TMS2 - 20

"Akhirnya!!" Aku menjerit ceria. Pintu aku buka luas sebelum berlari masuk. Aku terus menghempapkan diri ke atas katil. Syoknya!

"Woi! Syok ya kau landing atas katil. Habis beg besar kau ni siapa yang nak angkut?" Marah Hyuna. Geram. Aku muncungkan bibir. Nak rehat kejap pun tak boleh. Ada saja mak cik sorang ni nak ganggu.

"Alah kau ni tolonglah!" Kataku. Lambat-lambat aku ke arah Hyuna. Beg ronda berwarna merahku tarik masuk ke dalam bilik yang akan kami menginap untuk beberapa minggu.

"Aku nak bersihkan diri dulu. Kau jangan nak intai aku pulak!" Hyuna memberi amaran keras. Mataku ke atas. Tolonglah. Aku langsung tak bernafsu tengok tubuh dia.

Hyuna memasuki tandas. Aku kembali berbaring di atas katil. Ocean Suites Jeju Hotel. Kali kedua aku menginap di hotel ini. Dulu aku pernah datang sini semasa lawatan. Rindu zaman sekolah dulu. 5 tahun sudah berlalu. Pantas betul. Umur aku menginjak 21 tahun. Dah besar pun. Tapi perangai langsung tak.

Hyuna. Kawan aku semasa aku belajar di UK dulu. Tak sangka sampai sekarang masih bersama. Dia adalah jurusolek aku. Dan ouh! Hampir terlupa. Aku datang ke Jeju ni bukan nak bercuti tetapi kerja. Kerja sebagai model. Dah alang-alang tu cuci matalah jugak. Cari suami ke? Ok Yunbi cukup!

Hyuna keluar dari tandas. Rambutnya yang basah dikeringkan dengan hair dryer.

"Keluar jom! Bosanlah" kataku. Hyuna pandangku sekilas.

"Pergilah bersiap. Nanti aku suruh Lucas bawa kereta kita pergi jalan-jalan" kata Hyuna. Aku tersenyum girang. Yes! Laju aku memasuki tandas untuk bersiap.

.

.

.

.

.

Aku dan Hyuna jalan beriringan menuju ke arah pintu utama. Kaki kami laju menapak ke arah Lucas yang sedang bersandar di pintu kereta bahagian penumpang sambil tangannya tidak lepas menaip sesuatu di telefonnya.

"Woii nyet!" Panggil Hyuna kasar. Lucas angkat kepalanya memandang aku dan Hyuna. Wajahnya yang tadi putih suci murni kini terus berubah warna.

"Kau panggil aku apa?" Tanya Lucas kasar. Matanya mencerlung Hyuna tajam.

"Nyet. Singkatan untuk monyet. Comel tak?" Hyuna tersengih memandang Lucas.

"Kimak betul kau ni! Kau tak payah ikut! Jom Yunbi kita blah!" Lucas tarik lenganku. Pintu depan bahagian penumpang dibukanya sebelum menolak tubuhku masuk.

"Lucas!!" Hyuna laju memasuki kereta. Kemudian Lucas pula memasuki kereta.

"Kau asal masuk? Keluar" arah Lucas. Menyampah.

"Kedekut! Biarlah aku nak ikut pun!" Marah Hyuna.

"Sudah jangan bergaduh!! Bingit telinga aku!" Kataku keras. Lucas dan Hyuna tersengih ke arahku. 2 manusia ni kalau tak gaduh memang tak sah.

Lucas dan Hyuna ni sepupu. Yang membezakan mereka berdua adalah Lucas ni darah kacukan. Korea-amerika. Kami bertiga mula rapat semasa kat UK dulu. Kalau Hyuna bekerja sebagai jurusolek. Si Lucas ni pula bekerja sebagai model. Sama dengan aku. Padanlah boleh jadi model. Handsome!

Lucas membuka bumbung kereta. Rambutku yang pendek diterbangi angin. Hyuna di belakang sudah menjerit ceria. Aku perasan Lucas tersenyum sendirian apabila Hyuna menjerit ceria.

Lucas memandu kereta meronda Jeju. Sesekali rambutku memasuki mata. Yalah dah rambut ni pendek. Mudah jer masuk mata.

Lucas berhenti di sebuah kawasan yang berderet kedai di tepi jalan. Kami mula turun dari kereta.

"Aku nak beli aiskrim!" Kata Hyuna ceria. Dia mula menarik tanganku tetapi aku sempat menarik tanganku kembali. Hyuna pandangku hairan.

"Kenapa? Tak nak aiskrim?" Tanya Hyuna. Aku gelengkan kepala.

"Bukan tu. Aku nak pergi tandas kejap. Kau dengan Lucas pergilah beli dulu. Belikan untuk aku sekali" kataku. Hyuna hanya anggukkan kepalanya. Tangan Lucas ditariknya ke arah kedai ais krim. Aku berlalu dari situ. Mencari tandas.

Tak jumpa! Alahai dah tak tahan ni! Aku melihat sekeliling. Mataku terhenti pada seorang lelaki yang sedang bermain phone di sebuah cafe. Aku laju melangkah ke arahnya. Mejanya aku ketuk beberapa kali. Dia mengangkat kepala dan memandangku.

"Tumpang tanya. Tandas kat mana?" Tanyaku sopan. Hihi. Bukan selalu. Mamat ni pun handsome apa. Matanya tak berkelip memandangku. Mungkin dia tak sangka terjumpa aku sebab aku model. Mungkin?

Aku petik jari dihadapan wajahnya. Terus di kerdipkan mata beberapa kali.

"Sorry?" Katanya.

"Tandas mana?" Tanyaku sekali lagi. Cepatlah mamat woi! Aku tak tahan dah ni!

"S-sana" dia menunjukkan jari ke arah hujung kedai. Aku tepuk dahi. Kat sana jer? Aku langsung tak nampak tadi. Aku terus berlalu.

Kejap! Lupa nak cakap terima kasih! Aku ke arah lelaki tadi semula. Dia tengah on call dengan seseorang. Aku hanya menunggu di belakangnya.

"Betul! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri! Kalau kau tak percaya kau datang sini! She is here. Yunbi is back. Dan aku pasti dia langsung tak ingat kita. Kau datang sini sekarang!
.. busy apanya? Suruhlah Taehyung teleport kejap bangang.. kau nak jumpa dia tak?.. yang ni aku tak tipu, memang betul-betul dia!.. aku tak tipu dah! Bukan april fool bodoh!.. sekarang bulan mei sial! April dah lama lepas.." katanya bersungguh. Siap maki hamun lagi.

Wait dia sebut nama aku ke tadi? Siapa lelaki ni? Hanya Hyuna, Lucas dan kawan aku semasa di sekolah dulu sahaja yang panggil aku Yunbi. Yang lain akan panggil aku Bie.

Aku terus beredar dari situ. Ke tandas. Mungkin dia senior sekolah aku dulu? Tapi aku mana ada rapat dengan sesiapa pun. Lantaklah! Melepas dulu.

Selesai melepaskan apa yang patut aku terus mencari Hyuna dan Lucas. Semasa aku lalu di Cafe tadi. Aku ternampak lelaki tadi tersenyum ke arahku. Dia memanggilku ke arahnya. Entah kenapa kakiku ringan sahaja berjalan ke arahnya walaupun otakku melarang keras.

"Kenapa?" Tanyaku pelik.

"Boleh tunggu kejap? Kawan aku nak datang. Dia cakap nak jumpa kau" kata lelaki tersebut. Jantungku laju berdegup. Jangan cakap diorang nak culik aku! Aku tak nak peristiwa 5 tahun lalu dimana semasa aku tersedar dari pengsan aku berada di dalam hutan dengan luka di segenap badanku. Dan yang paling parah aku langsung tak tau bagaimana aku boleh berada di sana. Selepas daripada tu kami sekeluarga berpindah ke Daegu.

"Maaflah tapi. Aku busy ni. Next time maybe? By the way thanks untuk tadi" aku terus berlari anak beredar dari situ. Takut nanti dia kejar. Apabila terasa yang aku semakin jauh terus aku berjalan seperti biasa.

Ramai orang yang berada di kawasan ni. Badanku kadang-kadang dilanggar orang. Maklumlah badan kecik. Senang kena repuh. Aku panjangkan tengkuk mencari kelibat Hyuna dan Lucas.

Mataku tertarik seperti medan magnet pada seorang lelaki yang berjalan arah bertentangan denganku. Rambutnya ditutup dengan cap. Tangan kanannya pula membetulkan earphone ditelinganya. Kemudian aku terpandang gelang di tangan kanannya. Ketika berselisihan mataku terbaca perkataan yang tertulis di gelang tersebut.

YunKook

Terus aku berpaling ke belakang. Mencari kelibatnya. Tanganku memegang rantai leherku. Kelibatnya sudah hilang disebalik orang ramai yang lalu lalang di situ.

"YunKook" kataku perlahan. Mataku memandang rantai di leherku. Ukirannya sama. Sebiji macam yang lelaki tu punya. Entah kenapa selama 5 tahun ni aku langsung tak buka rantai ni. Terasa seperti kehilangan apabila aku cuba buka.

"Siapa lelaki tu?"

TBC...

Vote&comments~♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top