TMS2 - 19

Aku pandang Jungkook tak percaya. Betul ke Jungkook dihadapan aku ni? Jungkook rampas pistol dari Taehyung. Tangannya lurus mensasarkan aku. Aku kaku memandangnya.

"Aku tak nak guna pistol. Terlampau cepat mati. Aku nak kau guna pisau" kata Suho. Jungkook hanya menurut. Pisau di ambil dari genggaman Rapmon. Jungkook dekati aku.

"Sorry" kata Jungkook sepatah. Dia memeluk aku dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya yang memegang pisau dijatuhkan kebawah.

"Tembak Suho. Now" bisik Jungkook ditelingaku. Aku genggam erat pistol sebelum aku tujukan ke arah Suho. Suho jelas terpanar memandang ke arahku.

Bang!

Tembakan terkena pada bahu kanan Suho. Suho terundur kebelakang apabila bahunya ditembak. D.O dan Lay mula berubah pada bentuk serigala. Jam masa yang elok dipegang oleh D.O laju dirampas oleh Suga yang sedari tadi berdiri di sebelah D.O. Suga laju membaling jam tersebut sebelum tubuhnya di serang oleh D.O.

Jam tersebut cekap disambut oleh Jungkook.

"Sekarang Jungkook!!" Jerit Rapmon. Jungkook laju merampas pistol ditanganku sebelum jam tersebut ditembak bertubi-tubi.

Hancur.

"Bodoh! Kenapa kau hancurkan jam tu!!" Jerit Suho kegeraman. Lama kelamaan tubuh Suho, D.O dan Lay menjadi bercahaya putih sebelum cahaya tersebut menghilang diserap oleh cermin yang berada berhampiran mereka.

Bulat mataku memandang. Hanya dengan hancurkan jam tersebut mereka terus hilang. Aku tersenyum lebar. Akhirnya mereka sudah tiada.

Aku melihat ke arah Jungkook dihadapanku. Wajahnya muram. Kenapa? Aku lihat pula wajah yang lain. Turut sama. Semuanya kelihatan muram.

"Kenapa korang sedih? Gembiralah puak serigala dah hilang" kataku ceria. Jin tersenyum hambar kepadaku.

"Jungkook kenapa menangis?" Aku seka air mata yang membasahi pipi Jungkook. Takkan sebab puak serigala dah tiada diorang sedih.

"Yun.. bi.." ujar Jungkook meleret. Menahan sebak. Yang lain turut menangis.

Aku pula yang kaku. Kehairanan. Kenapa semua nak menangis?

"Kenapa semua menangis ni?" Tanyaku risau. Ada sesuatu yang diorang sorokkan dari aku ke?

"Maafkan aku" Jungkook pegang tanganku erat.

"Maafkan kami Yunbi sebab tipu kau" kata Jimin. Matanya merah menahan sebak.

"Kenapa nak minta maaf?" Tanyaku hairan.

"Sebenarnya. Bila sahaja jam masa di musnahkan. Bukan puak serigala saja yang diserap ke dalam cermin. Kami pun sama" kata Rapmon perlahan. Aku kaku.

"Tak-tak! Takkanlah!" Kataku cuba menafikan. Jantungku berdegup pantas. Jariku sejuk. Tak mungkin.

"Kami akan kembali ke dalam cermin" ujar Jhope. Matanya sudah basah dengan air mata.

"Tak! Janganlah!" Kataku. Mataku sudah basah dengan air mata. Sekarang baru aku tahu apa yang mereka sorokkan. Tak guna!

"Dan lepas ni kau dah takkan ingat kami dah. Ingatan kau tentang kami dan puak serigala akan terpadam. Sama dengan orang lain. Semua akan hilang ingatan tentang kami" kata Rapmon. Sebak hatiku. Banyak memori aku dan mereka.

"Janganlah tinggalkan saya!" Kataku dalam tangisan. Tangan Jungkook aku genggam erat. Wajah mereka aku pandang satu persatu. Takkan secepat ini mereka akan tinggalkan aku.

"Janganlah pergi. Saya sayang korang sangat-sangat. Nanti siapa nak temankan saya hari-hari kat sekolah? Siapa nak buat lawak bodoh hari-hari kat sekolah kalau bukan korang! S-siapa nak ajar saya s-se-sejarah!! Kenapa cepat sangat korang nak tinggalkan saya? Saya sayang korang sangat-sangat. Korang tak sayangkan saya ke? Sampai hati! Tolonglah jangan tinggalkan saya. Koranglah yang selalu ada untuk selamatkan saya kalau saya dalam kesusahan. Korang adalah segala-galanya!" Aku menangis teresak. Aku jatuh terduduk di tanah. Tangan Jungkook yang aku genggam langsung aku tak lepaskan.

"Siapa yang nak manjakan saya lepas ni? Siapa yang nak belai saya lepas ni? Siapa yang nak pertahankan saya lepas ni kalau saya kena buli dengan yang lain? Siapa yang nak layan kerenah saya lagi kalau bukan awak Jin! Saya dah anggap awak macam abang saya. Sampai hati nak tinggalkan saya" kataku teresak-esak. Jin mengelap air mata yang mengalir di matanya.

"Siapa yang nak ajar saya BI? Dengan siapa saya nak bergurau lepas ni? Dengan siapa saya nak jadikan tutor saya kalau bukan awak Rapmon. Banyak yang awak ajar saya sampai saya faham. Awak sabar ajarkan saya. Banyak benda baru yang saya belajar dari awak" kataku sayu. Hatiku begitu sebak. Banyak kenangan aku dengan mereka. Takkan semudah itu aku akan lupa.

"Lepas ni siapa lagi yang akan buat lawak dengan kata-kata kesat dia? Siapa lagi yang nak mencarut lepas ni? Siapa lagi yang nak cakap lepas sahaja lepas ni? Walaupun mengguris hati tapi saya langsung tak ambil hati. Siapa lagi kalau bukan awak Suga! Suga walaupun awak kasar dengan saya tetapi saya tetap sayangkan awak!" Aku kesat air mata yang laju membasahi pipi. Berat hatiku ingin melepaskan mereka.

Terlampau banyak kenangan aku dengan mereka. Terlampau banyak sehingga tak sanggup untuk aku padam setiap kenangan tersebut. Setiap kenangan aku bersama mereka mula bermain dalam ingatanku, bermula dari permulaan pertemuan sehingga sekarang.

"Lepas ni siapa yang nak buat orang salji? Lepas ni siapa nak main lawan salji? Lepas ni siapa yang akan bagi kata-kata semangat pada saya? Jhope. Awak harapan saya. My hope" aku pandang wajah Jhope. Merah matanya memandang mataku.

"Lepas ni siapa nak buat benda pelik dengan saya? Yang selalu byun? Selalu nak usik saya. Ada saja benda yang miang akan dia buat. Siapa? Jimin. Awak kawan saya. Walaupun awak gatal tapi awak tetap kawan saya. Perangai awak buat saya selesa dengan awak!" Kataku. Hatiku bagai dirobek dengan pisau tajam. Tak sanggup aku kehilangan mereka.

"Taehyung. Walaupun awak lebih tua dari saya tapi saya dah anggap awak macam adik saya sebab perangai awak yang suka bermain. Selalu teruja dengan banyak benda. Lepas ni siapa yang nak jadi adik saya?" Kataku perlahan.

"Jungkook" suaraku tersekat tatkala menyebut nama Jungkook. Jungkook duduk dihadapanku. Air mataku diseka dengan ibu jarinya. Adakah ini sentuhan terakhir aku dengan dia?

"Saya sayang awak. Saya cintakan awak! Dulu saya hampir kehilangan awak. Tapi kali ni saya betul-betul akan kehilangan awak. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya tak sanggup. Siapa yang akan temankan saya nanti? Siapa yang akan pujuk saya kalau saya merajuk nanti? Siapa yang akan lapkan air mata saya kalau saya menangis nanti!" Dadanya aku pukul dengan tangan kiriku.

Aku menunduk menangis. Aku tak kuat. Aku langsung tak kuat nak hadapi saat ni. Katakan ini hanya mimpi. Aku tak sanggup nak hadapi realiti.

"Yunbi.. aku pun sayangkan kau. Aku cintakan kau. Sangat-sangat. Melebihi nyawa aku sendiri. Aku tau kau kuat. Yunbi aku kuatkan" Jungkook pegang daguku dan kepalaku didongak ke atas memandang wajah mendungnya. Senyuman nipis diukirnya.

Senyuman tu. Aku akan rindukan senyuman tu.

"Aku akan kembali. Walaupun ingatan kau akan terpadam tapi aku akan selalu ingat kau. Tak kira berapa lama masa yang akan aku ambil. Aku akan tetap kembali. Dan pada masa tu aku akan cari kau. Janji dengan aku. Jangan sesekali kau tanggalkan rantai ni" Jungkook pegang rantai dileherku. Aku angguk lambat-lambat.

"Janji? Janji awak akan cari saya?" Tanyaku dengan sedu. Jungkook anggukkan kepalanya.

"Yuyu janganlah nangis! Nanti muka yuyu dah tak cantik. Kookie tak suka tengok Yuyu nangis!" Jungkook berkata dengan suara keanak-anakkan. Makin lebat air mataku menitis. Aku akan rindu saat ni.

Jin, Rapmon, Suga, Jhope, Jimin dan Taehyung mula mendekatiku dan Jungkook. Tubuhku dipeluk mereka erat. Adakah ini pelukan terakhir kami berlapan?

Terlampau banyak kenangan aku dengan mereka. Setiap saat bersama mereka sangat berharga. Tak sanggup aku mahu kehilangan mereka. Paling teruk kenangan aku dengan mereka akan terpadam. Tak guna! Air mataku makin lebat membasahi pipi.

Jungkook memegang kedua pipiku. Mengangkat wajahku memandangnya. Kedua belah mataku dikucupnya lembut. Aku pejamkan mata. Bibirku diciumnya sekilas sebelum tersenyum memandangku. Ciuman terakhir Jungkook.

"Aku kena pergi dah" kata Jungkook perlahan.

Air mataku menitis laju apabila tubuh mereka makin menghilang.

"ANDWEEE!!! KAJIMA! KAJIMA!!!" Aku meraung disitu. Beberapa kali aku cuba pegang mereka tetapi langsung tak berkesan. Mereka tersenyum memandangku.

"Kami akan kembali. Tunggu tau Yunbi" kata mereka serentak. Aku gelengkan kepala. Tak. Aku belum sedia untuk kehilangan mereka.

Tidak sepantas ini!

"ANDWEEE!!! KAJIMA!!! JIN! RAPMON! SUGA! JHOPE! JIMIN! TAEHYUNG! JUNGKOOK!! KAJIMA! ANDWEEE!!!" Aku menundukkan kepala sambil menangis.

"Selamat tinggal Yunbi" kata mereka serentak. Terus bayangan mereka hilang dari pandangan mataku.

"Tak!! JANGAN TINGGALKAN SAYA!!!" Aku menangis memeluk lutut. Jangan tinggalkan aku.

Rantai pemberian Jungkook dileherku aku pegang. YunKook. Yunbi&Jungkook. Kenapa secepat ini mereka tinggalkan aku?

Tolong kembali..

TBC...

Menangis ke? Hihi..

Tau tak Candy menangis nak buat part ni! Goshh! Mata masuk habuk.. Candy menjiwai watak😂😂..

Vote&Comments~♡



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top