∆ Episod 3 ∆
Hello!~✨
Sebelum mula, di sini hanya nk ucap terima kasih pada semua yg masi setia membaca book ini hshshs THANKS >W<💕
Enjoy!~
-
-
-
[ The Missing Prince ]
" Dikala kau merasakan diri semakin diabai, ingatlah pada mereka yang pernah memberikan mu sokongan sehingga kau mampu berada di puncak "
-Dear Readers [Lynn]
-
-
-
[ No one pov ]
"Jadi kamu semua lah yang menimbulkan kebisingan tadi?"
"Zeus..kau di sini!"
Nama itu meluncur keluar dari bibir Zui membuatkan Gempa bersama Yuki dan Zen mengerutkan dahi mereka, mungkin hairan kerana Zui mengenali lelaki itu
"Aku penjaga di sini dan apa kau sudah lupa dengan kata ku sebelumnya?"
"Zui ingat hehe..maaf" kata Zui diakhiri dengan rasa bersalah
"Tak mengapa, sekarang hampir waktu makan malam jadi tak ramai yang berada di sini dan aku tertanya kehadiran kau di sini"
Mata ungu itu melirik ke arah tiga lagi orang yang duduk di meja itu lalu dia meneruskan kata-kata sambil meletakan buku yang dia pegang di tangan ke arah rak di hadapannya
"Kau jarang membawa rakan jadi aku agak terkejut"
"Oh Zui lupa nak kenalkan. Yang di depan ni abang kembar Zui nama dia Zen dan ini Yuki kemudian terakhir nama dia..Gempa" kata Zui menunjuk satu-persatu mereka bertiga
Zeus terus memandang ke arah Gempa apabila mengetahui siapakah lelaki itu
"Gempa? Yang berjaya mencapai lencana Red dalam masa 2 bulan?"
Zui mengangguk
"Menarik, kau dah berjaya pecahkan rekod abang aku"
"Abang?" kata Gempa hairan
"Nanti kau akan jumpa dia juga"
Belum sempat Gempa ingin bertanya lebih lanjut tiba-tiba kedengaran suara loceng bergema menandakan waktu makan malam sudah pun tiba. Mereka pun berjalan keluar dari situ
Gempa menoleh sekejap ke arah Zeus yang sedang tersenyum penuh makna ke arahnya sebelum pintu perpustakaan itu tertutup
------------
[ SKIP ]
------------
Tepat pada pukul 10 malam merupakan waktu istirehat semua pelajar yang berada di asrama,lampu mula terpadam satu persatu membuatkan hanya beberapa kawasan sahaja yang masih bercahaya di kawasan akademi itu
Di bahagian koridor yang memisahkan kedua asrama lelaki dan perempuan, berdekatan dengan kantin asrama kelihatan susuk tubuh tiga pelajar lelaki di situ
"Mana Gempa ni..kata setuju ikut sama" kata Zen sambil berdecik geram
"Tak apa kita tunggu lagi,mungkin dia ada sedikit urusan" kata seorang rakan sebilik Zen, yang juga ikut sama
"Betul tu" kata seorang lagi rakannya
Sebaik sahaja rakannya habis bercakap,kelihatan dua susuk tubuh gadis sedang berjalan ke arah mereka
"Apa ni abang bawa kawan" kata Zui mula memasang wajah cemberut
"Dah diorang yang nak ikut sekali"
"Eh bukan kau ya-"
"Ah!! Rasanya Gempa tak jadi ikut kita lah"
Dengan pantas Zen memotong percakapan rakannya membuatkan dua orang rakannya itu mula memasang wajah datar,nak menipu lah tu =3= nampak sangat takut:v
"Eh kenapa pula" kata Zui dan Yuki mengerutkan dahi tanda dia juga bingung
"Entah..penat rasanya. Dah lah mari kita mulakan, kita berpecah dan pukul 12 tepat tengah malam berkumpul di sini balik" kata Zen lalu mereka semua mengangguk faham
Mereka di bahagikan kepada dua kumpulan. Zui,Zen satu kumpulan dan dua lagi rakan Zen satu kumpulan
"Jumpa korang nanti" kata mereka sebelum mula berjalan ke arah yang bertentangan ke dalam bangunan akademi itu
-----
-----
[ Yuki Pov ]
Aku mengikuti langkah Zen dan Zui dari belakang sambil di tanganku terdapat satu kristal cahaya yang menjadi lampu pada koridor gelap ini. Sekarang kami berada di bahagian koridor nenuju ke perpustakaan yang berada berdekatan dengan kantin akademi utama
"Abang! Abang! halakan kristal arah sana!"
"Abang tahu lah! Jangan nak arah-arahkan abang!"
"Zui tolong lah bukan arah..manalah tahu mata abang tu terpesong ke arah lain"
"Apa kau cakap!"
"Tak sangkah abang pekak juga =3="
Aku hanya mampu ketawa perlahan melihat pergaduhan dua kembar di hadapan ku ini sambil sesekali memandang sekeliling kawasan koridor
Tap...tap...tap...
Serta merta aku menghentikan langkah kaki lalu menoleh ke arah bahagian tepi koridor yang menuju ke arah kantin utama akademi apabila telingaku menangkap bunyi tapak kaki seseorang
Sesaat aku menoleh ke arah Zen dan Zui yang semakin jauh dari aku lalu tanpa buang masa,aku pun membelok ke arah yang berlainan menuju ke suara tapak kaki tadi
-------
Sebaik sahaja aku sampai di hadapan pintu kantin utama itu,aku mengangkat tangan ingin membuka pintu itu
Kling!! ting! ting..ting..
Bunyi barang jatuh dari dalam membuatkan aku tersentak dan terus membuka pintu kantin itu,aku mengintip sedikit ke dalam
" Argh! tidak! Chocolate ku yang cantik!" satu suara dari arah dapur kantin membuatkan aku mengerutkan dahi
Aku terdiam apabila melihat bayangan seseorang di bahagian hadapan dapur, sedang sibuk mengambil sesuatu di lantai sambil merungut tak tentu pasal. Dengan senyap,aku melangkah masuk ke dalam menuju ke arah dapur
Itu ke.. The Blue Eyes Shadow?!
"Huhu,dah tak boleh makan..tidakk! Q^Q"
Semakin aku mendekati suara itu semakin aku mengetahui bahawa suara itu adalah seorang lelaki dan aku seperti..mengenali suara itu
"Agaknya ada tak lagi besok malam kalau aku datang?" dia mula bercakap seorang diri sambil membersihkan chocolate di lantai
Aku mengintip sedikit di sebalik dinding,ingin melihat lebih jelas wajah lelaki misteri itu dan serta merta mataku membesar apabila mengetahui siapakah orang itu. Tanpa teragak-agak,aku melangkah masuk ke dalam dapur membuatkan lelaki itu terkejut lalu berdiri
"Gempa!?" kata ku dalam hati sambil memandang tak percaya ke arahnya
Tunggu...
Matanya lain dari warna mata Gempa. Patutnya warna mata itu berwarna coklat tapi..kenapa warna matanya biru diamond!?
"Siapa..kau ni!?" tanya ku kepadanya dalam hati
Aku harap dia dapat mendengar suara hati ku
"Huaa Yuki! Dah lama tak jumpa!~"
Lelaki yang menyerupai Gempa itu terus memeluk ku membuatkan aku terkaku akibat bingung bercampur terkejut
"E-Eh!? Macam mana kau boleh kenal aku!? lepaskan!"
Aku menolak kasar tubuh itu sehingga dia mengundur beberapa langkah
"Tak sangka kau dah lupakan aku" dia memasang wajah sedih sambil menoleh ke tepi
Apakah!? dia...merajuk!?
Pelik..hanya satu orang yang aku tahu sifat seperti kebudak-budakan macam ni....
Seseorang tu seperti......
Tunggu....
Tak... MUNGKIN!?
Aku menoleh tak percaya ke arahnya lalu mengangkat jari ku, menunjuk ke arah dia yang sudah tersenyum penuh makna seperti dia dapat merasakan aku mula mengenali siapa dia
"Ra-Raja Saikyo!?"
[ TO BE CONTINUE ]
sapa tak tau siapa tu Raja Saikyo.. gi mengembara ke S1 balikkk 🤣
Saikyo: tampai ati sapa yg tak ingt aku tu :'v
Lynn: kau tak penting sebb tu readers tk igt kau :V
Saikyo: hisk :'V
Oke jumpa kat next episod!!
jangan lupa utk..
VOTE DAN KOMEN💓
Paipaii~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top