TMS2 - 11

Aku masuk kedalam bas dan duduk di tempat aku. Dah tak tahan nak duduk dalam gua tu. Sejuk! Aku lihat beberapa keping gambar yang aku ambil tadi. Post kat instagram!

Aku kalihkan kan pandangan apabila terasa seseorang duduk disebelahku.

Jungkook.

"Apa awak nak?" Tanyaku malas.

"Nak kau" balasnya dengan senyuman. Aku julingkan mata. Ingatkan lepas keluar dari gua tu dia dah ok. Tapi masih tak.

"Pergilah duduk tempat awak. Ni tempat Yuju! Go!" Aku tolak bahunya tapi dia langsung tak berganjak.

"Biarlah aku duduk sini. Lagipun ada sorang budak kecil tu merajuk. Jadi terpaksalah aku pujuk" Jungkook cuit hidung aku. Mulutku ternganga.

"Tutup mulut tu sayang" Jungkook tekupkan tangan besarnya pada mulutku. Aku tepis tangannya.

"Pergilah duduk tempat awak!" Kataku apabila sudah ramai yang mula menaiki bas.

"Yuju dah setuju dengan aku. Dia akan duduk kat belakang dengan Jimin. Now shut your mouth" kata Jungkook. Aku peluk tubuh dan pandang ke luar tingkap.

Menyampah. Benci. Tak nak tengok muka Jungkook! Muka Jungkook tu aku tengok dah tak ada beza ngan tenuk.

"Baiklah tengahari ni kita akan ke Bijarim Forest. Kat sana kita akan makan tengahari. Jadi semua sila sabar sikit ya" kata Cikgu Haneul.

"Hutan? Buat apa kat hutan?" Tanya Jimin. Dia melihat ke arah Yuju disebelahnya.

"Pergi melawat family kau" balas Yuju malas.

"Family?" Tanya Jimin blur.

"Monyet" balas Yuju sebelum menutup telinganya dengan earphone.

"Kau! Monyetlah family kau!" Marah Jimin. Yuju mengekek ketawa.

Aku tahan daripada ketawa. Ada jer Yuju tu nak kenakan Jimin.

"Kenapa nak tahan dari ketawa?" Jungkook siku lenganku. Aku celikkan mata dan tenung dia tajam.

"Biarlah" balasku malas. Jungkook mengeluh perlahan.

Dia mengambil sesuatu dari dalam begnya. Roti. Dia buka bungkusan roti tersebut dan suakan ke arahku. Aku pandang roti tersebut dan Jungkook silih berganti.

"Makanlah. Aku tau kau makan sikit jer pagi tadi" kata Jungkook. Aku gelengkan kepala.

"Tak nak" balasku. Jungkook lepaskan keluhan.

"Makanlah Yuyu! Penat tau Kookie buka bungkusan ni tapi Yuyu tak nak makan pun. Tak nak kawan ngan Yuyu!" Kata Jungkook dengan bibirnya yang dicebik.

"Kesah pulak. Tak nak kawan sudah" aku pejamkan mata.

"Yuyu! Yuyu!" Jungkook tarik lengan aku beberapa kali.

"Makanlah!" Jungkook suakan roti tersebut ke mulutku. Lambat-lambat aku ngangakan juga mulut. Jungkook senyum kemenangan apabila berjaya buat aku makan roti tersebut.

"Nah! Makan ni" Jungkook capai tangan aku dan letakkan roti tersebut pada tanganku. Terpaksalah aku makan. Suka paksa! Benci!

.

.

.

.

.

Aku turun daripada bas diikuti oleh Jungkook di belakang. Selepas cikgu memberi beberapa pesanan kami dilepaskan untuk melawat kawasan Bijarim Forest selama 2 jam dan kembali semula ke bas.

"Jom!" Yuju menarik lengan kiriku manakala Jungkook menarik lengan kananku. Ok aku benci situasi ni.

"Lepaslah!" Yuju memarahi Jungkook.

"Asal aku pulak? Kau lah lepas!" Marah Jungkook.

"Ok kita sama-sama pergi makan!" Aku tarik tangan Jungkook dan Yuju serentak. Kalau dibiarkan sampai ke sudah tak habis.

Selesai makan kami bersama-sama berjalan melawat kawasan Bijarim Forest. Tenang saja rasa melihat kehijauan alam.


"Tolong ambilkan gambar kejap!" Aku berikan phone aku kepada Jungkook dan aku terus menarik tangan Yuju, Umji dan Sowon. Jungkook dengan wajah tak rela terus snapkam gambar dan lempar phone aku ke arahku.

Nasib sempat sambut kalau tak hancur phone aku ni. Aku jeling ke arah Jungkook.

"Tak ikhlas memang macam tu!" Kataku kepada Jungkook.

"Sorry Yunbi!!" Jerit Jungkook perasan akan kesalahannya. Aku abaikan Jungkook dan menarik tangan Yuju, Umji dan Sowon meninggalkan Jungkook dan yang lain.

"Ha tak tau! Jungkook buat" kata Taehyung. Jungkook pukul kepalaTaehyung.

"Diamlah!"

"Pergi pujuk" kata Jin. Jungkook angguk kepala lambat-lambat.

Aku duduk di atas rumput sambil membuka bungkusan jajan yang aku beli tadi. Rehat kejap. Penat berjalan pusing Bijarim Forest ni. Sudahlah luas.

Yuju dan Umji tak lepas mengambil gambar sana-sini. Tak penat ke? Sowon pula duduk disebelahku sambil membelek phonenya.

"Wehh aku nak pergi tempat lain kejap ya" kata Sowon. Aku anggukkan kepala. Sowon bangun dan terus beredar. Kemudian Jungkook mengambil tempat di hadapanku.

"Nak apa?" Tanyaku. Jungkook capai tangan aku dan genggam erat.

"Sorry?" Kata Jungkook.

"Maaflah. Kau ni asyik nak merajuk jer hari ni. Penat tau aku nak pujuk" kata Jungkook.

"Siapa suruh buat saya marah?" Aku sambung makan jajan. Tangan kiriku yang berada dalam genggaman Jungkook aku biarkan.

"Ok. Aku janji tak buat kau marah dah!" Kata Jungkook. Aku cebikkan bibir. Yalah tu. Nanti dia buat pula.

"Aku ada hadiah nak bagi ni" Jungkook mengambil sesuatu dari poket jaketnya.

"Pejam mata dulu" arah Jungkook. Aku hanya menurut. Apa-apa sajalah.

Tiba-tiba aku terasa benda sejuk dalam genggaman tangan kiriku. Benda apa ni? Pacat?

"Buka mata" kata Jungkook. Aku buka mata dan melihat rantai dalam genggaman tangan kiriku.

YunKook

Aku pandang Jungkook.

"Untuk saya?" Tanyaku.

"Taklah untuk mak cik cleaner kat belakang tadi" balas Jungkook menyampah. Aku ketawa lucu.

"Suka tak?" Tanya Jungkook.

"Suka!" Balasku girang.

"Sini aku pakaikan" Jungkook ambil rantai tersebut dan mendekati aku. Rambutku diselaknya ketepi sebelum pakaikan rantai tersebut dileherku.

Tak lepas aku pegang rantai tersebut yang tertera nama YunKook.

"Thanks" kataku.

"Janji dengan aku. Walau apa pun jadi. Jangan sesekali buka rantai tu. Walaupun kau gaduh ngan aku pun. Jangan buka" pesan Jungkook. Aku anggukan kepala.

"Awak punya tak ada?" Tanyaku. Mana aci aku saja ada.

Jungkook angkat tangan kanannya. Menunjukkan gelang yang dipakai. Tertera nama YunKook pada gelang tersebut. Ukiran yang sama.

"So sweet!!" Terhinjut bahuku apabila terdengar jeritan Jhope dari belakang.

"Lain kali jangan gaduh dah! Menyampah aku!" Kata Suga. Dia mula mendekati aku dan Jungkook.

"Hyung! Kacau daunlah!" Marah Jungkook.

"Apa kata kau pergi ambil gambar kat batu sana!" Cadang Jin. Menunjukkan ke arah batu yang mempunyai ukiran love di tengah.


"Jom!" Jungkook tarik tangan aku ke arah batu tersebut. Baru aku perasan ada batu love kat situ. Cantik!

Jungkook berikan phonenya kepada Jin. Aku dan Jungkook duduk di tengah love tersebut.

Beberapa keping gambar diambil. Macam-macam gaya aku dan Jungkook buat. Jungkook lihat semula beberapa keping gambar yang di ambil Jin.

Tiba-tiba mataku terpandang sesuatu yang berkilau di sebalik hutan yang tebal.

"Jom naik bas!" Jungkook tarik tangan aku. Aku hanya mengikut. Aku pandang ke arah kilauan tersebut sepintas lalu dan aku perasan ada seseorang berada di situ.

TBC..

Vote&Comments~♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top