TNKP | 23

Thanks for your votes. I really appreciate it! Enjoy this chapter and abaikan typo.

••••

  Rien bangun dari lena. Dia memandang sekeliling. Sekarang, dia di istana Dragon Kingdom. Makan malam semalam boleh tahan sedap. Leo tidur di bilik sebelah kirinya. Rayyan pula di bilik sebelah kanannya. Maka, bilik Rien di tengah-tengah.

  Violet dan Rise pula tinggal di Angel Kingdom. Hanz dan Hanza ikut L. Rien menggosok matanya lalu mencapai tuala.

  Selepas tiga puluh minit, Rien keluar dari bilik mandi. Sehelai pakaian uniform akademi dipandang. Berlengan panjang dan labuh skirtnya sehingga paras atas lutut. Bolehlah. Rien mengambil begnya. Tali leher dibetulkan. Tali leher girls macam tali leher uniform unit Pandu Puteri.

  "Morning!" sapa Rien dengan ceria. Dia mengambil tempat di sebelah Leo, berhadapan dengan Rayyan.

  "Rien. Leo. Pakai ni." Queen Sandra menghulurkan dua lencana emas yang berbentuk seperti perisai dan terdapat ukiran naga di tengahnya. Saiznya seperti saiz lencana sekolah.

  "Huh? Nak pakai dekat mana?" soal Rien. Lencana itu diambil tetapi Leo tidak.

  "Pakai dekat poket di dada." kata Rayyan.

  Rien akur. Dia meletakkan di poket yang terletak di dadanya. Leo mengeluarkan satu lencana emas. Terdapat ukiran sayap dan perisai di tengah lencana itu.

  "Guardian? Kau kerabat diraja guardian ke?" soal Rayyan.

  "Hmm.."

  Rayyan menjulingkan anak matanya tanda menyampah.

  "Apa maksud lencana ni?" soal Rien.

  "Lencana ni bermaksud dari kerajaan mana kita datang. Emas melambangkan kerabat diraja manakala perak pula bangsawan. Kalau gangsa rakyat biasa." jelas Rayyan.

  "Kau dari kerajaan naga. Aku dari kerajaan guardian." tutur Leo.

  Rien mengerutkan dahi. Selepas itu dia mengangguk. Yelah, Leo kan guardian.

  "Jom." ajak Rayyan. Dia mula menuturkan beberapa perkataan. "тeleporт тo ғaιry ĸιngdoм."

  Sebuah portal muncul di hadapan mereka bertiga. Mereka memasuki portal itu.

••••

  "Kita tunggu lagi lima ekor tu dekat sini." arah Rayyan.

  Tak lama selepas itu, muncul sebuah portal yang jaraknya lebih kurang sepuluh meter dari Rayyan, Rien dan Leo.

  "Hai!" sapa Hanza dan Violet.

  Di dada Hanza, Violet, Hanz dan L tersemat lencana emas berukiran sayap dan gelung seperti angel. 😇 - (gelung atas kepala tu.) Manakala Rise pula menyematkan lencana seperti Leo.

  "Jom uruskan pendaftaran dulu. Hanza dan Hanz tunggu dulu dekat kafe." arah L.

  Hanz dan Hanza mengangguk. Mereka berjalan ke satu arah manakala L dan Rayyan membawa Leo, Rise, Rien dan Violet ke arah lain.

  "Masuklah."

  Pintu bilik pejabat diketuk. Selepas mendapat keizinan, keempat-empat pelajar baru itu masuk ke dalam pejabat.

  "Hmm.. Kedudukan kamu dalam kelas akan ditentukan untuk sesi perlawanan nanti. Hari ini kamu boleh meronda kawasan akademi. Esok baru kamu berlawan." Pengetua memandang mereka berempat.

  "Baik, tuan."

••••

  "Esok kami akan berlawan tapi dengan siapa?" soal Violet.


  "Ikut cabutan kelas elit."

  "Korang kelas apa?" Rien memandang putera-putera dan puteri itu.

  "Elit." ringkas sahaja jawapan Hanz.

  "Wahhh.." puji Rien dan Violet.

  "Tak payah puji sangat. Nanti kembang si Hanz tu. Dahlah poyo. Berlagak! Perasan pulak tu!" kutuk Hanza dengan selamba.

  Hanz mengetap gigi. "Hanza..." jelingan tajam dihadiahkan kepada Hanza tetapi gadis itu mengabaikannya.

  Rise dan Leo membisikkan sesuatu di telinga Rien dan Violet. Kedua gadis itu tersenyum lebar. "Nakk!!"

  Rise dan Leo berpandangan. Rise memegang tangan Violet manakala Leo memegang tangan Rien. Kedua jejaka itu mengucapkan satu ayat dengan perlahan lalu berlari dan menghilang daripada pandangan.

  Light Power terpinga-pinga. "Apakah..?"

••••

  Leo dan Rise mencapai sebentuk kunci yang dihasilkan menggunakan kuasa demon mereka. Yes, cara mereka berdua nak ke Secret Kingdom sudah bertukar.

  "Cantik ukiran kunci ni." puji Violet.

  Kunci yang diukir dengan ukiran harimau, singa perkataan 'Secret Kingdom' diambil dan diletakkan di tengah-tengah.

  "oקєn tђє קoгtal to sєςгєt кinﻮdom." kunci yang berada di atas tanah terapung perlahan-lahan. Cahaya mula menyinari kawasan itu dan terbentuk sebuah portal di hadapan mereka.

  "HAIIII!!" jerit Rien dan Violet dengan teruja.

  Kesemua makhluk berpaling. Mata mereka bersinar-sinar melihat dua gadis itu. Mereka mahu menerpa tetapi, sebaik sahaja dijeling guardian fairy puak masing-masing, terus mereka menundukkan badan dan kepala, tanda hormat.

  "Ahhhhhh!!" Rien berlari lalu memeluk seekor haiwan seperti dinosaur. Violet pula memeluk naga. Rise dan Leo ternganga. Mana perginya sifat dingin mereka? Hilang dah ke?

  'Kami tidak akan pulang ke istana.'

••••

  Hanza tersentak. Suara apakah itu?

  'Aku Leo. Kitorang tak balik istana. Kitorang tidur tempat lain.'

  Hanza mengangguk. 'Jumpa di akademi nanti.'

  "Kenapa, Hanza? Terangguk-angguk. Gila?" sindir Hanz. Balas dendam atas kutukannya pagi tadi.

  "Ah, Leo telepati tadi. Dia kata mereka berempat tidak akan pulang ke istana hari ini." balas Hanza. Dia menumpukan perhatian kepada perlawanan. Ya, mereka berada di colloseum. "Ah, mesti menyakitkan!" gumam Hanza.

  Salah seorang pelajar perempuan kelas elit tercampak ke dinding. Dinding itu retak. Emmm..

  "Tak balik? Habis tu mereka tidur di mana?" Han mengerutkan dahi.

  "Entah. Nanti aku cuba telepati Leo semula." balas Hanza ringkas. Dia memandang Crya, gadis yang menjadi pembantu dalam mengendalikan sebarang perlawanan di colloseum.

  "Crya, aku nak lawan!!" jerit Hanza. Senyuman sinis terukir.

  "Okay, who wants to fight with Princess Hanza of Angel Kingdom?" soal Crya.

  "Biar aku lawan dia." Hanz menyahut cabaran mahu melawan kembarnya.

  Crya tersengih. "Kalau collo meletup aku tak tahu eh. Pandai-pandai ah baiki." ujarnya.

  Hanz dan Hanza hanya ketawa. Sudah beberapa kali mereka merosakkan colloseum. Tu baru mereka berdua, belum lagi L dengan Rayyan. Mereka berempat dihormati. Pertama, kerana darah keturunan The Great Light Power mengalir dalam darah mereka. Kedua pula kerana L dan Rayyan ialah putera raja manakala Hanz dan Hanza anak panglima yang paling disegani dan sentiasa diingati. Seperti peribahasa kita, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Eh, ye ke? Rys lupa. Haha..

  "Macam kau tak kenal kami, Crya. Kami boleh baiki colloseum sekelip mata sahaja." Hanz tersengih.

  Crya mengangguk. Wajahnya memerah. Hanza menggeleng. Haih, bakal kakak iparku yang comel, bila nak mulakan perlawanan?

  "Okay. Prince Hanz, are you ready?" soal Crya. Melihatkan Hanz mengangguk dia menoleh ke arah Hanza pula. "Princess Hanza, are you ready?"

  Hanza mengangguk. Sebilah pedang cahaya dipegang erat. Corak pedangnya dengan corak pedang Hanz sama sahaja.

  "Three... Two.. One.. FIGHT!!" Crya terbang ke tempat duduk penonton. Itu juga antara sebab kenapa dia dilantik sebagai pembantu perlawanan colloseum.

  BOOOOMM!!

  Ah, perlawanan baru bermula lima saat yang lepas dan letupan sudah berlaku.



  Nice.






To be continued

Crya
- kuasa : tanah (kristal) dan telekinesis
- guardian : dua ekor serigala
- keturunan : werewolf

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top