TNKP | 21
"ARGHHHHH!!" jeritan yang nyaring itu menggegarkan istana. Berlari para pengawal ke dewan makan, mahu mengetahui apa yang berlaku. Mungkinkah ada demon yang memecah masuk?
Terkejut para pengawal yang berlari masuk tadi. Seekor anak singa dan seekor anak harimau sedang duduk elok di atas sebuah kerusi masing-masing. Hanza pula sudah membina pelindung cahaya di sekelilingnya.
"Eh? Kenapa bising-bi—. AHHHH!!" Permaisuri Angel terjerit. Raja Angel mengurut dada, terkejut. Mujur tiada penyakit jantung.
"Bonda.. Apa yang bising-bising ni?" soal L sambil mengusap matanya. Masih mamai.
"Kenapa ramai sangat berkumpul ni? Dengan pengawalnya.." seseorang memunculkan diri.
"R.. Rien?" terpaku Raja Angel, Permaisuri Angel dan Hanza.
"Yelah.. Saya dengan Violet baru pulang dari hutan suci. Petang tadi. He. He.." Rien ketawa kekok. Leo diambil dan dipeluk.
Muncul pula Violet lalu Rise dipeluk. "Err.. Ni ha.. Haiwan.. Kami.. Terserempak masa pulang tadi." Violet tersengih.
"Lah.. Terkejut kami semua nampak singa ni tadi. Ingatkan apalah. Pengawal, korang boleh kembali bertugas." titah Raja Angel.
"Maafkan patik, tuanku." Rien dan Violet berbahasa istana. Leo, Rise, Rien dan Violet menundukkan badan tanda maaf.
"Angkatlah kepalamu. Haisy, nak juga berbahasa budak-budak ni." bebel Raja Angel.
Tergelak L dan Permaisuri Angel. Rien dan Violet tersengih.
"Kamu berdua sihat? Bagaimana kehidupan di sana? Bahaya? Ada terserempak dengan haiwan suci? Bagaimana rupanya? Adakah kamu berdua ini manusia? Atau puak cahaya? Jikalau puak kegelapan, berambuslah kamu berdua dari istana beta."
Ternganga Rien dan Violet. Panjangnya soalan!
"Err.. Kami berdua sihat sahaja. Hidup di sana baik-baik sahaja." balas Rien.
"Tiada pula terserempak dengan haiwan suci. Puak? Kami manusia, tiada pula rasa nak tumbuh sayap. Hehe.." sambung Violet.
Raja Angel menggaru kepala. "Okay.. Jomlah makan. Cef menyediakan makanan yang enak harini. Memang rezeki kamu berdua. Er.. Singa dan harimau ni mahu makan apa?"
"Hmm.."
'Daging.. Kami nak makan daging tu. Nyum nyum..' Rise berkomumikasi dengan Violet.
Gadis itu terkejut. "Er.. O. Kay.. Eh.. Hah. Daging. Daging." Violet agak gelabah. Dia memang agak dingin tapi tulah, gelabah pun ada.
"Sebelum itu, mengapa anakanda berdua tidak memakai gaun yang tersedia?" soal Permaisuri Angel.
Kedua gadis itu tersengih. "Ampun, tuanku. Tapi, patik berdua lebih suka menyarungkan T-shirt kami."
Permaisuri menggeleng kepala. Ada sahaja keletah mereka. Nak berbahasa istanalah.. Haih..
"Selepas ini, kami akan menyarungkan gaun itu. Hehe.." Rien tersenyum. "Er.. Mana Rayyan?"
L tersenyum kambing. HAHAHAHA.. "Aik? Tanya Rayyan je ke?" usiknya.
Merah wajah Rien diusik sedemikian. "Mana Rayyan dan Hanz?"
"Mereka ke Dragon Kingdom. Rayyan tinggal di sana. Hanz pula ada urusan di sana." balas L.
"Ouh.."
••••
Permaisuri Angel mengerutkan dahi. Siapa pula yang bangun jam 5 pagi ni? Nak memasak?
"Eh.. Permaisuri?" sapa seseorang.
Permaisuri Angel menoleh ke belakang. Berdirinya seorang gadis bernama Violet di situ.
"Kenapa tuanku ke sini?"
"Ouh. Saya nak sediakan sarapan pagi. Kamu?" soal Permaisuri Angel. Dia sudah melarang Rien dan Violet daripada memanggil mereka dengan pangkat raja, permaisuri dan putera. Degil juga. Haih..
"Hehe.. Pada mulanya saya dan Rien mahu menyediakan santapan buat Leo dan Rise. Alang-alang, masaklah juga sarapan buat semua." jelas Violet.
"Ouh.. Kalau begitu biar saya bantu. Sebelum tu, boleh tak kamu berdua panggil saya bonda. Saya.." Permaisuri Angel terhenti daripada meneruskan bicara.
"Saya?"
"Saya teringin mahu mempunyai anak perempuan." sambung Permaisuri Angel. Dia menundukkan kepala.
"Boleh sahaja.. Bonda.." Violet tersenyum manis. Dia dan Rien juga mahu merasai kasih sayang seorang wanita bergelar ibu. Di bumi, Rien ada umi namun tiada abi. Walaupun umi sekadar ibu angkat kepada anak yatim, kasih sayangnya tidak ubah seperti seorang ibu. Violet pula dapat merasai kasih sayang seorang ayah, abang dan kakak. Selepas berpindah ke rumah anak yatim, dapatlah dia merasai kasih sayang umi walau sekadar beberapa hari.
Dia sedar. Dia beruntung. Mempunyai ayah, ibu, kakak dan abang. Rien? Hanya ibu.
Violet tersentak. Dia dapat merasakan sesuatu sedang memanjat belakangnya.
'Maaf, Vio. Aku tak bermaksud nak ganggu kau dengan permaisuri tapi.. Aku lapar! Leo sedang asyik makan daging! Aku terliur! Rien pula sedang memasak!'
Violet ketawa kecil. Permaisuri Angel memandangnya hairan.
"Rise.. Rise.. Kesian kau. Lapar ye?" ejek Violet.
"Er.. V faham bahasa haiwan?" soal Permaisuri Angel.
"Eh takdelah. Vio cuma teka je apa yang Rise cuba cakapkan." tipu Violet. Kepala Rise yang berada di bahunya diusap perlahan. Rise sedang memeluknya dari belakang dengan tubuh kecilnya itu.
"Ouh.. Nama dia.. Rise? Singa tu pula Leo?"
Violet mengangguk. "Eh, jemput duduk dulu, bonda. Saya nak jenguk Rien dan Leo pula." pamit Violet.
Secara tiba-tiba Leo muncul dari ruangan dapur. 'Apa sebut-sebut nama aku, hah?'
Violet mengabaikannya. "Rise duduk sini diam-diam dengan Leo. Jaga kelakuan korang tau. Kalau tak, Vio cepuk kepala korang berdua." ugut Violet. Dalam hati, dia sudah ketawa besar. Bukan selalu dapat mengenakan Leo dan Rise.
'Kalau kami sudah jadi manusia, siaplah kau, Violet!' jerit Leo dan Rise serentak.
Violet hanya menggaru kepala. Habislah dirinya nanti. Dia kemudian berlalu ke dapur untuk membantu Rien menyediakan hidangan.
••••
"Umph.. Siapa sediakan hidangan ni?" soal L.
"Rien." balas Permaisuri Angel dengan ringkas. Dia menikmati hidangan yang enak itu.
"Wahh untung Rayyan! Lepas ni bolehlah ke akademi dengan senang hati." L tersengih.
"Akademi?" serentak, Rien dan Violet menyoal.
"Yup. Akademi. The Magical Academy." balas L.
"Ouh, baru bonda teringat. Bonda nak Rien dan Violet masuk akademi. Err.. Tu pun kalau kamu berdua sudilah.." Permaisuri Angel tersengih.
"Err.. Bagaimana dengan sekolah di bumi? Cik Raisya pasti tertunggu-tunggu.." ujar Violet.
Rien mengangguk bersetuju.
"Pasal tu.. Biar ayahanda ke dunia sana. Ayahanda mempunyai kuasa portal dimensi. Boleh ayahanda beritahu kamu sudah berpindah. Lagipun kamu berdua kan anak-anak ayahanda." sampuk Raja Angel.
L dan Permaisuri Angel bersetuju.
"Portal dimensi? Habis tu? Yang haritu?" soal Rien.
"Err.." L tersengih. Nak jawab apa eh?
"Prince Louis.." Raja Angel dan Permaisuri Angel memandangnya tajam.
Kecut perut L. "Ha.. Habis tu.. Ka.. Kami nak ke dunia lain.. Ma.. Macam mana?" tergagap-gagap L membela diri. Dia memandang Hanza yang sedang melayan karenah Leo dan Rise. Aiseh, dipulau pula.
"Lah. Ayahanda ingatkan kamu berempat dah ambil sedikit kuasa portal dimensi ayahanda. Haish korang ni kan." Raja Angel menjeling puteranya.
L tersengih. "Ampunkan patik."
"L.. Kita dah lambat." beritahu Hanza. Wajahnya tenang sahaja. "Hanza pergi dahulu, bonda, ayahanda." Dia menyalam tangan Permaisuri Angel dan Raja Angel. Begitu juga dengan L. Kemudian, Hanza menggunakan kuasa teleport untuk ke akademi. Bukan selalu. Hehehe..
"Pergi bersiap, anakandaku."
"Baik, bonda." Rien dan Violet menunduk hormat. Memandangkan mereka sudah siap makan, mereka perlu bersiap.
••••
Rien dan Violet berpandangan. Raja Angel memandang hairan.
"Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena dengan ayahanda ke?"
"Er.. Ayahanda.. Rien rasa ayahanda kena tukar baju kepada baju T-shirt. Manusia lain mesti hairan tengok ayahanda berpakaian seperti ini." kata Rien.
"Hah?" Raja Angel blur.
"Ayahanda ada baju lain? Selain daripada baju formal ayahanda?" soal Violet pula.
"Hurm.. Oh, sekejap!" Raja Angel menghilang.
Rien dan Violet terpinga-pinga. Hilang pula?
"Ni ke?" Raja Angel muncul tetapi kali ini dengan sehelai T-shirt kelabu berlengan pendek dan seluar jeans biru gelap. Sesuai dengan dirinya.
"Yup!"
"Ah.. Jadi namanya T-shirt ya? Hehe.. Ayahanda hanya membeli dan langsung tidak tahu nama ia." Raja Angel ketawa kecil.
Rien dan Violet menggeleng. Keluar dari istana, kelihatan beberapa orang angel berpakaian putih terbang di awangan. Pakaian rasmi angel, pakaian putih kan?
Raja Angel membawa mereka berdua ke belakang istana. Kuasanya ini sangat berbahaya. Tidak boleh jatuh ke tangan yang salah. Setiap lima abad, pasti lahirnya seorang pengguna kuasa portal dimensi. Dan pengguna itu merupakan puak cahaya yang berasal daripada kerabat diraja Angel. Hanya kerabat diraja Angel sahaja ada kuasa tu.
"lєt ๓є ๏קєภ tђє ק๏гtคl t๏ tђє єคгtђ ฬเtђ tђเร ק๏ฬєг!"
Rien dan Violet ternganga. Ingatkan cara nak guna kuasa hebat tu memerlukan spell yang panjang lebar. Ni pendek je?
Cahaya mula menyinari kawasan belakang istana. Cukup untuk membutakan sesiapa. Cahaya terang diganti dengan cahaya yang biasa-biasa. Tidak menyakitkan mata. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam portal dimensi. Menuju ke.. Bumi.
••••
"Ayahanda selalu ke sini?" soal Violet.
"Vio, tukar panggilan nama kepada 'ayah'. Nanti kita dipandang aneh dengan panggilan 'ayahanda' itu." tegur Rien.
Violet mengangguk.
"Tidaklah selalu. Jarang-jarang sahaja. Ayah tiada urusan pun di sini." jawab Raja Angel. Matanya meliar memandang manusia-manusia yang berjalan.
"Kenapa sesak sangat? Tu.. Binatang apa? Tidak bahayakah?" soal Raja Angel dengan naif.
"Sekarang jam 6.00 pagi. Normallah kalau sudah sesak sebegini. Itu bukan binatang. Namanya kereta. Sejenis kenderaan. Teknologi zaman sekarang." jelas Rien.
Serentak dengan itu, Violet menepuk dahi. Rien dan Raja Angel memandangnya hairan.
"Rien. Kau ada lagi telefon yang papa hadiahkan?" soal Violet dengan cemas.
Rien tersentak. "Alamak! Aku tak tahu ia di mana. Macam mana ni?"
Raja Angel mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa-apa. Telefon tu apa pula?
"Aku rindu papa, abang dan akak." tubir mata Violet mula berair.
"Nanti kita lawat mereka? Secara.. Senyap-senyap?" cadang Rien.
"Em!" Violet tersenyum bersemangat.
"Akademi kamu di mana?" soal Raja Angel setelah lama berdiam diri.
"Sekolah kami tidak jauh dari bandar. Di simpang kanan sana sahaja." beritahu Rien.
"Sekolah?"
"Sekolah itu macam akademilah. Di sini kami ada banyak peringkat persekolahan. Taska. Tabika. Tadika. Sekolah rendah. Sekolah menengah. Dan yang terakhir universiti. Di universiti ada pelbagai peringkat. Ijazah, master, PhD. Banyak lagilah. Ni yang Rien tahu di Malaysia. Di luar negara, entahlah." jelas Rien.
Raja Angel mengerutkan dahi. "Tempoh masa?"
"30% hidup kami dihabiskan dengan pembelajaran. Umur manusia singkat. Paling lama 160 ke bawah. Tapi, manusia zaman sekarang.. Maksimum umur 60 tahun macam tulah. Yelah, banyak penyakit sekarang ni. Tempoh kami belajar. Sejak umur dua atau tiga tahun di taska. Umur lima tahun di tabika. Tahun keenam di tadika. Kemudian, tempoh enam tahun di sekolah rendah. Lima tahun di sekolah menengah. Kalau ambil tingkatan enam, enam tahunlah. Beberapa tahun di universiti. Sepanjang tempoh itu, kami ada beberapa peperiksaan besar." kata Rien lagi.
Raja Angel menggelengkan kepalanya. Pening. Pening sangat! Rys yang menaip ni pun tiba-tiba jadi pening kepala.
"Hah, tu sekolah!" jerit Violet teruja. Dia menarik tangan Raja Angel dan Rien lalu berlari ke hadapan pintu pagar sekolah.
"Hai, Pakcik Vlad!" tegur Violet dengan ceria.
Pakcik Vlad a.k.a pengawal keselamatan sekolah tersenyum. "Lama tak nampak kamu dan Rien. Pergi mana?" soalnya prihatin. Pakcik Vlad ni umpama ayah lah juga.
"Ah.. Kami.. Dijaga keluarga angkat kami berdua. Dia uruskan segalanya. Err.. Keluarga angkat kami nak berpindah ke luar negara. Jadi, sekarang ni nak uruskan perpindahan sekolah pula." tipu Rien.
Violet mengangguk setuju. Raja Angel hanya tersenyum.
"Ah, pasti ini ayah angkat kamu berdua, kan? Nama saya Vladeric. Panggil saya Vlad." Pakcik Vlad menghulur tangannya, mahu bersalam dengan Raja Angel.
Raja Angel menyambut huluran Vlad. "Nama saya Zach William. Just call me Zach."
"Kami pergi dulu, Pakcik Vlad." pamit Rien dan Violet. Mereka berdua melambai Vlad. Senyuman manis dilempar.
"Ermm.. Zach. Aku nak buat permintaan." pinta Vlad. Wajahnya serius.
"Permintaan apa? Kalau aku mampu, aku tunaikan." Raja Zach memandang wajah Vlad.
"Jaga Qrienshes Relveyn dan Violet sebaik mungkin. Mereka gadis yang sangat istimewa. Kecantikan tiada tolok bandingan. Kelembutan seperti puteri. Keganasan bak pahlawan. Kekuasaan terhebat milik keturunan. Darah puteri pahlawan mengalir dalam diri. Jatuhnya mereka dalam kegelapan bererti musnahnya dunia." kata Vlad.
Raja Zach terkaku. Anak matanya yang berwarna kuning cair berubah kepada warna emas. Keistimewaan seorang raja adalah dapat mengenal pasti sama ada seseorang itu rakyatnya atau bukan. Hanya rakyatnya. Kalau yang lain tidaklah.
"Kau.." Raja Zach mengerutkan dahi. "Keturunan Neflos. Vladeric Neflos. Mana kau menghilang hah?" marah Raja Zach.
Vlad tersengih. "Bersembunyi. Tuanku tahukan patik adalah satu-satunya keturunan Neflos yang masih hidup. Yang lain terkorban dalam peperangan."
"Peramal tak guna. Ikut aku balik!" Raja Zach mengheadlock Vlad. "Letak jawatan kau! Kau sepatutnya menjadi peramal. Hisy!"
"Adedeh.. Lepaskan akulah!!" jerit Vlad.
Pelajar lain memandang hairan. Raja Zach mendapatkan Rien dan Violet yang sedang menunggu di sana.
"Eh.. Kenapa ni ayahanda?" Violet menekup mulut. Terlepas kata.
Vlad ketawa. "Sudah, Vio. Pakcik tahu." Vladeric tersengih.
"Kenalkan. Vladeric Neflos. Keturunan terakhir peramal terhebat. Menyorok pula angel tak guna ni." Raja Zach menjeling Vlad dengan tajam. Mereka sahabat sejak kecil.
"What?!" Rien dan Violet melopong tidak percaya. "Pakcik Vlad.."
Vlad kecut perut. Dua gadis itu mahu mengamuk. Alamak.. "Lepaskan aku, Zach! Lepaskan!!" Vlad meronta mahu dilepaskan.
Raja Zach ketawa terbahak-bahak.
"Hmph! Siaplah pakcik!"
••••
"Jadi.. Kamu berdua mahu berpindah ke luar negara?" soal pengetua sekolah.
Rien dan Violet mengangguk seperti burung belatuk.
"Ouh.. Di mana?"
"Itali!" wah, ada persamaan!
"Semoga kehidupan kamu berdua lebih baik di sana." pengetua tersenyum manis. Kedua anak gadis di hadapannya dipandang lalu kepala mereka diusap.
"Jumpa lagi.." Rien dan Violet menyalam tangan pengetua wanita itu.
"Encik Zach jaga mereka berdua sebaik mungkin. Mereka permata yang perlu disimpan rapi dan dijaga sebaik mungkin." nasihat pengetua.
Raja Zach mengangguk. Nampaknya pengetua itu bukanlah rakyatnya. "Pergi dahulu." pamitnya.
Mereka berempat termasuk Vladeric Neflos ke belakang bangunan sekolah. Sunyi sahaja..
"ฬïtђ tђë קöฬëг, öקëภ tђë קöгtäl tö tђë Ŧäภtäรÿ ฬöгl๔!"
Rys : Don't ask me. Rys tak tahu nak letak nama apa untuk dunia fantasi. //crying//
Mereka berempat melangkah masuk ke dalam portal itu. Kerja Vladeric sebagai pengawal? Nah, takpe. Vladeric dah sediakan sepucuk surat sejak minggu lepas. Macam mana dia tahu? Dia kan peramal. Hehe..
To be continued
Yezzaaa another cast! Actually, Rys ingat nak buat Vlad ni sekadar pengawal but Rys tukar. Hekhek.. Emm.. Kalau tyle Raja Angel dengan Permaisuri Angel tu, sorry tau. Rys lupa yang diorang kerabat Lightning. Hehehe~
Sooooo..
King Zach as King of Lightning
Queen Andria as Queen of Lightning
King Zion as King of Dragon
Queen Sandra as Queen of Dragon
Vladeric as the last heir of Neflos.
Hikss, maaflah Rys tak tahu kalau king dengan queen dah ada nama ke belum. Kalau dah ada pun, Rys lupa!
Note : Kepada para pelakon watak DREAM WORLD, cerita tu mungkin di publish selepas tamatnya cerita DENDAM atau bila chapters dia dah banyak. Okay? Hehe..
Please gimme your vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top