TNKP | 17

Flashback

  Delisya menggunakan kelebihannya sebagai ahli sihir untuk menjejak dua orang demon itu iaitu Kai dan Ryssa. Sihir penjejak yang masih belum cukup dimahiri digunakannya. Malangnya dia langsung tidak dapat menemui kedudukan dua orang 'kanak-kanak' terlebih riang itu!

  "Hisy, manalah mereka ni! Ada juga yang aku tendang nanti!" bebel Delisya dengan geram. Okaylah, dia akui yang dia agak merindui Kai dan Ryssa. Hiks...

  "Hei!" sapa seseorang.

  Delisya yang terkejut pantas membaling bebola bayangnya.

  "Hisy kau ni. Ni akulah, Rez! Aku nak tanya, kau dah tahu ke cara nak sembuhkan mereka?" soal Rez.

  "Eh?" Delisya terpinga-pinga.

  "Mesti kau jejak mereka kan?! Dan mesti kau guna magis penjejakkan?! Hei, lebih baik kita cari cara untuk pulihkan mereka. Elok-elok separuh syaitan terus jadi syaitan!" rungut Rez.

  Apa merungut hah? Salah korang juga pergi cabar tahap kesabaran mereka!

  Delisya menepuk dahi. Haahkan? Dia berjalan ke arah rak-rak bukunya. Terdapat pelbagai jenis buku sama ada buku sihir, buku perubatan, buku sejarah purba dan sebagainya. Juga ada buku tentang dunia lain seperti Dunia Qyran, Dunia Elemental, Dunia Angel, Dunia Devil iaitu Dunia Syaitan dan lain-lain.

  "Jom cari!" jerit Delisya, bersemangat.

  ••••

  Lima minit kemudian...

  Delisya dan Rez tekun mencari...

••••

  Lima belas minit berlalu...

  Mereka masih bersemangat walaupun banyak lagi kawasan, rak dan buku yang masih belum diteroka. Hailah Delisya, nampak sangat kau tak pernah belek buku-buku tu!

••••

  Lima puluh minit kemudian...

  Rez menguap. Matanya digosok perlahan. Dia meletakkan buku ditangannya ke bawah. Tubuhnya disandarkan ke sebuah rak buku. Tangan membelek semula buku tadi.

••••

  Lima jam sudah berlalu sejak saat pertama pencarian buku itu...

Klak...

  Bilik peribadi Delisya dibuka luas. Ray dan Ryn mencari-cari kelibat Delisya dan Rez. Dengar kata daripada seorang pengawal, mereka berdua berada dalam bilik peribadi milik Delisya.

  'Eh?" Ryn terkejut melihat buku-buku yang berteraburan di atas lantai. Pelik.... "EHHH?!" Lebih menghairankan Ryn adalah apabila dia menemui Rez yang tersandar pada rak buku dengan keadaan buku bersepah di sekelilingnya dan terdapat sebuah buku dalam mulutnya! Kau baca buku ke makan buku, Rez?!

  Pap!

  Ray dan Ryn masing-masing menepuk dahi. Kenapalah Delisya tidak menggunakan sahaja sihirnya?

  Ray berdehem seketika sebelum... "Wahai makhluk purba Dunia Fantasi, ku serumu muncul di hadapanku! Tunduklah kamu kepadaku sebagai tuanmu yang telah menyerumu!" Ray berkata dengan nada gurauan. Itu merupakan mantera menyeru mahkluk purba. Tetapi mereka beruntung kerana Ray tidak menyebut nama makhluk tersebut dan tidak membentuk sebuah pentagram. Uhuks...

  "EHH KAU SERU MAKHLUK PURBA KE SYIALAN?!" Rez dan Delisya terbangun serentak. Kelam-kabut mereka sehingga Delisya dan Rez terlanggar rak buku dan buku-buku itu selamat mendarat di atas mereka.

  Terburai tawa Ray dan Ryn! Kami terhibur!

  Masam wajah Rez dan Delisya. Delisya tersenyum sinis.

  "ώάħάί мάķħĻùķ ρùŕвά ∂ùήίά ғάήţάşί, ķù şέŕùмù мùήςùĻ ∂ί ħά∂άράήķù! ţùή∂ùķĻάħ ķάмù ķέρά∂άķù şέвάģάί ţùάήмù чάήģ ţέĻάħ мέήчέŕùмù! ∂άţάήģĻάħ ķέρά∂άķù, ώάħάί ήάģά άρί ρùŕвά!"

  Gelabah terus ketiga-tiga 'R' itu. Ray, Rez dan Ryn mencarut sejurus mendengar mantera itu.

  Satu bulatan magis berwatna jingga kemerahan muncul di tengah-tengah bilik yang luas itu. Ray, Rez dan Ryn bersiap sedia dengan kuasa mereka. Delisya hanya tenang.

  "Groar!"

  Ketiga-tiga 'R' itu berpandangan sebelum ketawa besar. Manakan tidak jikalau naga yang muncul itu merupakan seekor anak naga api purba? Ia sangat comel!

  Anak naga itu bersusah-payah mahu terbang. Ia masih kecil. Sayapnya juga masih belum cukup kuat untuk terbang.

  Delisya menggaru kepala. Tenaganya lemah, kemudian dia dengan 'baiknya' menyeru naga purba. Memanglah!

  Anak naga itu diambil oleh Ryn. Gadis itu tersenyum sambil mendukung anak naga yang comel itu. Mata bundarnya yang berwarna jingga yang membara seperti api memandang tajam Delisya. Dia merengus sehingga terkeluar sedikit api. Ryn berasa teruja!

  Secara tiba-tiba, penduduk kerajaan itu menjerit kuat. Cahaya terang bersinar jelas. Sepertinya cahaya itu datang dari tengah-tengah kerajaan. Bulatan magis yang sama seperti bulatan magis tadi muncul. Apa yang membezakan adalah bulatan itu sangat besar!

  Seekor naga api purba yang kelihatan sangat marah muncul. Ia terbang menuju ke istana kerajaan.

  "GROAAAAAAAAAAHHH!!" Naga itu berada di sisi balkoni bilik peribadi Delisya. Gadis itu meneguk liur, kelat.

  Terdiam mereka berempat kerana dalam kumpulan mereka langsung tiada yang mampu membaca minda!

  Naga itu merengus. Ia memandang tajam Ryn yang mendukung anaknya. Mungkin ia memahukan anaknya semula. Ryn terbang ke arahnya lalu anak kecil itu diletakkan di atas kepala naga api itu.

  "GROAHH!!"

  Semua terdiam lagi.

  "Tak fahamlah tu! Inilah masalah makhluk zaman sekarang! Main seru! Kalau kau seru griffin tadi?! Ada juga yang aku sembur dengan api aku ni!"

  Delisya, Ray, Rez dan Ryn terngadah. "Naga... Naga ni pandai bercakap?!"

  "DAH TU?! INGAT KAMI, MAKHLUK PURBA NI BISU KE?!"

  'Alamak... Kenapalah ia kuat membebel?' rungut Delisya dalam hatinya.

  "Kau ingat aku tidak dengar suara hati kau?!!"

Bergema kerajaan itu dengan pekikan suara sang naga.

  "Ma... Maaf!"

  "Eh sekejap... Bukan Dark Knight ke-100 ini mempunyai enam orang ke?" soal sang naga dengan ragu-ragu.

  "Macam mana kau tahu?" soal Ray. Matanya memandang sang naga yang sangat besar seperti seekor semut dan kucing jantan dewasa!

  "Mana lagi dua?" Naga itu menghiraukan soalan Ray.

  "Mereka... Berubah kepada syaitan..." Rez menggumam perlahan.

  "APA?!!"

  Berdesing telinga penduduk Kerajaan Demon.

  "Kalian dikira bertuah kerana mereka masih mampu mengawal sisi syaitan mereka! Andai mereka menyertai kumpulan syaitan, hancur terus dunia ini!" bebel naga itu.

  "Kau... Tahu cara nak pulihkan mereka?" soal Ryn, ragu-ragu.

  "Mereka tidak dapat dipulihkan sebaliknya mereka dapat mengawal sisi syaitan mereka sepenuhnya dengan cara mencampak mereka ke dalam hutan suci cahaya..." jelas sang naga. Kasar betul ayatnya. Campak?!

  "Lah... Senangnya!"

  "Kau ingat senang? Kau lupa ke mereka tu lincah dan terlebih 'gula'?" rungut Ray.

  Naga itu malas mahu mengambil tahu. Dia hilang dalam bulatan magis apinya dan lesap ke tempat asalnya.

  "Semoga berjaya..." bisik seseorang di telinga Rez.

  Jejaka itu menoleh. Wajah Kai yang tersenyum sinis menyapa pandangan. "Tangkap dia!"

  "Tangkaplah kalau mampu!" ejek Kai. Dia terus hilang.

  Terdiam mereka berempat.

  "Hai!"

  Tersentak mereka dengan kehadiran gadis terlebih gula. Gadis itu tersenyum manis sebelum melompat pergi. "Carilah kami!"

  "Kau ingat ni permainan sorok-sorok ke hahhh?!" jerit Ray, Rez, Ryn dan Delisya serentak. Geram!!

  "Oh, bukan eh? Takpelah... Aku ada hadiah! Meriam pembeku! Tembakan... PEMBEKU!!" Ryssa tersenyum girang sebelum dia menghilang. Sempat jugalah dia memacakkan pedang-pedang halilintarnya di sekeliling mereka. Erk?

  "Atatatatatata tiga!" Kai melorek senyuman. Dia membina kurungan api di sekeliling pagar halilintar milik Ryssa. Kini, Ray, Rez, Ryn dan Delisya dibekukan dalam bongkah ais, dikelilingi pedang-pedang halilintar dan dikurung dalam kurungan api!

   ••••

  Satu minggu dan lima hari berlalu. Baru sahaja satu jam lepas mereka berjaya menangkap Kai dan Ryssa lalu dicampak ke dalam hutan suci cahaya. Itupun dengan bantuan rakyat dan para pengawal. Bukan main lincah lagi mereka menyorok, berlari dan bermacam-macam lagi!

  Kesimpulannya, sila jangan cari pasal dengan mereka berdua. Boleh migrain korang nanti!

End of the flashback




To be continued

Hai hai hai! Okay Rys nak pesan sikit. Dalam TNKP, demon dan devil membawa maksud yang berbeza tau!

Kalau maksud sebenarnya, demon dan devil adalah sama iaitu syaitan, hantu dan lain-lain.

Tapi dalam TNKP, Rys nak ubah. Demon adalah separa syaitan manakala devil ialah syaitan. Okay? Thanks and cau!

Edited ✔



 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top