TMS2 - 6
Macam mana Jungkook boleh sampai sini? Macam mana dia dapat tahu aku ada di sini? Berbagai soalan bermain didalam fikiranku.
"Hero dah sampai" kata Chanyeol sinis. Dia melepaskan tangannya dari genggaman Jungkook.
"Apa kau nak lagi? Aku ingat kau dah lama mampus" kata Jungkook kasar. Tangannya erat memelukku.
Chanyeol tidak membalas sebaliknya hanya merenung aku tajam. Bagai nak ngap aku pun ada. Aku kalihkan pandangan dan memandang ke arah lain.
"Bagi aku perempuan tu dan aku takkan apa-apakan kau" kata Chanyeol. Jungkook pandang aku dan kemudian memandang semula Chanyeol.
"Lepasi aku dulu" kata Jungkook tegas. Matanya tak lepas merenung Chanyeol dengan perasaan benci.
"Kau yang mahu benda ni jadi makin rumit" kata Chanyeol sebelum berubah menjadi serigala. Badanku terus menggigil apabila melihat Chanyeol yang sudah berubah sepenuhnya menjadi serigala.
Chanyeol laju berlari ke arah kami bersama mata yang merah menyala. Jungkook terus melindungiku. Aku memejam mata rapat. Selepas beberapa saat aku terdengar pergelukan yang berlaku. Aku melihat ke belakang Jungkook.
Taehyung sedang bergelut dengan Chanyeol.
"Tepat pada masanya" kata Jungkook kepada Taehyung. Taehyung tidak membalas sebaliknya wajahnya serius melawan Chanyeol.
"Duduk sini" kata Jungkook kepadaku. Dia meninggalkan aku dan berlari ke arah Chanyeol bersama pemanah di tangan kanannya. Lama tak nampak pemanah tu.
Chanyeol mencakar pipi Taehyung sehingga mengeluarkan cecair merah. Taehyung memegang pipinya. Wajahnya berkerut menahan sakit. Jungkook terus menendang Chanyeol dan menghentak kepala Chanyeol dengan kuat menggunakan pemanahnya.
Chanyeol menahan kesakitan di kepalanya. Dia merenung Jungkook sebelum menindih Jungkook dan mula mencakar Jungkook tanpa henti. Jungkook menghalang menggunakan pemanahnya.
Taehyung tiba-tiba muncul di sebelah Chanyeol dan menendang kuat tubuh Chanyeol sehingga Chanyeol melanggar pokok di belakangnya.
Jungkook bangun dari berbaring. Lengannya yang ada kesan cakar tidak dihiraukan. Chanyeol bangun. Jungkook dengan pantas melepaskan panahan ke arah Chanyeol. Dan terus Chanyeol terbaring lemah selepas terkena renjatan elektrik.
"Lemah!" Kata Taehyung.
"Jom blah sebelum yang lain datang" kata Jungkook. Dia menuju ke arahku.
"Boleh bangun?" Tanyanya selepas melihat lututku yang luka. Luka aku tak ada lah setanding luka dia dan Taehyung.
"Boleh" perlahan aku bangun berdiri dengan bantuan Jungkook.
Jungkook memapah aku. Menolong aku untuk berjalan ke jalan semula. Banyak soalan yang aku ingin tanya.
Macam mana dia tahu aku dalam masalah? Macam mana dia tahu aku perlukan pertolongan? Macam mana dia tahu aku berada di sini? Tiba-tiba sahaja muncul.
"Perlu ke aku jawab semua soalan tu?" Tanya Jungkook tiba-tiba. Aku memandangnya. Dia dengar? Dia dengar kata hati aku?
"Kau cakap dengan siapa?" Tanya Taehyung.
"Tak ada lah" balas Jungkook. Dia berpaling memandang ke arahku dengan senyuman.
Tak lama kemudian kami sampai di kereta yang dibawa Chanyeol tadi. Jungkook membuka pintu kereta bahagian penumpang dan meletakkan aku duduk di kerusi.
"Jungkook, Taehyung. Jangan bagitau omma saya benda ni boleh? Saya tak nak dia risau" kataku. Kalau boleh aku tak nak benda ni sampai di telinga omma. Nanti dia pasti tak kan benarkan aku keluar sorang-sorang lagi.
Jungkook dan Taehyung berpandangan sesama sendiri sebelum anggukan kepala. Jungkook duduk bercangkung dihadapanku memeriksa luka di lututku.
"Habis kalau omma tanya kau kenapa lutut kau luka macam ni kau nak jawab apa?" Tanya Jungkook.
"Alah saya cakap lah saya jatuh masa turun dari kereta" kataku. Jungkook cebikkan bibir.
"Ikut suka hati kau lah" kata Jungkook.
"Habis korang nak jawab apa dengan Mak ngah kalau dia nampak korang berdua luka?" Tanyaku.
"Jin hyung kan ada" kata Taehyung. Jungkook mengiyakan. Untungnya.
"Macam mana korang boleh sampai sini? Dan macam mana korang boleh tau saya ada kat sini? Mak ngah tau ke korang datang sini? Bukan korang keluar dengan Mak ngah ke?" Tanyaku bertubi-tubi.
"Jungkook. Lebih kau jelaskan aku malas nak masuk campur" kata Taehyung sebelum berjalan ke arah pintu bahagian pemandu dan duduk disitu.
Aku alihkan pandangan memandang Jungkook.
"Ya kami keluar dengan mummy. Masa tu kami di kedai kasut. Nak beli kasut untuk Jin hyung. Tiba-tiba masa tu aku terdengar satu suara meminta tolong. Masa tu tak jelas sangat tapi lama-lama aku rasa tak sedap hati. Bila aku tanya Jimin dia dengar atau tak. Dia cakap dia tak dengar apa-apa. Dan time tu juga Rapmon dah pandang aku pelik. Dan sekali lagi suara tu meminta tolong aku dapat tahu itu suara kau. Aku beritahu Jin dan Rapmon. Diorang suruh aku ikut suara tu. Dan Taehyung tolong aku teleport. Dan bila aku sampai sini aku dapat tahu Chanyeol dah nak tikam kau" Cerita Jungkook.
Aku angguk faham. Dia dengar?
"Kejap! Jadi awak boleh dengar apa yabg hati saya cakap?" Tanyaku. Jungkook angguk.
Jungkook tak guna!
Jungkook dah tenung aku tajam.
"Kau ingat aku tak dengar kau cakap aku tak guna?" Tanya Jungkook. Aku tekup mulutku. Tak percaya!
"A-awak saja yang boleh dengar?" Tanyaku. Jungkook angguk.
"Taehyung tak dengar?" Tanyaku lagi inginkan kepastian. Sekali lagi Jungkook iyakan pertanyaanku.
"Tak nak balik lagi ke? Aku takut nanti mummy perasan kita hilang" tanya Taehyung tiba-tiba.
"Jom balik" kata Jungkook. Taehyung kembali ke arah kami. Dia memegang tangan aku dan Jungkook.
"Kejap!" Aku capai beg makanan yang aku beli tadi serta phone dan handbag aku.
"Dah?" Tanya Taehyung. Aku anggukan kepala. Taehyung pejamkan matanya. Dalam sekelip mata kami sudah berada di hadapan rumahku.
"Hati-hati. Kalau ada apa-apa terjadi bagitau aku" pesan Jungkook sebelum dia dan Taehyung hilang dari pandanganku.
Aku melihat ke arah pintu rumahku. Mesti omma akan tanya aku macam-macam ni.
Dengan perlahan aku berjalan ke arah pintu. Apabila aku masuk omma terus meluru ke arahku.
"Yunbi!? Kenapa dengan kamu ni? Kenapa lutut tu luka? Ni kenapa rambut serabai ni? Apa dah jadi?" Tanya omma bertubi-tubi. Aku dah cakap.
"Yunbi ok. Tadi cuma jatuh masa nak turun dari kereta" balasku. Omma jegilkan matanya merenungku.
"Turun dari kereta pun boleh jatuh? Ni mesti berangan kuat sangat! Tak habis-habis berangan. Reckless! Careless! Lain kali hati-hati!" Omma sudah mula membebel. Aku pekakkan telinga dan naik ke atas dengan berhati-hati. Boleh tahan sakit juga lutut aku ni.
Bunyi notification masuk membuatkan aku laju membuka phone.
Careful..
Aku tersenyum sendirian. Ada-ada jer Jungkook ni. Aku tidak membalas sebaliknya terus rebahkan diri ke atas katil. Penat!
Mata yang baru mahu terlelap terus terbuka luas semula.
Macam mana Chanyeol boleh muncul? Bukan dia dah mati ke dalam cermin tu? Jangan cakap yang lain pun terselamat!
Ting!
Aku capai phone aku dan melihat mesej dari Jungkook.
Jangan fikirkan sangat benda tu..
Nanti kau sakit.. rehat..
Aku mencebik. Susah betul ada orang yang boleh dengar kata hati aku ni! Hmph!
TBC..
Vote&Comments~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top