TMS2 - 13

Hari keempat di Jeju. Hari terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Seoul esok. Sayu pula hati mahu tinggalkan Jeju. Kelmarin banyak tempat yang kami melawat. Antaranya Bunjae Artpia, O' Sulloc Tea Museum, Songaksan dan Miniature Theme Park.

Selesai makan pagi kami semua menaiki bas untuk pergi melawat beberapa lagi tempat. Kami membawa beberapa pakaian untuk salinan ketika bermandi di Geumneung Beach.

Aku duduk bersebelahan Yuju.

"Hari ni kita akan ke Cheonjiyeon Falls dan selepas itu kita akan ke Geumneung Beach" kata Cikgu Haneul ceria.

Beberapa pelajar bersorak girang. Tak sabar nak mandi pantai.

Bas mula bergerak menuju ke Cheonjiyeon Falls. Aku sandarkan kepala pada tingkap bas. Selepas kejadian aku lemas haritu. Aku dah tak nampak bayang Sehun atau yang lain. Mujurlah juga.

Tak lama selepas itu aku terlelap.

.

.

.

.

.

"Yunbi bangun! Kita dah sampai" aku buka mata apabila terasa bahuku ditepuk oleh Yuju. Aku regangkan badan sebelum berdiri dan mengikut langkah Yuju menuruni bas.

"Kita dah sampai!!" Jerit Sowon. Aku ketawa kecil. Akhirnya dah sampai! Tempat ni lah yang paling aku nak datang. Kenapa? Sebab air terjun dia cantik dan mendamaikan.

"Aku dapat dengar air terjun!" Kata Taehyung teruja.

"Kat Seoul mana nak dengar air terjun ni. Bunyi kereta jer selalu" kata Jhope. Aku iyakan apa yang dikatakannya. Tepat sekali.

"Pukul 12 semua berkumpul di sini semula!" Jerit Cikgu Areum.

"Ne!" Balas kami semua serentak.

"Jom! Aku dah tak sabar nak ambil gambar banyak-banyak!" Aku menarik lengan Yuju mencari arah ke arah air terjun.

"Sini! Aku dengar belah sini!" Kata Taehyung. Kami hanya menurutnya. Selang beberapa minit kami sampai di kawasan air terjun.

Senyumanku melebar. Beberapa keping gambar aku tangkap. Termasuk gambar selfie. Kawasan air terjun ni sejuk saja. Beberapa ekor ikan yang galak berenang menarik perhatianku. Aku duduk bercangkung di atas batu sambil bermain air menggunakan tanganku. Sejuk!

"Hati-hati nanti jatuh. Batu ni licin" pesan Jungkook. Aku pandang ke arahnya yang tak lepas perhatikan aku.

"Saya tau" aku bangun dan kemudian ke arah Jungkook.

"Jom!" Ajakku.

"Mana?" Tanya Jungkook hairan.

"Ada lah. Hanya kita jer. Jom cepat!" Aku terus tarik tangan Jungkook ke arah satu tempat sebelum yang lain perasan dengan kelibat kami.

Lama berjalan dan kami sampai di suatu tempat.

Kawasan batu di sini sangat cantik. Aku duduk di salah satu batu dan Jungkook mengambil tempat di sebelahku.

"Tempat nilah yang paling saya nak datang. Tengoklah kawasan ni tenang jer" kataku sambil mataku pejamkan.

"Kau pernah datang sini ke?" Tanya Jungkook. Aku gelengkan kepala semula aku buka kembali mata dan melihat ke arahnya.

"Tak pernah. Tapi saya pernah google" balasku. Jungkook angguk kepala tanda faham.

Aku lepaskan keluhan.

"Kenapa?" Tanya Jungkook.

"Esok dah balik Seoul. Tak puas lagi melawat Jeju. Banyak lagi tempat yang kita tak pergi. Nanti kat Seoul dah tak boleh nak rileks macam ni dah. Mesti homework banyak. Kalau boleh saya nak tinggal kat sini terus. Tak nak balik Seoul" luahku.

"Nanti kalau ada masa kita datang sini lagi" kata Jungkook. Aku anggukan kepala. Aku harapkan benda tu akan jadi.

Tiba-tiba Jungkook berdiri dan mencapai sebiji batu sebelum berlalu ke arah satu batu yang besar. Aku bangun dari duduk dan menghampiri Jungkook.

"Apa awak buat?" Tanyaku.

Jungkook tidak menjawab tetapi sebaliknya fokus mengukir sesuatu di atas batu tersebut. Aku tak nampak sebab terlindung dengan badan Jungkook.

Tak lama kemudian Jungkook berdiri tegak dan menghampiriku. Aku baca tulisan yang diukir oleh Jungkook.

One day.. we will be here again
Yunkook
Yunbi&Jungkook

Aku pandang Jungkook.

"Apa awak buat ni? Vandalisme?" Tanyaku. Jungkook ketawa kecil.

"Lebih kurang. Aku buat ni supaya menjadi tanda yang kita pernah berada di sini. So kalau kau ada datang sini lain kali. Pastikan kau datang dengan aku" kata Jungkook. Bahuku dipeluknya.

Aku senyum ke arahnya. Rantai di leherku aku pegang.

"Chessy! Hahahah" aku ketawa apabila wajah Jungkook berubah cemberut.

"Pergilah!" Jungkook mula melangkah meninggalkan aku. Aku laju berlari ke arah Jungkook. Belakangnya aku peluk erat.

"Janganlah merajuk. Buruk tau tak" kataku. Jungkook pegang lenganku yang berada di pinggangnya.

"Bila pula aku merajuk?" Kata Jungkook. Dia pusingkan badannya menghadapku.

"Tadi" balasku.

"Aku bukan macam budak sorang tu. Gurau sikit merajuk" kata Jungkook. Taulah aku yang dia maksudkan aku. Aku muncungkan bibir dan melihat ke arah lain.

"Tengok tu. Elok lah tu muncung macam tu" kata Jungkook.

"Mana ada!" Aku nafikan. Jungkook ketawa kecil. Dia rapatkan wajahnya dengan wajahku. Aku pandangnya.

"Apa awak nak?" Tanyaku.

"Nak ni" Jungkook cium bibirku sekilas sebelum kembali tegak berdiri dihadapanku. Aku kemamkan bibirku. Jangan cakap sekarang ni mesti pipi aku dah berasap sebab terbakar.

"Aww ada orang tu malu-malu pula" sakat Jungkook. Tangaku laju mencubit perut Jungkook. Jungkook mengaduh kesakitan.

Aku terus selamatkan diri apabila Jungkook mula mengejarku. Oh tidak singa sudah bangun!

Kawasan tersebut bergema dengan suara aku dan Jungkook.

Boleh tak aku nak hentikan masa? Kekalkan saat ini. Entah kenapa aku terasa setiap saat aku dengan Jungkook sangat berharga. Hatiku rasa tak tenteram.

"Sini pun korang! Puas kami cari!!" Kata Umji geram. Aku dan Jungkook serentak berpaling memandang ke arah Umji.

"Sorry" kataku dan Jungkook serentak.

"Jomlah kita dah nak bertolak ni" kata Jin. Kami bersama-sama berjalan menuju ke arah tempat kami berkumpul tadi.

Tolong kekalkan saat ini.

TBC...

Vote&Comments~♡



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top