TKNP | 12

Flashback

  Taman bunga itu riuh-rendah dengan suara milik dua orang gadis. Mereka bergurau-senda tanpa perlu sibuk berfikir akan hal di luar sana.

  "Anakanda...." Satu suara yang menyapa menyebabkan gurauan mereka berdua terhenti. Dalam diam, pemilik suara itu tersenyum kecil. Dia bahagia melihat senyuman anak-anaknya. 'Maafkan bonda...' bisik hati kecilnya.

  "Bonda!" Dua gadis itu menerpa lalu memeluk erat tubuh wanita bergelar bonda.

  "Anakanda Alexa dan anakanda Diandra sibukkah?" soalnya dengan lembut. Rambut anak sulungnya, Alexa dan pasangan kembarnya, Diandra diusap dengan perasaan sayang.

  "Tidak, bonda. Kami sekadar bermain-main dengan haiwan hutan di sebalik istana ini..." balas Alexa, sang kakak kembar kepada Diandra.

  "Ya, kami mahu menikmati kehidupan kami sebelum cabaran kami bermula!" Diandra berkata dengan penuh semangat.

  Hati permaisuri itu bagai direntap dan ditikam berkali-kali. Dia tahu akan cabaran itu. Dia tahu, anak-anak gadisnya bakal memulakan dan memusingkan roda takdir itu. Tubuh anak-anaknya dirangkul lalu ubun-ubun mereka dikucup. Kata-kata maaf tidak berhenti keluar dari bibirnya. Air mata mengalir perlahan.

  "Maafkan bonda... Maafkan bonda...."

  "Tidak mengapa, bonda. Kami tahu, kami bakal memulakan lagenda. Diandra tahu, nyawa Diandra tidak lama.... Bakal ditarik semula tidak lama lagi...."

  "Alexa pasrah akan nasib keturunan Lexa.... Hanya satu yang kami berdua pinta... Kami tidak mahu pengorbanan kami dipersiakan... Keturunan seterusnya bergantung kepada Lexa... Jadi, buat masa ini biarlah kami bergembira. Bonda... Janganlah sedih ya?"

  Itulah kisah kasih antara Permaisuri Diamond ke-97 dan bakal pewaris takhta Kerajaan Diamond ke-98, iaitu Puteri Alexa serta pelengkap 'roda kehidupan', Puteri Diandra.

  Raja kerajaan itu ditakdirkan mati dalam sebuah peperangan. Permaisurinya mangkat setelah umur anak-anaknya mencecah 20 tahun. Puteri Alexa mengambil takhta, dibantu sang kembar, Puteri Diandra. Tatkala hampir mahu menjejakkan diri ke alam bahagia, Alexa pasrah dengan kehilangan Diandra. Seperti yang pernah keturunan Neflos ramalkan, Diandra juga terkorban dalam sebuah peperangan.

  Kisah lagenda hampir menuju ke puncak apabila seperti yang dijangka, Permaisuri Alexa dan rajanya hilang akibat 'serbuan' puak kegelapan. Kini, keturunannya masih belum ditemui walau setelah seratus tahun berlalu. Cucu kepada Permaisuri Alexa masih belum muncul di hadapan mereka, para pelindung puteri pahlawan malam itu.

End of the flashback

  L, Rayyan, Hanz, Hanza dan para guardians memandang kedua gadis itu dengan pandangan tajam.

  "Siapa diri sebenar kalian?!" soal Rayyan dengan tegas. Riak tenang Violet dan Rien menambahkan lagi keraguan dalam hatinya terhadap mereka.

  "Kami hanyalah manusia yang dibawa kalian ke dunia ini," jawab Violet dengan senyuman.

  "Serius, Violet!" Suara L meninggi.

  "Aku serius! Kalian yang bawa kami ke sini okay!!" Nada suara Violet juga berubah.

  "Jawab dengan serius! Kau ingat ini hal budak-budak ke?! Kalau kalian manusia, bagaimana kalian boleh ada kuasa penyembuh dan teleport?!" Rayyan mula menyinga.

  "AKU JAWAB BENDA BETUL BODOH!" Violet menengking.

  "Kalian pengikut Dark Knight?" soal seekor guardian.

  "Kalau kami pengikut mereka, kami tidak akan menunjukkan kuasa kami. Lebih bagus menyerang sebagai musuh dalam selimut! Kami takkan bantu kalian dan kami takkan serang mereka!" Rien berkata dengan riak yang sukar ditafsir.

  "Demi meraih kepercayaan, mengapa tidak?" Sang putera naga mengukir senyuman sinis.

  "Keluar." Hanz berkata sepatah.

  Terus gadis-gadis itu melangkah keluar tanpa sebarang kata. Malas mahu membantah. Sudah berkata benar, sudah menyelamatkan mereka. Apa lagi? Tak kenang budi!

  Hampir sepuluh minit di luar, barulah mereka dipanggil masuk.

  "Demi membuktikan kata-kata kalian, kalian perlu tinggal di sebuah hutan yang diberi nama Light Forest." Hanz memberi kata putus.

  "Aku okay je. Tapi sebelum tu. Kalaulah aku dan Violet ni pengikut Dark Knight, kami akan bunuh kalian, kami akan serang kalian, lemahkan kalian, rampas kerajaan ni, rampas permata berharga kerajaan kalian, bantu Dark Knight, pecahkan kepercayaan kalian sesama sendiri agar kalian bergaduh, pecahkan pelindung tu dan banyak lagi.

  Kami juga tidak akan mampu menembusi pelindung itu, kami tidak mampu memperbetulkan semula pelindung itu dan masuk ke dalam ni. Mohon fikir logik. Tapi itulah, kalau dah dikaburi perasaan ragu-ragu, segalanya mampu ditipu. Heh." Sempat Rien menitipkan 'pesanan' buat mereka. Kata ganti nama dirinya sudah bertukar.

  Tangan Violet ditarik menuju ke sebuah perpustakaan yang sempat mereka tinjau tadi. Maklumat tentang hutan itu sangat diperlukan.

  Light Knight dan guardians berpandangan.

  "Mungkin mereka memang manusia? Dan diberi kelebihan pada masa itu untuk membantu?" Hanza mula mempertahankan sahabat yang dianggap adik itu.

  "Cukup Hanza. Segalanya akan terbukti setelah selesai 'pertapaan' mereka di dalam hutan itu. Kalau kau terus mempertahankan mereka, kau akan dianggap sebagai syaitan mahupun demon," tegas Hanz.

  "Walaupun terbukti aku ni angel?" soal Hanza, sinis.

  Hanz terdiam.

  "Betullah kata mereka. Hati kalian sudah dipenuhi perasaan ragu-ragu. Akal pun sudah tidak waras. Huh, tiada guna aku di sini kalau terus dipersalahkan." Hanza bangun dan berjalan keluar.

••••

  "Kau cari belah kiri, aku cari belah kanan."

  Violet mengangguk faham. Mereka memulakan 'ekspedisi' mencari buku yang dimahukan.

  "Serigala agung? Puteri Cahaya? Dunia Qyran? Kerajaan Duyung?" Violet membaca tajuk-tajuk yang terdapat pada buku yang dia lihat. Sudah hampir 45 minit mereka di dalam perpustakaan.

  Buk!

  "Aduh!" Violet mengaduh kesakitan. Dia mengangkat muka.

  Rien menggelengkan kepala. "Cari pun berpadalah. Sakit kepala aku..." Rien mengusap kepalanya yang sakit. "Kau ada jumpa apa-apa tak?"

  Violet menggeleng kesal.

  "Takpelah. Aku pun tak jumpa... Dah dekat satu jam kita cari. Penatlah..." Rien mengeluh. Dia berjalan lemah ke sebuah meja yang terdapat di dalam perpustakaan itu.

  Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi dan kepalanya ditongkat di atas meja. Matanya ditutup dan dia mula terlelap. Perlakuannya diikuti Violet.

  Dan mereka tidak menyedari akan satu cahaya yang menyinari....

••••

  L mengeluh. Dia tahu gadis berdua itu di perpustakaan. Tadi dia ke sana dan dia melihat mereka berdua tertidur dengan buku-buku berselerakan di atas meja.

  'Light Forest'', Dark Forest', 'Diamond Kingdom', 'Devil's World', 'The Legend of Devil and Princess,' dan 'The Night Knight Princesses'. Itulah nama-nama buku yang terdapat di atas meja. Begitu penat membaca sehingga tertidur.

  "Benarkah mereka manusia?" L menyoal sendirian. Dia meramas rambutnya. Fikirannya bercelaru!

••••

  "Umn..." Violet terbangun. Dia menggeliat sebelum terkaku apabila terlihat enam buah buku di atas meja.

  "Rien dah bangun?" soalnya hairan. Pandangan dialih ke sebelah. Eh, tidur?

  "Rien.. Rien..." Violet mengejutkan gadis itu.

  "Apa?" soal Rien dalam mamai. Dia malas mahu bangun sebenarnya.

  "Buku ni... Mana kau jumpa?" soal Violet.

  "Eh bila masa aku bangun?" Rien mengerutkan dahi. "Apa-apa jelah..."

  Buku bertajuk Light Forest dicapai. Perlahan dia menyelak muka suratnya satu persatu. Muka surat pertama sehinggalah ke muka surat yang ke-99, ianya kosong.

  Halaman sebelah diselak. Barulah wujud tulisan di muka surat ke-100 itu. Klise hahah!

--------------------

Light Forest

Sebuah hutan suci yang indah pada siang hari dan bersinar pada malamnya.

Hutan yang dilindungi oleh penjaganya. Lagenda mengatakan ianya dijaga oleh seekor singa berbulu kuning keemasan dan bertanduk, juga seekor harimau berbulu biru seperti ais.

Penjaga yang tidak lepas memandang setiap makhluk di dalam.

Setiap puak tidak kiralah cahaya mahupun kegelapan akan menghantar setiap anak yang berusia 5 tahun ke hutan cahaya dan kegelapan untuk dipastikan sebagai cahaya atau kegelapan.

Hutan suci cahaya, menumbuhkan sayap. Bersebelahan hutan suci kegelapan.

Cahaya menentang kegelapan. Cahaya memerlukan kegelapan. Cahaya dan kegelapan.

Jagalah perlakuanmu. Jagalah percakapanmu. Segalanya diperhatikan sang penjaga. Tersilap langkah, maut menanti.

Light Forest dan Dark Forest dipisahkan dengan sebatang sungai yang kadangkala bercahaya terang, kadangkala beraura gelap.

Perkampungan pari-pari yang dikatakan lagenda. Siapa yang menemui sungguh bertuah sekali.

Pari-pari membantu sang penjaga. Juga seekor helang.

Hanya sekali sahaja di Light Forest dan Dark Forest. Kemasukan kali kedua akan menyebabkan nyawamu melayang!

Terdapat cabaran di dalam hutan ini. Andainya kamu seorang kerabat, lebih sukarlah cabaranmu.

Sayap angel yang berwarna putih, sayap pari-pari yang berwarna-warni, sayap naga yang gagah perkasa, sayap demon yang beraura gelap, sayap devil yang berkuasa dan sebagainya.

Semua sayap lahir dari dalam hutan suci ini. Bagi mereka yang tidak bersayap, mereka akan terus dihantar ke Dark Forest.

Takdir akan sentiasa menentukan kehidupan. Dan pelbagai dugaan dan cabaran akan ditempuh. Segalanya bermula di Light Forest dan Dark Forest. Dan juga akan berakhir di alam roh.

Tidak mustahil juga untuk mati selepas keluar dari dalam hutan ini. Semoga berjaya.

--------------------

  Rien dan Violet terdiam. Sejujurnya, penulisan itu seperti dikarang kanak-kanak! Apakah ini?!

  Patutkah mereka percaya?

  "Kau faham?" soal Violet.

  Rien menggeleng. Dia betul-betul tak faham! "Yang penting kita kena tahu cara nak teruskan kehidupan dalam hutan tu. Masalahnya... Kita akan ke hutan suci ni. Dan kita perlu hidup 'bersama' seekor singa, seekor harimau, seekor helang dan pari-pari. Cabaran, sayap dan bla bla bla. Okay berhenti. Diorang bergurau ke? Kita manusia yang tiada sayap. Kenapa kena ke sini? Puak cahaya? Puak kegelapan? Buku tu langsung tak cakap pasal manusia. Macam mana nak tentukan kita? Apalah!" bebel Rien.

  Violet juga terdiam. Haahkan. Diorang manusia. Macam mana nak tentukan diorang manusia biasa?

  "Kirorang akan tentukan berdasarkan sayap," celah seseorang. Rien dan Violet menoleh.

  Rayyan, L, dan Hanz. Yeah.. Light Knight ada kat sini. Yeah.

  "Kitorang akan tentukan. Kalau kau keluar dengan sayap atau tidak," ujar Hanz. Dia merenung Rien dan Violet.

  "Huh. Perlu ke?" Sinis sekali suara Rien ketika menyoal.

  "Ya. Sangat. Perlu." Rayyan menjawab dingin.

  Rien dan Violet keluar. Tidak lupa juga buku-buku itu. Riak mereka beku sahaja.

••••

  Hanza terduduk. Dia memandang langit biru yang dihiasi awan. Kini dia berada di Fairy Kingdom.

  "Hai, Hanza. Awak apa khabar?" soal seekor pari-pari kecil.

  Hanza memandang pari-pari serba biru itu dengan pandangan kosong. Hanza hanya berdiam diri sahaja.

  Pari-pari biru itu tersenyum kecil. Tahulah ia bahawa Hanza sedang mempunyai masalah.

  "Hei, Aurora. Pernahkah manusia datang ke sini sebelum ini?" soal Hanza perlahan. Matanya memandang pari-pari biru bernama Aurora itu.

  "Tentulah pernah," balas Aurora dengan senyuman.

  "Maksud saya, pada zaman sebelum ini." Hanza membetulkan soalannya semula.

  "Hmm.. Pernah. Tetapi, mereka mati dibunuh demon dan devil. Mereka tak berhati-hati di dunia ini. Malah bercadang mahu membawa ramai manusia untuk tinggal di sini," jawab Aurora. Pari-pari kecil itu mengeluh seketika.

  "Kalau dituduh oleh puak cahaya? Puak cahaya menuduh manusia sebagai pengikut puak dark. Manusia dihantar ke Light Forest," sambung Hanza.

  "Manusia itu perlu mengikut sahaja arahan puak cahaya kerana jika dia melawan, dia akan dituduh lagi. Awak tahukan, hutan suci itu bahaya untuk puak dark. Hanya sekali dalam seumur hidup mereka untuk masuk ke dalam hutan suci. Begitu juga dengan kita, hutan suci gelap itu hanya akan dimasuki sekali seumur hidup sahaja kerana hutan suci gelap berbahaya untuk puak cahaya," terang Aurora dengan panjang lebar.

  "Tapi, saya risau."

  "Kenapa? Awak risaukan kawan manusia awak ke?" soal Aurora.

  Hanza mengangguk. Dia membaringkan diri di atas rumput-rumput hijau itu dan memandang langit biru yang terbentang luas.

  "Bolehkah mereka hidup? Dengan haiwan-haiwan suci dalam tu?" nada suara Hanza sangat risau.

  "Saya tak pasti. Semoga mereka mampu." Aurora hanya mampu membalas sebegitu. Dia tidak mahu memberi harapan kepada Hanza.

  "Dark Forest?" Hanza meluahkan rasa bimbangnya. Hutan itu membuatkan fikiran Hanza runsing.

  "Dia takkan jumpa jalan ke hutan itu kerana tiada siapa akan menunjuknya. Awak pun tahu, laluan ke hutan suci gelap berliku-liku dan sukar. Melainkan jika ditunjuk jalannya. Untuk menyeberang sungai pun susah." Aurora tersenyum.

  Hanza melepaskan keluhan. "Hmm.. Saya bercadang mahu mengikut dan menemani mereka."

  "Jangan. Kalau tak, awak kena bunuh dengan haiwan suci. Mereka kena hidup dengan cara sendiri. Bukan dengan tunjuk ajar dan perlindungan daripada orang yang pernah masuk dalam hutan." Aurora mengingatkan.

  "Yelah." Hanza merengus. Dia mengambil keputusan untuk tidur sahaja.

  Aurora tersenyum. Pari-pari biru itu mengeluarkan tongkat sakti miliknya. Dia membacakan sesuatu dan badannya terus membesar seperti saiz kanak-kanak berusia 5 tahun. Umur Aurora? 15 tahun. Pari-pari boleh hidup sehingga berumur 100 tahun. Saiz badan manusia mereka seperti manusia 20 tahun.

  Aurora membaringkan dirinya di sebelah Hanza. "Semoga berjaya, Rien dan Violet," ucap Aurora sebelum menutup kelopak matanya. Macam mana dia tahu? Kuasa Aurora adalah healer warna biru, premonition dan kristal.

  Aurora yakin dengan satu perkara. Iaitu pewaris TKNP masih hidup. Kerana keturunannya merupakan keturunan yang berdamping dengan TKNP. Jika TKNP sudah tiada, keturunannya pasti tidak wujud lagi.

  Kini, hanya tinggal dirinya dan kembarnya iaitu Star.

  Semoga berjaya semua.

 



To be continued

Edited

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top