TMS2 - 22

Jungkook bersandar di kerusinya. Matanya tajam mencerlung wajah Bob, Alex dan Ray yang berdiri tegak dihadapannya. Perasaan marah cuba ditahan.

"Aku suruh korang cari perempuan tu dan perhatikan dia" kata Jungkook perlahan. Tangannya tidak henti memusing pisau.

"BUKAN SURUH ROGOL DIA!!" Pisau tersebut dibaling ke arah Alex. Tepat terkena paha kirinya. Alex terduduk di atas lantai. Darah membuak keluar dari paha kirinya. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Bangun!" Arah Jungkook tegas. Bersusah payah Alex berdiri dengan bantuan Ray dan Bob. Pisau di pahanya ditarik perlahan.

"K-kami tak tau pun yang tu perempuan yang tuan maksudkan" balas Bob gagap. Tangannya mengusap perutnya yang sedikit menonjol. Gementar.

Jungkook tidak membalas. Telinganya berdesing mendengar jawapan Bob. Mahu saja dia bunuh mereka bertiga sekarang.

"Masuk bilik sebelah dan duduk atas kerusi" arah Jungkook mendatar. Bob, Ray dan Alex mula berpeluh sejuk.

"Pergi sekarang! Yang kau tercegak kat sini buat apa!?" Kata Jungkook dingin. Bob, Alex dan Ray mula ke arah bilik sebelah. Perasaan takut mula menyerang diri mereka. Memang sah nyawa mereka akan melayang malam ini juga.

Jungkook kusutkan rambutnya. Kalau dia lambat sikit sahaja lagi entah apa akan jadi pada Yunbi. Dia mula melangkah ke arah bilik sebelah.

Wajah Bob, Alex dan Ray yang ketakutan tidak dihiraukannya. Butang merah yang terdapat di tepi dinding di tekannya dan secara automatik kaki dan tangan mereka bertiga diikat dengan besi keluli.

"T-tuan maafkan k-kami" kata Bob. Memohon simpati dari tuannya. Jungkook tidak menghiraukan. Dia menekan password di sebuah pintu. Selepas itu pintu tersebut terbuka dan segala jenis senjata tajam menyapa pandangan mata mereka. Bob, Ray dan Alex mula kecut perut. Masak mereka malam ni.

"Kita nak mulakan dari siapa?" Jungkook menggaru dagunya. Wajah Bob, Alex dan Ray dipandang satu persatu.

"Apa kata kita mulakan yang peluk perempuan tu dulu" kata Jungkook sinis. Alex mula berpeluh. Kaki dan tangannya sudah sejuk. Jungkook mengambil gergaji yang berkilau.

"Sakit betul hati aku bila kau peluk perempuan tu!" Kata Jungkook. Matanya tajam mencerlung wajah pucat milik Alex.

"Tuan maafkan saya!" Kata Alex gementar. Jungkook menghampiri Alex bersama gergaji di tangan kanannya.

Tangan Alex yang terikat dikerusi dipandangnya.

"Tangan ni lah kan yang berani peluk Yunbi tadi?" Kata Jungkook. Alex hanya kaku. Menanti tindakan Jungkook seterusnya.

"Say good bye untuk tangan kau!" Kata Jungkook sebelum gergaji di tangannya di angkat dan laju memotong tangan kanan Alex.

Jeritan Alex kedengaran nyaring ditelinganya. Darah merah mula memercik ke sekeliling. Tangan kanan Alex yang sudah putus diangkat oleh Jungkook.

"Dah putus. Bye bye" Jungkook bermain dengan tangan Alex. Tangan tersebut dibalingnya jauh. Dia beralih pula ke sebelah kiri tangan Alex.

"T-tuan.." Alex memandang wajah tak berperasaan Jungkook. Laju gergaji ditangan Jungkook memotong tangan kiri Alex. Sekali lagi jeritan Alex mengisi ruangan bilik tersebut. Bob dan Ray sudah menikus. Takut.

Putus!

"Lain kali kalau aku cakap tu peka!" Jungkook tunjal kepala Alex. Gergaji dibalingnya jauh. Tangan dan wajahnya sudah dipenuhi darah segar.

"Next is you!" Jungkook menuju ke arah Bob. Pisau di atas meja di ambilnya.

"Berani kau nak sentuh rambut perempuan tu kan?" Kata Jungkook sinis. Tangannya bermain dengan pisau yang tajam berkilau di tangannya.

"Sekarang bagi aku pulak sentuh rambut kau" pisau di tangan Jungkook di bawa ke atas kepala Bob.

Bukan setakat rambut yang dia hiris. Tetapi sekali dengan kulit kepala sekali dia hiris. Darah merah mula membasahi wajah Bob. Jeritan Bob dan rontaan Bob tidak dihiraukan oleh Jungkook. Jungkook menghiris kulit kepala Bob seperti menghiris kulit carrot.

"Cantik dah kepala kau!" Kata Jungkook puas hati. Jungkook beralih pula ke arah Ray.

"Kau! Berani kau nak kiss perempuan tu?" Pisau di tangannya di bawa ke bibir Ray. Bibir merah Ray dihirisnya kasar. Kemudian gunting pula di capainya. Mulut Ray dinganga secara paksa. Lidah milik Ray di tarik Jungkook sebelum mengguntingnya.

"Puas hati aku!" Kata Jungkook geram.

"Lain kali kalau aku cakap tu peka! Bukan main-main! Nak duit saja. Kerja tak jalan!" Kata Jungkook tegas.

"Aku menyampah tengok muka korang ni!" Gergaji yang dibalingnya tadi di ambil dan menuju ke arah Alex. Kepala Alex didongak ke atas sebelum gergaji tersebut singgah di lehernya. Leher Alex digergaji sehingga putus.

Kemudian pisau yang berada berdekatan Bob dicapainya. Dan kepala Bob yang sudah siap dihirisnya tadi ditikam berkali-kali sehingga tubuh Bob kaku. Jungkook beralih pula kepada Ray. Gunting tadi diambilnya. Kepala Ray didongak ke atas sebelum berkali-kali leher Ray ditikam dengan gunting ditangannya.

Jungkook memandang Ray, Bob dan Alex yang sudah kaku. Dia menuju ke arah sinki. Tangan dan wajahnya di cuci dengan air. Jungkook keluar dari bilik tersebut. Wajah orang suruhannya di pandang sebelum memberi isyarat untuk selesaikan mayat Bob, Ray dan Alex.

"Hai Jungkook kau kenapa nampak kusut ni?" Sapa Jack.

"Kau lepas bunuh orang ke ni?" Tanya Jack dengan wajah berkerut. Baju Jungkook yang dipenuhi darah sudah meyakinkan firasatnya.

"Diorang tu tak reti nak buat kerja" balas Jungkook. Badannya dihempas ke atas sofa.

"Kau dah jumpa ke perempuan yang kau cari tu?" Tanya Jack. Jungkook anggukkan kepalanya. Matanya merenung siling.

"Lepas 4 tahun aku cari dia. Akhirnya aku jumpa. Aku pun hampir tak cam dia. Sekarang dah berambut pendek" kata Jungkook. Wajah Yunbi terbayang dalam fikirannya.

"Tapi kau kena ingat dia masih tak ingat kau" balas Jack. Wajah Jungkook direnungnya. Dulu pun dia langsung tak kenal Jungkook ni. Tetapi selepas Jimin ceritakan apa yang terjadi. Makin lama makin dia ingat dan sekarang dia sudah ingat sepenuhnya.

Sebelum kejadian 5 tahun dulu terjadi. Dia sangat rapat dengan Jimin. Kenal dengan Jimin pun sewaktu dia menolong Jimin ketika Jimin sesat dulu.

"Macam mana aku nak buat dia ingatkan aku? Ingatkan hyung aku?" Kata Jungkook lemah.

"Cuba kau bawa tempat yang kau pernah pergi dengan dia. Mungkin dia akan ingat" Jack memberi cadangan. Jungkook iyakan sahaja.

"Aku pun tak ada sebarang bukti. Cuma ni saja bukti yang aku ada" Jungkook memegang gelang di tangan kanannya.

Dia akan buat Yunbi ingat dia semula. 4 tahun dia mencari. Hampir saja dia berputus asa. Tetapi selepas mendapat panggilan dari Suga tadi terus semangatnya yang mula pudar berkobar-kobar semula.

TBC...

Part ni hanya ada adegan Jungkook sahaja😂😂..

Vote&Comments~♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top