TMS2 - 4

Selesai makan aku terus naik ke bilik. Nak fokus untuk sejarah. Aku nak sangat jejakkan kaki di Jeju. Walaupun tinggal di korea tapi aku tak pernah pergi Jeju. Samalah macam orang duduk terengganu tapi tak pernah pergi ke laut.

Kejap, Terengganu tu kat mana?

Abaikan!

Aku terus mengambil buku rujukan sejarah. Bab peningkatan tamadun aku buka. Haish banyaknya nak kena baca. Aku lebih suka buat nota atau kira-kira. Kalau bab-bab nak baca or hafal ni aku memang fail.

"Baca Yunbi! Kalau tak kau tak boleh pergi Jeju!" Aku tampar kedua pipiku. Bagi sedar sikit diri.

"Baiklah.. mari kita tengok Tamadun Yunani. Dia di kelilingi oleh laut mediterranean dan laut aegean. Tamadun Yunani ni wujud disebabkan oleh pembangunan beberapa buah kampung dan bandar. Ouhhh faham-faham. Tamadun Yunani ni ada acroplis iaitu tempat bangunan kerajaan dan keagamaan. Dia pun ada agora. Agora ni tempat pusat ekonomi bagi negara kota rupanya. Negara kota yang paling menonjol di Yunani ialah Athens, Corinth dan Sparta. Wahh! Sparta senang nak ingat! Ingat Kim Jongkook ingat Sparta! Senang!" Kataku teruja. Ada juga cara nak senang ingat rupanya. Aku ketawa kecil.

Aku sambung membaca. Selepas beberapa minit otak aku terus tak berfungsi. Apa yang aku baca tak masuk dalam gallery otak aku. Tiba-tiba dia terdelete. Banyak kali aku ulang ayat yang sama tapi aku langsung tak ingat apa yang aku baca. Aku benci bila jadi macam ni. Rasanya macam bila kau download banyak video dalam phone dan tetiba dia muncul no enough space. Perasaan tu tak boleh nak digambarkan. Nak delete video lain tapi sayang. Faham-faham lah.

Aku hantuk kepala aku pada meja beberapa kali.

"Kenapa susah sangat nak faham tamadun India ni!!?" Tak henti aku hantuk kepala pada meja. Bagi berfungsi sikit otak ni.

"YUNBI!!"

Bahu aku terhinjut dek jeritan kuat omma di pintu bilikku.

"Wae?" Tanyaku.

"Kamu tu yang kenapa. Kenapa hantuk kepala kat meja?" Tanya omma risau. Tangannya tak lepas membelek mukaku. Takut ada luka lah tu.

"Yunbi nak bagi otak Yunbi berfungsi tu jer" Jawabku. Tak semena-mena omma mencubitku kuat di perut.

"Ada ke nak bagi otak berfungsi macam tu!?" Omma bercekak pinggang.

"Yunbi cuba jer" balasku dengan cebikan.

"Kenapa tak pergi rumah Mak ngah. Suruh anak angkat dia ajar. Kamu kan sekelas dengan diaorang" kata omma.

"Malaslah" balasku acuh tak acuh.

"Tak ada malas-malas. Pergi siap biar omma hantar kamu pergi sambil-sambil omma nak keluar dengan appa" kata omma sebelum keluar dari bilik aku.

"What!? Omma nak ikut!" Jeritku kuat.

"Bersiap! Omma hantar rumah Mak ngah kamu belajar!" Jerit omma semula.

Mana aci omma nak date dengan appa tak ajak aku. Aku kembali hantuk kepala aku pada meja.

"YUNBI!!"

"NE!"

.

.

.

.

.

"Yunbi nonna makin cantik" kata Shin. Tak lepas dia bermain dengan rambut aku. Alahai geram betul aku dengan pipi budak ni! Ngap baru tau!

"Dah-dah Shin jangan ganggu Yunbi nonna nak belajar" Mak ngah ambil Shin yang berada di atas ribaku dan dibawa ke arah ruang tamu.

"Mana yang kau tak faham?" Tanya Taehyung.

"Tamadun India. Susahlah nak faham. Lagi-lagi yang sistem pemerintahan dan pentadbiran" aku garu kepala yang tidak gatal.

"Tamadun India? Apa yang susahnya. Senang jer lah!" Kata Jhope yang tiba-tiba muncul dari belakang aku. Nasib tak tertumbuk muka kuda ni.

Choki-choki di mulutnya tak lepas dia hisap. Sedapnya!

"Meh aku ajar. Senang bak hang. Tak tipu!" Kata Jhope. Dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Ajar lah" aku mencapai pensil dan buku nota. Nak tulis kut-kut ada benda penting.

"Dulu ada 2 bentuk kerajaan dalam tamadun India ni iaitu kerjaan kecil dengan kerajaan besar. Kerajaan kecil ni dia bersifat kepuakan dan dia tak ada raja. Yang kerajaan besar pula ada raja contohnya kerajaan kosala, Kashi dengan Magadha" Jhope berhenti daripada bercerita apabila melihat dahi aku yang berkerut apabila dia menyebut nama yang pelik.

"Macam mana ya nak bagi kau ingat nama kerajaan tu" Jhope menggaru kepalanya.

"Nak senang ingat kau ingat macam ni. Kosala kau ingat papazola. Bila kau ingat papazola kau akan ingat Kosala. Dan Kashi. Kau tau tak cerita hindu yang ada dia nyanyi khabi khusi khabi gam? Bila kau ingat tu automatik kau akan teringatkan kashi. Kalau magadha tu pandai-pandai lah kau buat imaginasi" kata Jungkook. Aku angguk faham.

"Mana awak tau papazola tu?" Tanyaku.

"Kami join Shin tengok boboiboy" balas Jin. Bangga kejap aku. Tak tau pulak diorang tengok boboiboy.

"Ok sambung! Raja tamadun India ni berkuasa mutlak-" kata-kata Jhope terhenti apabila Mak ngah tiba-tiba bersuara.

"Masa makan!" Jerit Mak ngah. Semua terus berlari ke arah dapur. Tinggal aku sorang-sorang kat meja ni. Tadaguna punya member.

Aku kemas buku yang bertaburan di atas meja. Apa kes lah diorang ni. Kalau ya pun kebulur nak makan. Simpanlah dulu apa yang patut. Bagi kemas. Haish!

Sedang aku mengemas tiba-tiba sehelai kertas laju gelongsor keluar dari celahan buku nota kepunyaan Rapmon. Aku kutip kertas tersebut. Lukisan sebuah jam. Macam jam randik tapi antik punya. Cantik. Lukisan ni teliti. Pandai Rapmon lukis. Aku selitkan semula kertas tersebut di dalam buku notanya semula.

Tiba-tiba terdetik dalam hati aku nak tengok isi buku nota tersebut. Yang pasti ini bukan buku sejarah. Aku belek beberapa helaian sehingga aku terjumpa satu muka surat yang terdapat lakaran jam seperti yang dilukis dalam kertas tadi. Aku bezakan lukisan tersebut. Sama saja.

Terdapat tulisan yang memang sah aku takkan faham. Hanya diorang yang faham. Dan terdapat satu tulisan sahaja yang aku dapat baca. Iaitu Hodyna. Apa benda ni? Dan selepas itu ada perkataan Ukrainian.

"Yunbi nonna jom makan!" Tegur Shin sambil memeluk kakiku. Aku terus menyimpan buku tersebut dan mengikut Shin ke arah meja makan.

"Makanlah Yunbi" kata Mak ngah. Aku anggukkan kepala dan mengambil lauk yang siap dimasak oleh Mak ngah. Fuhh bau dia menusuk!

TBC..

Vote & Comments~♡

Jangan lupa tag kawan korang untuk baca ff ni🙈👌..

Sekian~♡♡





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top