∆ Episod 2 ∆

Young lady~, pemintaan [tak tau dia nk d tag ke tak OwO] kamu..

saya tunaikan UwU
btw, sebelum mula..semua dlm cita ni hanya rekaan seperti yg kmu semua tahu:V k ayat terbalik🤣











-
-
-

[ The Missing Prince S2 ]

-
-
-













[ Perpustakaan ]

"Mari! Mari! Mari~"

Tubuh si abang kembar diheret paksa oleh adiknya sambil kelihatan kerutan pasrah di wajah sang abang, dibelakangnya pula kelihatan dua susuk tubuh lelaki dan perempuan mengikuti mereka masuk ke dalam bilik lautan ilmu itu

"Zui kita dah datang ke sini tadi kan?"

"Yup! memang tapi Zui masih tak puas cari buku tu"

"Buku apa yang Zui maksudkan?" suara Yuki kedengaran sambil gadis itu memasang wajah bingung

"Buku Zodiak Bintang Gemini. Zui carinya pun untuk Gempa"

Zen duduk di salah satu kerusi di situ diikuti Gempa yang duduk di hadapannya sambil memendamkan wajah ke dalam kedua tangannya di atas meja, mungkin ingin rehatkan diri sebentar

"Kan Gempa?" Zui menoleh ke arah sang empunya

"Woi..bangun!" Buku di meja Zen ambil lalu tanpa rasa bersalah dia hentak ke meja tepi Gempa

"Hah!?..Ya! kenapa!"

Tawa Zen mula hambur keluar melihat wajah Gempa yang terkejut bercampur bingung sambil memandang sekeliling dan berakhir memandang ke arah dia

"Gempa okey..?" Yuki berjalan ke arah dia dengan wajah risau

"Hentikan tu abang,tak kelakar pun" marah Zui apabila melihat Gempa mula tersengih malu

"Okey hahaha..aku pelik,kau paling awal masuk tidur kot. Kenapa penat sangat ni?"

Gempa meletakan wajahnya ke atas meja,memang betul apa yang Zen katakan kerana kelihatan jelas bahagian bawa mata Gempa yang terdapat lingkaran hitam menandakan dia kurang tidur dan sangat letih

"Aku pun tak pasti lah. Sejak kebelakangan ni,aku asyik rasa penat"

"Betul ke lepas latihan kau masuk tidur?"

"Ya..betul,aku terus ke katil lepas cuci muka" mata Gempa kembali tertutup

"Haa! Sebab tu lah kenapa Zui datang ke sini!"

Gempa tersentak untuk kedua kali apabila gadis itu menghentakkan tangannya ke meja,Zen pula sudah memasang wajah datarnya

"Seriously,dia yang marah aku tadi dan sekarang dia sendiri yang ikut buat macam tu"

Zui mula tersengih sambil mengusap belakang rambut panjangnya itu dan mula meminta maaf ke arah Gempa yang sedang cuba menahan degupan jantung dia yang berdegup laju akibat kejutan kedua kali tadi

" By the way, asal kau cari buku untuk Gempa?"

"Ermm, disebabkan sifat Gempa mula pelik sejak kebelakangan ni..Zui merasakan ianya ada kaitan dengan khabar angin paling top di akademi ini"

Si gadis berjalan ke arah rak buku sambil matanya meliar sibuk mencari buku yang dia inginkan. Setelah jumpa,dia terus menarik bahagian atas buku itu ke bawa lalu membawanya ke meja mereka

" Zodiak Bintang Gemini?"

"Uhum! Bintang Gempa Geminikan?"

"Ya..Kembaran"

"Tunggu dulu! Apa kena mengena Gempa dengan khabar angin tu dengan..buku ni??"

Zui tersenyum yakin sebelum dia membukanya dan berhenti di salah satu muka surat yang memaparkan gambaran dua tubuh berlainan warna iaitu putih/hitam. Gadis itu memberi isyarat untuk datang dekat ke arahnya lalu dia membisikkan sesuatu

"Aku rasalah kan..sebab kenapa Gempa masih rasa penat walaupun tidur awal adalah tubuh kau tu mesti di guna oleh kembaran kau kat alam lain"

"Dan sebab tu lah setiap malam ada khabar angin cakap diorang nampak bayangan hitam berkeliaran di koridor. Tu mesti kembaran kau yang pergunakan tubuh kau!"

Gempa tersentak tanda terkejut mendengar kata-kata dari Zui dan Yuki membesarkan matanya ikut terkejut manakala Zen..

Buku nipis di meja di ambil lalu dia menggulung buku itu dan..

Pak!

"Adui! Apa abang buat ni! sakit lah!"

"Ohh tak-tak. Abang ingatkan kepala kau tu..dah tak betul agaknya! Percaya benda mengarut macam ni!" kata Zen dengan nada semakin tinggi bercampur sindiran ke atas adik kembarnya

"Kalau apa yang Zui cakap ni betul macam mana?! Ha! Jawab-jawab!"

"Benda ni mengarut je dan mana mungkin jadi. Kalau betul jadi,abang akan ikut cakap kau selama sebulan"

Ayat akhir membuatkan si gadis mengukirkan senyuman,yang pastinya seringai penuh makna lalu dia memandang ke arah sang abang

"Betul ni? Kalau betul jadi,abang ikut cakap Zui selama sebulan?" Ayat itu dikatakan semula membuatkan sang abang kembar mula sedar lalu meneguk air liurnya

"No! Lagipun benda tu mengarut" dia cuba cepat-cepat mengakhiri percakapan itu namum nampaknya adiknya tidak ingin mengalah

"Huaa! Abang tadi bagi cabaran! Tak boleh tarik dan kena terima"

"Abang tak cakap itu cabaran~"

"Cis! Abang penipu!" tangan dia hentak ke meja sehingga mengeluarkan suara kebisingan

"Untuk kedua kali,abang tak cakap pun itu cabaran!" si abang tak nak mengalah,dia menghentak kan buku di tangannya ke meja

"Err..korang,kita ada di perpustakaan ni" kata Gempa cuba menenangkan mereka,Yuki yang berada di sebelah Gempa turut mengangguk setuju

"Kalau abang tak percaya apa Zui katakan! Malam ni juga kita cari The Blue Eyes Shadow"

"...Oke!..boleh! Kita berempat! kau! Aku! Gempa dan Yuki!" kata Zui yang pada mula sedikit teragak-agak sebelum tangannya bergerak menunjuk satu persatu mereka termasuk dirinya

"Hah! Asal kami dua masuk sekali?" kata Gempa bingung

"Baiklah! Kalau apa yang Zui kata tu betul,abang kena terima apa yang abang cakap tadi" senyuman sinis terukir di wajah si adik kembar

"Erm! Ya,aku akan buat" jawab si abang kembar sambil meregus geram dan memberikan tatapan tajam

"Sebelum tu,Zui nak cari satu buku lagi~"

Mood Zui yang garang tadi serta merta beruba ceria lalu dia menuju ke arah rak manakala sang abang sudah memandang datar ke arahnya,pelik dengan sifat adik kembarnya itu

Tiba-tiba...

"Jadi..kamu semua lah yang menimbulkan kebisingan tadi"

satu suara asing kedengaran membuatkan mereka berempat menoleh lalu kelihatan seorang lelaki berambut hitam dengan segaris rambut putih sedang berdiri tak jauh dari tempat mereka. Mata ungu gelap memandang dingin ke arah mereka berempat










































[ TO BE CONTINUE ]

Ayeyeye UwU

sejak hari ini,gadis bernama Lynn pun mula update di tgh mlm :V🤣 HHSHSHS

*terjun bersama SyazMilky ilaazad dan adnisxfiyyxh dari tingkat 100 UwU*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top