TNKP | 1

  BAM!

  Tersentak dua orang jejaka yang asyik bersembang tentang kuasa. Kedua mereka memalingkan wajah ke pintu perpustakaan itu. Seorang gadis menerpa masuk dengan wajah yang merah padam.

  Si gadis berdiri statik memandang kedua jejaka itu. Dia tersenyum manis. Manis, tetapi nampak menyeramkan. Dia menarik nafas sebelum, "RAYYYYYYYYYY!!"

  Ray terkejut. Dia mengusap dada perlahan. Boleh mati dia kalau hari-hari dijerkah kuat macam tu. "Kau nak apa?" soalnya selamba biarpun dia sudah tahu tujuan si gadis datang.

  "Hmph! Aku tak nak siasat apa-apa tentang kumpulan cahaya tu!" Gadis itu berpaling sambil memeluk tubuh.

  "Heh, macamlah aku kisah? Siasat juga!" desak lelaki bernama Ray itu. Bahunya ditepuk oleh sahabatnya. Dia berpaling memandang jejaka yang muda setahun itu. Jejaka itu menggeleng.

  "Dia tengah panas tu. Kau jangan cari pasal. Kena renjat aku tak ambil tahu..." Lelaki itu tersengih.

  "Bongok kau, Rez!" Ray mengetuk kepala Rez. Dia memandang gadis yang masih berpeluk tubuh itu.

  "Nak apa? Shuh shuh...." halau Ray.

  Mata gadis itu membulat. "Apa? Kau halau aku? Serius? SERIUSLAH?!!" Bergegar istana itu dengan jeritan gadis itu. Pekerja di istana itu buat tidak endah, bukan tidak biasa.

  "Serius."

  "OKAY!!" Gadis itu menghentak kaki lalu menghempas pintu perpustakaan sekuat hati. Kedua jejaka itu mengusap dada, terkejut.

  ZZZ!!

  "Erk?" Terkebil-kebil jejaka bernama Ray itu.

  Rez ketawa terbahak-bahak melihat sahabatnya direnjat petir. Kasihan....

••••

  "Rayyan..."

  "Ya, bonda?" Seorang lelaki berpakaian serba putih berpaling lalu tersenyum manis. Tangannya ditarik oleh wanita bergelar 'bonda' ke satu tempat. Kini, dia dan bondanya berada di sebuah taman istana.

  "Rayyan, bonda nak Rayyan cari keturunan puteri pahlawan malam. Kita memerlukan mereka. Bukan kita je, satu dunia!" Permaisuri itu terus berkata, straight to the point! Wajahnya serius sekali.

  "Huh, kenapa pula?" Rayyan mengerutkan dahi, tidak memahami permintaan ibunya.

  "Haih... Kamu akan tahu suatu hari nanti. Apa-apa pun, bonda dengar pelindung yang berada di Guardian Kingdom hampir runtuh. Itu pelindung milik permaisuri ke-98, puteri pahlawan malam bukan? Runtuhnya pelindung itu bererti kalahnya kita kepada puak kegelapan. Tiada siapa dapat bantu kita selepas ini..." Mata permaisuri itu berkaca-kaca.

  "Jangan risau, bonda. Rayyan dan yang lain akan sedaya-upaya mencari puteri kembar itu." Rayyan mengelap air mata bondanya yang mengalir. Dia tersenyum nipis.

  "RAYYAN!" Satu suara menghentikan drama antara dua beranak itu. "Tarik nafas... Hembus..." Gadis yang menghampiri mereka melakukan perbuatan itu beberapa kali sehingga dia berasa tenang.

  "Okay, sambung. Hah, Rayyan! Bonda! Pelindung dekat kerajaan tu hampir musnah!" Gadis itu kembali cemas.

  Terbuntang mata si permaisuri. Dia menolak tubuh anak lelakinya. "Jangan biarkan ia runtuh, arahan daripada Permaisuri Sandra Henley!"

  "Menjunjung perintah, tuanku!" Sempat gadis dan jejaka itu melutut menerima arahan. Mereka bangun lalu hilang dari pandangan.

  "Semoga berjaya..." Tubir mata Permaisuri Sandra Henley kembali bergenang. Dia menangis sedikit. Kepalanya didongak ke langit, memandang awan yang melindungi matahari.

  ••••

  Rayyan dan Hanza yang tiba di Kerajaan Guardian tersentak dan terkedu melihat pelindung yang sudah retak, menanti belah.

  "RAYYAN! HANZA! CEPATLAH BANTU!!" jerit L dan Hanz serentak. Geram pula lihat dua orang itu berdiri statik.

  "Ma... Maaf! Jom gabungkan kuasa!" cadang Hanza.

  Cadangannya dipersetujui yang lain kerana mahu menjimatkan tenaga. Mereka berempat memejam mata manakala tangan dihala ke hadapan. Cahaya mula bersinar terang dan akhirnya satu gelombang kuat dilepaskan sekaligus melindungi pelindung terakhir itu. Keempat-empat mereka melepaskan nafas lega.

  "Anakanda sekalian..." Empat suara yang bergabung menarik perhatian empat anak muda itu. Sayap mereka ditutup dan disimpan. Tenaga mereka hampir habis di kala itu.

  "Tahniah dan terima kasih. Jadi, apa rancangan kalian selepas ini?" soal Raja Zach Lionest, ayahanda Louis.

  "Hm... Kami, mahu mencari keturunan puteri pahlawan malam. Semoga tuanku sekalian membenarkan!" Rayyan duduk melutut.

  Melihatkan sahabat mereka melutut, ketiga-tiga sahabat itu turut sama melutut, meminta keizinan.

  Empat kerabat diraja itu berpandangan seraya mengangguk. "Pergilah kalian. Sudah tiba masanya kalian memenuhi takdir yang ditetapkan."

  "Baik, tuanku!!"

••••

  "Argh! Sakit!! Sakit, ibu, sakit!!" Si gadis merayu meminta belas. Dia menangis teresak-esak. Darah yang mengalir langsung tidak diendahkan.

  "KAU DIAM!" Wanita itu mengabaikan rayuan si gadis sebaliknya terus memukul anak gadis itu sekuat hati. Dia terpandang sebuah pasu kaca. Disebabkan tidak puas hati, dia mencapai pasu itu lalu dibaling kepada si gadis.

  Terbuntang mata gadis itu. Nafasnya tersekat-sekat. Darah tersembur dari mulut. Darah pekat mengalir dari seluruh tubuh dan kini, lebih banyak di kepala.

  BAMMM!!

  "YA TUHAN, ANAK AKU!!" Seorang lelaki berpangkat bapa terkejut lalu terus berlari mendapatkan anak gadisnya yang sudah rebah. Nafas anaknya itu dicari. Syukurlah, masih bernafas cuma nafasnya semakin perlahan. Nadinya juga berdenyut perlahan.

  "KAU TUNGGU SINI! PEREMPUAN BODOH!" Tubuh Violet dicempung erat lalu dibawa ke keretanya. Pantas, dia membawa anak itu ke hospital. Semoga segala-galanya baik-baik sahaja.

  ••••

  Pintu wad dibuka. Seorang doktor memandang seorang lelaki yang menunjukkan riak kebimbangan.

  "Encik ini bapa kepada gadis di dalam?"

  "Ya, saya. Macam mana dengan keadaan Violet?" Suara ayah itu serak. Wajahnya basah, mungkin menangis?

  "Anak encik cedera parah. Darahnya yang sedikit boleh membawa maut tetapi syukurlah, bekalan darah jenisnya ada banyak. Selain itu, lukanya... Seolah-olah mampu sembuh dengan sendiri..." kata doktor itu dengan hairan.

  Si ayah terkedu seketika. Namun, dia tersenyum nipis sedikit.

  "Dia masih pengsan. Mungkin akan discharge pada hari kedua atau ketiga selepas dia sedar, bergantung kepada dirinya," ujar doktor itu lagi sebelum berlalu pergi.

  "Kamu sudah besar, Violet." Tangan Violet digenggam erat. Masuk sahaja ke dalam bilik wad itu, dia terus duduk di sisi anak gadisnya.

  "Ayah sentiasa sayangkan kamu..." Tangan anaknya dikucup lembut. "Selamat malam..."

••••

  Dua hari berlalu...

  Violet sudah sedar pada hari semalam. Lukanya benar-benar sembuh! Hanya meninggalkan parut sahaja! Para doktor dan pakar di hospital itu terkejut sangat.

  "Markah matematik kamu akan diedarkan pada hari ini. Sila bersedia..."

  Semua pelajar mula berbisik-bisik. Violet dan sahabatnya, Qrienshes Relveyn atau lebih mesra dipanggil Rien, berpandangan.

  "Qrienshes Relveyn!"

  Gadis itu melangkah ke hadapan, mengambil kertas ujiannya.

  "Violet!"

  Sama seperti Rien, Violet melakukan hal yang sama.

  Habis sahaja memberi kertas ujian matematik kepada anak muridnya, guru itu berdiri. "Seperti biasa, dua gadis itu berjaya menduduki tempat pertama dalam ujian matematik. Semoga yang lain juga mampu mencapai markah yang sama."

  "Dasar anak kutip!"

  "Entah-entah mereka menipu dalam ujian!"

  "Tak sedar diri! Markah kau tu sepatutnya milik aku! Kau sengaja je kan tukar nama!"

  "Perempuan macam korang ni selayaknya masuk tanah!"

  "DIAM! Cara nak berjaya sepatutnya belajar, bukan mengumpat macam orang bodoh! Menunggu giliran ke neraka ke? Dah tak sabar? Mencaci maki, memang bodohlah korang!" Si guru sudah tidak tahan. Dia mula memerli anak muridnya yang lain. "Kalau kau orang boleh maki Rien dan Violet, aku pun boleh maki koranglah! Nak mencarut dekat diorang, aku ada dekat sini! Jangan sampai aku haramkan segala ilmu yang aku curahkan! Ada akal kan? Fikirlah!"

  Terdiam semua orang. Sekali guru mereka membuka mulut, silalah rawat hati dengan baik ya? Boleh dikatakan, hampir satu sekolah membenci dua orang gadis yang dikatakan anak kutip itu. Apalah yang mereka lihat, para grruu pun tidak tahu.

  Waktu rehat...

  Buk!

  Rien tersembam jatuh. Bajunya sudah kotor. Matanya menunduk, memerhati lantai. Ah, geng gegediks itu sudah datang! Lariiii!!

••••

  "Jadi, kita pergi esok? " soal Hanza.


  "Yup! Abangmu yang kacak lagikan bergaya akan bukakan portal untuk kita," balas Hanz.

  "Uweek.. Muntah pelangi!" ejek Rayyan, L dan Hanza.

  "Betul apa. Bersyukurlah Hanza kau ada abang yang kacak bergaya. Bertuah kau,tahu."  Hanz memuji dirinya lagi.

  "Aku rasa... Aku rasa malang pulak." Balasan Hanza membuatkan hati Hanz berkecai.

  "Oh adikku. Kenapa kau tak bersyukur mempunyai abang yang kacak, segak dan bergaya ni? Kenapa kau kata malang?" Hanz mula berdrama. Hilang sifat bekunya ketika itu.

  Buk!!

  "Abang macam ni lagi, Hanza tak mengaku ni abang Hanza!" Terus Hanz buat muka biasa miliknya iaitu dingin.

  Hanza tersenyum kembali. Bukan selalu mereka bergurau-senda seperti ini. Ahaha...

  "Kembar yang saling menyayangi. Bersemut di sini! Ahahah!!" Rayyan ketawa. Ni pun satu, bukan selalu nak tengok dia gelak.

••••

  Violet dan Rien masuk ke kelas. Muka dingin Violet dah keluar. Alamak, petanda buruk!

  "APA MASALAH KORANG SAMPAI NAK KACAU HIDUP AKU NGAN RIEN?! TAKDE HIDUP KE?!" tengking violet.

  "Kau kenapa nak marah marah? Suka hati akulah nak buat apa dekat korang!" bidas salah seorang pembulinya. Ah, salah jawapanlah, sis.

  "Kalau kau nak membuli, kau boleh pergi matilah! Kau tak layak hidup kalau kerja kau nak membuli! Hidup kau takkan pernah lengkap! Kau tu, takde kasih sayang!!" jerkah Rien pula. Hilang sudah sikap ayunya.

  "Kau ni kenapa?!" Gadis tadi menerkam untuk menarik rambut Rien. Namun Rien sempat mengelak. Maka, gadis tadi tersembam di atas lantai kelas. Habis riuh satu kelas sebab asyik ketawa dek adegan lucu itu.

  "Kau ni!" Gadis itu bangun dan cuba menyadung kaki Rien malangnya dia tersilap langkah dan jatuh sekali lagi.

  "Jangan kacau kami lagi kecuali kalau ada rasa nak mati awal!" ugut Rien. Pandangan tajam diberikan. Gadis tadi terkedek-kedek berlari ke tempat asalnya. Padan muka!

  "Jom." Rien mengajak Violet ke tempat mereka. Habis sekolah mereka terus balik. Ponteng kelas beberapa jam je. Wakakaka...






To be continued

Edited

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top