TMS2 - 21

[Media : Yunbi short hair]

Aku tekup telinga kananku di pintu. Manakala tangan kiriku tak henti mengetuk pintu.

"Lucas! Bukak pintu ni setan!" Jeritku geram. Berejam aku ketuk pintu bukan nak bukak. Buat apa entah kat dalam tu.

"Kejap!" Sahut Lucas dari dalam. Aku teruskan mengetuk pintu. Naik merah tangan aku ketuk benda keras ni.

Hampir terjatuh aku apabila Lucas membuka pintu secara mengejut. Nasib Lucas sempat pegang bahu aku.

"Nak apa?" Tanya Lucas.

"Nak kunci kereta" aku hulurkan tangan kanan ke arah Lucas. Lucas pandang tangan aku dan kemudian memandang semula wajahku. Tangannya disilang di dada.

"Kau nak buat apa dengan kunci kereta tu?" Tanyanya lagi. Naik meluat pulak aku.

"Bagi sajalah! Aku bosan duduk dalam bilik tu! Jadi aku nak keluar" kataku geram. Lucas gelengkan kepalanya.

"No. Aku tak benarkan. Dah malam kan. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Kata Lucas. Aku merengus kasar.

"Alah Lucas! Bagilah! Kalau jadi apa-apa nanti aku cepat-cepat call kau! Lagipun kalau ada orang nak kacau aku. Aku boleh jer belasah diorang. Aku kuat apa" kataku riak dan takbur! Lucas mengeluh perlahan sebelum menyeluk poket seluarnya. Kunci kereta dikeluarkan.

"Janji ngan aku. Kalau apa-apa jadi bagitau aku cepat-cepat" Lucas letakkan kunci ke atas tangan kananku. Aku tersenyum girang.

"Thanks Lucas!" Aku terus berlari ke arah lif.

Laju kakiku melangkah ke arah kereta yang terparking elok. Enjin aku hidupkan sebelum aku memecut laju. Bumbung aku buka. Angin malam lembut menyapa pipiku. Sejuk!

Seronok juga ronda Jeju ni tengah malam. Tak sesak. Aku hentikan kereta di lampu isyarat. Merah tanda berhenti!

Aku ketuk stereng kereta mengikut rentak lagu yang dipasang. Tak banyak kereta waktu sekarang. Yalah dah tengah malam. Semua tidur manakala aku pula duk meronda.

"Hi" aku toleh ke arah kiriku. Seorang lelaki lambaikan tangan ke arahku. Aku pandang semula ke hadapan. Jangan layan Yunbi!

"Sombong!" Kata lelaki itu lagi.

"Awak nama apa?" Tanya lagi seorang lelaki yang berambut merah.

Hijau.

Terus aku pecut kereta laju. Abaikan malaun tak ada life tu! Tiba-tiba kereta tadi memecut laju menyaingi aku dan berhenti secara mengejut dihadapanku. Laju aku menekan break!

Aku buka mata dan lihat ke hadapan. Lelaki tadi mula turun dari kereta. Ada 3 orang lelaki.

Aku cuba stabilkan nafasku. Wajahku memerah menahan marah. Aku keluar dari kereta dengan kasar. Mataku mencerlung ke arah mereka bertiga.

"Gila ke? Berhenti mengejut macam tu kalau aku langgar tadi macam mana?!" Tanyaku geram. Mereka bertiga hanya gelak.

"Janganlah marah" kata lelaki berambut merah.

Lelaki yang berbadan sedikit gempal menghampiri aku.

"Nak marah-marah kenapa? Tak cantik lah" katanya. Tangannya mula naik ke rambutku. Laju aku menepis.

"Kau jangan nak sentuh aku!" Aku tampar pipinya. Kepala lelaki berbadan gempal tersebut terteleng ke kanan. Tangannya menyentuh pipinya yang ditampar olehku.

"Blah!!" Aku tolaknya dan membuka pintu kereta. Baru sahaja aku mahu masuk. Lelaki yang mempunyai tatoo di lengannya memeluk pinggangku dari belakang dan menarik aku keluar.

Aku meronta kasar.

"Lepaslah setan!! Suck!" Aku pukul tangannya yang memeluk pinggangku.

"Cantik" lelaki yang berambut merah tadi mula menarik leherku ke arahnya.

"Jangan!! Lepaslah!!! TOLONG!!!" Aku cuba lepaskan diri tetapi pelukkannya teramat ketat. Lelaki berambut merah tersebut mula membenamkan wajahnya ke leherku. Air mataku jatuh tanpa dipinta.

"Lepas!!" Aku cuba tendang dia tetapi kakiku dihalang.

Pin! Pin!

Aku memandang ke arah sebuah kereta yang berhenti berhampiran kami.

"Siapa pula kali ni?!" Lelaki tadi merengus kasar.

Seorang lelaki keluar dari keretanya. Lelaki tadi! Lelaki yang pakai gelang ukiran sama dengan aku punya rantai.

"Korang buat apa?" Tanyanya dingin. Lelaki yang memelukku tadi mula lepaskan pinggangku. Aku terus berlari ke arah lelaki tadi dan menyorok di belakangnya.

"D-diorang nak ro-rogol aku" kataku gagap. Bajunya aku genggam erat.

"Betul ke apa yang dia cakap!?" Tanyanya kasar. Aku lihat 3 orang lelaki tadi menikus memandang tanah.

"Jawab!" Jerkahnya. Dengan aku-aku sekali terkejut.

"M-maaf tuan" kata lelaki berambut merah tadi.

Tuan? Lelaki ni tuan diorang ke? Dahiku berkerut.

"Aku suruh korang cari perempuan ni. Bukan rogol dia!" Marahnya lagi. Wajahnya merah.

"Malam ni jumpa aku" katanya. Suaranya mula mengendur tetapi tetap tegas. Lelaki bertiga tadi anggukkan kepala sebelum memasuki kereta mereka dan meninggalkan aku dan lelaki ni berdua.

Aku lepaskan genggaman di baju lelaki ni.

"T-terima kasih..." aku lihat wajahnya.

"Jungkook" balasnya tenang.

"Ne. Terima kasih Jungkook" aku tundukkan sedikit badanku kepadanya.

Jungkook? Kenapa macam pernah dengar nama ni?

"Kenapa kau keluar malam-malam ni?" Tanyanya. Aku garu kepalaku yang tidak gatal.

"Aku.. aku bosan duduk kat bilik. Tu yang aku keluar tapi tu lah terserempak dengan malaun 3 ekor tu pulak!" Kataku menahan geram.

"Apa diorang buat?" Tanya Jungkook. Aku pandang matanya. Mata tu. Macam aku kenal.

"Hah?"

"Apa yang diorang buat? Peluk kau? Kiss?" Tanyanya. Rahangnya bergetar. Urat-urat jelas muncul di lehernya.

"Lelaki yang pakai tatoo tadi. Dia peluk aku. Lelaki yang rambut merah tu hampir-hampir nak kiss leher aku. Tapi nasib kau sempat datang. Kalau tak aku tak tau lah apa yang akan jadi" kataku.

"Yang badan gempal tu buat apa?" Tanya Jungkook. Aku angkat kepala dan memandangnya.

"Dia.. pegang rambut aku?" Kataku. Tak pasti sangat. Jungkook anggukkan kepala.

"Kau tinggal kat hotel mana ni?"

"Ocean suites jeju hotel" balasku ringkas. Jungkook anggukkan kepalanya.

"Pergi naik kereta. Aku turut kau dari belakang" kata Jungkook. Baru sahaja aku mahu menolak dia sudah masuk ke dalam keretanya. Apa-apa sajalah.

TBC...

Sorry pendek😂

Vote&Comments~♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top