TKNP | 14

  Rien menggeliat seketika. Dia memandang sekeliling sebelum melakukan sesi memanaskan badan. Dia berdiri dan memandang manusia yang masih terbongkang di atas katil itu.

  Ya, itulah Violet.

  Rien tertanya-tanya sebenarnya, benarkah si Violet ni bermulut puaka? Dia baik sahaja... Emm...

  "Woi bangunlah." Rien mengejut kasar. Bukan apa, kalau kejut dengan sisi ayunya, sampai mati pun Violet tu takkan bangun.

  "Emph! Khau perhilah dulu... Haku ngantukhlah..." kata Violet dalam separuh sedar. (Emph! Kau pergilah dulu... Aku ngantuklah...)

  "Betul ni eh? Kalau sarapan habis jangan marah aku," ugut Rien. Bukannya dia tidak tahu bahawa Violet seorang yang kuat makan.

  "Ya ya..." balas Violet dengan nada mendatar. Selimut ditarik menutupi tubuh.

  "Yalah. Oh, aku nak pergi jalan-jalan sekejap lepas sarapan. Pai!" Rien melangkah ke bilik mandi yang tersedia dalam bilik itu. Sepatutnya mereka tidur di bilik sendiri, yang tersedia dalam rumah pokok itu. Tetapi si gedik bermulut puaka itu datang mengetuk pintu biliknya pada tengah-tengah malam semata-mata mahu tidur bersama.

  Tidak dapat lena katanya. Eleh! Tak sampai seminit melabuhkan kepala atas bantal terus berlayar ke alam mimpi! Dasar penipu!

  Sehelai T-shirt berwarna merah disarung ke tubuh berserta seluar sukan. Rambut panjangnya diikat kuda. Matanya membulat sebaik sahaja melihat makanan yang tersedia di atas meja makan!

  "Wah! Eh, kau orang ke yang sediakan sarapan ini?!" soal Rien dengan teruja. Ya, kedengaran seperti orang gila kan?

  Perlahan Rien dapat melihat 'balasan' tumbuh-tumbuhan itu. Mata Rien bersinar suka. Yeah!

  Usai menjamah makanan berupa dua keping roti yang disapu jem strawberi dan susu suam, Rien turun dengan berhati-hari dari rumah pokok itu.

  Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah, dia memandang sekeliling. Telefon yang sempat dia ambil dan letakkan dalam poket dia keluarkan.

  "Takde line? Takpelah bateri masih seratus peratus lagi ni. Hmm..." Akhirnya Rien mengambil keputusan mahu berjalan-jalan di kawasan sekitar. Telefon disimpan kembali.

  Sedang dia melakukan 'tinjauan', dia terkejut apabila mendengar bunyi derapan langkah. Dia yang terkejut terus terbaling telefonnya, yang dia keluarkan tadi untuk melihat jam.

  Rien mula berjaga-jaga. Manalah tahu itu.... HAIWAN SUCI?! Erk maaf tukar sekejap, dah bosan dengar.

  Manalah tahu itu.... PENJAGA HUTAN?!

  Ah, lebih baik... Mungkin?

  Aisy! Rien menepis segala jenis imaginasi dalam mindanya. Telefon itu sangat penting kerana itu hadiah daripada ayah Violet. Ayah angkat, lebih tepat.

  Semak itu diselak. Eh? Abaikan. Tangannya laju mencapai telefon berjenama Huawei itu. Debu tanah yang terlekat dibersihkan. Mujurlah tiada calar. Telefon itu masih kelihatan seperti baru sahaja dibeli, hakikatnya ia dibeli tahun lepas. Hiks...

  Sedang membelek telefonnya, Rien mengangkat wajah apabila terasa diperhati dan... Itulah perkara yang paling dia sesalkan sejak kali pertama menjejak di Dunia Fantasi itu.

  "LARI!!!" Rien dengan pantas membuka langkah seribu. Mindanya asyik memainkan memori berupa mata berwarna kuning keemasan yang merenungnya tajam. Juga bertanduk.

  "Grrr...!" Satu bunyi lain menderam, tanda marah.

  Buk!

  Sementara Rien berlari, waktu itu jugalah bunyi-bunyi lain muncul. Seperti.... Bergaduh?

   ••••

  "Kau kenapa? Macam kena kejar hantu je.." tegur Violet yang baru sahaja meneguk susu suam.

  Rien menarik nafas seketika. Penat bermarathon.
 
  "Lebih menakutkan daripada itu," kata Rien perlahan.

  Violet mengerutkan dahi. "Hah?" soalnya, tidak faham.

  Maka, bermulalah sesi bercerita di pagi hari. Ish ish ish...

  ••••

  "Apa yang kau menungkan tu?" tegur Hanz, yang melihat adik kembarnya asyik termenung.

  Malangnya, gadis itu terus berdiri dan berjalan meninggalkannya. Hanz tergamam.

  "Mana kau nak pergi?!" marah Hanz.

  "Pekan." Satu patah perkataan daripada Hanza, dan dia lesap.

  Hanz mengeluh. "Maafkan aku." Dia meramas rambutnya. "Argh!"

  Tiba-tiba dia merasakan bahunya ditepuk. Sebaik sahaja dia menoleh, terus tangannya naik menampar wajah sang durjana.

  "Hoi!" marah si mangsa.

  Hanz tersengih sahaja. Padan muka!

  "Sesuka hati kau sahaja nak tampar wajah kacak aku ni," rungut L sambil tangannya mengusap pipi.

  Kali ini, satu bunyi kuat yang terhasil daripada dua punca bergabung sehingga memecahkan kesunyian tingkat itu.

  "HOI!" L mengejar kedua-dua jejaka yang berani menamparnya.

  Malang buatnya, dia ditinggalkan. Kasihan...

  ••••

  "Sakitlah, bodoh!" carut Rez apabila Ryn merawatnya dengan kasar.

  "Diamlah, habau!" Ryn menonyoh peket berisi ais itu ke pipi Rez. "Hisy, buatlah sendiri!" Ryn mencampak peket itu ke wajah Rez lantas punggungnya dilabuhkan ke sisi Delisya yang sedang mencicip teh hijau.

  "Inilah masalah perempuan. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit merajuk. Menyusahkan!" rungut Rez. Tangannya menuam pipi yang lebam dengan peket ais tadi.

  "Kan.." Ray dan Kai mengangguk bersetuju.

  Delisya memegang erat tangan pasangan kembar itu lalu mereka menghilang.

  Haih, hari ini hari menghilang seduniakah? Siapa nak sambung skrip kalau macam ni?! Pendeklah bab ni! Hmph!

  Ray, Rez dan Kai berpandangan. Pertama, kerana tiga gadis itu. Kedua, kerana bebelan Rys tadi. Adeh!

  ••••

  "Hai!"

  Tiga gadis itu menoleh. Mereka mengerutkan dahi apabila tiada sesiapa yang berada di situ.

  "Sinilah..."

  Mata memandang satu arah.

  "Hai, siapa kalian? Tak pernah nampak pun?" soalnya. Tubuh kecilnya yang terapung di udara agak menyusahkan mereka bertiga untuk melihat.

  "Kau..."

  "Hai, saya pari-pari cahaya! Mari saya bawa kalian ke pekan kami!" Dan... Ia lesap.

  LAGI?!

  "Eh?" Mereka yang termangu-mangu terus tersedar lalu mengejar pari-pari itu. Jangan risau, nampak punya. Kot? PFFT!

  Tiba di sana, terus pari-pari itu pergi apabila dipanggil yang lain.

  Keadaan agak janggal apabila mereka bertiga dikelilingi pari-pari yang kecil. Ada juga pari-pari bersaiz seperti kanak-kanak. Ada yang bersaiz remaja. Mungkin mereka sudah menguasai magis tahap tinggi?

  "Mari kita lepaskan tekanan!" laung Ryssa. Dia tersenyum ceria sambil menarik tangan kakak-kakaknya.

  Delisya dan Ryn kelihatan ceria juga. Ah, mohon tiada yang memusnahkannya. Hiks!

  ••••

  Sementara itu...

  "PEREMPUAN MEMANG MENYUSAHKAN!"

  "PEREMPUAN PELIK!"

  "DASAR TAK BETUL!" 

  "OTAK SENGET!"

  Pengawal yang berada di situ mengeluh. Mereka membuat kiraan dan ternyata....

  Hampir satu jam putera-putera mereka menjerit perkara yang sama.

  Aduh!

  "AR—"

  "Tuanku... Tuanku sudah menjerit sekurang-kurangnya... Melebihi satu jam," tegur seorang pengawal dengan senyuman di bibir.

  Ray yang mahu menjerit terhenti. "HAH?!"

  "Ya, tuanku." Pengawal itu memberikan puteranya senyuman.

  "Weh weh kita ada hal kan?!" Terus Ray lesap bersama Kai dan Rez.

  Pengawal tadi menggaru kepala sebelum dia mengangkat bahu dan berjalan pergi. Sepanjang perjalanannya, dia asyik diberi pujian oleh pengawal lain.

  Dan... Dia tiba di tempat sepatutnya dia berada.

  Iaitu di...

 



  Menara kawalan yang agak jauh dari istana.
 
  Kau faham tak perasaan bila kau dengar bunyi dari jauh dan bunyi itu berterusan melebihi satu jam? Walaupun kau sangat—jauh.

  Sebab itulah pengawal itu ke istana. Dia tak tahan!

  "Terima kasih ingatkan." Satu suara tiba-tiba menyampuk sehingga pengawal itu melatah dan tergolek.

  Kai tersenyum lalu dia dihempuk. Kai yang baru sahaja mahu marah terhenti apabila Rez membuka mulut dan—

  "Kita dah lambatlah, setan! Kau nak lambatkan kita lagi ke? Aduh kau ni. Jom cepat sikit. Harini banyak kerja tau! Bla bla bla bla bla bla..."

  Kai pasrah.

  Manakan tidak...

  Rez...

  Dilahirkan dalam keturunan Dark Knight tetapi...

  Dia..

  Kuat membebel mengalahkan..

  Boboiboy Gempa.

  Hiks!

  ••••

  "Violet, jom cari buah!" ajak Rien, bersemangat.

  Dia tidak takut lagi. Pertama, ada Violet. Kedua, dah tengahari kot! Takkanlah nak takut lagi?

  "Kejap! Krim aku hilang!" jerit Violet. Begnya diselongkar selagi mampu. Mana ni?! Dia tak nak kulitnya terbakar!

  Ah, fahamkan krim apa? Hiks...

  "Argh!" Violet menjerit apabila telinganya dipiat sahabat kesayangan.

  "Kau nak ikut aku cari buah yang BOLEH dimakan ke krim yang BOLEH aku buang masuk neraka?" soal Rien dengan sinis.

  Violet tersengih. Akhirnya dia akur. Hei, Rien tu Kak Long, tahu? Garangzzz!
 
  "Dah!" Tangan Violet ditarik lalu mereka terjun ke bawah. Malas mahu turun satu persatu tangga yang terdapat pada batang pokok itu.

  Sedang mereka mencari-cari buah yang dikatakan Rien bahawa ada di kawasan itu, kedengaran bunyi ranting dipijak.

  Rien dan Violet menepuk dahi serentak. Ah sudah! Larilah!

  "GROAH!!"

  Rien terpaku seperti patung cendana di sisi Violet. Dengan tidak diduga, sesuatu melompat keluar dari semak. Pandangan Violet dan Rien teralih ke hadapan mereka. Air liur ditelan kelat. Pandangan mata yang cukup tajam merenung mereka. Mereka ada buat salah ke?

  Ia membuka mulut. Rien dan Violet menutup mata. Agak lama sebelum mereka menyedari tiada apa-apa yang berlaku, mata dibuka kembali.

  Terkejut mereka apabila mendapati 'mereka' sedang...

  Menunduk hormat?!

  Gadis-gadis itu berpandangan.

  Dan...

  Pandangan mereka gelap.















To be continued

Edited ✔

Malaslah pulak nak sambung panjang-panjang. Ambiklah edited version ni hiks!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top