdom datang menghadap," beritahunya.

  Ray mengangguk.

  Lisya memandang Ray. Ray memandang Lisya. Jejaka itu menarik tangan Lisya lalu mereka berjalan keluar dari bilik kerja itu.

••••

  "Tuanku.." seorang lelaki berketurunan vampire meluruskan kaki kirinya manakala kaki kanannya mencangkung, tanda hormat. Tubuhnya dibongkok sedikit.

  "Ada apa urusanmu ke sini?" soal Ray dengan dingin. Maksud Rys.. Putera Ray.

  Putera Ray duduk di takhtanya. Lisya pula duduk di kerusi takhta yang tersedia buat dirinya juga memandangkan kerusi takhta milik Dark Power memang tersedia di situ.

  "Patik ialah utusan dari Vampire Kingdom yang datang menghadap, mahu menyampaikan jemputan daripada Raja Vampire. Raja Vampire menjemput tuanku ke kerajaannya untuk meraikan hari lahirnya yang ke-261. Ini utusan suratnya." Si utusan bangkit lalu menyerahkan surat utusan Raja Vampire kepada pengawal yang berada di hadapan, kanan takhta.

  Si pengawal pula menyerahkan surat utusan itu kepada Putera Ray.

————
Jemputan ke majlis
hari lahir Raja Wxuar of Vampire yang ke-261

Tarikh : 24/4/431
Tempat : Istana Vampire
Masa : 8.00 malam hingga 12.00 malam
————

  Putera Ray mengangguk. Lisya yang duduk di kerusi sebelahnya dikerling. "Baiklah, beta dan keluarga beta akan ke sana. Sementara itu, kamu dibenarkan tinggal di istana beta sehingga tarikh yang bakal tiba iaitu lima hari lagi," kata Putera Ray.

  Utusan itu tersenyum kecil. "Baiklah, tuanku." Lisya dijeling sekilas. Cantik.

  "Beta meminta diri dahulu," ujar Putera Ray. Tangan Lisya ditarik lembut. Pinggangnya dirangkul.

  Lisya terpinga-pinga. Wajah si utusan berubah sedikit namun cuba dikawal.

  "Pa—"

  BOOM!!

  Putera Ray dan Lisya berpandangan. Bunyi seperti dari luar istana. Mereka bergegas ke halaman istana. Kelibat Kai dan Ryssa yang sedang berlawan manakala Rez dan Ryn yang menonton kelihatan.

  Mereka berdua memicit dahi. Pandangan tertancap kepada tanduk yang memunculkan diri sedikit demi sedikit di kepala Kai dan Ryssa. Dah tak boleh nak kata apa dah. Bukannya mereka pandai nak tenangkan demons itu. Aura, darah dan daging devil sudah sebati dalam tubuh mereka. Apa yang mampu dilakukan?

  Secara tiba-tiba, Ryssa dan Kai meluru ke arah utusan Kerajaan Vampire yang turut bersama diri situ. Kai membisikkan sesuatu ke telinga si utusan yang menyebabkan wajah si utusan berubah pucat. Ryssa mengukir senyuman 'manis'.

  Ray dan Lisya berpandangan. 'Kenapa?' desis hati mereka.

End of The P. O. V.





To be continued

Hah... Kalau asyik buat LP je, sian DP kan? Nah!

So, macam mana? Best? Hehe..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top