TMS2 - 17
Jimin memasuki rumah bersama beg hitam besar yang dipikul di bahu kanannya. Shin yang menonton tv memandang pelik ke arah Jimin. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Jin sudah menarik perhatian Shin dengan menunjuk sesuatu dalam phonenya.
Jimin menaiki tangga dan memasuki bilik yang dikongsi mereka bertujuh.
"Semua ada?" Tanya Jhope. Jimin anggukan kepalanya.
"Nasib aku ada kawan yang boleh uruskan semua ni" kata Jimin dengan keluhan. Gila. Tu sahaja yang boleh dikatakan olehnya apabila Rapmon memintanya untuk mencari barang yang diperlukan.
"Siapa? Jack?" Tanya Jhope.
"Siapa lagi kalau bukan dia" balas Jimin. Tubuh Rapmon didekatinya.
"Mana Suga dengan Taehyung?" Tanya Jimin.
"Diorang tengah kawal puak serigala" balas Rapmon ringkas.
Jungkook mendekati beg hitam yang diletakkan di atas meja di tengah bilik mereka. Zip beg tersebut dibuka dan dia mengeluarkan semua peralatan yang akan diguna mereka.
"Bahagikan pistol tu pada setiap orang. Pastikan setiap orang dapat peluru lebih" pesan Rapmon. Jungkook anggukkan sahaja.
Sepucuk pistol di ambilnya dan diletakkan pada pinggang belakangnya. 3 lagi pistol dibalingnya kepada Jhope, Jimin dan Rapmon. Sebilah pisau yang tajam berkilau turut diletakkan di belakang pinggangnya.
Jin memasuki bilik bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Gembira apabila kerjanya selesai.
"Tugas aku dah siap" kata Jin sambil mendekati meja yang berada di tengah bilik. Pistol dan pisau diambilnya tak lupa juga beberapa biji peluru.
"Tunggu Taehyung dan Suga. Dan kita boleh gerak" kata Rapmon.
Jungkook mengambil pemanahnya dan disangkut di belakang badannya. Tak lama kemudian Taehyung dan Suga muncul. Pantas mereka ke arah meja dan mengambil alatan mereka.
"Wahh first time aku pegang benda ni" kata Taehyung teruja. Pistol ditangan tak lepas ditiliknya.
"Jangan perak sangat" kata Suga menyampah. Jimin memikul beg hitam tersebut ke bahunya.
"Macam mana?" Tanya Jhope.
"Line clear. Yunbi ada dalam bilik tingkat 2" terang Suga. Mereka anggukan kepala.
"Jam tu?" Tanya Jin.
"Aku tak pasti" balas Taehyung pula.
"Ikut plan A. Kita gerak sekarang" kata Rapmon.
Mereka mula berpegangan antara satu sama lain sebelum Taehyung teleport dan sampai di sebuah kawasan semak.
"Move!" Arah Rapmon. Semua mula bergerak ke arah yang sudah ditetapkan.
Taehyung dan Suga terus menghilangkan diri. Misi mereka adalah mencari jam masa tersebut sebelum puak serigala melakukan perkara yang tak diingini.
Rapmon dan Jimin berlari ke arah belakang rumah 2 tingkat di hadapan mereka. Jin, Jhope dan Jungkook serentak berlari ke arah pintu. Pistol dicapai dan digenggam erat di tangan masing-masing.
Jungkook memberi isyarat kepada Jin dan Kemudian Jin memberi isyarat kepada Jhope. Jhope anggukkan kepalanya. Matanya dipejam erat. Kawasan sekitar menjadi dingin. Jhope pegang pintu dihadapannya dan dengan sekali hentakan pintu yang membeku itu pecah.
Tersentak Suho, Tao, Sehun dan Baekhyun yang berada di ruang tamu. Tanpa menunggu masa Jin, Jungkook dan Jhope laju menembak ke arah mereka.
Bang!
Bang!
Bang!
Berdas-das peluru di lepaskan.
"Argh!" Tao mengerutkan dahinya apabila kakinya terkena tembakan. Suho, Baekhyun dan Sehun sudah menyorok di sebalik sofa.
"Keluarlah pengecut!" Kata Jhope geram. Nampak sangat takut. Baru tembak sikit. Tao sudah berubah kepada serigala. Laju dia menerkam Jhope.
Bang!
Kali ini peluru tepat terkena pada dada Tao. Tao jatuh terbaring dilantai. Mengerang kesakitan
"Pengecut! Keluarlah kalau berani!" Kata Jungkook. Geram.
Chanyeol dan Chen berlari laju ke arah ruang tamu. Mata mereka merah menyala merenung puak ahli sihir.
"Tak guna!" Laju Chanyeol menerkam Jungkook. Baru sahaja Jungkook mahu menembak tangannya yang memegang pistol telah ditepis kasar oleh Chanyeol sehingga terpelanting ke dinding.
Jungkook menumbuk kuat wajah Chanyeol. Perut Chanyeol turut ditendangnya kuat. Pisau di belakang pinggangnya di ambil. Dan ketika Chanyeol cuba untuk menumbuk Jungkook. Laju sahaja Jungkook menikam perut Chanyeol berkali-kali. Chanyeol menunduk menahan kesakitan.
Jungkook tak lepas menikam Chanyeol berkali-kali. Geram! Bajunya sudah dipenuhi darah merah.
Tubuh Chanyeol yang sudah kaku di tendangnya.
"Lemah!"
Jungkook berpaling memandang ke arah Jin dan Jhope yang berlawan dengan Suho, Chen, Sehun dan Tao. Jungkook mendekati Tao yang mahu menikam Jhope dengan kukunya dari belakang. Pisau ditangannya di baling tepat sehingga terpacak di kepala Tao. Tao terbaring kaku di lantai dengan darah yang membasahi lantai. Pisau yang terpacak di kepala Tao Jungkook tarik kasar sebelum menikam leher Tao berkali-kali.
Darah terpercik di wajahnya.
"Jungkook cepat! Kita kesuntukan waktu!" Jerit Jhope. Tanpa berfikir panjang Jungkook laju berlari ke tingkat atas.
"Yunbi!" Nama Yunbi tak lepas dijeritnya lantang.
"Yunbi!" Jeritnya makin kuat. Setiap pintu bilik dibuka.
.
.
.
.
.
"Yunbi"
Aku terjaga dari lena. Mataku melihat sekeliling. Ada orang panggil nama aku.
"Yunbi"
Sekali lagi aku dengar seseorang panggil nama aku. Aku tak dapat cam suara tu. Tiba tiba pintu terbuka. Aku alihkan pandangan ke arah pintu. Seorang namja. Dia pegang pisau yang dipenuhi darah di tangan kanannya. Aku tak dapat tengok dengan jelas wajahnya sebab gelap. Dia lepaskan pisau yang berada di tangannya.
"Yunbi!!" Dia lari ke arah aku dan peluk aku erat. Bau darah menusuk masuk ke dalam hidung aku. Dan kali ini aku dapat lihat wajahnya dengan jelas. Dia. Jungkook.
"Jungkook?"
Jungkook pelukku erat. Aku membalas pelukannya. Darah yang membasahi bajunya tidakku hiraukan. Aku terasa selamat dalam dakapannya. Kain yang menutup mulutku dibukanya. Wajahku ditiliknya.
"Siapa yang buat kau macam ni?" Tanyanya. Rahangnya bergetar. Urat-urat mula timbul dilehernya. Wajahnya merah kemarahan.
"Suho" balasku perlahan. Jungkook buka ikatan di tangan dan kakiku. Baru sahaja Jungkook mahu memutuskan gari rantai besi di kakiku. Aku terpandangkan wajah Baekhyun yang tersenyum sinis dihadapan pintu. Kapak digenggam erat di tangannya.
Sekejap.
Aku pernah lalui saat ni. Aku pernah mimpikan benda ni!
Wajah Baekhyun di muka pintu aku pandang. Dia senyum sinis dan terus berlari ke arah aku dan Jungkook. Kapak di tangannya terus dihayun sehingga terkena kepala Jungkook.
Aku takkan biarkan mimpi tu jadi nyata.
Baekhyun mula berlari ke arah aku dan Jungkook dengan kapak yang diangkat tinggi.
"Andwee!!"
TBC...
sorry.. tau macam merapu😂.. kita tak pandai buat part lawan2.. tumbuk sana tumbuk sini..
Yang mimpi tu ada dalam part 9 season 1..
Btw.. 13/12.. today is my birthday! Genap 16😂😂.. tapi perangai macam budak umur 6 tahun..🙈🙈.. wish me luck for SPM next year!🍃😂😂
Vote&Comment guys for my birthday present😘~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top