TMS2 - 16
Aku buka mataku perlahan. Cahaya lampu yang menyilaukan mataku menyebabkan aku menutup kembali mataku. Sekali lagi aku buka mata dan aku lihat sekeliling. Tangan dan kakiku diikat. Mulutku pula ditutup dengan kain yang kasar.
Aku cuba duduk dari berbaring. Katil yang usang ini berbunyi apabila aku bergerak. Kepalaku terasa pening. Sekali lagi aku lihat sekeliling. Bilik. Tapi bilik siapa.
Otakku mula teringatkan Kai!
Puak serigala!
Aku bersandar di kepala katil. Otak ligat berfikir cara untuk lepaskan diri. Melihatkan kaki sebelah kanan digari dengan rantai besi di kaki katil membataskan aku untuk bergerak ke arah tingkap yang tertutup rapat.
Jungkook! Tolong selamatkan saya! Saya tahu awak boleh dengar! Tolonglah cepat datang sini. Saya takut.
Aku tak pasti aku berada di mana sekarang. Bilik ni betul-betul asing bagi aku. Mataku meliar dan jatuh pada sesuatu yang berada di meja yang berada berdekatan dengan tingkap.
Tajam aku perhatikan benda tersebut dan aku terus teringatkan lukisan jam yang ditunjukkan oleh Rapmon dulu. Jam tu betul-betul ada di depan aku sekarang.
Aku memandang ke arah pintu apabila pintu dikuak dari luar. Aku mengesot kebelakang apabila wajah bengis Suho menyapa pandanganku.
"Tengoklah siapa yang dah bangun. Seronok tidur?" Suho mula mendekatiku. Aku tundukkan kepala. Tak berani nak pandang wajah Suho yang menyinga.
Apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni adalah aku nak Jungkook datang cepat-cepat.
"Kenapa tak nak pandang muka aku?" Tanya Suho. Aku diamkan diri. Takut.
"Pandanglah muka aku ni sebelum kau mati!" Suho cengkam pipiku kuat dan dongakan kepalaku memandangnya. Aku menangis menahan sakit di pipi.
"Haa-kit" kataku perlahan. Kain yang menutup mulutku membataskan aku untuk bercakap.
"Sakit? Kesian dia. Sakit lagi hati aku bila dapat tau Xiumin mati!!" Suho tampar pipi kananku kuat. Tersedu-sedu aku menangis. Perit. Pipi kananku terasa kebas.
Suho buka kain yang menutup mulutku dan kain tersebut dilempar ke bawah katil.
"Hikk.." tersedu aku menangis menahan sakit.
"Aku suka dengar kau menangis. Lagi-lagi tengok kau terseksa. Rasa seronok!" Kata Suho dengan senyuman sinis.
Sekali lagi pipi kananku ditamparnya kuat. Bibirku pecah dan kesan lebam jelas di hujung bibirku.
"Sakit.. hentikan!" Rayuku dengan tangisan. Jujur aku tak tahan. Sakit sangat.
"Hentikan? Hell no! Tu baru sikit" Suho bangun dari katil. Dia menghampiri almari. Pintu almari di buka dan dia mengeluarkan tali pinggang sebelum mendekati aku.
Aku hanya perhatikan langkah Suho yang mula medekati aku. Jujur aku takut apabila melihat muka bengis Suho. Suho seka air mataku dengan ibu jarinya.
"Aku ni baik sebenarnya. Kalau aku jahat dah lama kau mati. Tapi disebabkan aku ni baik kau masih boleh bernyawa lagi. Tapi bukan saja-saja tau aku kasi peluang untuk kau bernyawa. Aku nak seksa kau puas-puas" kata Suho dengan senyuman sinis. Lagaknya macam psiko. Dia mula libaskan tali pinggang di tangannya ke arah kakiku.
"Argh!" Aku menjerit kesakitan. Air mata makin lebat membasahi pipi. Sakit.
"Jangan! Hikk.. sakit" rayuku dengan air mata. Suho pekakkan telinga. Badanku tak lepas dilibasnya dengan tali pinggang sehingga dia puas dan berhenti.
"Poor little girl" kata Suho. Baru sahaja dia angkat tangan mahu melibasku lagi. Seseorang memasuki bilik. Tao.
"Kau nak apa?" Tanya Suho geram.
"Ada hal penting. Kau turun sekarang" kata Tao. Suho merengus kasar.
"Kau ikat mulut dia tu" arah Suho sebelum keluar dari bilik. Tao dekati aku. Kain yang berada di bawah katil dia ambil dan dengan kasar dia menutup mulutku.
Aku meringkuk di atas katil. Badanku sudah pasti berbirat dengan kesan tali pinggang tadi.
Jungkook.. tolong
Aku menangis teresak. Sakit dilibas tadi belum hilang. Berdenyut terasa satu badan. Lama aku bergitu sebelum aku terlena dengan air mata.
.
.
.
.
.
"Hyung aku dah tak tahan nak dengar rintihan Yunbi. Badan aku ni pun terasa sakit setiap kali Yunbi kena pukul" adu Jungkook. Jujur sakit hatinya apabila badannya terasa sakit. Sudah pasti Yunbi rasa lebih sakit.
"Kau minum ni" Rapmon hulurkan cecair berwarna ungu kepada Jungkook.
"Apa ni?" Tanya Jungkook.
"Minum jer" arah Rapmon. Tanpa banyak tanya Jungkook hanya akur. Ditelan saja cecair ungu tersebut.
Tiba-tiba badannya yang terasa sakit tadi beransur hilang.
"Benda apa kau bagi aku minum tadi?" Tanya Jungkook. Rapmon yang sedang menulis sesuatu di atas buku notanya di hampiri.
"Tu portion. Aku tak nak nanti bila kau nak lawan puak serigala tu badan kau sakit-sakit. Lepas ni kalau Yunbi kena pukul kau takkan rasa dah" jelas Rapmon. Jungkook angguk faham.
"Tapi kalau aku kena pukul?" Tanya Jungkook. Rapmon angkat kepalanya memandang Jungkook.
"Dia akan rasa. Lagipun portion tu berkesan dengan ahli sihir. Manusia biasa tak" jelas Rapmon.
"Hyung!!" Jeritan Taehyung bergema satu bilik. Rapmon dan Jungkook memandang ke arah Taehyung. Wajahnya pucat.
"Kau kenapa? Jumpa Yunbi?" Tanya Jungkook. Taehyung angguk dengan senyuman.
"Betul?" Jungkook tak percaya. Kejap sahaja Taehyung sudah jumpa. Mana taknya ke setiap kawasan dia teleport. Rumah orang pun dia main redah masuk jer.
"Dia ada dekat dengan kawasan yang kita buang mayat Xiumin dulu" kata Taehyung.
"Panggil yang lain kita bincang" arah Rapmon. Taehyung anggukkan kepala. Laju dia teleport memanggil yang lain.
Semua mula berkumpul di tengah bilik.
"Apa plan kali ni? Dan jangan sesekali suruh aku pakai rambut jahanam tu" kata Suga. Awal-awal lagi sudah beri amaran. Tak nak kejadian lama berulang. Cukuplah sekali dia buat dulu. Serik.
Rapmon mula menerangkan plannya. Sesekali mereka anggukkan kepala. Ada yang memberi cadangan dan akhirnya semua mula bersetuju.
"Malam ni kita gerak. Jin pastikan kau buat betul-betul. 11 sharp. Kita gerak. Jimin pastikan semua barang tu sedia. Pukul 9 aku nak tengok dah sedia depan mata. Suga dan Taehyung korang buat betul-betul. Korang berdua penting dalam plan ni. Jhope aku nak dalam masa 3 minit kau selesaikan kerja kau. Jungkook kau pastikan kerja kau clear dalam masa 2 minit saja aku bagi. Aku akan mulakan kerja aku lepas korang selesai" kata Rapmon. Semua anggukan kepala setuju.
"Kalau plan A tak jadi?" Tanya Jimin.
"Kita tak ada pilihan selain buat plan B" kata Rapmon perlahan.
"Tapi kalau boleh kita kena elakkan dari buat plan B. Pastikan kita berjaya dengan sekali cuba" kata Rapmon tegas. Semua di situ anggukkan kepala.
Plan B akan buatkan semuanya berubah 180 darjah. Dan merbahaya. Kalau boleh mereka mahu elakkan plan B. Walaupun hakikatnya mereka tau apa yang dilakukan oleh puak serigala akan menjurus mereka melakukan plan B.
TBC...
Vote&Comments~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top