Prolog

"Jadi..maksudnya apa aku akan digantung?" tanya Gempa dengan nada suara yang kecil

Sekarang dia sedang duduk di sebuah sofa dalam pejabat pengetua Seveny Academy bernama Hatori Ritsana

Kelihatan juga Yuki yang sedang duduk di sebelahnya dan Hatori Ritsuna yang sedang duduk di hadapannya

Mereka hanya dipisahkan oleh meja dengan empat cawan teh yang di sediakan khas untuk mereka

"Bukan,bukan itu maksud aku" kata Ritsana setelah meneguk sedikit minuman tehnya

"Apa yang aku maksudkan adalah..kau akan melakukan misimu bersama dengan salah seorang Yang Tertinggi"

[Note: Yang Tertinggi adalah salah satu penggilan bagi pahlawan tertinggi]

"Maksudnya...aku akan mengikuti dia ke misinya?"

"Itu terpulang pada dia sama ada dia ikut misi mu atau kau yang ikut misinya" kata Ritsana sambil tersenyum

"Tapi yang pasti,sepanjang misi..dia akan mengajarkan kau untuk mengawal dengan baik kuasa itu" sambung Ritsana sambil meletakan minumannya ke meja

"Sekarang terpulang pada kau sama ada menerima atau menolak" kata Ritsuna pula

Gempa diam sekejap sambil memandang ke arah Yuki

"Semuanya terpulang padamu" suara Yuki kedengaran disertai sebuah senyuman nipis pada bibir gadis itu

Gempa membalas senyuman Yuki lalu kembali memandang depan

"Jika aku menolaknya,aku pasti akan sangat menyesal jadi aku akan menerimanya"

Ritsana pun mengukirkan senyuman manis lalu menepuk tangannya sekali

"Baguslah!~ Dia akan datang beberapa hari lagi jadi untuk sekarang kau siapkanlah semuanya dulu"

"Baiklah!" kata Gempa lalu berdiri diikuti oleh Yuki

Mereka berdua pun menundukan badan memberi hormat lalu terus keluar dari situ

Sebaik sahaja pintu tertutup,Ritsuna terus bersuara

"Apa tidak apa-apa?"

Ritsana menoleh ke arah adiknya itu

"Jangan risau,Ice itu pandai dalam hal ini.  Dia pasti boleh mengajar Gempa" kata Ritsana dengan nada ceria

"Bukan itu maksud Suna kak..Ice itu..bersifat tertutup dan aku tak suka cara mengajarnya" kata Ritsana membuatkan sang kakak ketawa perlahan

"Tak mengapa,kehadiran Gempa dan Yuki pasti boleh sedikit mengubah sifatnya itu"

[Di suatu tempat | Underland Kingdom]

Kelihatan seorang permuda berbaju biru sedang nyenyak tidur di atas ranting pohon besar berwarna ungu

"Ice!"

Suara seseorang di hadapannya membuatkan permuda itu membuka sebelah kelopak mata

Mata biru bersinar bak bintang kelihatan sungguh indah membuatkan sesiapa sahaja yang melihat mata itu pasti terpegun

Permuda dengan mata indah bernama Ice itu kembali menutup mata apabila mengetahui siapa pemilik suara itu

"Kenapa..?" balasnya dengan nada malas,dia terlalu malas sehingga tidak ingin membuka mata dan menatap wajah orang yang memanggilnya

"Huh! aku sanggup selesaikan cepat misi ku hanya untuk jumpa kau dan ini je reaksi mu?" nada suara geram kedengaran membuatkan Ice mengeluh perlahan

Dia pun membuka matanya lalu menyandarkan badan ke pohon menghadap ke arah suara itu membuatkan pemilik suara yang sedih itu kembali ceria

"Kenapa? Blaze?" Tanya Ice menekan setiap kata-katanya

"Apa kau dapat surat dari Ritsana?" tanya Blaze

"Ya sudah..tapi kenapa mesti aku?" tanya Ice dengan nada datar dan tenang,tangan sebelahnya bergerak-gerak bermain dengan kuasa miliknya

Aliran kuasa berwarna biru keluar dari tangannya menuju ke arah satu daun di pohon dan perlahan-lahan daun itu mula membeku lalu jatuh tepat ke tangan Ice

"Yah,macam yang kau lihat. Hanya kau yang pandai dalam mengawal keseimbangan dan konsentrasi mu sangat kuat"

"Kau juga pandai dalam mengubah kuasa mu ke peringkat 1 [Air] atau peringkat 2 [Ais] ..jadi tak hairan jika Ritsana memilih mu"

Ice hanya diam mendengar kata-kata itu dari Blaze,dia sudah terbiasa mendengar pujian sebegitu di sekelilingnya

Selain Hali dan Solar,dia juga adalah salah satu yang termasuk dalam level mythic pada lencana gold

Tapi,dia jenis yang tidak suka akan pujian dan populariti jadi tidak banyak yang begitu mengenali dia kerana dia tidak ingin disegani

"Aku dengar dia sudah capai lencana Red dalam hanya 2 bulan" kata Ice mengubah topik perbicaraan

"Ya! hebatkan? dia dah pecahkan rekod kau yang mencapai lencana Red dalam 3 bulan"

Ice diam,mata birunya hanya fokus memandang daun di tangannya yang membeku disebabkan kuasa ais miliknya

Dan tak lama lepas itu,ais pada daun itu mencair menjadi air disebabkan kuasa air miliknya

"Jadi Ice..apa kau menerima permintaan Ritsana?"

Lamunan Ice hilang apabila suara Blaze kedengaran.

"Entahlah,aku belum fikirkan"

Dia pun membuang daun di tangannya lalu terus melompat turun dari pohon dan berjalan pergi dari situ

"Hey Ice! tunggu aku!" Blaze pun turut sama turun dari situ dan cuba mengejar langkah kaki Ice

Ice mengusap rambutnya kebelakang lalu tersenyum nipis

"Tapi rasanya..aku akan menerima permintaan itu"

[TBC]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top