TNKP | 20
Leo mengeluh perlahan. Dia dapat merasakan bahawa Rien memerlukan seseorang. Dan dia tahu, Rien dan Violet bukan manusia biasa. Mereka.. Salah seorang daripada makhluk alam fantasi juga.
"Benarkah kamu berdua orangnya?" bisiknya perlahan. Pintu bilik Rien ditutup rapat.
'Winnie.' seru Leo. Dia menelepati Winnie.
'Ye, saya. Ada apa Guardian Leo?' sahut Winnie.
'Boleh kau kumpulkan kesemua puak pada malam ini? Esok pagi aku dan Rise nak ke Angel Kingdom.' beritahu Leo.
'Ah, pasti boleh. Saya akan laksanakan segera.' Winnie menerima tugas itu dengan ceria.
'Baiklah.' telepati diputuskan.
Kalau korang tertanya-tanya kenapa Leo dan Rise tak tinggal dekat Guardian Kingdom sedangkan mereka adalah guardian, jawapannya adalah kerana mereka guardian Secret Kingdom.
Malah, kerajaan itu memang tersembunyi. Hanya keturunan Leo dan Rise sahaja yang tahu kewujudan kerajaan itu. Ups, terlupa! Keturunan puteri pahlawan malam juga tahu tentang ia! Ketua guardian di Guardian Kingdom langsung tidak tahu.
Leo dan Rise keturunan guardian yang istimewa. Mereka lain daripada yang lain. Oleh sebab itu, mereka tidak bercampur atau tinggal dengan keturunan guardian yang lain. Apa yang istimewa? Keturunan Leo dan Rise mempunyai darah demon. Selain itu, mereka juga merupakan guardian yang berdamping dengan puteri pahlawan malam. Soulmate mereka pula ialah pari-pari. Soulmate mereka sudah ditentukan dan pari-pari itu pula pendamping puteri pahlawan malam.
Sedar atau tidak, sejak chapter 13 lagi Rien dan Violet dah masuk dalam hutan suci. Sekarang dah chapter ke-20. Hikss, lamanya!
••••
Hanza mundar-mandir. Sudah sebulan Rien dan Violet ke hutan suci! Ulang sekali lagi. SEBULAN! Tempoh yang sepatutnya ialah dua minggu sahaja.
Sepanjang tempoh itu jugalah mereka langsung tidak kembali ke bumi. Mereka menyambung semula pelajaran di akademi nanti.
Muncul wajah Rayyan, L dan Hanz. Sejak kebelakangan ini, mereka banyak termenung. Nak cari Rien dan Violet dalam hutan? Mana boleh! Nak kena dengan haiwan suci ke?!
"Rien.. Violet.. Pulanglah.." bisik Hanza dengan sayu. Sahabat..
••••
Leo, Rise, Rien dan Violet menikmati hidangan makanan dengan senyap.
"Aku rasa.. Sudah tiba masanya kita ke kerajaan Angel semula. Sudah sebulan korang di sini. Kami berdua akan menemani korang." Leo memecahkan kesunyian.
Rien dan Violet tersenyum gembira. Yeahhh!!
Tapi, terselit kesedihan di hati. Tidak dapat mereka bermain dengan haiwan-haiwan di sini lagi. Hmm..
"Jangan risau. Setiap hujung minggu kita akan ke sini." kata Rise.
Semakin melebar senyuman dua gadis itu. Tak sabar!
••••
Leo dan Rise sudah berubah rupa kepada singa dan harimau. Rien dan Violet cair melihat mereka. Jadi manusia, hensem! Jadi haiwan, comel! Arghhh!!
"Aku dan Leo takkan tunjuk jalan keluar. Ikut kata hati korang. Kami hanya akan berjalan di sisi korang." jelas Rise. Taring yang tajam kelihatan.
"Baik!" Rien dan Violet memulakan perjalanan. Jalan agak berliku. Sesekali mereka bergaduh kerana salah faham.
Gruuumm!!
Terpaku kedua gadis itu.
"Hu... Hutan.. Hutan kegelapan?" Violet terdiam.
'Ikut kata hati sayang. Bukan akal fikiranmu.' nasihat satu suara yang tiba-tiba muncul.
Tersentak Rien. "Siapa kamu?!" jeritnya.
Suara itu diam. Leo, Rise dan Violet berpandangan.
'Kata hatimu akan membawa kamu berempat ke jalan keluar. Kerana kamu.. Cahaya dalam kegelapan.' suara itu menghilang. Misteri.
Rien terdiam. Hatinya membenarkan apa yang dikatakan oleh suara itu. Ikut kata hati. Bukankah Rise sudah berpesan tadi? Akhirnya, Rien yang mengetuai perjalanan mereka. Leo dan Rise tersenyum kerana jalan yang dihala mereka sangat tepat. Jalan untuk keluar dari hutan suci itu. Mereka berdua yakin dengan satu perkara.
"Ah.. Finally! Let's go home!" jerit Violet.
Buk!
"Kau lupa kita ni penduduk bumi?" Rien menyoal dengan nada mendatar.
Violet tersengih. "Maaf."
"Sudah. Jom aku tunjukkan jalan ke kerajaan Angel." ujar Leo dengan tegas. Dia ada urusan dengan putera kerajaan itu iaitu Putera Louis.
"Err.. Macam mana nak ke sana?" soal Rien dengan lurus.
"Dengan cara ini." mulut Leo dan Rise terkumat-kamit mengucapkan sesuatu.
Cahaya menyinari kawasan itu. Rien dam Violet terpaksa menutup mata.
Selepas beberapa saat, sinaran itu menghilang. Terpaku dua gadis itu melihat sepasang sayap yang indah di belakang tubuh Leo dan Rise. Sayap Leo berwarna kuning keemasan manakala sayap Rise berwarna biru laut.
"Can.. Cantiknya.." puji mereka berdua.
"Naik cepat." arah Rise.
Sayap dikepak lalu mereka terbang membelah awan. Keadaan Leo tidak ubah seperti seekor griffin. Mujurlah dia tiada genetik seekor helang. Hihi..
Perjalanan tidak mengambil mada yang lama memandangkan kuasa Leo dan Rise sangat hebat. Kepantasan seolah-olah kilat lebih-lebih lagi mereka berdua merupakan singa dan harimau, haiwan yang pantas.
Leo dan Rise mendarat di hadapan istana kerajaan Angel. Ouh.. Lupa nak cakap. Rys rasa korang tahu kot yang kerajaan Angel terletak di awan. 😂Kalau ada ayat yang mengatakan kerajaan ni di atas tanah, maafkan patik. Kesilapan teknikal. HAHAHAHA!
"Siapakah kalian berdua?!" pengawal itu menyilangkan lembing mereka, tidak membenarkan haiwan-haiwan buas itu masuk.
"Berikan kebenaran untuk kami masuk ke dalam. Aku ada urusan dengan putera kerajaanmu." tegas Rise.
Terkejut beruk kedua pengawal itu. Nak dengar haiwan berbicara? Dalam mimpi! Nak dengar suara guardian pun hanya yang tertentu sahaja.
"Apakah urusan kamu berempat?" soal si pengawal pertama.
"Urusan peribadi! Benarkan kami masuk! Pangkatku jauh lebih tinggi daripada pangkat kamu berdua!" sampuk Leo pula.
"Maaf tetapi kami tidak boleh membenarkan kamu berempat bertemu baginda." wajah pengawal-pengawal itu berubah ketat. Eh.. Bukan memang ketat ke? Fuh angel garang!
"Apa yang bising-bi-. Eh, Rien! Violet!" L tersenyum gembira. Namun senyumannya mati tatkala ternampak dua gadis itu menunggang seekor singa dan harimau. Tak pernah pula dia nampak jenis haiwan seperti itu. Ada memang ada tapi saiznya mesti kecil dan warnanya bukanlah biru bersinar dan kuning keemasan.
"Err.. Pengawal. Biarkan mereka masuk." titah Putera Louis. Ececece...
"Baik, tuanku!"
L membawa mereka berempat ke halaman istana.
"Err... Rien dan Violet apa khabar? Sihat? Macam mana kehidupan di hutan suci? Haiwan-haiwan ni.. Dijumpai di mana?" soal L bertubi-tubi.
Rise dan Leo mengetap gigi sehingga menampakkan gigi taring yang tajam dan bersinar seperti isyarat bersedia mahu menerkam mangsa. Jumpa? Ingat dua gadis ni kutip diorang ke hah? Helo, diorang berdua yang bawa Rien dan Violet ke Secret Kingdom.
"Wo wo wo.. Sabar, L. Okey, pertama. Kami sihat. Kedua, kehidupan di sana baik-baik sahaja. Jumpa? Err.. Kami terserempak dengan mereka berdua. He.. He.." Violet dan Rien ketawa kekok. Rise dan Leo sudah memberi amaran untuk tidak membuka mulut tentang perkara ini.
"Ouh.. Jadi.. Korang.. Nak bela?" soal L.
Wajah Rise dan Leo berubah. Mujurlah kau tak kenal kami siapa. Kalau kau kenal, aku rasa terketar-ketar lutut kau, tahu!
"I.. Ya.."
"Okay. Korang mesti penat. Masuklah bilik dan berehat. Malam nanti korang bertemu dengan yang lain. Singa dan harimau ni boleh dibawa ke kandang diraja. Err... Diasingkan dengan kuda..?" L tersengih.
"Eh, takpe. Kami bawa masuk sekali dalam bilik. Mereka boleh jadi anak haiwan. Kan?" Rien tersenyum.
Leo dan Rise mengangguk. Mereka berdua membisikkan satu ayat dan serta-merta cahaya bersinar seperti tadi.
Kali ini, Leo dan Rise menjelma sebagai anak singa dan anak harimau seperti dalam Gallery TNKP.
L memandang dua gadis itu. Err... Hidung mereka.. Berdarah? Apakah..?
'Oh, korang sebagai manusia tersangatlah handsome. Sebagai harimau dan singa dewasa tersangatlah comel dan bila jadi anak haiwan ni terlampau comel. Ahhhhhh!!!' jerit Violet dan Rien dalam hati.
"Pergilah berehat." kata L dengan senyuman.
Violet dan Rien mengangguk. Rien mengambil Leo dan Violet mengambil Rise dibawa ke bilik.
"Kami akan kekal dalam rupa anak haiwan sahaja. Malas mahu berubah. Memenatkan. Hilang tenaga magis nanti!" ujar Leo.
Rise mengangguk bersetuju.
"Okay.." Rien dan Violet akur.
Pintu bilik masing-masing dibuka. Violet menghempas tubuhnya ke atas katil dan terlena. Rise menggeleng. Pintu bilik itu ditutup lalu dia melompat ke sisi Violet dan tidur juga. Violet memeluk tubuh anak harimau Rise seperti kucing. Dengkuran seekor anak harimau mula kedengaran.
Situasi Leo dan Rien pula..
Rien memandang Leo yang sudah membaringkan diri di atas katil. Tubuh anak singanya sangat comel! Rien mengambil keputusan mahu membersihkan diri dahulu. Selepas itu, barulah dia tidur sambil memeluk anak singanya.
To be continued
Yeeehaaaaa!! Another update! Tata~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top