TMS2 - 23
Aku duduk di bawah khemah yang disediakan. Selepas 2 jam mengambil pelbagai gambar dengan pelbagai baju yang digayakan. Akhirnya aku dan Lucas boleh berehat.
"Kesian. Penat?" Tanya Hyuna. Dia melabuhkan punggung di hadapanku.
"Boleh pula dia tanya" balas Lucas dengan jelingan. Tangannya menaip sesuatu di phone.
"Diamlah kau!" Marah Hyuna. Aku hanya mampu gelengkan kepala.
"Yunbi" panggil Hyuna.
"Hmm?"
"Pukul 4" arah Hyuna. Aku palingkan wajahku ke arah kananku. Mengikut apa yang dikatakan Hyuna. Dan mataku tertacap pada susuk tubuh Jungkook.
Apa dia buat kat sini? Kebetulan?
"Kenapa?" Aku pandang semula wajah Hyuna.
"Dari tadi dia perhatikan kau. Kau kenal ke abang handsome tu?" Tanya Hyuna. What? Abang handsome?
"Baru kenal semalam" balasku.
"Semalam? Bila masa kau keluar semalam?" Tanya Hyuna dengan mata yang membulat.
Gosh! Good Yunbi!
Hyuna langsung tak tau yang aku keluar senyap-senyap semalam waktu dia tidur. Mati.
"Jawab cepat!" Hyuna mula mencerlung ke arahku. Air liur terasa kesat dikerongkong.
"Aku pergi dulu!" Aku terus mencapai beg tangan sebelum laju melarikan diri.
"YUNBI!!" Hyuna mula mengejarku dari belakang. Makin laju aku larikan diri.
Jungkook yang sedang bersandar di pintu kereta miliknya sambil mata memandang phone menjadi halatujuku.
"Jungkook! Tolong!!" Aku menarik tangan Jungkook. Terpinga-pinga Jungkook memandang wajahku. Aku membuka pintu kereta bahagian pemandu dan menolak tubuh Jungkook secara paksa sebelum aku berlari memasuki bahagian penumpang.
"Kau kenapa ni?" Tanya Jungkook pelik.
"Jalan cepat!!" Aku meraba poket seluar Jungkook mencari kunci. Jumpa! Terus aku selukkan tangan ke dalam poket seluar bahagian kiri. Wajah Jungkook yang berkerut memandangku tak aku hiraukan. Kunci itu aku letak pada tapak tangan Jungkook.
"Cepat!!" Aku menjerit kuat apabila terpandang wajah menyinga Hyuna yang makin menghampiriku. Lucas pula tak lepas cuba menghentikan Hyuna. Mati aku!
Tanpa banyak cakap Jungkook terus menghidupkan enjin kereta dan memandu kereta keluar dari kawasan taman yang menjadi lokasi penggambaran aku pada hari ini.
"Kau nak pergi mana?" Tanya Jungkook memecahkan kesunyian. Aku pandang wajah Jungkook yang tenang memandu.
"Jungkook! Aku minta maaf sangat-sangat sebab ganggu aku. Mesti kau tengah tunggu girlfriend kau kan tadi? Mesti kau dah janji nak pergi date dengan girlfriend kau tadi tapi aku pulak kacau daun. Aku minta maaf sangat-sangat! Dah lah semalam kau dah selamatkan aku hari ni kau pun selamatkan aku dari Hyuna the hulk tu! Aku minta maaf sangat-sangat! Janji lepas ni aku tak akan ganggu kau dah! Kalau aku jumpa kau pun aku akan buat tak tau! Aku janji! Kau marah aku ke? Maaflah Jungkook! Jan-"
Jari telunjuk Jungkook melekap dibibirku. Mataku membulat.
"Banyak mulutlah kau ni. Aku rasa dulu kau tak lah banyak cakap macam sekarang" kata Jungkook. Jari telunjuknya dialihkan dari bibirku. Aku pegang bibir aku. How dare he touch my lips!
"Kita baru kenal semalam!" Balasku. Dia ni cakap macam dah kenal aku bertahun.
"Salah. Kita dah kenal hampir 5 tahun" balas Jungkook pula. Dahiku berkerut.
"Bila? Aku tak ingat pun ada kawan nama Jungkook sebelum ni" kataku.
"Kau mungkin tak ingat aku. Tapi aku ingat semuanya pasal kau" balas Jungkook tenang. Whutt? Siapa malaun ni?
"Apa yang kau ingat pasal aku? Cuba cerita sikit" cabarku.
"Kau takut air pantai. Sebab dulu kau pernah lemas. Dan nasib kau baik sebab ada orang selamatkan" kata Jungkook. Dia tahu? Dia tahu benda tu? Benda tu jadi 5 tahun lepas.
"Psiko! Hentikan aku kat sini!" Arahku. Jungkook jelingku sekilas.
"Sini? Kau tak takut ke?" Tanya Jungkook. Aku lihat keluar tingkap. Kawasan sunyi.
"Ok jangan hentikan aku kat sini" kataku. Jungkook ketawa kecil.
"Kau dah banyak berubah Yunbi" kata Jungkook perlahan. Tapi sempat ditangkap oleh pendengaranku. Aku terpandang gelang ditangan kanannya. Dan aku bandingkan dengan rantai dileherku.
"Mana kau dapat gelang tu?" Tanyaku. Jungkook pandangku sekilas sebelum melihat gelang ditangannya.
"Gelang ni. Aku yang tempah. Khas untuk aku dengan dia" Balas Jungkook tenang. Dia. Siapa dia?
"Dia tu siapa?" Soalku ingin tahu.
"Dia adalah dia. Dia ada dekat dengan aku. Selalu buat jantung aku berdegup pantas. Selalu buat aku sesak nafas. Selalu ceriakan aku dengan senyuman dia. Tapi sekarang dia dah berubah. Dia dah tak ingat aku siapa. Dia dah lupa kenangan dulu. Dia dah lupa semuanya. Dan dia selalu ada disisi aku sekarang" kata Jungkook.
Aku anggukan kepala. Untungnya 'dia' tu. Dapat Jungkook sudahlah handsome. Huhu. Kejap! Aku bukan nak tanya tentang tu!
"Jungkook. Kenapa rantai aku sama dengan gelang kau? Tengok ni. YunKook" aku tunjukkan rantai aku kepada Jungkook. Jungkook tenung mataku sekilas sebelum fokus pada pemanduannya.
"Sebab dia adalah kau. Yunbi"
TBC...
Sorry pendek😭
Vote&Comments~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top