TMS2 - 24

"Sebab dia adalah kau. Yunbi"

"Aku?" Jari telunjuk aku tunjuk ke dadaku. Aku ke?

"Kau buat lawak apa ni? Tak lawak lah!" Aku kembali pandang keluar tingkap. Menipu jer malaun ni. Saja nak usik aku.

Jungkook hanya senyap.

"Kau nak balik hotel?" Tanya Jungkook. Aku lihat jam dipergelangan tanganku sekilas.

"Tak nak!" Pintasku laju. Baru berapa minit lepas aku lari dari Hyuna the hulk. Gila kau nak hadap muka dia sekarang. Boleh pekak telinga aku dengar dia membebel.

"Habistu?" Tanya Jungkook.

"Mana-mana sajalah! Yang pasti lepas 5 jam kau baru boleh hantar aku balik. Sebab lepas 5 jam tu Hyuna dah tak jadi the hulk!" Balasku. Seram aku membayangkan wajah Hyuna yang menyinga. Macam singa betina yang kebulur tak makan 7 hari.

"Habis kau nak pergi mana?" Tanya Jungkook. Aku lihat keluar tingkap. Hari dah nak gelap.

"Tak tau" aku angkat bahu. Jungkook diam sejenak.

"Apa kata kau ikut aku balik" cadang Jungkook.

"Huh?"

.

.

.

.

.

Aku lihat rumah agam 3 tingkat dihadapanku.

"Parents kau ada?" Tanyaku. Kalau parents dia ada tak ada lah aku ni kekok sangat. Lagipun dari pintu pagar sampai kat halaman rumah ni aku tengok ramai jer bodyguard dia. Siap ada pistol sorang satu kat pinggang.

"Jangan risau. Hyung aku ada" kata Jungkook. Aku tanya parents dia lah bukan hyung! Stop Yunbi! Mungkin dia tak ada parents? Kesiannya. Ni yang jatuh simpati ni. Hati tisu betul! Omma! Appa! I miss you!

"Ok" balasku perlahan. Jungkook keluar dari kereta dan aku hanya mengikutnya dari belakang. Jungkook membuka pintu utama.

Baru setapak kaki aku singgah kat lantai rumah ni terus satu kapal terbang kertas melintas dihadapanku. Nasib tak terkena muka aku.

"Hyung!" Jungkook menjerit geram. Seorang lelaki yang berada di tingkat atas tersengih ke arah Jungkook. Lah dah tua rupanya. Aku ingat kanak-kanak ribena mana tadi main kapal terbang kertas.

"Lambat balik" sapa seorang lelaki yang baru keluar dari dapur. Apron merah masih elok tersangkut ditubuhnya.

"Ada hal sikit" balas Jungkook. Aku memberi senyuman kepada lelaki itu. Lelaki itu pula kekok membalas senyumanku.

"Ikut aku!" Lelaki tadi menarik tangan Jungkook memasuki dapur. Aku pula ditinggalkan bersendirian kat situ. Tak guna!

Cantik rumah ni! Mesti diorang ni kaya.

"Kau.." aku kalihkan pandangan ke arah seorang lelaki yang hanya memakai singlet hitam ditubuhnya. Lengannya yang berotot menyapa pandangan mataku.

"Aku kawan Jungkook" kataku. Tak nak lah nanti dia syak aku ni penceroboh.

"Ouhh. Ne" lelaki itu menggosok belakang kepalanya.

"Nama aku Jimin" dia hulurkan tangan kepadaku. Aku menyambut dengan senyuman.

"Yunbi" balasku. Dia anggukan kepala.

"Hampir tak cam kau" katanya. Ok pelik.

"Yunbi!" Aku melihat ke arah Jungkook yang berlari anak ke arahku.

"Jom duduk dulu" kata Jungkook. Aku hanya menurut. Dah ni rumah dia. Ikut sajalah.

Sampai di ruang tamu aku terus terpandang 2 orang lelaki yang kusyuk bermain ps4 dan seorang lagi lelaki sedang lena tidur di atas sofa.

"Wehh tetamu ni hormatlah!" Kata Jungkook. 2 orang lelaki yang bermain game tadi memandang ke arahku. Terus mata mereka membulat. Terkejut.

Apa tak pernah tengok perempuan ke ni?

Zapp!

Aku pegang dadaku. Kenapa rasa sakit ni? Kenapa aku rasa macam pernah alami benda ni. Tak pernah jumpa perempuan? Aku rasa macam ayat tu pernah aku gunakan dulu. Tapi bila?

"Yunbi?" Bisik salah seorang dari mereka. Walaupun perlahan tapi tetap jelas di pendengaranku.

"Hyung bangun!" Jungkook menepuk kaki seorang lelaki yang sedang lena tidur. Terpisat-pisat matanya memandang sekeliling sebelum perlahan-lahan duduk.

"Duduk sini" Jungkook menyuruh aku duduk di sofa yang didudukinya. Aku hanya menurut.

"Ramainya hyung kau" bisikku.

"Aku tau tu" balas Jungkook.

"Hi nama aku Taehyung" kata Taehyung. Ouh ni lah lelaki tadi yang baling kapal terbang kertas tu.

"Im Jhope. Your hope" kata Jhope ceria. Harapan aku? Macam pernah dengar benda ni.

"Yang tengah mamai tu Suga" kata Jhope. Aku kenal lelaki ni. Lelaki yang aku tanya arah ke tandas dulu. Tak sangka dia ni hyung Jungkook.

"Yang pakai apron tadi tu Jin. Chef kitorang" kata Jimin yang mengambil tempat di sebelah Taehyung.

Aku hanya angguk faham.

"Dia nak tumpang sini kejap. Lepas 5 jam nanti aku hantar dia balik" kata Jungkook.

"5 jam je?" Tanya Taehyung.

"Kita berpisah 5 tahun tapi 5 jam jer yang ada" kata Jhope perlahan. Benda mengarut apa diorang cakap ni. Tapi entah kenapa aku rasa selesa dengan diorang ni. Rasa macam dah lama kenal.

"Alah lain kali boleh jumpa jugak" balasku selamba. Ok awkward. Aku bukan macam ni.

"Ada apa ni?" Tanya seorang lelaki yang baru turun dari tangga.

"Tu Rapmon" kata Jungkook. Aku anggukkan kepala.

"Kau ni.." Rapmon tak lepas pandang wajahku.

"Yunbi" pintasku laju.

"Nampak lain kan? Dulu rambut panjang. Sekarang dah pendek!" Kata Jimin. Peliklah diorang ni. Bila masa diorang kenal aku waktu aku rambut panjang dulu.

Buat pening kepala aku jer.

"Hyung bila nak siap masak? Lapar!" Jerit Jhope kuat. Mahu bergegar rumah ni.

"Sabarlah!! Aku tak masak baru tau!!" Jerit Jin kuat dari dapur. Amboii memang diorang ni cakap jerit-jerit eh?

Semua terus diamkan diri. Awkward! Tolonglah seseorang mulakan perbicaraan. Jangan bagi senyap!

"Malaikat lalu ke?" Tanya Suga memecahkan kesunyian. Thanks Suga!

"Manada. Apa kau mengarut ni? Kalau setan lalu tu betul jugak sebab kau lah setan tu!" Kata Jhope.

"Sial kau. Aku jadi hantu malam ni baru tahu!" Kata Suga.

"Aku tembak kau ngan bola salji!" Balas Jhope. Gaduh macam budak-budak. Ada ke salji bulan ni? Adoi.

"Jadi Yunbi sekarang tinggal kat mana?" Tanya Rapmon.

"Sekarang tinggal kat hotel. Lagipun baru balik dari UK. Terus datang Jeju. Lepas ni mungkin balik Seoul kejap. Lama tak balik rumah lama" balasku. Rapmon anggukkan kepala.

"Lama tak jumpa mummy dengan Shin!" Kata Taehyung. Shin? Diorang kenal Shin? Siapa diorang ni?

"Kau ni kan!" Jimin terus mencubit perut Taehyung yang berlapik baju. Menjerit sakit Taehyung apabila dicubit kuat oleh Jimin.

"Korang kerja apa sampai ramai bodyguard kat luar?" Tanyaku. Semua berpandangan sesama sendiri. Apa? Aku tanya soalan salah ke?

"Makanan siap!!" Jerit Jin kuat.

"Gosh! Pertama kali aku rasa jeritan Jin yang kali ni amat sedap di pendengaran telinga aku!" Kata Suga. Semua terus angkat kaki ke arah ruang makan.

"Jom makan" ajak Jungkook. Aku hanya mengikut.

Sampai di meja makan aku terus mengambil tempat bersebelahan Jungkook. Di sebelah kiriku pula Jin.

Makan ramai-ramai. Kenapa aku rasa macam pernah berlaku? Makan semeja. Wajah-wajah ni. Rasa macam pernah aku buat dulu.

"Kenapa senyap? Makan ni" Jin hulurkan pinggan berisi daging goreng kepadaku.

Kek muffin yang berada di dalam pinggan Jin hulurkan kepadaku.

"Mian. Tu jer yang ada sebab makan malam tadi dah habis" kata Jin dengan menggaru rambutnya.

"Gwenchana" balasku dengan senyuman dan laju mencapai kek muffin.

"Hyung!!" Panggil Jungkook yang menuju ke arah meja makan.

"Rapmon suruh semua berkumpul kat bilik bacaan. Kecuali benda ni" Jungkook pandang aku.

Aku pandang wajah Jungkook. Mata tu. Pinggan berisi daging yang berada dalam genggaman tangan Jin aku tolak kasar. Kenapa dengan aku ni.

"Yunbi. Gwenchana?" Tanya Jin risau.

Apa yang aku nampak tadi?

"Yunbi!" Panggil Jungkook.

Wajah Jin. Wajah Jungkook. Rumah tu. Apa semua ni?

"Yunbi pandang mata aku!" Arah Jungkook. Lenganku digenggamnya kuat. Aku pandang mata Jungkook.

Mata tu..

Sakit! Kepala aku terasa sakit.

"Yunbi!" Panggilan Jungkook semakin lama semakin menghilang. Dan pandanganku gelap.

TBC...

Vote&Comments~♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top