TNKP | 22
Pada petang itu, Raja Zach, Permaisuri Andria, Putera Louis, Hanza, Rien dan Violet turun ke istana Lightning Kingdom. Meriah dan agak kecoh juga di istana itu. Lebih-lebih lagi tatkala Permaisuri Sandra merajuk dengan Permaisuri Andria sebab tak bagi tahu tentang kepulangan Rien dan Violet.
"Alah, Sandra. A.. Aku lupa. Maafkanlah aku... Aku teruja semalam." kata Queen Andria.
Queen Sandra mencebik. Wajah dipaling dari menghadap wajah sahabatnya. Dia merajuk!
"Sandra... Sandra... Sandra~ Hukhuk!" Queen Andria memuncungkan mulut. Dia mahu menangis!
King Zach, King Zion, Hanza, Rien dan Violet hanya ketawa melihat drama tidak berbayar itu. Hanz, L dan Rayyan galak bergaduh atas satu sebab iaitu... Perebutan blueberry muffin yang terakhir.
"Ah! Aku nakkkk!!"
"Tu aku punya!"
"Hisyy!!"
Rien dan Violet mengurut dahi. Perlahan, mereka menarik Hanza, Queen Sandra dan Queen Andria ke dapur istana.
"Jadi... Kakak Hanza. Bonda Andria dan Bonda Sandra. Jom bakar kek?" ajak Violet.
Mereka bertiga mengangguk. Di samping itu, mereka mahu membuat satu pertandingan. Siapa punya kek paling sedap!
••••
Satu jam tiga puluh minit kemudian, lima ekor chef naga memunculkan diri. Mereka meletakkan lima buah(?) dulang di hadapan lima jejaka itu.
"Queen Sandra menitahkan kalian berlima untuk memilih satu jenis kek berdasarkan cita rasa masing-masing." ujar salah seekor manusia naga itu sambil membuka sebuah dulang diikuti dulang-dulang yang lain.
"Woah..." kelima-lima lelaki itu mula berasa lapar melihatkan lima biji kek yang sudah dipotong itu.
"Queen Andria menitahkan agar kalian berlima duduk di hadapan kek pilihan masing-masing."
"Seorang satu kek?" soal Hanz.
"Terpulang." jawab naga-manusia itu.
Kelima-lima mereka berpandangan. Terus mereka berebut mahu duduk di hadapan kek pilihan hati mereka.
King Zach duduk di hadapan sebiji kek keju.
King Zion duduk di hadapan sebiji kek coklat.
Louis duduk di hadapan sebiji kek blueberry.
Rayyan duduk di hadapan sebiji kek red velvet.
Hanz duduk di hadapan sebiji kek black forest.
"Kalian berlima dibenarkan merasai kek pilihan kalian. Kemudian, kalian perlu merasai kek-kek yang lain lalu duduk di hadapan kek yang dirasakan paling sedap." jelas naga-manusia kelima.
Mereka berlima mengangguk. Setelah setengah jam bergaduh, akhirnya mereka kekal di kedudukan asal. Haih, memang tak boleh berpisah dengan kek favourite tu.
"Dipersilakan meneka kek buatan siapakah itu bermula dari King Zach. Kalau betul, ada hadiahnya."
King Zach mengerutkan dahi. "Ini kek buatan Queen Andria...?"
"Kek coklat ni pula mesti Queen Sandra kan? Err.. Salah.. Kot? Err.." ujar King Zion.
"Blueberry cake by Violet." L tersenyum sendiri.
"Kek red velvet buatan Rien." teka Rayyan. Dia tak pasti!
"Alah.. Ni mesti adik aku buat. Kan?" Hanz menaikkan keningnya.
Pap!
Kelima-lima manusia-naga itu menepuk tangan mereka. Maka, keluarlah dua orang wanita dan tiga orang gadis. Hanya seorang gadis sahaja memaparkan riak ceria manakala empat lagi berwajah.. Geram?
"Hei, cheese cake tu saya lah yang bakar!" jerit Queen Sandra.
"The chocolate cake was made by me! Rien! Not Queen Sandra!"
"Rayyan, bonda bakar kek black forest, bukan red velvet." marah Queen Andria.
Hanza bercekak pinggang di hadapan abang kembarnya. "Aku bakar kek blueberry, kayh!"
Violet menjeling tajam. "Saya bakar kek red velvet, bukan blueberry!" marahnya kepada Louis.
••••
Nampaknya tiada pemenang langsung. Tetapi, mereka berlima tetap ceria. Kek-kek itu sangat sedap.
"Ehem.. Erm.. Rien.." panggil Queen Sandra.
Rien mengangkat wajah. Mulutnya dilap. "Yes, bonda?"
"Harini Rien tidur sini, okay? Bonda nak jaga kamu harini. Bonda nak sediakan barang untuk kamu ke akademi esok. Boleh?" pinta Queen Sandra.
Rien terkedu. "Erm.. Bukan tak boleh. Tapi.. Violet?"
"Bonda nak sediakan barang Violet! Haritu bonda sediakan barang Hanza. Bonda Sandra pula sediakan barang Hanz." Queen Andria tersengih.
"Please~ Bonda nak juga merasa ada anak perempuan. Hehehe." Queen Sandra ketawa kecil.
Rien mengangguk. "Kalau V dengan Bonda Andria, takpelah. Janji dia ada. V, jaga diri elok-elok tau." pesan Rien.
Kelapan-lapan mereka tersentuh melihat keakraban Rien dan Violet.
"Oi, Violet! Sampai hati kau tinggalkan aku dalam bilik eh!" laung seseorang.
Violet terkaku. Yang lain (kecuali Rien) memandang punca suara itu lalu Violet ditenung tajam.
"Eh, tuanku semua pun ada? Err.. Hai.. Saya Rise. Ni Leo. Harimau dan singa tu." Rise tersengih.
"Explain." mata L menikam mata Violet.
Violet melarikan anak matanya daripada memandang L. Seram sungguh. "Ka.. Kami jumpa diorang sewaktu keluar dari hutan suci. Di.. Diorang cedera."
"Kenapa tak hantar ke mana-mana perkampungan?" tegas Rayyan menyoal.
"We don't have wings. We can't fly. We don't have magic." balas Rien.
"Huh. Kenapa tak cakap dia—"
"Stop. If you wanna blame us, keep blaming us. We don't care. Yang penting, diorang berdua dah tolong kami." Rien memandang mereka (L, Rayyan, Hanz dan Hanza) dengan tajam. Queens dan Kings sudah lama menghilangkan diri.
"Jangan kotorkan istana dengan perbuatan korang, Rien, Violet." tegur Hanz.
"Then, we're leaving." Violet menarik tangan Rien diikuti Rise dan Leo.
"Jangan sebab lelaki, korang buta." nasihat L.
"You don't know anything so shut up!" jerkah Violet.
"Macam mana nak tahu kalau korang tak buka mulut? Malam tadi tidur seka—"
PANG!
"Watch. Your. Language, boys." Rien menurunkan tangannya. Pipi Rayyan yang memerah dipandang sinis. "Wanna kick us smoothly? Okay, we'll go."
"Bonda! Ayahanda! Kami berdua tak nak ke akademi! Maaf! Terima kasih!" Rien dan Violet berlari meninggalkan istana.
Leo dan Rise menjeling kumpulan Light Power dengan tajam. "Don't mess with us if you don't know anything about us. The girls can destroy you within a second."
Rise berubah menjadi harimau. Harimau yang besar. Diikuti Leo. Mereka berlari pantas. Mendapatkan kedua gadis yang telah pun dihancurkan hati mereka.
Rys : Ayat tu.. Pelik..?
••••
King Zach dan King Zion mengeluh. Mereka memandang putera-putera dan puteri mereka. Queens pula mendiamkan diri.
"What have you done, boys?" soal King Zion dengan nada marah.
"Kami cuba nasihat mereka but they—"
"Nasihat dengan cara mengamuk? How? Macam mana nak jadi raja nanti? Ada masalah, mengamuk? Like that? Killing? Then, rakyat membelot dan bertukar kepada devil. Puas?" Raja Zion menggeleng.
"This is the worst. We want you to find them. No excuses! Find Rien, Violet, Rise and Leo. No matter what, find them." tegas Queen Andria.
"But w—"
"Prince Louis! Prince Rayyan! Prince Hanz! Please. You guys brought them here. They don't know anyone. They're from Earth. And the most important thing is, Rien and Violet are girls! Not boys! They're in Dragon Kingdom. Or maybe not." Queen Sandra memandang ketiga-tiga putera itu dengan tajam.
Louis dan Rayyan masih belum ditabalkan sebagai putera mahkota. Manakala Hanz dan Hanza pula dianggap anak sendiri. Yeah, mereka ada pangkat putera dan puteri.
"Puteri Hanza. You'll stay." titah King Zach.
Hanza mengangguk.
••••
Rayyan, L dan Hanz memuncungkan mulut. Mujur tiada rakyat melihat. Kalau tidak, jatuh reputasi mereka!
"Kita berpecah jelah!" cadang Hanz. Sudah penat mencari di serata kawasan.
"Okay!" L terbang ke Angel Kingdom, Rayyan terbang ke serata kerajaan Dragon manakala Hanz pula terbang ke sana-sini. Kasihan, kau.
"Hei, have you seen two girls with two guys?" soal Rayyan.
Dua ekor naga itu berpandangan. "No." ringkas jawapannya.
Rayyan mengangguk. Sikap naga itu mungkin diertikan sebagai kurang ajar tetapi itulah sikap naga. Pendiam, dingin dan tak bergaul dengan keturunan lain. Rayyan ni kan separa naga separa ahli sihir.
"Are you Dragon Knight?"
Rayyan menoleh. "Yes I am." hood di kepala dibetulkan.
"Nice to meet you. By the way, I think I saw two girls and two guys were resting under the tree and then they went there." si naga ketiga memandang satu arah. Naga. Bukan naga-manusia.
"Ah.. Terima kasih." Rayyan mengepakkan sayap naganya. Sayap berwarna hitam yang hampir sama besarnya dengan sayap angel. Sayap hitam yang dihiasi debu merah keorenan. Tanda kuasa api hitam yang beracun. Sebenarnya, tongkat sakti milik Rayyan jauh lebih cantik dan berkuasa berbanding ahli sihir lain. Lebih hebat dan berkuasa berbanding bondanya. Terdapat ukiran berbentuk sayap naga di hujung tongkat sakti Rayyan. Batang tongkat itu pula diukir halus. Tongkat itu lebih panjang dan magisnya hebat.
Tambah-tambah lagi dia mempunyai kuasa yang jarang didapati orang lain iaitu dimensi. Sejak bayi, dia telah dilantik oleh ahli tertinggi dimensi. Dia dilantik sebagai pengawal dimensi. Kuasa mindanya bertambah kuat apabila dilantik sebagai pengawal minda. Kebanyakan pengguna kuasa mind-controller terbatas tetapi Rayyan tidak. Dia bebas.
"Rien!" laung Rayyan.
Rien menoleh. Rayyan yang sedang terbang ke arahnya dipandang kosong. "Kau nak apa?" soalnya kasar.
Rayyan terpempan. Secepat inikah gadis ini berubah? Gadis yang lemah-lembut sudah bersikap begini apatah lagi gadis bermulut puaka dan ganas iaitu Violet.
"Please. Bonda dan Ayahanda nak jumpa."
"Okay." Rien mengibas bajunya yang kotor dek tanah. "Let's go." Rien memandang Violet, Rise dan Leo. Mereka akur.
••••
"Rien! Violet!" Queen Andria dan Queen Sandra memeluk tubuh gadis-gadis itu.
Leo dan Rise berbalas senyuman dengan King Zach dan King Zion.
"Hmm.." Hanza yang setia di sisi cuba menganalisa data tentang Rise dan Leo. Dia tergamam. Tiada maklumat? Malah nama pun tidak dapat dikenal pasti?!
"Rien. Violet. Rise. Leo. Silalah tinggal semula di istana. Ke akademi. Please.." rayu Queen Andria.
Violet menggeleng. "Tidak. Kami tak mahu."
"Rien.." Queen Sandra memandang dengan sayu. Apakah ini?
"Bonda nak sangat anak perempuan. Bonda selalu berebut Hanza dengan Bonda Andria ni. Selalunya, Hanza ikut Bonda Andria." Queen Sandra menjeling Queen Andria.
Queen Andria dan Hanza tersengih.
"Rien, please. You and Leo will stay with me. Meanwhile Rise and Violet will stay at Angel Kingdom. Akademi yang sama sahaja. The Magical Academy dekat Fairy Kingdom. Sama je dengan yang lain. Tu akademi yang selalunya orang masuk." pujuk King Zion.
"Fine." Rien mengeluh.
Queen Sandra menjerit suka. Queen Andria mengeluh perlahan. Matanya bersinar-sinar memandang Violet.
Violet kaku. "Err..."
"Okay." putus Rise. Dia tersengih sinis.
L dan Rayyan memandang Leo dan Rise dengan ketidakpuasan hati.
"Malam ni, Rayyan, L dan Hanz perlu masak tanda maaf." Queen Sandra senyum senget.
"Bai!" Hanza teleport mereka semua ke Fairy Kingdom.
Hanz, L dan Rayyan terpana.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top