TMS2 -2
Aku memakai baju merah jambu berlengan panjang bersama jaket berwarna hitam dan seluar jeans berwarna hitam. Mafela merah yang tersangkut di kaki katil aku ambil dan lilitkan dileherku. Bagi mengelakkan sejuk malam-malam ni.
"Yunbi!! Jungkook dah sampai!" Jerit omma dari bawah.
"Ne!"
Aku mencapai beg bertali halus dan sangkutkan di bahu kiriku. Aku terus berlari turun ke bawah. Sampai di bawah Jungkook sudah melihat aku dengan senyuman bunnynya. Ishh geram! Gigit baru tau.
"Omma, Yunbi pergi dulu tau.. annyeong! Appa annyeong!" Aku mencium pipi omma dan appa.
"Jungkook jaga Yunbi tu" pesan appa. Jungkook hanya angguk dengan sengihan.
Aku memakai kasut. Jungkook pula sibuk nak tolong ikatkan tali kasut. Aku biarkan sahaja. Kalau aku bantah dia akan buat juga.
"Kaja!" Jungkook menarik tangan kananku. Aku hanya mengikutnya keluar dari halaman rumah.
Tiba sahaja di luar rumah mataku terus memandang sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Aku pandang motorsikal tersebut dengan Jungkook silih berganti.
"Suprise?" Kata Jungkook dengan kening kirinya diangkat beberapa kali.
"Heol daebak" kataku tak percaya. Bila masa dia beli motor ni? Pandai ke bawa?
"Jom naik!" Jungkook mencapai topi keledar dan memakaikan kepadaku.
"Langkah keselamatan" katanya lalu menepuk topi yang aku pakai. Aku ketawa kecil. Comel saja Jungkook ni. Macam manalah aku tak tangkap cintan dengan dia?
"Jom" Jungkook mula menghidupkan enjin. Aku naik dengan berhati-hati.
"Peluk kuat-kuat nanti jatuh" kata Jungkook. Tanganku ditariknya agar aku memeluknya.
"Ambil kesempatan ya" kataku. Tapi aku peluk juga. Aku atau dia yang ambil kesempatan sekarang ni?
Jungkook mula memandu dengan laju. Memang nak mati awal ke apa dia ni? Aku eratkan lagi pelukan di pinggang Jungkook takut jatuh. Dan aku dapat dengar dengan jelas gelakan Jungkook. Sukalah tu aku peluk dia!
Aku perhatikan jalan yang kami lalu. Macam aku kenal jalan ni. Kiri dan kanan penuh dengan pokok. Lama aku melihat ke sekeliling dan baru aku teringat.
Tempat dimana aku ingatkan aku akan kehilangan Jungkook buat selamanya. Tempat Xiumin bersemadi. Tempat di mana semuanya berubah dan kami hidup dengan bahagia. Serta-merta peristiwa beberapa bulan lepas bagaikan diulang tayang semula.
Aku eratkan pelukan pada Jungkook. Takut. Mata aku pejam rapat.
Tiba-tiba Jungkook berhenti. Aku membuka mata. Melihat sekeliling dan aku perasan ada sebuah tasik yang sangat luas. Airnya bersinar kerana cahaya bulan.
"Turun" kata Jungkook. Aku turun dengan berhati-hati. Jungkook membuka topi keledar yang aku pakai. Kemudian dia membetulkan rambutku.
"Kita kat mana ni?" Tanyaku sambil mengikut langkah Jungkook yang menuju ke arah tasik.
"Tempat yang paling aku suka datang. Kat sini tenang. Kalau aku stress atau ada masalah aku akan datang sini" kata Jungkook. Aku anggukkan kepala.
"Jom aku ada nak tunjukkan sesuatu kat kau" Jungkook menarik tanganku menuju ke arah sebatang pokok yang agak besar. Agak-agak berapa usia pokok ni?
Jungkook berhenti dihadapan pokok tersebut. Aku melihat sekeliling tapi tiada apa pun. Hanya semak dan pokok-pokok yang ada.
"Atas" Jungkook memandang ke atas. Aku turut memandang ke atas. Mataku bercahaya.
Rumah pokok!
"Rumah pokok? Awak yang buat ke?" Tanyaku teruja.
"Yup" balas Jungkook bangga.
"Macam mana nak naik?" Tanyaku. Tak ada tangga pun.
"Tangga belah sini" Jungkook menarik tanganku menuju ke arah belakang pokok tersebut. Ada tangga!
Aku mula memanjat naik tangga satu per satu. Jungkook pula berada di bawah. Berjaga-jaga takut aku jatuh.
Sampai di atas aku melihat sekeliling. Di setiap sudut dinding terdapat gambar aku dan Jungkook. Tak lupa juga gambar Bts yang lain.
"Cantiknya" kataku terharu.
Jungkook duduk disebelahku.
"Aku dah lama nak bawa kau datang sini. Tapi selalu tak sempat" kata Jungkook.
Aku melihat sekeping gambar di mana Jungkook dan aku sedang bergaduh hanya kerana sekeping roti. Aku tahu Jin yang ambil gambar ni sebab lepas jer dia tangkap gambar tu aku terus kejar dia suruh padam.
Cantik sangat. Hampir sahaja aku ingin menangis terharu. Tapi aku tahan.
Aku menghampiri Jungkook yang sedang merenung melihat ke arah tasik. Aku duduk disebelahnya sambil kaki aku hayunkan di bawah.
"Aku harap sangat malam ni berlalu dengan lambat sebab aku nak sentiasa ada bersama Yunbi" kata Jungkook. Dia memeluk erat bahuku. Aku memeluk pinggangnya. Terasa panas kerana haba dari tubuh Jungkook.
"Kalau apa-apa terjadi aku nak kau janji dengan aku, jangan lupakan aku, percaya aku wujud, sentiasa ingat aku, jangan sesekali kau cuba nafikan kewujudan aku dengan yang lain. Janji?" Tanya Jungkook. Aku merenung matanya. Matanya kelihatan sayu dan sedih.
"Janji" kataku perlahan. Tiba-tiba aku terasa benda yang sama. Sayu, pilu dan sedih. Kenapa? Aku pegang dadaku.
"Wae?" Tanya Jungkook risau.
"Saya tak pasti tapi kenapa saya rasa sedih?" Kataku hairan.
"Jangan sedih. Aku ada" Jungkook eratkan lagi pelukan.
Entah kenapa kebelakangan ni. Apa yang Jungkook rasa aku pun akan rasa. Bila dia sakit aku akan terasa sakit. Bila dia menangis aku turut akan menangis. Bila dia gembira aku akan gembira. Terasa seperti diri kami bersatu.
"Jungkook jangan tinggalkan saya" kataku sambil mata tak lepas merenung tasik di hadapan.
"I won't" balasnya.
.
.
.
.
.
Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah Rapmon dicarinya. Jungkook melangkah menghampiri Shin yang sedang menonton karton.
"Shin!" Jungkook menepuk kuat belakang Shin sehingga Shin melatah terkejut.
"Ishh! Hyung ni!" Shin mencebikkan bibirnya. Jungkook ketawa riang.
"Ada nampak Rapmon hyung tak?" Tanya Jungkook.
"Dalam bilik kut. Kalau tak ada juga mungkin ada kat belakang" balas Shin dan kemudian dia menyambung menonton karton yang terganggu sebentar tadi.
Jungkook menuju ke belakang rumah mencari batang hidung hyungnya. Dan tekaannya tepat. Mereka sedang bersembang di meja belakang.
"Dah balik Jungkook? Macam mana date?" Tanya Jimin.
"Ok jer" balas Jungkook bersahaja. Dia mengambil tempat disebelah Jimin.
"Bincang apa?" Tanya Jungkook. Kebiasaannya kalau ada benda penting baru semua akan berkumpul. Kalau tidak jangan harap.
"Kita tersilap" kata Jin.
"Tersilap apa?" Tanya Jungkook.
"Mereka ma--"
"Buat apa kat luar tu? Tidur esok sekolah!" Jeritan Mummy mengejutkan mereka semua. Baru nak bincang benda penting dah ada yang mengganggu.
"Ne! Kejap mummy nanti kami tidur!" Balas mereka serentak.
"Jangan lama sangat kat luar tu nanti kena selsema" Jerit mummy lagi.
"Ne!" Balas mereka serentak lagi.
"Ok sambung" kata Taehyung selepas memastikan mummy sudah masuk kedalam rumah.
"Ingat tak kita kurung puak serigala dalam bilik bawah tanah dulu?" Tanya Rapmon. Mereka semua mengangguk kepala. Takkan nak lupa kut. Masih segar dalam ingatan mereka.
"Dalam bilik bawah tanah tu ada banyak kotak. Dan dalam salah satu kotak tu aku ada simpan jam masa" kata Rapmon.
"WHAT!!!??" Jerit mereka semua serentak.
"Tidur sayang!" Jerit mummy dari dalam rumah.
"Ne!" Balas mereka serentak.
"Perlahanlah sikit" kata Rapmon tegas.
"Mian" balas Jhope.
"Kau biar betul? Kenapa tak keluarkan dulu barang yang penting dalam bilik tu sebelum kurung diorang?" Kata Suga gelisah.
"Masa tu kan kita semua kecoh. Aku pun langsung tak teringatkan jam tu. Masa aku cari semula tadi baru aku teringat!" Kata Rapmon.
"Ok rileks" kata Jungkook. Menyuruh hyungnya bertenang.
"Aku rasa diorang tak jumpa jam tu. Yalah masa tu tinggal berapa saat sahaja lagi sebelum semuanya hancur" kata Jin menyedapkan hati.
"Aku pun rasa benda yang sama. Sebab kalau diorang dah jumpa jam tu mesti diorang dah lama sampai sini dan cuba buat sesuatu untuk kita" kata Jimin turut menyedapkan hati yang semakin gelisah.
"Tak apa. Tak perlu risau lagi. Jangan fikirkan sangat benda tu. Aku rasa diorang takkan jumpa lagipun jam tu tersorok" kata Rapmon. Semua anggukkan kepala.
"Sekarang jom tidur" kata Jhope.
"Jom" balas mereka semua dan mula masuk ke dalam rumah. Harap sangat puak serigala tidak menjumpai jam masa tersebut.
TBC...
Vote & Comments~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top