TMS2 - 5
Boleh tak aku nak melompat sekarang? Boleh tak? Aku melihat sekali lagi markah yang terdapat pada kertas soalan sejarah yang baru aku jawab kelmarin.
49/50
Tak lepas aku renung markah yang tertulis dengan pen dakwah merah. Besar lagi tu cikgu Haneul ni tulis. Aku tak rabunkan? Dalam seumur hidup aku ni kali pertama aku hanya salah satu sahaja dalam test! Berkat belajar bersama abangtan.
Diorang punya markah? Tak payah tanya. Budak pandai memang sah lah 50/50.
"Wahh tahniah Yunbi! Pandai jugak kau yer" kata SinB. Mukanya sedikit keruh. Yalah tak dapat lepasi target yang cikgu tetapkan.
Target yang cikgu nak adalah 45 dan ke atas. Tapi SinB hanya dapat 43. Sikit sahaja lagi. Kesian dia tak boleh ikut kami ke Jeju. Bukan SinB seorang tapi Eunha dan Yerin juga tak boleh ikut. Kesian.
"Baiklah semua dah dapatkan kertas?" Tanya Cikgu Haneul ceria. Tak pernah tak ceria cikgu ni.
"Ne!" Balas kami serentak.
"Ok Cikgu akan panggil nama yang layak ikut lawatan ke Jeju. Hanya 20 orang sahaja. Ok dengar baik-baik. Cikgu tak ulang dah. Rapmon, Jin, Jimin, Jhope, Jungkook, Taehyung, Suga, Yunbi, Sowon, Yuju, Umji, Hyerim, Clara, Seungkwan, Dokyeom, Scoups, Jeonghan, Nana, Aera dan Jihye" kata Cikgu Haneul.
"Lepas sekolah nanti jumpa saya di dewan" pesan Cikgu Haneul kami anggukan kepala.
Tak syabarnya nak pergi Jeju! Jeju kau tunggu aku datang!
.
.
.
.
.
Aku melangkah memasuki Cafe Alpha. Memang tak sah kalau tak singgah kat Cafe ni tiap kali datang shopping di sini. Mocha aku pesan. Selepas membayar aku terus keluar dari Cafe tersebut dan duduk di meja yang disediakan diluar Cafe.
Beberapa kali aku melihat orang ramai yang lalu lalang di hadapan Cafe Alpha.
Bosan pula datang sini sorang-sorang. Kalau ada teman pun best tapi semua busy. Yang BTS tu pula dah janji nak keluar dengan mummy diorang.
Dan akhirnya di sini lah berdirinya aku. Bukan berdiri tapi duduk!
Tak ada hala tuju. Niat nak beli barang yang diperlukan untuk lawatan ke Jeju dalam 2 hari lagi. Apa yang aku perlukan? Baju? Dah cukup. Mungkin makanan!
Aku terus berjalan menuju ke arah sebuah kedai yang menjual pelbagai makanan.
"Ramen?" Aku tengok beberapa cup Ramen yang tersusun rapi di rak.
"Ambil jer!" 2 cup ramen aku ambil dan masukkan ke dalam troli.
Beberapa air kotak aku ambil tak lupa juga jajan, candy dan makanan ringan yang lain. Sampai penuh satu troli tu dengan makanan. Bekalan untuk beberapa hari jer ke Jeju tapi nampak macam bekal nak duduk sebulan kat sana.
Sebelum ke kaunter sempat aku ambil susu pisang untuk bekal balik ke rumah nanti.
Selesai membuat pembayaran aku mengangkat Beg plastik yang berisi segala makanan yang akan aku bawa ke Jeju. Banyak sangat ni! Berat betul plastik ni. Nasib kakyong kuat!
Aku duduk di kerusi di luar Shopping complex. Phone tak lepas aku tekan. Nak call Grab atau Uber? Grab lah!
Tak lama selepas itu kereta yang dinanti nantikan sampai. Dengan susah payah aku angkat plastik yang berat tersebut dan masuk ke dalam kereta. Tanpa banyak cakap pemandu tersebut memulakan perjalanannya.
Tiba di satu simpang sepatutnya dia membelok ke kiri tetapi dia membelok ke kanan. Tau jalan tak mamat ni?
"Ermm awak, saya rasa awak silap jalan. Sepatutnya belok kiri bukan kanan" kataku. Wajahnya aku tak dapat lihat kerana terlindung dengan mask yang dia pakai.
"Ouhh ya ke? Nanti saya U-turn" Balasnya. Tapi entah kenapa. Aku rasa seperti pernah dengan suaranya. Matanya pun macam aku pernah lihat walaupum matanya terlindung dengan cermin mata yang dipakainya.
"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Tanyaku berani. Yunbi bila masa kau jadi berani pulak ni?
"Kenapa?" Tanyanya semula.
"Sebab saya rasa macam kenal mata awak tu" balasku. Dia tersenyum. Macam mana aku tahu? Sebab aku perasan matanya menjadi sepet.
"Mungkin kita pernah jumpa lama dahulu" katanya. Aku tidak membalas apa-apa. Hanya merenung ke luar tingkap. Tiba-tiba perasaan takut menguasai diri.
"Awak kita dah jauh ke dalam hutan. Kat sini pun awak boleh U-turn" kataku. Dia hanya senyap tidak membalas. Aku terasa tanganku sudah sejuk ketakutan.
Perlahan aku mengambil phone dari dalam beg aku dan cuba menelefon omma. Tetapi tiba-tiba dia hentikan kereta dan berpaling merenungku. Aku laju menyorokkan phone aku ke dalam beg.
Dia renung aku sehingga aku rasa kurang selesa. Tolong jangan apa-apakan aku! Sesiapa tolong!
"Awak kenapa berhenti kat sini?" Tanyaku takut-takut. Kalau boleh aku nak jer lari keluar dari kereta ni tapi dia sudah mengunci pintu terlebih dahulu.
Dia tidak menjawab sebaliknya masih merenung aku bagai mahu tembus. Perasaan takut yang membuak membuatkan aku terasa mahu menangis.
Mataku sudah kabur dengan air mata. Takut!
Dia dengan perlahan membuka mask yang menutup wajahnya. Dan dia tersenyum sinis ke arahku.
Dan pada ketika itu aku terasa jantung aku bagai mahu pecah. Air mata laju membasahi pipiku. Takut! Itu yang aku rasa sekarang. Terasa seperti perkara lama akan berulang semula.
"Miss me?" Tanyanya dengan senyuman sinis.
"K-kau nak apa!?" Tanyaku kasar. Dia ketawa kuat sehingga membuatkan air mataku makin laju membasahi pipi. Apabila dia kembali menghadap ke hadapan aku terus mengeluarkan telefon untuk menelefon Jungkook. Hanya dia yang boleh hentikan lelaki ini!
Baru sahaja aku ingin mendail nombor Jungkook dia terus merampas phoneku.
"Kembalikan phone aku!" Marahku. Dia gelengkan kepala.
"Never" balasnya.
"Kau sebenarnya boleh tahan cantik juga ya" katanya. Dia cuba untuk membelai rambutku tetapi aku dengan laju menepis tangannya kasar.
"Berlagak!" Dia terus keluar dari kereta dan membuka pintu kereta disebelahku dan mengheret aku keluar dengan kasar.
"Lepaskan aku!!" Aku cuba meronta tetapi dia lebih kuat menggenggam tanganku dan menarikku dengan paksa.
Ketakutan yang menguasai diri membuatkan tanganku yang dingenggam erat olehnya tidak terasa sakit.
Dia menolak aku sehingga jatuh ke tanah. Aku melihat ke sekeliling. Di penuhi hutan yang tebal.
"Kalau kau menjerit pun tak akan ada orang dengar kat sini" katanya sinis.
"A-apa kau nak buat!?" Tanyaku kasar.
"Suprise?" Katanya. Dia berjalan ke arahku dengan perlahan. Aku mengesot ke belakang. Nak lari tetapi kaki tiba-tiba menjadi jeli selepas melihat kukunya yang panjang dan tajam.
"Jangan dekat!!" Aku menjerit sekuat hati. Air mata makin laju membasahi pipi.
Aku cuba gagahkan kaki untuk berdiri dengan bantuan pokok yang berada di belakangku. Apabila aku berjaya berdiri aku terus laju melarikan diri. Dia dengan laju mengejarku dari belakang.
Sesiapa tolong! TOLONG!!
Akibat tidak dapat mengimbangi diri aku jatuh menyembah bumi. Lututku luka kerana terkena akar pokok yang tajam.
"Kau tak dapat lari dari maut" katanya.
Aku laju memejamkan mata apabila dia ingin menikam aku menggunakan kukunya yang tajam.
"Kau silap Chanyeol!!"
Aku membuka mata apabila terasa diriku dipeluk oleh seseorang. Apabila aku membuka mata. Jungkook sudah berada di hadapanku dengan wajah yang serius. Tangan Chanyeol di tahan dengan tangan kirinya.
He is my Hero!
TBC..
Vote & Comments~♡
Cerita baru nak mula.. sila sediakan popcorn semua..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top