TMS2 - 25

Aku keluar dari kereta yang di pandu oleh Lucas. Aku regangkan sedikit badanku. Hari ni jadual aku padat sangat. Tak ada rehat. Dan nasib baik ini adalah tempat terakhir untuk hari ni sebelum aku bertolak balik ke Seoul malam ni.

Gilakan. Malam ni jugak balik Seoul. Ni semua manager aku punya pasal. Kalau dia cakap A. A lah yang kena buat.

"Yunbi pergi tukar baju sana!" Arah Hyuna yang masih mamai. Aku hanya menurut.

Selesai aku menukar pakaian untuk photoshot kali ni. Aku terus menghampiri Xiao. Photographer kami. Aku dan Lucas hanya mengangguk faham dan mula membuat beberapa gaya.

"Berehat 30 minit!" Jerit Xiao. Aku dan Lucas serentak menuju ke arah Hyuna untuk mengambil air.

"Tahan sikit lagi. Lepas ni kita boleh balik" kata Hyuna. Aku hmm kan sahaja. Penat sangat.

Aku lihat sekeliling pantai Geumneung. Aku pernah datang sini masa lawatan dulu. Rindu pula zaman sekolah. Rindu kawan-kawan. Ralit aku melihat ke arah pantai sebelum mataku terhenti pada susuk tubuh Jungkook yang sedang memerhatikan aku di bawah pokok.

"Hyuna. Aku nak pergi sana kejap. Nak jumpa kawan!" Kataku. Botol mineral yang berada di tanganku aku hulurkan kepada Hyuna. Hyuna sambut dan anggukan kepalanya.

"Jangan lama" pesan Hyuna. Aku iyakan sahaja sebelum berlari anak kearah Jungkook.

3 hari dah aku tak jumpa dia lepas aku pengsan kat rumah dia haritu. Entah apa lah yang aku terbayang sampai sakit sangat kepala aku time tu.

"Hi!" Sapaku dengan senyuman. Jungkook balas senyumanku.

"Kau sihat? Kepala sakit lagi?" Tanyanya prihatin. Aku pegang kepalaku.

"Ok jer" balasku.

"Hmm.. weh malam ni aku dah nak bertolak balik" kataku. Aku perhatikan mata Jungkook. Mata dia. Nampak kesunyian.

"Ouhh" itu sahaja yang keluar dari mulut Jungkook.

"Hati-hati" sambung Jungkook. Aku anggukan kepala. Aku kembungkan pipiku.

"Kau tak rindu aku ke nanti?" Tanyaku.

Jungkook senyap.

"Hmm. Mestilah kau tak rindu kan? Siapalah aku ni" kataku dengan cebikan dibibir. Nak drama pula aku time-time ni. Nanti boleh masuk uji bakat lakonan pulak. Dah bosan jadi model.

"Kau.. kawan aku" balas Jungkook.

"I know that!" Balasku dengan senyuman.

"Nanti aku mesti rindu kau. Kita baru kenal berapa hari. Tapi aku selesa sangat berkawan dengan kau. Rasa macam kita dah lama kenal. Harap nanti kita boleh jumpa lagi" kataku. Hatiku terasa tersentuh. Aku benci perpisahan. Sangat menyakitkan hati.

"Aku pula takkan pernah rindu kau" balas Jungkook ringkas. Aku cebikkan bibir.

"Kejam" kataku perlahan.

"Tak apa lah kalau kau tak rindu aku pun. Tapi aku tetap akan rindu kau! Jeon Jungkook! I will miss you damn much! Wait for me. I will come back and meet you again!" Kataku sedikit kuat. Biar jelas di pendengaran Jungkook.

"And on that time I hope you will remember everthing" kata Jungkook. Tubuhnya dibongkokkan sedikit sehingga hidungnya hampir tersentuh hidungku.

"Ingat apa?" Tanyaku hairan. Jungkook gelengkan kepalanya dan jauhkan wajahnya dari wajah aku.

"Yunbi!!"

Aku pandang ke arah Hyuna yang sedang melambaikan tangan ke arahku.

"I need to go" kataku. Jungkook anggukan kepala.

Baru beberapa tapak aku melangkah. Aku berhenti dan berpaling menghadap Jungkook.

"Wae?" Tanya Jungkook.

Aku tundukkan kepala memandang tanah sebelum aku menghampiri Jungkook dan memeluknya erat.

"Aku akan rindu kau" kataku sebelum lepaskan pelukan dan berlari anak ke arah Hyuna.

"Apa kau buat lama sangat tadi tu?" Tanya Hyuna.

"Tak ada apa. Jom kita mula!" Kataku.

.

.

.

.

.

Jungkook memandang belakang Yunbi yang berlari anak meninggalkannya. Dengan langkah longlai dia menghampiri keretanya yang diparking berdekatan dengan tempat dia berdiri tadi.

"How?" Tanya Jin. Wajah Jungkook dipandangnya. Selama 3 hari dia menemani Jungkook untuk memerhatikan Yunbi. Nasib kerja mereka ada orang yang settle kan.

"Dia akan bertolak balik malam ni. And same. She didn't remember anything" Jungkook mengeluh.

"What's next?" Tanya Jin.

"Aku rasa.." Jungkook memandang pantai dihadapan. Keluhan dilepaskan.

"Biarlah dia dengan hidup dia. Aku nampak dia seronok walaupun aku tak ada. Dia dah banyak berubah. Aku pun dah banyak berubah. Kalau dia ingat kita ni siapa sekali pun. Boleh ke dia terima kita yang sekarang? Aku rasa lebih baik dia tak ingat kita siapa. Untuk kebaikan dia juga. Aku tak kesah selagi dia bahagia dengan hidup dia yang sekarang. Aku tau dia akan jumpa orang yang lebih baik dari aku. Yang boleh lindungi dia. Yang boleh sayangi dia lebih dari aku" Jungkook lepaskan keluhan.

"Betul ke apa yang kau buat ni?" Tanya Jin. Jungkook alihkan pandangan dan memandang tepat wajah Jin.

"Kalau selama 4 tahun aku boleh teruskan hidup tanpa dia. Kenapa tak sekarang. 1 tahun kita semua terperangkap dalam cermin tanpa Yunbi ingat siapa kita. Kenapa bukan sekarang?" Kata Jungkook. Jin mengeluh lemah.

"Kalau tu yang kau nak" balas Jin lemah.

Jungkook pejamkan matanya. Sejujurnya dia rindukan Yunbi yang dulu. Tapi untuk kebahagian Yunbi. Dia rela lepaskan.

I miss you
Seeing myself standing alone in the mirror
It’s strange and I’m afraid, I need you
I hate myself for realizing this now
Come back to me

.

.

.

.

.

"Huh!" Aku lepaskan keluhan lega. Tamat juga photoshot. Akhirnya! Boleh balik Seoul.

Aku rebahkan tubuhku di atas salah satu pondok di pantai ni. Nyamannya angin petang ni. Aku pejamkan mataku beberapa saat sebelum buka mata kembali.

Lepas ni terus bertolak pergi airport. Takut jalan sesak. Jadi kena pergi awal.

"Aku nak tidur puas-puas dalam kapal terbang!" Kataku sambil berguling kiri dan kanan.

Aku mengiring ke kiri. Memandang ke arah pantai. Nyamannya.

"Kukuh betul pondok ni" kataku. Dah bertahun tapi pondok ni tetap sama. Aku ketuk beberapa kali tiang pondok tersebut. Menguji kekukuhan katakan.

Mataku terpaku pada ukiran yang terdapat di tiang tersebut. Serta-merta aku pegang rantai dileherku.

YunKook
Yunbi&Jungkook

Jantungku laju berdegup. Apa ni?

Entah-entah Jungkook saja nak prank aku supaya aku tak balik Seoul. Yalah tadikan dia ada datang sini. Mungkin kebetulan ukiran kat rantai ni sama dengan kat tiang ni.

"Haish Jungkook ni kalau betul tak nak kasi aku balik cakaplah" aku gelengkan kepala. Aku keluarkan phone aku dari poket seluar. Baru saja aku nak dail nombor Jungkook. Aku teringatkan sesuatu.

Kepalaku ketuk dengan phone di tangan.

"Aku mana ada nombor dia!" Kataku.

"Paboya Yunbi!" Kataku kepada diri sendiri. Aku melihat ke arah pokok yang aku jumpa Jungkook tadi. Dia dah tak ada.

Bukan jodoh aku lah kut. Aku lepaskan keluhan.

"Kau!! Cepatlah tak guna!!"

Aku lirikkan mata ke arah Hyuna dan Lucas yang sedang bergaduh. Bergaduh saja kerja budak 2 ekor ni!

"Oii bila nak balik ni?!" Jeritku sedikit kuat.

Geram betul. Tadi diorang yang bersungguh aku bersiap cepat ni diorang pula yang terhegeh.

TBC..

Vote&Comments~♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top