TNKP | 10
Dark Knight mengeluh. Mereka berpandangan. Dari hari itu lagi mereka merancang mahu menyerang Kerajaan Guardian. Malangnya, Ray mempunyai banyak urusan. Mujurlah mereka menerima berita baik dari bumi iaitu sekolah mereka terbakar. Erk, berita baik ke? Tentang sekolah terbakar itu, para pelajar diberi cuti selama seminggu atau lebih memandangkan blok yang terbakar adalah blok utama. Sadis!
"Ray!" seru Delisya. Dia sudah tidak tahan akan kebosanan kali ini. Dia mahu berlawan!
"Aku sibuk, Del. Sila faham..." jelas Ray dengan nada geram.
"Tapi, bukan aku sahaja yang bosan. Yang lain pun bosan!" rungut Delisya.
"Kalau kau dahulukan kerja kau tu, sampai mati pun tak siap!" bebel Ryn pula. Hei, tangan ke bahu mata ke atas! Hahahaha!
"Kau asyik perli orang je. Kau takde kerja ke?" sindir Rez. Dia memandang sekilas rambut panjang Ryn. Pandang lama-lama nanti bukan jatuh hati, tapi sakit hati! Rasa nak tarik je!
"Takde," balas Ryn ringkas. Dia bersandar di sofa empuk dalam bilik kerja Putera Ray itu. Dia memandang adik kembarnya yang sedang duduk di sebuah sofa. Sofa itu kosong, hanya dia sahaja yang duduk. Kakinya bangun melangkah ke arah si adik lalu kepalanya dilabuhkan ke atas paha Ryssa. Matanya dipejam. Mengantuk.
"Ryn... Aku nampak baaaaanyak kertas peperiksaan, kertas gerak gempur, kerja sekolah dan macam-macam lagi kertas dalam bilik kau. Belum masuk kerja lapangan, kajian kes dan lain-lain lagi," kata Ryssa dengan sinis. Tubuh kakak kembarnya ditolak ke tepi. Sesuka hati dia je baring atas pahanya!
Ryn berdecit. "Kedekut!"
"Kedekut tak kedekut. Aku masih sakit, sepatutnya aku yang baring!" Ryssa banyun dan melangkah ke arah Delisya. Dia pula meletakkan kepala di atas paha Delisya. Mujur gadis itu tidak menolak sebaliknya mengusap lembut kepala gadis yang dianggap adik itu. Yeah, Delisya baik!
"Eh, sejak bila kau rajin bercakap sebelum cukup tempoh ni, Ryssa?" sindir Rez. Jelingan tajam Ryssa diabaikan.
"Oh okay." Ryssa membalas singkat. Kakinya melangkah keluar dari bilik kerja itu. Malas mahu melayan. Tak mahu layan dia kan? Buat apa terhegeh-hegeh bercakap kalau orang tak sudi nak dengar, kan?
Semua memandang Rez tajam. Tiba-tiba Kai pula bangun dan melangkah pergi. Semua menjungkit bahu. Entahlah, tidak tahu mahu kata apa.
"Ryn. Pergi buat kerja kau atau kau nak aku hantar kau ke Demonic Elite Highschool?" ugut Ray sambil matanya merenung tajam anak mata gadis itu.
Ryn mengeluh. "Yalah, yalah..." Tangan Rez ditarik. "Tolong aku siapkan semua masalah tu."
Rez pasrah. Mahu membantah silap-silap dia yang ditendang keluar dari kerajaan itu. Bukannya boleh percaya si Ryn ni!
••••
"Selamat pagi, bonda!" Rien menyapa ceria. Dia berada di Kerajaan Naga. Begitu juga dengan Violet. Mengubah angin, lagipun Permaisuri Naga sudah menjemput. Takkan mahu ditolakkan? Tidak mahu mengecewakan hati Permaisuri Sandra. Hehehe...
"Selamat pagi, Rien. Mana yang lain?" soal Permaisuri Sandra yang cekap menghidang sarapan pagi. Wajah gadis jelita itu dipandang dengan senyuman.
"Entahlah, bonda. Mungkin sedang bersiap? Lagipun masa Rien jenguk bilik Violet, dia sedang mandi manakala Hanza sedang menyikat rambut. Yang lelaki itu mungkin dalam akan tiba sebentar lagi?" teka Rien. Wajahnya diangkat memandang Permaisuri Sandra. Dia agak mencemburui Permaisuri Sandra. Wanita itu sangat cantik!
Sebenarnya Permaisuri Sandra ialah seorang ahli sihir putih. Permaisuri berkahwin dengan ayahanda Rayyan, Raja Zion Alexander dan dikurniakan cahaya mata tunggal bernama Putera Rayyan Alexander. Hiks... Jadi, Rayyan berdarah kacukan antara ahli sihir putih dan naga. Sayapnya bukanlah seperti sayap sepupunya yang lain iaitu sayap angel sebaliknya dia bersayap naga. Cantik!
Rien teringat akan Dark Knight, musuh Light Knight merangkap dua pupu mereka. Ish ish ish... Agak-agak mereka sedang buat apa? Berlatih? Berlawan? Bergaduh? Eh eh? Pantas Rien menggelengkan kepalanya, laju. Permaisuri Sandra menepuk bahu Rien.
"Rien okay?"
"Erk, Rien okay je. Agak pening.. Heheh..." balas Rien sambil tersengih.
"Rien boleh panggilkan yang lain tak? Kalau rajin, pergi ke halaman istana, jemput ayahanda makan bersama," pinta permaisuri dengan lembut.
"Eh, boleh je." Rien mengangguk. Dia meminta diri, mahu memanggil enam orang itu. Uish, mampu ke? Yang pasti, Hanza dan Violet sudah bangun.
••••
Tok... Tok...
"Rayyan?"
Tugas Rien sekadar memanggil Rayyan memandangkan Violet pergi menjenguk L dan Hanza mewakili kembarnya, Hanz. Rien pula memanggil Rayyan dan menjemput Raja Zion makan.
"Tuan puteri, patik rasa tuan putera masih belum bangun daripada lena. Apa kata jika tuan puteri mengejutkan tuan putera?" cadang seorang dayang berketurunan naga yang berada dalam keadaan seorang manusia.
"Erk? Ermm.... Boleh... Kot? Apa-apa pun, janganlah panggil saya puteri. Saya bukannya sesiapa," ujar Rien dengan sengihan. Kepala yang tidak gatal digaru. Perlahan, tombol pintu kamar Rayyan dipulas. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, matanya tertancap kepada tubuh Rayyan yang masih terbongkang di atas katil.
Rien menepuk dahi. "Hei, Rayyan. Bangunlah..."
Rayyan diam. Rien mencuba lagi. Kali ini Rayyan memberi respon yang agak menyakitkan hati iaitu dengan mengangkat tangannya seolah-olah menghalau Rien.
Pap!
"Bangunlah, Rayyan!" Rien semakin geram.
"Hisy!" dengus Rayyan. Dia menggeliat seketika sebelum menyambung tidurnya.
"RAYYAN!" Nada suara Rien naik seotaf.
"Bisinglah kau ni, Rien!" rungut Rayyan. Dia menarik tubuh Rien dengan kasar
Rien yang tidak bersedia terjatuh ke atas katil, bersebelahan dengan Rayyan yang mahu melelapkan mata. Bahu Rayyan dipukul kuat.
"Lima minit..."
"Rayyan, baik awak bangun sebelum sa—"
"Baik kau diam sebelum aku humban kau, Rien," ugut Rayyan.
"Yelah, lima minit sahaja! Lebih lima minit, saya tendang awak jatuh katil!" Rien membalas dengan nada tidak berpuas hati.
Lima minit berlalu...
"RAYYAN, BANGUN!"
"Diamlah..."
BUK!
"HEI!"
"Saya dah cakapkan tadi, cukup lima minit, awak kena bangun atau kena tendang jatuh katil!" marah Rien. Riuh-rendah bilik putera kacak itu dengan suara Rayyan dan Rien yang berperang mulut.
"Hisy!" Rayyan mengalah lalu dia bangun, menuju ke bilik mandinya. Dia merengus dan merungut.
Rien menggeleng. Katil Rayyan yang bersepah dikemas. Rien melihat pantulan wajahnya di cermin milik Rayyan. Ikatan rambutnya dikemaskan. Hari ini, Rien sekadar mengenakan sehelai gaun labuh paras buku lali berwarna krim. Gaun itu mempunyai butiran manik di dada, pinggang dan hujung gaun. Ia dipadankan dengan sepasang kasut but berwarna putih yang dihiasi batuan permata.
Kalau diikutkan hati, dia mahu mengenakan pakaiannya seperti seluar dan t-shirt biasa tetapi dihalang permaisuri. Redha sahajalah. Rambut panjangnya diikat kuda sahaja. Tidak mahu berhias lebih-lebih.
Kakinya laju melangkah ke balkoni bilik Rayyan. Pemandangan indah di Kerajaan Naga menyapa deria melihatnya. Beberapa ekor naga berterbangan bebas di udara. Rien melorek senyuman kecil. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Gadis itu menoleh.
"Jom panggil ayahanda," ajak Rayyan. Dia mengenakan sehelai pakaian rasmi seorang putera. Mungkin dia ada urusan selepas ini. Manalah tahukan?
Selepas menjemput Raja Zion, mereka bertiga berjalan menuju ke dewan makan. Di sana, Permaisuri Sandra, Violet, Hanz, Hanza dan L sudah menanti. Rayyan mengambil tempat di sisi L, Rien duduk di sebelah Violet iaitu berhadapan dengan Rayyan manakala Raja Zion semestinya di sebelah sang permaisuri cinta hati. Ececece...
Mereka menikmati hidangan yang telah disediakan oleh Permaisuri Sandra dengan tenang.
"Korang berdua nak belajar berlawan?" pelawa L setelah menghabiskan sekeping roti bakar.
"Boleh juga..." balas Violet. Dia memandang Rien.
"Hmm.. Dah lama saya tidak berlatih. Bolehlah.."
"Tukar pakaian dahulu lepastu tunggu di halaman latihan selepas bersarapan," putus Rayyan.
Mereka mengangguk.
••••
Seperti yang dijanjikan, selepas bersarapan, mereka akan berlatih. Rien dan Violet memakai sehelai gaun paras paha yang terbelah di sisi. Seluar berwarna hitam turut dipakai. Kasut mereka bertukar kepada kasut but hitam yang bertumit.
Latihan mereka terganggu dek kehadiran seorang pengawal naga.
"Putera! Putera! Kerajaan Guardian telah diserang oleh Dark Knight!"
Semua tersentak. Masing-masing mengeluarkan sayap lalu terbang pantas ke udara. Hanya Rayyan yang berada di situ. Dia menggunakan sihir ke atas Rien dan Violet. Mereka mengerang kesakitan. Belakang tubuh terasa sangat sakit seolah-olah ada sesuatu yang bakal keluar. Rupanya, sepasang sayap angel keluar dari tubuh. Pakaian mereka tidak berubah sebaliknya rambut mereka serta anak mata.
Anak mata Rien berubah kepada warna hijau dan rambutnya yang panjang kini berwarna putih. Pakaiannya masih kekal berwarna merah. Violet pula berubah dengan warna anak matanya yang kini berwarna hazel. Rambutnya pula berwarna ungu cair. Terdapat beberapa helai rambut berwarna merah jambu. Pakaiannya kekal berwarna coklat.
Arah jalan Rien dan Violet diketuai oleh Rayyan kerana yang lain sudah pergi meninggalkan mereka. Dasar hampeh!
To be continued
Edited ✔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top