TNKP | 2
Baiklah, hari untuk mereka mencari pewaris keturunan itu sudah tiba. Hanza menggenggam erat tangan kembarnya. L dan Rayyan berpeluk tubuh sahaja. Yelah, takkan nak pegang tangan juga. Hahaha...
Hanz dan Hanza mula membaca mantera membuka pintu portal manakala Rayyan membantu dengan membuka laluan portal dimensi. Tanpa kebenarannya, tiada sesiapa dapat merentas dimensi. Kalah berjaya tanpa kebenarannya, sahlah orang itu bukan calang-calang orang.
Cahaya bersinar terang. Sebuah portal yang dihiasi tulisan aneh muncul di hadapan para kerabat itu. Para kerabat mengeluh perlahan namun masih cuba mengukir senyuman manis. Malangnya, mereka tetap mengetahui bahawa ia hanyalah senyuman palsu.
"Semoga berjaya, anakanda sekalian. Bonda pasti kalian bakal membawa mereka kembali ke tempat asalnya." Permaisuri Sandra, bonda kesayangan Rayyan tersenyum nipis. Tubuh empat remaja itu dipeluk erat.
Permaisuri Andria yang berada di sisi sahabatnya turut memeluk mereka. Air mata yang hampir menitis pantas diseka, tidak mahu remaja-remaja itu melihat. Lebih-lebih lagi anak lelakinya.
Raja Zion mendekati mereka. Bahu Rayyan ditepuk perlahan. "Jangan lupa mereka, Rayyan. Walau apapun yang terjadi, ingatlah mereka tetap sahabatmu yang berada ketika kau susah dan senang."
"Baik, ayahanda." Rayyan menundukkan kepalanya yang ditutupi hoodie.
"Ayahanda rasa kalian sudah boleh pergi. Selamat tinggal dan semoga berjaya." Kali ini, ucapan Raja Zach bagai merentap hati mereka.
Seolah-olah tidak percaya bahawa mereka bakal meninggalkan ibu bapa mereka. Tidak pernah terfikir dek akal mereka bahawa mereka akan berpisah buat jangka masa yang pastinya lama. Selalunya Rayyan dan L sahaja yang 'rajin' merentas dimensi untuk melakukan tugasan. Kali ini, mereka berempat bersama untuk mencari semula pewaris itu. Ah, semoga segalanya dipermudahkan.
Kaki melangkah perlahan ke dalam portal. Hanz, Hanza dan L menarik hoodie menutupi kepala. Wajah langsung tidak dipalingkan ke belakang walau buat kali 'terakhir'. Tidak mahu merisaukan kerabat Naga dan Angel itu. Sungguh, mereka akan merindukan empat orang kerabat itu. Cepatlah masa berlalu. Alahai...
••••
Sementara itu...
Rien membelek-belek tangan Violet yang berbalut. Wajah Violet yang berbekas dan sedikit lebam itu dipandang lama. Nafas berat dihela. Tangan sahabatnya digenggam perlahan. "Aku tak sanggup lihat kau begini lagi, Violet."
"Kau pun apa kurangnya. Dibuli di rumah anak yatim itu, fikir aku tidak tahu?" marah Violet. Alah, marah-marah manja sahaja. Mana mungkin dia mampu memarahi sahabat baiknya yang seorang itu.
"Aku tidaklah seteruk kau. Sehingga berbalut dan dimasukkan ke hospital. Haih, bilalah ibu kau akan insaf," rungut Rien.
"Ibu? Ibu angkat saja. Layaklah aku didera olehnya. Heh..." Violet tertawa. Jelas hambar dalam tawanya itu.
Gadis berambut perang kekuningan itu menggeleng. "Selayaknya dia menghadap ke penjara, Violet."
Violet terdiam. "Tapi dia tetap ibuku."
"Tolonglah, Violet. Pertahankan dirimu. Aku tak sanggup lagi, Vio. Aku tahu, jauh di lubuk hati kau, kau sebenarnya mahu menghembus nafas buat kali terakhir di dunia ini, bukan?"
Zzap!
Itu dia, sekali terkena penangan Rien... Terdiam terus si Violet. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, guru matapelajaran sudah memunculkan diri.
"Ba—" Kata-kata wanita itu terganggu dengan ketukan pintu oleh seseorang.
Seluruh kelas menoleh ke tepi pintu dan terlihat tiga orang jejaka kacak lengkap dengan hoodie bersama seorang gadis di sisi. Mulalah mereka menggedik dan menggatal.
"Siapa kamu berempat?"
"Pelajar baru."
Dingin. Itu sahaja yang mampu pelajar kelas itu ungkapkan buat mereka berempat.
"Sila perkenalkan diri." Guru wanita itu cuba berkomunikasi dengan baik malangnya tetap diabaikan.
"Rayyan."
"L."
"Hanz."
"Hanza."
"Oh, satu saja kami nak ingatkan..." Rayyan bersuara.
"Jangan. Ganggu. Hanza." Sepatah-sepatah L dan Hanz menyambung.
Terdiam terus para jejaka dalam kelas itu. Baru berniat mahu mengurat gadis cantik bernama Hanza itu. Adeh...
"Baik, kamu berempat boleh duduk." Guru wanita itu tersenyum manis.
"Terima kasih."
Keempat-empat remaja itu melangkah ke tempat duduk yang masih kosong di bahagian belakang. Tidak kisah langsung, memang itu tempat kegemaran mereka. Tersembunyi dan lebih aman.
Kedudukan pelajar dalam kelas itu berpasangan iaitu dua buah meja. Hanz dan Hanza duduk di tepi tingkap. L duduk di sebelah Violet yang duduk di barisan tengah manakala Rayyan di sebelah Rien iaitu di bahagian kanan sekali. Rien dan Violet yang 'bersebelahan' tetapi tetap berjarak berpandangan.
Tiba waktu rehat, pelajar-pelajar kelas itu berlari keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepada guru itu.
Guru itu menggeleng. Harap saja kelas pertama. "Rien, Violet. Tolong tunjukkan kepada pelajar baru tentang sekolah kita," pohonnya.
Rien dan Violet mengangguk perlahan.
Empat orang remaja dari Dunia Fantasi tersenyum sinis di sebalik hoodie. Sebelum itu, mari kita flashback tentang bagaimana mereka boleh tiba di sebuah planet bernama Bumi ini.
Flashback
"Eh, kenapa portal membawa kita ke Kerajaan Naga?" soal L dengan hairan. Takkan portal ni tersalah kot? Mereka ada Pengawal Dimensi bersama. Aik?
"Entahlah."
Sedang asyik mereka saling menyoal, tiba-tiba jeritan yang agak kuat memasuki kotak minda mereka. Pantas mereka mengalihkan pandangan ke kiri. Sekumpulan naga sedang memerhatikan mereka berempat. Okay, ianya agak menyeramkan.
'Kamu ni Dragon Knight kah?' soal seekor naga melalui link.
"Iya, saya." Rayyan bersuara.
'Jadi, inilah pelindung kita?' soal naga yang lain.
Rayyan mengangguk saja.
'Boleh tuanku perkenalkan diri wahai Pahlawan Naga merangkap putera Kerajaan Naga?' Seekor naga yang kelihatan lebih matang pula berkata.
"Aku ialah Rayyan. Rayyan Alexander, putera kerajaan ini. Juga digelar sebagai Pahlawan Naga yang melindungi kalian semua. Di sisi aku ini ialah Putera Louis, putera Kerajaan Angel. Di sebelahnya pasangan kembar Hanz dan Hanza. Juga kerabat diraja."
Pertama kali mendengar Rayyan berkata sepanjang itu, terus Hanz, Hanza dan L ternganga.
'Pasti kamu kuat, bukan?'
"Tidaklah sekuat Puteri Pahlawan Malam." Rayyan membetulkan topeng muka. Ya, hanya dia memakai topeng muka.
'Eh, bukankah mereka sudah tiada?'
"Ternyata mereka masih wujud." L pula membalas kata-kata si naga.
"Selain daripada menjadi seorang Pahlawan Naga, aku juga seorang ahli sihir putih yang mengamalkan ilmu magis. Kadangkala aku dapat melihat masa hadapan." Rayyan tersenyum sedikit.
'Perang antara ahli sihir putih dan hitam masih belum berakhirkah?'
"Malangnya, belum." Ringkas sahaja balasan Hanz.
"Perang besar sedang menanti. Inilah tujuan kami mencari pewaris keturunan puteri itu. Nampaknya, masa tidak mengizinkan kita berbual panjang. Kami minta diri dahulu." Hanza menamatkan perbualan di antara mereka.
Naga-naga itu akur. Tunduk hormat diberikan kepada para remaja itu. Sekelip mata mereka menghilang. Heh, magis dan kuasa adalah punca segalanya.
Entah apa yang silap, mereka tetap tidak tiba di destinasi yang tepat. Sehinggalah tenaga Rayyan, Hanz dan Hanza tinggal sedikit. Akhirnya mereka 'terkandas' di Bumi.
Rayyan tidak mampu menyediakan posyen untuk menyembuhkan mereka. Malang sekali kerana tenaganya juga hilang. Heh, sadis sekali.
L mengambil keputusan untuk tinggal di situ buat sementara. Hanza yang suka membaca menerangkan serba sedikit tentang Bumi. Disebabkan mereka berumur seperti remaja sekolah dan tidak mahu dicurigai polis, maka mereka terpaksa ke sekolah di Bumi.
Tentang rumah pula, Hanz ternampak sebuah rumah mahu disewa. Mereka terus menyewa di rumah itu. Untungnya, rumah itu ada empat bilik. Cukup-cukup sahaja itu mereka. Mujurlah pemilik rumah itu tidak bertanya banyak tentang mereka. Ada juga dia bertanya tentang Hanza. Takkanlah seorang gadis akan tinggal dengan tiga orang lelaki. Nasib baik dia ada hubungan darah dengan Hanz.
Kalau ditanya tentang wang, tak perlulah. Magis boleh lakukan segalanya. Hohoho... Kini, segalanya sudah terjawab bukan? Marilah kita kembali ke alam 'nyata'
End of the flashback
Rien dan Violet yang menjadi tumpuan lelaki berasa tidak selesa. Bukan sekali dua, setiap kali ke kantin, pasti mereka ditenung bagai hendak ditelan. Cucuk mata baru tahu!
"Psst, siapa yang bersama perempuan-perempuan sundal itu?" bisik seorang pelajar perempuan. Entahlah, macam mahu beritahu satu kantin sahaja. Kenapa bukan satu dunia?
"Kacaknya mereka!!"
Rayyan, L dan Hanz menawarkan diri untuk membeli makanan. Rien dan Violet membawa Hanza ke sebuah pondok yang selalu mereka berdua duduk. Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba mereka didatangi tiga orang gadis gedik yang baru sahaja Hanza kenali. Pelik, tak sampai lima jam di sekolah, sudah ada yang mengaku sebagai teman wanita jejaka bertiga itu.
Mereka bertiga membaling beberapa makanan ke arah gadis bertiga itu. Bagaimana pun Rys tidak tahu, Rayyan, Hanz dan L sudah muncul lalu menarik gadis bertiga itu ke tepi.
Kumpulan itu atau lebih dikenali sebagai D'Diva ternganga.
"L, kenapa awak peluk perempuan sundal itu?"
"Rayyan, Rien itu pembawa malang, tahu?!"
Malas mahu melayan, jejaka kacak itu membawa mereka ke tempat lain. Kini, keadaan sangat tegang.
"Mereka buli sampai cederakah?" soal L, serius.
"Ti... Tidak..." Gagap Rien menjawab.
"Habistu?!" Rayyan mula naik suara.
"Ti... Tiada apa."
"Perempuan dan tiada apa memang takkan berpisahkan?" sindir Hanz.
Kepalanya diketuk kuat oleh Hanza.
"Cuma didera..." Akhirnya Violet mengalah. Tidak sanggup mahu bertentang mata dengan L.
"Kau?"
"Bu... Buli."
"Siapa?" Nada suara Rayyan keras.
"Budak lain di rumah anak yatim!" Sekali nafas Rien menyebut. Gerun.
Bila diugut oleh mereka berempat, akhirnya Rien dan Violet mengalah. Mereka pun bercerita tentang kisah hidup yang macam bukan kehidupan mereka. Heh...
••••
"Tengok tu..." Rez menyuruh Ray dan Kai melihat bayangan seseorang.
Seseorang, nampaknya seperti gadis, sedang berlatih dengan beberapa figura. Anehnya, figura itu seperti sangat dikenali. Sepuluh minit menganalisis, baru mereka teringat. Itu figura Ray.
"Benci nampaknya dia kepada kau." Kai berpeluk tubuh.
"Biarkan saja. Dia bukan sesiapa kepada aku." Ray ketawa sinis.
"Bukan sesiapa..?" Aura menyeramkan memenuhi ruangan itu.
Ray menoleh. Erk, Ryn?
Ryn mengusap lengan putihnya. Baju hitam tidak berlengan itu dibetulkan sedikit. Api mula membara.
Delisya, Rez dan Kai tersengih. Semoga kau berjaya, Ray.
Teruk juga Ray dibelasah hari itu. Ryn juga cedera tetapi tidak terlalu parah. Ryssa pula asyik dengan figura ais yang menyerupai Ray. Hahaha... Kasihan.
To be continued
Edited ✔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top