TMS2 - 18
"Andwee!!"
Aku menarik tangan Jungkook sehingga dia jatuh ke atasku. Kapak yang dihayun Baekhyun tersasar dan menikam tilam katil.
"Ssibal!"(fuck) Carut Baekhyun kasar. Jungkook tegak berdiri di sisi katil. Matanya mencerlung memandang ke arah Baekhyun.
Nafasku tersekat. Entah apa yang akan berlaku kalau aku tak bertindak pantas tadi.
Pantas Jungkook menendang Baekhyun yang baru mahu menghayunkan penumbuk ke arahnya. Terundur ke belakang Baekhyun dibuatnya apabila Jungkook menendangnya kuat.
Kapak yang menikam tilam katil Jungkook ambil dan laju menuju ke arah Baekhyun. Baekhyun sempat mengelak apabila Jungkook menghayunkan kapak kearahnya. Aku pejamkan mata. Tak sanggup nak tengok. Ngeri.
Wajah Jungkook ditumbuk kuat oleh Baekhyun sehingga bibir Jungkook berdarah. Aku mengaduh sakit. Jungkook yang kena tumbuk aku yang terasa. Jungkook pandang aku yang berada di atas katil sekilas. Sebelum menahan setiap sepakan dan tumbukan yang diberikan Baekhyun.
Jungkook membuat sidekick dan Baekhyun jatuh terbaring ke lantai. Wajahnya tepat mengena tendangan Jungkook. Kepalanya berpinar.
"Kau memang dah lama tempah batu nisan ngan aku!" Kapak ditangan Jungkook dihayun kuat dan tepat terkena kepala Baekhyun. Darah segar mula memercik. Baekhyun menggelepar beberapa saat sebelum kaku. Kepala Baekhyun terbelah dua.
Jungkook hampiriku.
"Jangan pandang lantai" arah Jungkook. Jungkook selimutkan kakiku sebelum dengan sekuat hati dia menghayunkan kapak pada rantai besi dikakiku. Sekali hentakan rantai tersebut putus.
Jungkook mencempung tubuhku. Aku pejamkan mata. Langsung tak melihat ke arah lantai selepas diberi amaran keras oleh Jungkook. Jungkook berhati-hati melihat ke sekeliling.
Larian Jungkook terhenti.
"Jumpa jam tu?" Tanya Jungkook. Aku melihat Taehyung dan Suga. Wajah mereka turut dikotori dengan darah. Kemudian mataku terpandang tubuh kaku Luhan di lantai. Aku pejam mata rapat. Ngeri. Ni mesti kerja Taehyung dan Suga.
"Tak! Aku rasa jam tu ada dengan Suho!" Balas Suga.
"Cari Suho" kata Jungkook. Taehyung dan Suga serentak anggukkan kepala.
"Wehh!" Semua memandang ke arah suara Jimin. Jimin dan Rapmon berlari ke arah kami.
"Kenapa hyung?" Tanya Jungkook.
"Plan kita rosak! Suho, D.O dengan Lay dah bawa lari Jin dengan Jhope. Diorang nak umpan kita" jelas Rapmon.
"Kai dengan Kris?" Tanya Taehyung.
"Dah mati aku dengan Rapmon kerjakan" balas Jimin.
"Habis sekarang macam mana?" Tanya Jungkook.
"Rumah ni akan meletup lagi beberapa minit. Lebih baik kita keluar sekarang" arah Jimin.
"Sia-sia kau pasang tapi lastly plan kita rosak!" Rungut Suga.
"Sekarang blah!" Arah Rapmon. Taehyung merapati kami. Sekelip mata kami sudah berada di luar rumah.
Jungkook letakkan aku ke tanah.
"Sekarang macam mana?" Tanya Suga.
"Ikut plan B" arah Rapmon. Semua mengeluh lemah.
Aku hanya perhatikan wajah mereka yang gusar.
"Kita dah tak ada pilihan. Hanya tu sahaja cara yang tinggal. Takkan kau rela nak biarkan Jhope dengan Jin mati dan biarkan Suho, D.O dan Lay hidup? Yang pasti selagi mereka hidup mereka akan buru Yunbi sampai apa yang diorang nak diorang dapat" kata Rapmon. Mereka anggukkan kepala.
"Aku akan rindukan sini" kata Jhope sedih. Aku tak faham. Apa plan B mereka? Apabila sebut sahaja plan B terus muka mereka berubah sedih.
"Kau lupa ke kita ada Jungkook?" Kata Suga.
"Tapi mengambil masa" balas Rapmon.
Ok aku tak faham. Aku hanya batukan diri. Hanya menjadi pendengar manakala mereka membincangkan plan B mereka.
"Jom gerak! Sebelum terlambat. Ikut plan B yang kita dah bincang semalam. Ikut susunan yang sama walaupun Jhope dengan Jin tak ada" kata Rapmon. Semua anggukkan kepala.
"Saya nak ikut" kataku. Semua memandang wajahku.
"No. Kau biar Taehyung hantar ke rumah. Bahaya" kata Jungkook. Aku gelengkan kepala.
"Please. Bagilah saya ikut! Jhope dan Jin sanggup gadaikan nyawa sebab nak selamatkan saya. Bukan sekali tapi banyak kali. Bagilah saya peluang untuk balas jasa diorang. Please. Saya tak nak nanti diorang mati sebab saya" air mataku mula menitis. Rapmon memandang wajahku. Aku memandangnya dengan penuh harapan.
"Ok kau boleh ikut. Jungkook kau bagi pistol kat dia" arah Rapmon. Jungkook hanya menurut. Aku tersenyum gembira. Air mata aku kesat. Pistol yang dihulur Jungkook aku capai. Pertama kali pegang benda ni.
"Yunbi kau dengar plan ni betul-betul" arah Rapmon. Setiap perkara di terangkan kepadaku dengan terperinci. Tetapi aku perasan sesuatu. Bukan semua yang dia beritahu kepadaku. Ada sesuatu yang disorok oleh mereka. Tetapi aku tak tau kenapa.
"Kau ikut Jungkook dari belakang. Taehyung akan ikut belakang kau. Faham?" Kata Rapmon. Aku anggukkan kepala. Faham.
"Gerak sekarang" kata Rapmon. Aku mula mengikut belakang Jungkook. Setiap pergerakan dilakukan secara senyap. Pistol di tangan aku genggam kemas.
Sampai di satu kawasan Jungkook berhenti melangkah. Dia menyorok dibalik pokok yang besar. Dan aku kenal tempat ni. Tempat ni adalah tempat dimana Xiumin pernah bawa aku dulu. Terdapat cermin disekitar sini.
"Diorang ada kat sana" kata Jungkook perlahan. Jungkook memberi isyarat kepada Rapmon. Rapmon anggukkan kepala. Suga terus menjadi halimunan. Mataku terkebil-kebil mencari kelibat Suga.
Rapmon anggukkan kepala. Pistol ditangannya disimpan di belakang pinggangnya. Begitu juga Taehyung. Aku hanya memegang erat pistol dibelakang tubuhku.
"Jom" Jungkook menarik lenganku. Seperti yang dibincang tadi.
"Datang pun korang. Aku baru ingat nak tamatkan riwayat budak hingusan ni" kata Suho sinis. Kakinya menyepak-nyepak lengan Jhope.
Pistol dibelakang tubuhku aku genggam erat. Geram. Berani dia sepak Jhope.
"Kau nak perempuan ni? Aku bagi tapi lepaskan Jin dengan Jhope" kata Rapmon. Suho tergelak sinis.
"Senangnya korang nak bagi. Kau ingat aku bodoh" balas Suho. Wajahnya bengis. D.O dan Lay bersandar di pokok berhampiran Suho.
Rapmon gigit bibir bawahnya.
"Aku akan serahkan budak hingusan ni. Tapi dengan syarat. Aku nak kau bunuh perempuan tu depan aku" kata Suho sinis. Mataku membulat. Gila!
"Dan aku nak kau! Jungkook. Bunuh dia" kata Suho.
"Dan selepas itu aku akan serahkan budak hingusan ni" sambung Suho.
"Kalau tu yang kau nak" balas Jungkook. Wajahnya tenang. Langsung tidak terkesan dengan permintaan gila Suho.
Aku pandang Jungkook.
TBC..
Vote&Comments~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top